Artikel "Komuniti" Terkini
Ops Kesan : 51 Kompaun dikeluarkan PERKESO Terengganu.
Sebanyak 51 kompoun bernilai RM 56,000 dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu dalam Ops Kesan Kebangsaan peringkat negeri ini pada hari pertama operasi ini dijalankan.
06 May 20
86
PKPB : ‘Syukur, Boleh Bersalin Di Negeri Kelahiran’ – Suri Rumah
KEMAMAN, 5 Mei - Suri rumah, Munah Mubin terharu dan bersyukur dengan keputusan kerajaan yang membenarkan perjalanan merentas negeri dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa semalam.
Munah, 29, yang menetap di Jaya Gading, Kuantan berkata, dia bukan pulang ke kampung di Kijal di sini bukan untuk bercuti ataupun berhari raya tetapi untuk melahirkan anak ketiganya tanpa kehadiran suami, Sahruddin Yunus, 38, yang kini ‘terkandas’ di Bahau, Negeri Sembilan.
Munah berkata suaminya berpindah ke Bahau setelah mendapat kerja di sebuah ladang kelapa sawit di sana beberapa minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, manakala dia bersama dua anak perempuan berusia lima dan dua tahun terus berada Jaya Gading.
“Mahu tak mahu, saya terpaksa berdikari. Bawa dua anak yang masih kecil menaiki teksi ke klinik untuk rutin pemeriksaan bulanan walaupun ditegur jururawat tapi anak saya terlalu kecil untuk ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama, semalam.
Dia juga berterima kasih kepada anggota polis dan orang awam yang membantu memudahkan urusannya untuk pulang ke kampung halaman.
Keputusan pulang ke rumah keluarga terpaksa dibuat selepas memikirkan pelbagai risiko.
“Kebimbangan paling besar suami ialah jika saya bersalin awal dengan keadaan anak-anak yang masih kecil. Jika di Kijal, keluarga saya ada untuk menjaga mereka dan menguruskan saya di hospital,” katanya.
Munah berkata mereka juga masih belum membuat persiapan barangan bayi kerana kesukaran untuk dia ke pasar raya selain berdepan dengan masalah kewangan apabila suaminya tidak bekerja tempoh hari.
Sehubungan itu, dia mengakui mereka suami isteri amat lega apabila suaminya sudah kembali bekerja membolehkan dirinya mencari barang keperluan bayi yang penting dahulu di Terengganu.
“Suami gembira betul apabila diberitahu saya dapat surat kebenaran. Saya juga sudah berjanji dengan pemandu teksi untuk menghantar saya dan anak pulang ke Terengganu. Harap semuanya baik-baik dan urusan kelahiran bayi baru kami dimudahkan,” katanya. – BERNAMA.
06 May 20
83
Hanafiah Santuni 318 Anak Yatim
KEMAMAN, 4 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat menyantuni seramai 318 orang anak yatim di sekitar kawasan Chukai dalam beberapa pertemuan yang telah dijalankan secara ringkas dan berperingkat.
Beliau ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada pihak Cakna Anak Yatim Kemaman dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh DUN Cukai yang telah terbabit secara langsung atau tidak dalam menjayakan program pada kali ini.
"Menyantuni anak yatim sememangnya menjadi program tahunan buat kami di sini setiap kali tibanya bulan Ramadan.
"Alhamdulillah, tahun ini kita berjaya juga menyantuni anak-anak yatim di sini walaupun dalam majlis yang begitu ringkas tidak seperti tahun-tahun lepas.
"Kebiasaannya kita turut mengadakan majlis berbuka puasa dan sebagainya," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis yang berlangsung di Dewan Balairaya Taman Fikri 2, baru-baru ini.
Ianya selaras dengan situasi negara yang kini yang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Mohd Nur Syamil, 17, mengucapkan terima kasih kepada Hanafiah yang telah memberikan sumbangan kepadanya.
"Insya-Allah, kami akan menggunakan duit sumbangan yang diberikan ini sebaik yang mungkin dalam menghadapi Ramadan pada tahun ini," ujarnya.
06 May 20
123
Dendong Mukim Tembila Projek Rumah Mampu Milik Terengganu
Seluas 60 ekar tanah kerajaan di kawasan Dendong, Mukim Tembila, Besut dibangunkan untuk Projek Perumahan Mampu Milik dan Bercampur bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40) memiliki rumah pertama.
06 May 20
665
Dua Bot Nelayan Asing Ditahan, RM 2 Juta Hasil Laut Dirampas
Dua buah bot nelayan bersama 23 awak-awak Vietnam termasuk tekong di tangkap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu ketika menceroboh dan menangkap ikan secara haram di perairan negeri ini.
06 May 20
66
UPDI Timba Pengalaman Kelantan
Satu Kunjungan muhibbah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ke Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) baru-baru ini, salah satu platform terbaik dalam menjana ilmu dan pengalaman sebagai medium komunikasi kerajaan negeri.
05 May 20
73
Kubur Dalam Taman Pertama Di Pantai Timur
Terengganu bakal menginovasikan Tanah Perkuburan Islam Paya Bunga, Kuala Terengganu sebagai tanah perkuburan berkonsepkan dalam taman.
05 May 20
158
MB Terengganu Terima Sambutan Hangat PERANTAU Johor
Majlis Ramah Mesra Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) Johor bersama Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mendapat sambutan menggalakkan apabila dihadiri lebih 300 orang.
05 May 20
79
Pengakap Terengganu Perkasa Hubungan Antarabangsa
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu (PPMNT) memperkasa hubungan strategik antarabangsa dengan meneroka peluang program penyelidikan dan latihan yang berpotensi.
05 May 20
133
Pemidato Hebat Mampu Mempengaruhi Pendengar
Seorang pemidato yang hebat mampu mempengaruhi khalayak dengan ucapan yang disampaikan.
04 May 20
417