lightning-solid
Berita :
Sultan Terengganu Perkenan Kurnia Tauliah Kepada 153 Imam Masjid Mukim
Sultan Terengganu Perkenan Kurnia Tauliah Kepada 153 Imam Masjid Mukim
Adli Mohamad
1 hari yang lepas
64

KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mengurniakan Tauliah Imam Masjid Mukim kepada 153 imam.

Upacara Pengurniaan Tauliah Imam Masjid Mukim itu telah disempurnakan di Balai Az-Zahra, Istana Syarqiyyah, 

Terdahulu,Sultan Mizan telah berkenan mencemar dulu berangkat ke Upacara Pengurniaan Tauliah Imam Masjid Mukim dan Keberangkatan tiba baginda telah diiringi oleh Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan Yang Amat Mulia Tengku Seri Setia Mahkota Raja.

IMG_20260216_131634_901.jpg 1.76 MB

Keberangkatan tiba baginda telah disambut oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham serta Ketua Istiadat, Tengku Seri Bijaya Raja.

Upacara Pengurnian Tauliah Imam Masjid Mukim pada hari ini membabitkan seramai 34 orang di Daerah Kuala terengganu, 17 orang di Daerah Kemaman, 11 orang imam di Daerah Dungun.

Manakala, di Besut seramai 22 orang imam telah dikurniakan Tauliah Imam Masjid Mukim oleh baginda, manakal di Derah Hulu Terengganu seramai 27 orang, Daerah Marang pula seramai 19 orang.

Selain itu, di Daerah Setiu seramai 12 orang telah dikurniakan tauliah imam serta di Kuala Nerus seramai 11 orang.

Setelah selesai upacara Pengurniaan Tauliah Imam Masjid Mukim , doa selamat telah dibaca oleh Mufti Terengganu, Dato' Dr Mohamad Sabri Haron.

Kemudian, Ketua Istiadat mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dan menyembahkan tamatnya majlis Upacara Pengurniaan Tauliah Imam Masjid Mukim.


Tag :

Artikel Berkaitan