HULU TERENGGANU, 2 November – Penantian penduduk Kampung Padang Setar, Hulu Telemong berakhir apabila Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan Dewan Komuniti baharu kampung itu siap sepenuhnya dengan kos RM190,000.
"Pembinaan PPS baharu ini menjadi kelegaan kepada penduduk selepas berdepan situasi sukar sebelum ini, apabila terpaksa berpindah beberapa kali akibat surau yang dijadikan PPS itu turut dinaiki air akibat banjir besar yang melanda.
"Penduduk di sini paling terkesan apabila tempat mereka berpindah (surau) juga dinaiki air dan terpaksa berpindah lagi ke Kampung sebelah Kampung Tengkawang," katanya selepas merasmikan PPS tersebut di sini hari ini.
Menurut Mohd Zawawi, projektersebut direalisasikan hasil kerjasama erat antara Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Majlis Daerah Hulu Terengganu, serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Padang Setar.
"Dewan serbaguna ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pemindahan ketika bencana, malah boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti komuniti dan program kemasyarakatan penduduk setempat," katanya lagi.