lightning-solid
Berita :
Pengkalan Berangan Marvel Optimis Mampu Hadapi Saingan
Pengkalan Berangan Marvel Optimis Mampu Hadapi Saingan
Abdul Fattah Kamarudin
13 jam yang lepas
37

MARANG 21 Ogos– Pasukan Pengkalan Berangan Marvel optimis untuk menghadapi Kejohanan Bola Jaring Piala Isteri Ahli Parlimen Marang yang akan berlangsung Sabtu ini di Spot Center Maecon, Kelulut. 

Menurut jurulatihnya, Noor Hasliza Wahab, segala persiapan termasuk strategi dan taktikal telah diberikan kepada pemain, dan kini terpulang kepada mereka untuk menterjemahkannya di atas gelanggang.

“Dah turunkan semua ilmu. Saya harap pasukan boleh buat yang terbaik,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan jersi baharu pasukan oleh isteri ADUN Pengkalan Berangan,Hafizah Abdul Rahman di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Pengkalan Berangan, semalam. 

Mengakui pasukannya berada dalam kumpulan yang agak mencabar, Hasliza bagaimanapun kekal optimis Pengkalan Berangan Marvel mampu melangkah lebih jauh dalam kejohanan berkenaan.

Sementara itu, Hafizah berharap semua pemain Pengkalan Berangan Marvel memberikan komitmen 100 peratus pada hari pertandingan dan menyerahkan segala keputusan kepada Allah SWT.

"Yang penting kita buat yang terbaik, beri komitmen sepenuhnya dan selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT,” katanya.



Tag :

Artikel Berkaitan