lightning-solid
Berita :
Sultanah Terengganu Titah Graduan UniSZA Manfaatkan Teknologi AI
Sultanah Terengganu Titah Graduan UniSZA Manfaatkan Teknologi AI
Adli Mohamad
9 jam yang lepas
130

KUALA NERUS, 2 November - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah agar graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja demi kecanggihan, tetapi juga untuk kemaslahatan umat.

Titah baginda, teknologi tersebut seharusnya dijadikan alat untuk mengangkat martabat manusia.

"Justeru, integrasi ilmu 'naqli' dan 'aqli' yang menjadi teras UniSZA amat penting agar kemajuan teknologi tidak terungkai daripada akar ilmu, iman dan akhlak.

"Dunia kini menyaksikan sebahagian manusia hidup dalam kemewahan teknologi, manakala sebahagian lain terperangkap dalam kemiskinan dan konflik," titah baginda Sempena Majlis Konvokesyen Ke-17 UniSZA, di sini, hari ini

IMG-20251102-WA0174.jpg 217.33 KB
Baginda bertitah, dalam mengharungi kehidupan zaman teknologi AI perlu sentiasa ingat untuk berperanan sebagai 'Khairu Ummah'.

"Konsep Khairu Ummah menuntut graduan UniSZA agar menjadi pemikul tanggungjawab untuk menegakkan keadilan global," titah baginda.

Dalam pada itu, seramai 4,219 graduan yang telah diraikan di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Kali Ke-17 dititah agar menjadi generasi yang mampu mengabungkan AI dengan kearifan nilai, menegakkan keadilan global dengan keberanian, dan membina pembangunan sosial berlandaskan keutuhan adab.

"Segulung ijazah yang diterima hari ini bukan penamat, tetapi pembuka jalan. Ilmu yang dimiliki adalah amanah.

"Amal yang dilakukan selepas ini akan menjadi ukuran sama ada saudara dan saudari (graduan UniSZA) termasuk dalam kalangan 'khairul umat' atau sebaliknya," titah baginda.



Tag :

Artikel Berkaitan