Artikel "Utama" Terkini
                            Syarikat Telekomunikasi Rugi RM10 Juta Setahun Akibat Kecurian Kabel
                        
                        
                            Syarikat-syarikat Telekomunikasi di Malaysia terpaksa menanggung kerugian hampir RM10 juta setahun akibat kecurian kabel menara telekomunikasi yang sering berlaku kebelakangan ini.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato'Jailani Johari berkata beliau kesal dengan sikap setengah pihak yang tidak bertanggungjawab terlibat dengan isu itu sehingga menyusahkan ramai pihak."Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha membina dan melaksanakan infrastruktur menara telekomunikasi terpaksa berhadapan masalah kecurian kabel yang kerap berlaku."Jadi saya harapkan pihak kami akan mendapat kerjasama daripada penduduk tempatan, pihak berkuasa tempatan termasuk pihak polis bagi memastikan jenayah ini dapat dikurangkan,"kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Internet 1Malaysia(P1M) Celcom Gugusan Hulu Terengganu di Kampung Chapu, Hulu Terengganu hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat; Pengurus USP Management Celcom Axiata, Zawawi Harun serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Chapu, Rani Muda.Menurut Jailani, terdapat 83 menara telekomunikasi di seluruh negeri Terengganu dan akan ada pembinaan baru termasuk di Hulu Terengganu."Kos setiap menara bernilai antara RM1 juta hingga RM1.2 juta dan kos akan bertambah mengikut keadaan semasa termasuk kos pengambilan tanah,akses ke pusat tersebut dan sebagainya."Kita akan laksanakan pembinaan menara baru di mana kita dapati bahawa masih terdapat kawasan-kawasan termasuk Hulu Terengganu yang kadar liputannya masih kurang dan ini masih dalam penilaian SKMM,"ujarnya lagi.Sementara itu, Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Chapu akan menjadi pusat pengumpulan setempat atau agihan untuk produk atas talian yang pertama di Semenanjung Malaysia.Jailani berkata pihak Pos Malaysia akan bekerjasama dengan pihak pengusaha supaya untuk mengumpulkan produk dan memasarkannya bagi meringankan pengusaha luar bandar."Pos Malaysia akan datang memungut hasil produk yang telah di kumpulkan di P1M dan akan menyerahkan kepada mana-mana yang nak beli atas talian."katanya.Menurut Jailani,terdapat sembilan P1M di Hulu Terengganu dan enam lagi tambahan iaitu di Felda Tersat,Chepoh,Felda Bukit Bading,Pasir Tinggi,Felda Jerangau Barat dan Kampung Lerek.Katanya, pihak SKMM akan turut mempertimbangkan lagi penambahan P1M berdasarkan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan yang memerlukannya.
                        
                        
                                17 Dec 16
            
                    
                                179
            
            
                            Terengganu Hantar Pasukan Wanita Sertai Liga Hoki Malaysia Tahun Depan
                        
                        
                            Kerajaan negeri buat pertama kalinya akan menghantar pasukan hoki wanita untuk menyertai Liga Hoki Malaysia (LHM) pada Januari tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato'Rozi Mamat berkata,ini merupakan satu sejarah dan penghargaan untuk golongan wanita yang bakal bermain dalam liga tersebut."Bagi pemilihan pemain untuk peringkat pertama ini,para pemain dipilih dari kalangan pelajar dan lepasan Sekolah Sukan Terengganu (Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nenas, Setiu) selain peserta Sukan Malaysia (SUKMA)."Untuk hoki wanita ini,kita menyasarkan untuk berada di empat tempat teratas dalam liga dan dapat menyamai tahap yang ditunjukkan oleh pasukan lelaki,"kata Rozi.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berkhatan Perdana peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong di Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh, Telemong, semalam.Menurut Rozi lagi, peruntukan untuk pasukan hoki telah disalurkan melalui Tabung Sukan Negeri yang baru dilancarkan dua bulan lepas."Pihak kami serahkan peruntukan ini kepada persatuan hoki untuk agihan perbelanjaan dan layanan yang sama perlu dilaksanakan sama seperti pasukan hoki lelaki."Kita tidak mahu mendengar layanan atau agihan yang tidak sama kerana mereka adalah pasukan yang akan bermain untuk Terengganu...jadi adalah wajar mereka ini mendapat apa yang pasukan hoki lelaki dapat selama ini,"katanya lagi.Menurut Rozi, Tabung Sukan Negeri yang dilancarkan baru-baru ini di khususkan untuk empat sukan teras iaitu basikal, bola sepak, acara berkuda dan hoki."Kita juga nak ucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang Tabung Sukan Negeri sejak ia dilancarkan kerana peningkatan sumbangan sebanyak RM 35 juta berbanding yang RM23 juta tahun lalu,"katanya.
                        
                        
                                17 Dec 16
            
                    
                                175
            
            
                            Bazar Warisan Dimajukan Semula
                        
                        
                            Kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan memajukan semula Kompleks Bazar Warisan, dengan kerjasama syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Wei Amber Group Sdn Bhd bermula penghujung Disember ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembangunan premis perniagaan itu berdasarkan kawasan yang menjadi tumpuan meliputi satu kilometer radius yang berpusat di PB Square.Katanya, terdapat dua projek besar yang bakal dibangunkan di kawasan tersebut iaitu pembinaan semula Pasar Besar Kedai Payang bernilai RM78 juta selain pengubahsuaian Bazar Warisan yang sedia ada.“Bagi penambahbaikan bazar ini, perbelanjaannya akan dikeluarkan sepenuhnya oleh Wei Amber Group Sdn Bhd dengan kos RM15 juta melibatkan gerai makanan antarabangsa, restoran makanan halal Cina serta sebuah hotel bajet.“Kedai-kedai sedia ada pula akan dikekalkan. Sementara pengubahsuaian ini dilakukan, peniaga bakal dipindahkan sementara di sekitar Shahbandar dan perbelanjaan untuk tapak  itu juga akan ditanggung oleh syarikat tersebut,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada majlis Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bagi Pembangunan Semula Bazar Warisan Kuala Terengganu antara MBKT dan Wei Amber Group Sdn Bhd di Kuala Lumpur.Turut hadi,  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato, Wan Nawawi Wan Ismail;  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd. Zulkiflie Abu Bakar dan Pengarah Urusan Wei Amber Group Sdn Bhd, Ismail Nuh.Ahmad Razif berkata, pengubahsuaian tersebut bakal mengambil masa selama tiga ke enam bulan dan dijangka mula dibuka kembali secara berfasa bermula Ramadan tahun hadapan.Tambahnya, fokus utama diberikan kepada kedai makanan antarabangsa serta restoran makanan halal cina seterusnya diikuti dengan pembinaan hotel.Sementara itu, Pengarah Urusan Wei Amber, Ismail berkata kerjasama yang dilakukan bersama kerajaan negeri adalah berdasarkan potensi ekonomi yang dilihat oleh syarikatnya.“Saya pernah tinggal di Terengganu selama empat tahun, jadi saya yakin dengan pasaran di sana kerana budaya yang diamalkan tidak jauh berbeza,” katanya.
                        
                        
                                14 Dec 16
            
                    
                                340
            
            
                            Sumbangan RM170,000 Untuk Persediaan Persekolahan 2017 Kepada Keluarga PGA Gong Badak
                        
                        
                            Ahmad Razif melontar bola petaque sebagai simbolik merasmikan majlis penutup Kejohanan  Petanque Terbuka Batalion 9, PGA Gong Badak, semalam. Foto oleh Harish FadzillahKerajaan negeri bersetuju menyediakan sumbangan berjumlah kira-kira RM170,000 sebagai bantuan persediaan persekolahan bagi sesi 2017 kepada keluarga anggota Pasukan Gerakan Am, Gong Badak, pada penghujung tahun ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata bantuan kepada 556 pegawai dan anggota PGA itu sebagai menghargai jasa dan peranan pasukan keselamatan berkenaan yang bertugas tanpa mengira masa mahupun waktu demi memastikan keamanan terpelihara serta rakyat negeri ini selamat melakukan aktiviti seharian."Saya sentiasa memikirkan bagaimana cara untuk membantu anggota PGA ini, jika bantuan persekolahan yang diterima rakyat biasa, anggota PGA pastinya tidak layak berdasarkan syarat pendapatan mereka, jadi kita menerusi GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) akan memberikan menerusi CSR (tanggungjawab sosial korporat) mereka."Kita akan menyediakan sumbangan ini kepada semua tanpa mengira anggota dan pegawai yang mempunyai anak sekolah ataupun tidak, sebagai membalas jasa anggota PGA selama ini,"katanya. Beliau berkata demikian di majlis penutup Kejohanan Petanque Batalion 9 PGA, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Supritendan Mohd Abduh Ismail dan Penolong Pegawai Pemerintah, Deputi Supritendan Ibrahim Pawan.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga akan mengenalpasti beberapa kemudahan lain seperti menawarkan rumah untuk anggota PGA menerusi projek kerajaan negeri dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang melibatkan 300 unit rumah di kawasan berkeluasan 12 hektar, di Tok Jembal, Kuala Nerus.Katanya, pihaknya akan mengenalpasti dan menilai semula kadar peratusan yang akan ditawarkan kepada anggota PGA untuk memiliki rumah yang bernilai antara RM150,000 hingga RM300,000 itu nanti.Tambahnya, projek perumahan lain termasuk menawarkan kediaman menerusi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di kawasan 2.4 hektar bersebelahan bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Gong Badak yang akan dimajukan tidak lama lagi."Kita juga akan membina rumah PPA1M untuk penjawat-penjawat awam. Jadi PGA juga boleh memohon dengan mendapat subsidi sehingga RM30,000 setiap unit rumah," katanya. 
                        
                        
                                12 Dec 16
            
                    
                                153
            
            
                            Sultan Terengganu Seru Umat Islam Elak Bercakaran Sesama Sendiri
                        
                        
                            Sultan Mizan berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan perarakan pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di  negeri ini mengelak daripada sebarang bentuk percakaran sesama sendiri dan menjauhi amalan hidup berpuak-puak.Baginda bertitah, kita semua hendaklah mengamalkan sikap terbuka dan bertolenrasi supaya kita dapat hidup aman damai, saling menghormati serta mendapat keberkatan daripada Allah.“Rasulullah SAW telah meninggalkan kepada kita dengan dua warisan kekal sehingga ke akhir zaman iaitu al-Quran dan Sunnah.“Justeru beta mahu mengingatkan sekali lagi kepada rakyat, marilah kita sentiasa berusaha ke arah mengembalikan kekuatan ummah melalui iman, ekonomi, ilmu dan perpaduan, sekiranya wujud perbezaan pendapat atau pertelingkahan haruslah segera kembali kepada pentujuk al-Quran dan Sunnah,”titah baginda.Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu yang bertemakan `Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’ di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.Hadir sama,  Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Halina Zakaria,  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta exco-exco kerajaan negeri.Sultan Mizan turut bertitah, baginda berdoa ke hadrat Allah semoga negeri ini sentiasa di dalam kemakmuran, keamanan dan dilindungi daripada apa jua bala bencana huru hara perpecahan serta perkara-perkara yang tidak diingini.“Dengan ketinggian peribadi dan keluhuran akhlak serta keistimewaan Rasulullah dapat membentuk umat manusia.“Baginda tidak menggunakan kekerasan bagi membentuk manusia sebaliknya merubah manusia menggunakan pendekatan semangat ukhuwwah, kasih sayang dan sifat prihatin kepada soal kabajikan masyarakat,”katanya.
                        
                        
                                11 Dec 16
            
                    
                                234
            
            
                            71 Pasukan Sertai Perarakan Maulidur Rasul
                        
                        
                            Ahmad Rzif bersama tetamu kehormat lain mengetuai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSeramai 2,762 peserta  membabitkan 71 pasukan menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu 1438H/2016M.Perarakan sejauh 2.4 kilometer itu bermula dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Sultan Zainal Abidin, Bulatan Ladang dan berakhir di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.Mengetuai  perarakan itu, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman;  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta exco-exco kerajaan negeri.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian itu dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.Pada majlis itu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diumumkan sebagai johan bagi kategori jabatan kerajaan negeri dan badan berkanun negeri, Jabatan Hal Ehwal Islam Terengganu (tempat kedua), dan Majlis Agama Islam dan  Adat Melayu Terengganu (tempat ketiga).Manakala bagi kategori jabatan kerajaan persekutuan dan badan berkanun persekutuan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu diumumkan sebagai johan,  Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (tempat kedua) dan Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu (tempat ketiga).Johan bagi kategori syarikat-syarikat swasta pula, diraih Syarikat Air Terengganu, TTI Managemant (kedua) dan Petronas Wilayah Pantai Timur (ketiga).Johan bagi setiap kategori  membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta sijil, tempat kedua (RM2,000) dan tempat ketiga pula membawa pulang RM1,500.
                        
                        
                                11 Dec 16
            
                    
                                1725
            
            
                            UKM Hargai Jasa Ahmad Tahir, Iktiraf Kampung Baru Sebagai Kampung Angkat
                        
                        
                            Ahmad Razif menandatangani plak sebagai gimik merasmikan Program 360 Kampung Angkat UKM –Kampung Baru, Seberang Takir yang diadakan di Dataran Pertama Seberang Takir, hari ini. Foto oleh Zulkifli PutraUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengiktiraf Kampung Baru, Seberang Takir sebagai kampung angkat bagi mengenang jasa kampung kelahiran seorang penyumbang tabung penubuhan universiti itu, Ahmad Tahir, 61.Pada ketika itu, Ahmad Tahir  yang turut  dikenali masyarakat setempat sebagai Nordin berusia 13 tahun telah menggunakan wang simpanan  RM1 sebagai sumbangan tabung itu pada 1968.Inisiatif Ahmad Tahir itu dipaparkan dalam akhbar dengan berita berkenaan ditulis sendiri oleh bapa saudaranya, Allahyarham J.M Aziz yang juga penyair ulung Terengganu.Ahmad Tahir dijemput dalam Program 360 Kampung Angkat UKM-Kampung Baru, Seberang Takir yang diadakan di Dataran Pertama Seberang Takir, hari ini.Hadir merasmikan program, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Halina Zakaria dan Naib Canselor UKM, Datuk Dr Azlan Ghazali.Ahmad Tahir berkata, dia sememangnya tidak mengetahui terdapat berita mengenainya sebelum dimaklumkan saudaranya mengenai keratan akhbar yang tersebar melalui laman sosial.“Saya juga berasa terharu apa yang dilakukan ketika berada di Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Seberang Takir itu dirai UKM, termasuk turut diraikan pada Sambutan Ulang Tahun UKM ke-46, baru-baru ini,” katanya .Menurutnya, dia tidak berpeluang memasuki universiti itu yang pasti menjadi pilihan utamanya kerana terkandas di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).“Anak-anak juga tidak berpeluang, namun sekurang-kurangnya saya sudah sampai ke sana dan diraikan. Detik itu tidak akan saya lupakan. Sangat membanggakan saya,” katanya yang juga bekas penyelia mesin di kilang besi Perwaja, Kemaman.Sementara itu, Azlan berkata, Program 360 Kampung Angkat UKM merupakan inisiatif pihaknya untuk mendekati masyarakat melalui pengkonsian ilmu dan kepakaran secara berimpak tinggi.“Justeru itu, UKM akan merangka program bersesuaian antaranya Kampungku Bebas Denggi, TOT Ujian Saringan Mata, Kaluseling Keluarga Kelompok dan Program Asas Bisnes Online,” katanya.
                        
                        
                                11 Dec 16
            
                    
                                443
            
            
                            ExxonMobil Sumbang Lebih RM560,000 Jayakan Program Modal Insan Di Terengganu Sepanjang 2016
                        
                        
                            Ahmad Razif (tiga dari kanan) bergambar dengan penerima sumbangan ExxonMobil di majlis yang berlangsung di TH Hotel, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Haris Fadzillah.ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. (ExxonMobil) menyumbang melebihi RM560,000 untuk melaksanakan pelbagai program membangunkan modal insan di seluruh Terengganu sepanjang tahun ini.Daripada jumlah itu, sebanyak RM160,000 diperuntukkan bagi inisiatif kesihatan dan pendidikan negeri, sementara sejumlah RM60,000 kepada Yayasan Diraja Sultan Mizan untuk program keusahawanan ibu tunggal dan wanita yang berpendapatan rendah bagi pengeluaran dan pemasaran madu lebah kelulut.Menteri Besar, Dato’ Sri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sumbangan itu amatlah tepat pada masanya dalam usaha berterusan untuk menyokong pembangunan mampan di seluruh negeri khususnya dalam meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi negeri.Katanya, ExxonMobil yang memulakan operasinya di Terengganu pada akhir 1960 sudah banyak menjalankan tanggungjawab sosialnya khasnya dalam bidang pendidikan dan kesihatan di Terengganu. “Kita sudah lihat banyak sumbangan ExxonMobil selama ini. Cuma untuk 2017 saya percaya ExxonMobil akan terus menyumbang kepada komuniti tempat mereka beroperasi, iaitu di Terengganu ini, maka saya nak cadangkan dua perkara. Pertama kalau boleh Exxonmobil tambah peruntukan di bawahTanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka untuk Terengganu.“Saya percaya SKY  (Pengerusi ExxonMobil Malaysia, See Kok Yew) sebagai anak tempatan dan walaupun bukan anak Terengganu, boleh pertimbangkan dalam perancangan 2017, tambahan peruntukan CSR,”katanya. Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Cek dan Komputer riba sumbangan ExxonMobil di TH Hotel, Gong Badak, Kuala Nerus , hari ini. Di majlis itu, Exxonmobil menyumbang pembelian peralatan fisioterapi bagi Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir, pembelian mesin ultrasound mudah alih untuk Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, membiayai program pembangunan dan latihan guru Bahasa Inggeris (BI) di 501 sekolah seluruh negeri anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, JPNT serta sumbangan komputer riba untuk Sudut Siber Kanak-kanak di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Kuala Terengganu.Dalam pada itu, Ahmad Razif juga mencadangkan ExxonMobil membantu dalam aspek pengurusan bakat dengan anak Terengganu melalui Program Talent Management Terengganu (TMT) bagi melahirkan pemimpin di masa hadapan yang hebat, memandangkan syarikat korporat itu memiliki budaya organisasi yang efisien dan tinggi aspek latihan dalam menguruskan bakat.Sementara itu, antara sumbangan secara berterusan ExxonMobil sejak beberapa dekad lalu di bidang pendidikan seperti  Program Bagi Meningkatkan Minat Dan Penyertaan Pelajar Dalam Bidang Sains, Teknologi Dan Matematik (STEM) dengan kerjasama JPNT, Pusat Sains dan Kreativiti Terenggannu (PSKT) dan PPAT melalui program-program seperti Tunas Saintis, Terengganu Mathematics Innovation Challenge, Spark My Creativity Challenge, Anugerah STEM ExxonMobil dan Sudut Siber Kanak-kanak.Selain itu, program bagi Meningkatkan Kemahiran BI juga melalui projek English Theme Park (ETP), Terengganu English Resource and Information Centre (TERIC), English Camp with ETA, Sudut Pak Belang  atau dikenali sebagai Pelantar Bestari di perpustakaan daerah dan negeri.  Program lain, Anugerah Guru Unggul sebagai suntikan semangat dan motivasi kepada mereka dalam meningkatkan lagi prestasi pendidikan negeri dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar.Pada masa yang sama, ExxonMobil juga turut aktif menyumbang dalam Program Pembangunan Kesihatan masyarakat menerusi Program Peningkatan Keupayaan Dan Kapasiti Hospital Hospital Daerah khususnya HSNZ, Hospital Kemaman dan Hospital Dungun dengan menaja pembelian mesin perubatan, selain menubuhkan satu Unit Sekolah Dalam Hospital melibatkan HSNZ dan Hospital Kemaman.Syarikat korporat itu turut melaksanakan Program Siapsiaga Banjir sebelum musim tengkujuh serta program bantuan banjir di daerah - daerah yang mengalami ancaman banjir tahunan.
                        
                        
                                10 Dec 16
            
                    
                                242
            
            
                            Ahmad Razif Menjunjung Setinggi Kasih Kepada Sultan Terengganu
                        
                        
                            Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman  menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di atas pengurniaan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepadanya.Ahmad Razif berkata,  penganugerahan itu juga merupakan pengiktirafan besar kepada rakyat  Terengganu."Pengurniaan oleh Baginda ini  mewujudkan kekuatan kepada dirinya dan juga kepada rakyat Terengganu itu sendiri," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Emas Kali Ke-37 dan Anugerah Sarjana Terengganu 2016 Yayasan Terengganu di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, petang tadi.Pengurniaan kembali darjah kebesaran itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu
                        
                        
                                10 Dec 16
            
                    
                                112
            
            
                            Sultan Terengganu Berkenan Mengurniakan Kembali Gelaran Dato' Seri Kepada Ahmad Razif
                        
                        
                            Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman. Kurniaan tersebut membawa gelaran Datuk Seri.Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama hari ini.Kenyataan itu berbunyi: "Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Maha Mulia Sultan telah mengampuni perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) kepada Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari ini".Darjah kebesaran kepada Ahmad Razif ditarik balik pada 22 April lalu.BERNAMA....
                        
                        
                                08 Dec 16
            
                    
                                441