lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Olahraga Sumbang Tujuh Emas
SUKMA 2026: Olahraga Sumbang Tujuh Emas
Mohd Irsyadi Abu Bakar
2 jam yang lepas
59

SHAH ALAM, 21 Ogos - Skuad Olahraga menutup tirai acara semalam, dengan menyumbangkan tujuh pingat emas kepada Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini.

Lebih manis, salah satu emas diraih dalam sukan rejam lembing yang dimenangi Noor Aliya Alias, satu acara yang sudah lama tidak menjadi milik Terengganu.

Menurut pengurus pasukan, Kama Rezuan Kamaruddin, pencapaian atlet-atlet olahraga kali ini lebih baik pada pencapaian lalu, sekalipun terlepas pingat emas dalam acara 4×100M Wanita, baru-baru ini.

"Bagi saya, pencapaian atlet-atlet Terengganu dalam sukan olahraga kali ini amat baik.

"Tambahan pula, 90 peratus atlet yang bertanding ini boleh bermain lagi pada SUKMA akan datang.

"Kali terakhir, kita memungut banyak pingat emas adalah pada SUKMA 2012 dengan sembilan pingat emas, jadi ini yang kedua terbaik setakat ini.
"Saya berharap, pada temasya akan datang, akan ada tambahan pingat emas lagi sehingga kita mampu muncul sebagai juara keseluruhan bagi acara olahraga," katanya.


Tag :

Artikel Berkaitan