Artikel "Utama" Terkini
Bantuan Persekolahan Dibayar Mulai 15 Disember
Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan pakaian sekolah untuk sesi persekolahan 2017 kepada 109,880 pelajar termasuk anak perantau bernilai kira-kira RM10,988,000 juta mulai 15 Disember ini.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian tahunan itu merupakan antara usaha kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk membeli kelengkapan sekolah.Katanya, keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan layak menerima bantuan itu dengan nilaian RM100 bagi setiap pelajar “Bagi mereka yang mempunyai bilangan anak bersekolah yang ramai, bantuan dihadkan kepada dua orang sahaja untuk setiap keluarga.“Pengagihan akan dibuat mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui wakil rakyat atau Pegawai Pembangunan Parlimen di kawasan terlibat dan kita berharap dapat diselesaikan sebelum masuk sesi persekolah ,” katanya.Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Katanya, tahun ini, kerajaan negeri bekerjasama dengan beberapa pusat perniagaan dengan mengagihkan baucer potongan harga antara 10 hingga 15 peratus kepada penerima untuk membeli kelengkapan sekolah, termasuk pakaian, buku dan alat tulis.“Syarikat yang terlibat, Mydin Mall, Pusat Pakaian Hari-Hari, Kedai Kasut You, Din Brother, Kedai Buku Jalan Banggol, Nine Book Store, Zulfashah Book Service. “Baucer itu juga boleh diguna pakai dirangkaian pusat perniagaan yang terlibat di luar Terengganu,”katanya.
07 Dec 16
52
Terengganu Sambut Baik Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia
Kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia (ISM) oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang dilihat berupaya memberi manfaat kepada bidang tadbir urus negara dan juga negeri mengikut syariat Islam.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kaedah pengukuran tersebut juga bersesuaian dengan kedudukan Terengganu yang sudah lama menerapkan nilai-nilai Islam serta pendekatan wasatiyah dalam setiap perkhidmatan kerajaan dan juga politik.Katanya, ISM yang baru diperkenalkan itu adalah bersifat menyeluruh dan bukan sahaja semata-mata menonjolkan jenama Islam, malah menggambarkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat.“Untuk tujuan itu, terdapat lapan bidang pengukuran termasuk berkaitan politik, ekonomi, perundangan Islam, sosial, prasarana, persekitaran, budaya serta pendidikan menjadi aras ukur dalam perlaksanaan tadbir urus negara.“Terengganu tidak terlepas daripada kesemua bidang pengukuran tersebut,”katanya.Beliau berkata demikian pada Wacana Eksekutif ISM Peringkat Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Ghazali berkata, pihaknya akan memastikan pengukuran ISM menjadi agenda utama di setiap jabatan kerajaan negeri dan juga anak syarikatnya.Tambah beliau, semua pihak yang terlibat juga perlu memainkan peranan untuk menerima cadangan dan melakukan penambahbaikan selaras dengan pelaksanaan ISM.
05 Dec 16
67
Tahap Rasa Selamat Penduduk Terengganu 95.3 Peratus
Kajian terbaharu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mendapati tahap rasa selamat di kalangan penduduk di Terengganu antara yang tertinggi berbanding negeri lain, iaitu pada paras 95.3 peratus.Pengarah JPNIN Terengganu, Dato’ Gandesan Lecthumanan, berkata peratusan itu menjadikan negeri ini tersenarai dalam kelompok tertinggi berbanding negeri maju lain di seluruh Malaysia."Pihak kami mendapatkan maklum balas daripada hampir 26,033 responden di seluruh negeri hasil kaji selidik yang dijalankan melalui peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negeri ini. Kajian sebegini dilakukan dua kali setahun."Kita melihat perbezaan politik di negeri yang majoriti bangsa Melayu tidak menjejaskan rasa tenang dan selamat malah penyertaan kelompok masyarakat tanpa mengira fahaman itu dalam KRT dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) banyak membantu termasuk menjaga keharmonian dan mencegah jenayah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika pada Majlis Budi Dijunjung Martabat Dijulang, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi..Hadir merasmikan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud .Katanya, sejumlah 401 KRT sudah ditubuhkan sehingga kini dengan sejumlah 352 SRS dan daerah Kuala Terengganu mencatat jumlah tertinggi iaitu 103 KRT dan 113 SRS.“Pihak kami menyasarkan jumlah KRT dapat ditingkatkan kepada 450 pada tahun depan di samping tumpuan turut diberikan untuk menarik penglibatan golongan muda untuk berperanan lebih besar dalam KRT dan SRS,” katanya.
05 Dec 16
122
Penjawat Awam Perlu Terbuka Terima Maklum Balas Rakyat - SUK
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli PutraPenjawat awam dari semua agensi dan jabatan kerajaan di negeri ini harus mengamalkan sikap terbuka dalam menerima setiap maklum balas rakyat bagi mengelak terhakisnya keyakinan orang ramai terhadap organisasi kerajaan.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, budaya berkenaan penting bagi memperbaiki dan menambahbaik perkhidmatan yang ditawarkan selaras dengan transformasi perkhidmatan awam.Katanya, antara faktor yang menyebabkan kepercayaan orang awam terhadap kakitangan kerajaan semakin hilang adalah berpunca daripada sikap negatif dalam diri segelintir penjawat awam itu sendiri.“Saya menyeru kepada semua penjawat awam, carilah jalan untuk mengikis ruang-ruang kehilangan krisis keyakinan ini pada masyarakat.“Kita seharusnya perlu lebih pandai melayani pelanggan dan menjawab setiap persoalan mereka dengan berhemah. Beritahulah perkara yang betul, apa sebenarnya yang berlaku serta berani berhadapan dengan mereka dan jangan cuba melarikan diri,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi iniTurut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahim Jusoh; Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Mohamad Kamil Othman; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Dato’ Abdul Rahman Yahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin.Pada majlis tersebut, beliau turut menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bulanan kepada kakitangan WDI untuk Julai hingga November.Sementara itu menurut Wan Nawawi, dalam usaha mewujudkan sebuah organisasi yang berpaksikan pengetahuan, mulai tahun hadapan kakitangan awam negeri ini akan dinilai berasaskan kepada peningkatan prestasi masing-masing.“Dalam konteks ini, kita akan berhadapan dengan satu situasi di mana siapa cepat dia dapat, siapa pandai dia (mendapat) lebih dan siapa yang kreatif dia akan maju ke depan.‘Kita akan terapkan sifat kerja untuk berlawan menjadi yang terbaik dan sebagai penjawat awam seharusnya perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang ada,” ujarnya.Wan Nawawi berkata, selain patuh kepada arahan tugas dan menepati masa, ciri-ciri yang perlu ada di kalangan penjawat awam yang berwibawa juga adalah perlu mesra pelanggan serta melemparkan senyuman tanpa mengira dengan siapa kita berurusan.
04 Dec 16
62
10,000 Pengunjung Ke Gerai Pameran Sekretariat Beautiful Terengganu
Ahmad Razif bersama rombongan melawat gerai pameran Sekretariat Beautiful Terengganu pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur., Foto oleh Harish FadzillahLebih 10,000 pengunjung ke gerai pameran Sekretariat Beautiful Terengganu sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sepanjang lima hari yang berakhir semalam.Turut sama ke gerai yang menyediakan pelbagai informasi berkaitan produk dan pakej pelancongan Terengganu itu, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman bersama pemimpin negeri yang lain.Pelbagai cenderahati diagihkan kepada pengunjung, termasuk rantai kunci, pen, buku nota, risalah Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 dan paket makanan tradisional Terengganu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman berkata, jualan secara pakej nasi dagang bersama keropok lekor sejuk beku berharga RM8 mendapat sambutan cukup menggalakkan daripada pengunjung luar Terengganu.“Pelanggan setia produk itu mengakui kesedapannya dan pasti tidak ketinggalan membelinya sekiranya ada pengusaha membuat promosi.“Pada masa sama, ada juga pelanggan belum pernah menemui nasi dagang sejuk beku, mereka tetap membelinya kerana mahu mencuba,” katanya kepada Teganukita.Selain itu, Terengganu Kitchen Sdn. Bhd. (T-Kitchen), Hotel Primula dan Hotel Permai turut bersama-sama Sekretariat Beautiful Terengganu bagi mempromosi produk masing-masing.Tengku Zaihan berkata, gerai pameran seumpama ini akan diteruskan di pelbagai program luar Terengganu di mana terbaru pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).“Inisiatif kerajaan negeri ini adalah bertujuan untuk mencapai sasaran 5.5 juta pengunjung ke Terengganu sempena TMT tahun depan,”katanya.
03 Dec 16
192
UCB Tawar Pengajian PhD Mulai Tahun Depan
Graduan yang berminat menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) berpeluang meneruskannya di Kolej Universiti Bestari (UCB), bermula awal tahun depan.Naib Canselor, UCB Prof. Dr. Aziz Yusof berkata, program PhD yang pertama bakal ditawarkan adalah di bidang pengurusan dan pentadbiran."Seramai antara 10 dan 15 pelajar dijangka akan mengikuti pengajian ini yang akan dibuka permohonan dalam masa terdekat ini dan terbuka kepada semua yang layak,"katanya.Menurutnya, UCB juga menyediakan diskaun yuran bagi mengurangkan bebanan pelajar bagi meneruskan pengajian mereka.Sementara itu, seramai 431 graduan UCB menerima ijazah dan diploma masing-masing di Majlis Konvokesyen UCB ke-3 yang diadakan di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.Graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing yang disampaikan Canselor UCB, Tan Sri Samsuddin Osman.Anugerah Emas Pengerusi Eksekutif dimenangi oleh Wan Sharida Fazreen Wan Jusoh graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Kepujian) Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan.Manakala Fahin Najdah Abdul Razak, Amira Nasuha Abd Jamil dan Wan Azie Yusrina Farida Wan Yusof pula dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Graduan Terbaik.
03 Dec 16
380
PAU 2016: Parti UMNO Perlu Ikon Muda
Parti UMNO perlu meramaikan ‘ikon muda’ bagi mendekatkan generasi muda dengan parti itu.Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, ikon muda yang dimaksudkan adalah pemimpin muda yang berada di barisan hadapan untuk menarik lebih ramai generasi Y dan Z mendekati dan menyokong parti.“UMNO kekurangan ikon muda, generasi ini mahu dengar daripada orang yang sama generasi dengannya, sebab mereka serasi,” katanya ketika pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, Kuala Lumpur, hari ini.Katanya, susulan jumlah pengundi muda kian bertambah, UMNO tidak boleh memandang ringan isu-isu generasi muda dan parti itu perlu mendampingi mereka bagi mengetahui permasalahan berkenaan."Sebagai orang muda harus mempunyai kriteria pemimpin yang dinamik, celik teknologi maklumat dan media sosial serta pandai mengambil hati anak muda," katanya.
02 Dec 16
65
UMNO Kuala Nerus Catat Keahlian Baru Tertinggi
UMNO Kuala Nerus merupakan bahagian yang mencatat keahlian baru tertinggi iaitu dengan bilangan 2,876 ahli.Terdahulu, Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar presiden memuji UMNO Terengganu yang telah memperoleh keanggotaan baru tertinggi dengan 9,787 anggota setakat Oktober lalu.Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, berkata pengiktirafan yang disampaikan perdana menteri itu memberi motivasi dan semangat kepada anggota UMNO Terengganu untuk terus bekerja lebih kuat.“’Ucapan dasar presiden juga mampu memberi ingatan dan menyedarkan pemimpin parti bahawa formula utama UMNO kekal selama 70 tahun ialah kesetiaan kepada parti dan jika diteruskan, UMNO mampu menempuh gelombang cabaran akan datang, “ katanya. Ahmad Razif yang juga Menteri Besar berkata pengalaman menghadapi pelbagai krisis, menjadi pendorong kepada Terengganu untuk berusaha keras mendapatkan lebih ramai keanggotaan UMNO.Katanya, rahmat di sebalik musibah akhirnya memberi kekuatan kepada semua jentera parti supaya lebih bersedia menghadapi pilihan raya.“Ia hasil kerja kuat daripada semua, segala krisis dan permasalahan di Terengganu telah selesai. Jentera Terengganu berada di landasan betul dan ditahap terbaik.“Kita tidak akan berpaling ke belakang lagi dan kita akan bergerak kerana akan menghadapi pilihan raya umum,” katanya pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
01 Dec 16
94
Prinsip Wala Mampu Perkukuh Jentera Parti
Ahmad Razif bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman menegaskan prinsip `wala’ yang ditekankan Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Abd Razak perlu diterjemahkan dalam perbuatan setiap anggota parti.Katanya, prinsip wala’ akan menguatkan ukhwah dalam kalangan anggota parti yang seterusnya membantu mencipta jentera yang lebih kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -14.“Kata-kata setia sahaja tak boleh, ia mesti disusuli dengan perbuatan. Sebab itu kita perlu terus bekerja dalam satu pasukan untuk mencapai kemenangan pada PRU akan datang,” katanya ketika mengulas ucapan dasar presiden selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.Terdahulu Najib dalam ucapan dasar presiden berkata UMNO mampu bertahan sehingga hari ini kerana amalan prinsip wala’ dan kesetiaan dalam tradisi UMNO.Prinsip wala’ UMNO katanya membawa maksud nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai’ah yang wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan di dalam konteks UMNO iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah Perdana Menteri.Ahmad Razif berkata kesetiaan itu merupakan tulang belakang kepada kerajaan dalam membantu meneruskan agenda memperkasakan rakyat.“Saya berdoa nilai kesetiaan ini tidak akan terhakis dan berharap generasi muda akan datang berpegang teguhlah kepada nilai ini kerana kalau kita jadi ahli parti politik, kesetiaan inilah yang menentukan segala-galanya,” katanya.
01 Dec 16
52
Terengganu Jana Sampah Sarap Hasil Tenaga Elektrik Pertama Di Asia Tenggara
Ahmad Razif menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Pelaksanaan Projek 'Waste To Wealth' di antara Mercu RE Solution Sdn Bhd dengan Kerajaan Terengganu di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim Terengganu bakal mengaplikasikan teknologi hijau mesra alam dari Denmark dikenali REnescience, di tapak pelupusan sampah Sungai Ikan, Tepoh, yang pertama di rantau Asia Tenggara, bermula tahun depan .Projek bernilai RM240 juta mampu memproses sekurang-kurangnya 400 hingga 450 tan metrik sampah sehari bagi mengeluarkan gas metana yang boleh menjana tenaga elektrik.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pelabur telah membuat kajian secara terperinci dan mendapati sisa perbandaran di Kuala Terengganu mampu menghasilkan lima megawatt tenaga elektrik.Katanya, buat permulaan, teknologi itu akan digunapakai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama pihak swasta untuk memproses sisa sampah bagi menghasilkan lima megawatt tenaga elektrik yang akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad.“Manakala bahan bukan organik seperti plastik termasuk bekas makanan dan minuman pula akan diproses untuk menghasilkan kira-kira 40,000 liter diesel sehari dan resin yang akan menjadi bahan mentah bagi menghasilkan produk plastik.“Melalui teknologi sama yang mampu memproseskan hampir 90 peratus bahan buangan di tapak pelupusan sampah itu akan diperluaskan ke daerah lain kerana menyedari mampu menjaga persekitaran alam berbanding kaedah konvensional,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Pelaksanaan Projek 'Waste To Wealth' di antara Mercu RE Solution Sdn Bhd dengan Kerajaan Terengganu di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.Ahmad Razif berkata, pelaksanaan projek yang akan dikelola MBKT bersama Mercu RE Solution itu dijangka mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM236 juta pada 2020.“Projek seumpama ini berjaya dilaksanakan di Eropah termasuk di Denmark dan sebuah loji yang sama sedang dibina di Manchester, United Kingdom yang akan beroperasi pada awal 2017.“Pelaksanaan projek itu kelak mampu menawarkan sekurang-kurangnya 100 peluang pekerjaan, selain berupaya memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan,”katanya.
30 Nov 16
192