Berita :
MBKT Peruntuk RM50,000 Baik Pulih Tandas Awam, Siap Ogos Ini
MBKT Peruntuk RM50,000 Baik Pulih Tandas Awam, Siap Ogos Ini
Rohayati Ripin
23 jam yang lepas
44

KUALA TERENGGANU, 24 Jun – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi kerja-kerja membaik pulih tandas awam berhampiran premis Nasi Ayam Yunnan, Batu Buruk yang telah mengalami kerosakan dan memerlukan penyelenggaraan menyeluruh selepas digunakan hampir sedekad.

Datuk Bandar, Lizan Che Mat berkata, peruntukan bagi projek berkenaan telah diluluskan oleh MBKT, namun pelaksanaan kerja pembaikan diuruskan oleh Jabatan Projek Pembangunan (JPP).

Menurutnya, walaupun tandas awam tersebut berada di bawah seliaan MBKT, semua kerja pelaksanaan dan pengurusan projek kini dikendalikan oleh JPP.

"Tandas awam itu telah ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan dijalankan dengan lebih lancar dan selamat," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, projek baik pulih tersebut dijangka siap sepenuhnya pada 16 Ogos depan dan akan memberi keselesaan yang lebih baik kepada orang ramai serta pelancong yang berkunjung ke kawasan bandar raya itu.

Katanya, usaha menaik taraf kemudahan awam merupakan komitmen MBKT dalam memastikan tahap kebersihan dan keselesaan fasiliti awam sentiasa berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan pengguna.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan