lightning-solid
Berita :
Ribut Landa Jabi, Penduduk Bergotong-Royong Baiki Rumah Terjejas
Ribut Landa Jabi, Penduduk Bergotong-Royong Baiki Rumah Terjejas
Hidayah Azlin
5 jam yang lepas
124

SETIU, 27 Julai – Beberapa rumah penduduk di Kampung Bukit Tanah, Jabi, mengalami kerosakan selepas ditimpa pokok tumbang akibat ribut kencang, semalam.

Bagaimanapun, kerja membaiki rumah terjejas berjaya diselesaikan seawal pagi ini menerusi gotong-royong penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr. Azman Ibrahim berkata, usaha berkenaan melibatkan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), jiran serta pemilik rumah.

“Alhamdulillah, pagi ini dengan kerjasama JPKK, jiran-jiran serta tuan rumah sendiri, semuanya telah selesai diperbaiki.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” katanya.

Tindakan pantas itu mencerminkan semangat kejiranan dan keprihatinan masyarakat setempat dalam membantu meringankan beban keluarga terjejas.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.



Tag :

Artikel Berkaitan