 
        
        
    Oleh : Che Wan Muhammad Abdul Hanis
DUNGUN, 30 Oktober – Majlis Perbandaran (MP) Dungun telah mencatatkan satu kejayaan gemilang apabila menerima Anugerah & Pengiktirafan “Smart City Malaysia 2025 – Smart City Early Adopted (Tahap 1).
Penganugerahan tersebut menandakan komitmen berterusan MP Dungun dalam membangunkan bandar yang pintar, mampan dan berdaya huni.
Langkah ini meletakkan Dungun sebaris dengan bandar-bandar lain di Malaysia yang sedang menuju ke arah transformasi digital dan inovasi dalam tadbir urus bandar.
Dengan sokongan penuh kerajaan negeri Terengganu melalui PLANMalaysia Terengganu serta pelaksanaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Dungun 2030, MP Dungun akan terus menggerakkan inisiatif untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, pengurusan sumber yang efisien serta kemudahan untuk seluruh komuniti.
 
                 
                                             
                                             
                                             
                                             
                                             
                                            