lightning-solid
Berita :
Sena Rendang FC Tamatkan Penantian 18 Tahun
Sena Rendang FC Tamatkan Penantian 18 Tahun
Muhammad Hafiz Sahidi
22 Oct 25
356

KUALA TERENGGANU, 22 Oktober – Kejohanan Bolasepak Piala YB ADUN Bukit Payong 2025/2026 di stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam melabuhkan tirainya dengan kejayaan gemilang pasukan Sena Rendang FC yang berjaya menamatkan kemarau kejuaraan selama 18 tahun.

Pasukan itu muncul juara selepas menewaskan Titian Baru FC dalam perlawanan akhir yang penuh dramatik dan semangat kesukanan tinggi, sekaligus dinobatkan sebagai gergasi bolasepak DUN Bukit Payong tahun 2025.

Pengarah Kejohanan, Mohamad Yusof Muda dalam ucapannya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Dato' Mohd Nor Hamzah, pemuda PAS DUN Bukit Payong, serta semua ahli jawatankuasa pelaksana.

“Kejohanan ini bukan sekadar perebutan piala, tetapi medan untuk memupuk perpaduan, memperkukuh ukhuwah dan mencungkil bakat baharu dalam arena bolasepak tempatan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengadil, jurulatih, pemain dan penyokong yang memeriahkan kejohanan dalam suasana harmoni dan penuh semangat kesukanan.

“Insya-Allah kita akan bertemu lagi dalam edisi akan datang dengan semangat yang lebih hebat dan bertemu di Piala Tok Guru, Ahli Parlimen Marang tidak lama lagi,” ujarnya.


Artikel Berkaitan