lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Amsyar Teruja Berkhatan, Mahu Ikut Upin-Ipin
 Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat Islam di negara ini, termasuk di Terengganu  setiap kali tibanya musim cuti persekolahan, pasti ramai kanak-kanak yang akan berkhatan.Masa cuti ini dianggap paling sesuai untuk golongan tersebut menempuh alam dewasa sekali gus melunaskan tuntutan agama itu.Perkara ini juga tidak terkecuali bagi 150  kanak-kanak di Dewan Undangan Negeri (DUN) menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai di Perkarangan Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Program yang turut disertai 321 kanak-kanak bertindik dan penyampaian hadiah  kecemerlangan 6A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)  itu dirasmikan  Menteri Besar, Ahmad Razif Abd RahmanLebih menarik, pada majlis tersebut, peserta  berkhatan turut diraikan dengan siraman air oleh  Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai tanda simbolik sebelum diarak beramai-ramai menuju ke bilik berkhatan.Menurut bekas murid Tadika Yayasan Islam Terengganu Seberang Takir, Amsyar Mohd Syukri, 6, berkata dia mahu bersunat awal kerana mahu ikut Upin-Ipin yang bersunat masa  sekolah tadika.Katanya, dia selalu tengok cerita Upin-Ipin, dalam cerita itu, Upin-Ipin selalu cakap, tidak sakit pun bersunat, sebab itu Amsyar tidak takut untuk bersunat.“Amsyar cakap kat ayah, mahu bersunat sama macam Upin-Ipin, ayah setuju dan daftarkan saya untuk bersunat beramai-ramai dalam program hari ini,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi Angkasawan.Bapa kanak-kanak itu, Mohd Syukri Ayob, berkata anaknya, Amsyar bersedia untuk berkhatan sejak berusia lima tahun, mungkin terpengaruh dengan rancangan kartun Upin –Ipin selain tengok ragam sepupunya yang sudah berkhatan.“Disebabkan Amsyar terlalu teruja, saya ambik keputusan untuk mendaftarkan diri pada program ini yang diketahuinya melalui iklan kain rentang.“Saya berharap program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang, banyak manfaat diperoleh, terutama bagi membantu ibu bapa kurang berkemampuan akibat kenaikan bayaran perkhidmatan itu,” katanya yang juga seorang Guru Sekolah Pendidikan Khas Kuala Berang Turut berkhatan pasangan kembar yang juga murid Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang,  Muhammad Faiz  dan Muhammad Faizal Zainal Abidin, 9.“Pengalaman berkhatan beramai-ramai dianggap sebagai satu bonus buat kami berdua dan saya berani sebab ada abang Muhamad Faizal dan kawan-kawan sekelas,” kata Muhammad Faiz
25 Nov 16
749
Empty Image
Sidang DUN: Landasan Kapal Terbang Di Pulau Redang Akan Diperbesarkan
Kerajaan negeri merancang untuk memanjangkan landasan kapal terbang di Pulau Redang bagi menampung kedatangan lebih ramai pelancong ke pulau itu serta pulau peranginan lain di Terengganu walaupun pada musim monsun.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya sudah membuat  permohonan rasmi berkaitan perkara berkenaan kepada Kerajaan Pusat melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).Katanya, sekumpulan teknikal sudah datang melihat perkara itu dan kini sedang merancang bagaimana untuk membesarkan dan memanjangkan landasan kapal terbang di pulau itu.“Sekiranya kemudahan itu dapat dipanjang dan diperbesarkan ia akan membolehkan kapal terbang yang lebih besar dengan membawa lebih ramai pengunjung, termasuk pelancongan asing ke pulau di negeri ini.“Dalam setahun, sekurang-kurangnya  empat bulan pulau-pulau di Terengganu terpaksa di tutup kerana bot dan kapal pelancong tidak dapat beroperasi akibat musim monsun,” katanya.Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berkata demikian ketika menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Bandar)  pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.Menurutnya, kerajaan negeri melihat projek itu amat penting dan perlu direalisasikan supaya kedatangan pengunjung dari dalam dan luar negara ke pulau berlaku sepanjang tahun.“Pada masa yang sama, ia juga mampu merancakkan lagi perkhidmatan bot dan kapal pelancong ke pulau berdekatan, termasuk Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Pulau Bidong,”katanya.
23 Nov 16
54
Empty Image
SIARAN LANGSUNG : SIDANG DUN TERENGGANU PADA 24.11.2016
PERSIDANGAN DUN TERENGGANU DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU, WISMA DARUL IMAN
23 Nov 16
162
Empty Image
Sidang DUN: 13,118 Unit Rumah Untuk Rakyat Dibina Mulai Tahun Depan
Sebanyak 13,118 unit rumah untuk rakyat bakal dibangunkan di seluruh Terengganu menerusi kerjasama kerajaan negeri dengan anak-anak syarikat Kerajaan Pusat, mulai tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie, berkata kerajaan negeri berperanan menyediakan tapak untuk projek itu yang bertujuan merealisasikan hasrat rakyat negeri ini bagi memiliki rumah pertama.Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 5,287 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di 16 tapak menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.  "PPR berkenaan melibatkan 500 unit masing-masing di PPR Bukit Aceh, Kg Rasau dan  Alor Limbat, Kuala Ping (450),  Guntong Luar (400), Gong Medang (400), Pulau Kerengga (396), Kuala Abang (350), Bukit Puteri (300), Kg Tajin (300), Bandar Seri bandi (220), Pengkalan Nyireh (213), Mak kemas (210), Air Puteh (200), Putera Jaya (200) dan Bukit Gasing (192) ."Manakala senarai projek  SPNB yang diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebanyak  2,202 unit rumah iaitu melibatkan  Kg Paya Santong  (241), Kuala Ping, Hulu Terengganu (254), Kuala Nerus (277) dan Kerteh (1,430),”katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih).Mohd Jidin memberitahu, sebanyak 2,136 unit rumah pelbagai jenis pula diluluskan menerusi empat projek Perumahan Rumah Idaman Rakyat (SPNB).“Manakala 3,098 unit rumah di enam  Projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA),  sementara dua  projek yang melibatkan 1,148 unit rumah lagi  masih dalam perundingan antara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan PRIMA."Perancangan lain, sebanyak 220 unit Rumah Mampu Milik Negeri (RMMN)  di Seri Bandi Kijal telah diluluskan pada 6 November  lalu dan akan dibina pada bila-bila masa sahaja.“Manakala melalui projek  Perumahan Pejawat Awam 1Malaysia (PPAIM) pula melibatkan 1,229 unit rumah.“Rumah-rumah itu akan dibangunkan di Puncak Temala, Marang sebanyak 349 unit PPAIM, Laguna Presidence, Kuala Terengganu (660)  dan  Kemaman  (220),” katanya.
23 Nov 16
68
Empty Image
Sidang DUN: Pembinaan Dua Jambatan Mampu Atasi Kesesakan
Masalah kesesakan trafik dijangka dapat diatasi apabila siapnya jambatan yang menghubungkan Sungai Terengganu-Pulau Sekati dan Kampung Jeram Tok Kong-Bukit Gemuruh, masing-masing pada April dan November tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman berkata, bagi penyelesaian jangka pendek, kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas dalam menguruskan masalah trafik terutama  pada musim perayaan, cuti- cuti panjang dan juga pada waktu-waktu puncak.Katanya, pasukan itu akan beroperasi apabila keadaan trafik di jalan utama di negeri ini berlaku kesesakan teruk. “Manakala bagi penyelesaian jangka panjang, kerajaan negeri dalam proses menyiapkan projek Jambatan di atas Sungai Terengganu - Pulau Sekati dan projek Jambatan Kampung Jeram Tok Kong- Bukit Guntong, Gemuruh.“Pada masa sama , kerajaan juga merancang untuk menaik taraf jalan dari Pulau Rusa –menghala Batu Enam dari dua lorong ketika ini kepada empat lorong,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) pada hari ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.Menurutnya, bagi kerja menaiktaraf jalan Pulau Rusa ke Batu Enam, pihaknya sudah mengangkat cadangan itu untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).“JKR Terengganu ada menghantar permohonan supaya projek ini dapat dilaksanakan tahun depan," katanya.
23 Nov 16
50
Empty Image
Sidang DUN: Jajaran SPEG Halang Gajah Liar Musnahkan Tanaman Penduduk
Kerajaan negeri membina dua jajaran Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Setiu sebagai langkah jangka panjang untuk menghalang gajah liar memusnahkan tanaman penduduk setempat.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, berkata jajaran pembinaan SPEG sepanjang 34 kilometer (km) di Kampung (Kg) Pelong itu siap dan digunakan sejak  2013.Manakala pembinaan SPEG di Kg Payung sehingga Chalok Barat sepanjang 2.5 km bagi fasa pertama dan 7 km (fasa kedua) pula diguna pakai  pada 2014.“Kos keseluruhan bagi projek di bawah penyelenggaran Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu itu hampir RM 2.7 juta.“Manakala sebanyak RM200,000 lagi diperuntukkan pada setiap tahun bagi kos penyelenggaraan SPEG,” katanya ketika menjawab soalan Dato’ Sabri Mohd Nor (BN-Langkap) pada hari ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.Bagaimanapun, menurut beliau, apa yang dikesalkan terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab bertindak mencuri dawai dan kompenan SPEG sehingga mengakibatkan bacaan voltan pagar itu berkurangan.“Ada juga penduduk terlupa menutup dan sengaja membiarkan pagar SPEG terbuka dan mengakibatkan gajah memusnahkan tanaman penduduk pada waktu malam.“Bagaimanapun  kerjasama penduduk setempat untuk bersama-sama  penguatkuasa JPNT mengawal kawasan  tetap diperlukan bagi mengelakkan kecurian dan pecerobohan gajah liar,” katanya.Muhamad Pehimi berkata, sepanjang tempoh lima tahun bermula 2011 sejumlah lapan ekor gajah liar berjaya ditangkap menggunakan teknik tembak halau dan dipindahkan ke habitat asal di Taman Negara Terengganu.Tambahnya, terdapat 30 gajah liar dikesan sering menganggu tanaman penduduk di Setiu melibatkan 16 ekor  di Kg Pelong dan Kg Gerdong, manakala 14 ekor di Kg Payung  dan Kg Chalok Barat.Menurutnya, populasi gajah liar di Terengganu dianggarkan berjumlah antara 400 hingga 450 ekor.
22 Nov 16
95
Empty Image
5,000 Peminat Sukan Permotoran Bakal Berkampung Di Pulau Warisan 25 Hingga 27 November Ini
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman  (tengah) turut memberi sokongan penganjuran Terengganu International Bike Meet bersama Tengku Zaihan (kanan) dan  Sharif sambil menunjukkan risalah program selepas sidang media di U2, Wisma Darul Iman, hari ini.Terengganu International Bike Meet (TIBM) 2016 bakal menghimpunkan 5,000 peminat sukan permotoran daripada beberapa buah negara jiran, di Pulau Warisan Kuala Terengganu, sepanjang tiga hari bermula 25 November ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan II, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, program anjuran Kerajaan Negeri melalui sekretariat Beautiful Terengganu dan diseleraskan oleh Terengganu Riders Group tersebut turut melibatkan peserta dari Indonesia, Thailand, Brunei serta Singapura.Katanya, program yang akan diadakan tersebut bakal dijadikan sebagai platform untuk mempromosikan Visit Beautiful Terengganu 2017 selain menghimpunkan peminat-peminat permotoran.“Kita di pihak Kerajaan Negeri menganggarkan impak yang positif hasil daripada program TIBM 2016 ini dengan mensasarkan lebih 15,000 pengunjung bakal hadir dan memenuhi Pulau Warisan pada 25 hingga 27 November ini.“Kerajaan negeri juga berharap agar program ini dapat mempromosikan lokasi-lokasi yang menarik di Terengganu serta makanan-makanan yang menjadi daya tarikan kepada pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media TIBM 2016 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani, Penyelaras Acara TIBM 2016, Muhammad Sharif Majhardeen.Tengku Zaihan berkata, sehingga hari ini, seramai 3,800 peserta telah mendaftarkan diri bagi menyertai TIBM tersebut.Katanya, daripada jumlah yang telah disasarkan, dianggarkan hampir 70 peratus daripadanya merupakan peserta daripada luar negara.Tambahnya, peserta-peserta yang bakal melibatkan diri dalam TIBM akan menjadi duta kecil kepada Terengganu dalam mempromosikan destinasi-destinasi menarik di negeri ini.TIBM 2016 bakal dirasmikan oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman pada 26 November ini pada pukul 8.30 malam di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.Pelbagai acara menarik bakal disajikan kepada pengunjung antaranya persembahan daripada artis tersohor tanah air iaitu Amy Search, pertunjukan pocket bike, skill riding dan pelbagai lagi.
22 Nov 16
160
Empty Image
SIARAN LANGSUNG : SIDANG DUN TERENGGANU PADA 23.11.2016
PERSIDANGAN DUN TERENGGANU DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU, WISMA DARUL IMAN
22 Nov 16
1065
Empty Image
Sidang DUN : Graduan Perlu Rebut Peluang Ceburi Industri Pelancongan
Penduduk Terengganu terutama graduan diminta mengambil peluang untuk terlibat secara langsung dalam industri pelancongan negeri khususnya menjadi pemandu pelancong supaya dapat menjana pendapatan, kata Mohd. Iskandar Jaafar (BN-Jabi).Katanya, kedatangan pelancong ke Terengganu saban tahun sentiasa meningkat apabila mencatatkan kira-kira 4.7 juta orang tahun lalu berbanding hanya 4.5 juta orang pada (2014) dan 4.03 juta (2013)."Daripada jumlah kedatangan pelancong yang begitu ramai sehingga melebihi berkali ganda daripada keseluruhan penduduk Terengganu, sepatutnya rakyat Terengganu terlibat secara langsung dengan sektor pelancongan. Bukan hanya terhad pelabur dan pemain industri sahaja."Satu bidang yang belum diterokai secara sepenuhnya oleh rakyat Terengganu adalah pemandu pelancong. Berdasarkan statistik yang kita ada, daripada 4,0731,000 pelancong (tahun lalu), hampir sejuta pelancong luar negara, bagaimanapun setakat hari ini Terengganu hanya memiliki 74 pemandu pelancong. Bayangkan kalau kita dapat melatih rakyat kita terutama lepasan universiti maka secara tidak langsung kita boleh menyediakan peluang pekerjaan antara 5,000 hingga 7,000 buat mereka,"katanya ketika sesi perbahasan di hari kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.Tambah beliau, peluang itu sepatutnya menarik penglibatan seluruh rakyat bagi meningkatkan pendapatan menerusi sektor itu memandangkan ramai graduan yang masih mencari pekerjaan dan menganggur.
22 Nov 16
84
Empty Image
Sidang DUN : Belanja RM400,000 Untuk Tambahbaik Kelas Maya, I-Class
Kerajaan negeri memperuntukan RM400,000 bagi tujuan penambahbaikan kelas maya dan penambahan i-Class pada tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Transfomasi Negeri, A. Latif Awang berkata, sehingga kini terdapat 116 buah sekolah yang mempunyai kelas maya dan 17 sekolah yang melaksanakan i-Class di Terengganu.“Insya-Allah pada 2017, kita akan tambah antara 10 atau 15 buah lagi i-Class dan juga ‘upgrade’ kelas-kelas maya yang sedia ada. “Kerajaan negeri sudah mempunyai peruntukan berjumlah RM400,000 untuk menyediakan keperluan tersebut di mana-mana Dun dan sekolah terpilih,” katanya.Beliau yang juga wakil BN-Pengkalan Berangan berkata demikian ketika menjawab soalan lisan wakil Pas-Alor Limbat, Ariffin Deraman berhubung jumlah terkini kelas maya dan i-Class di Terengganu di hari kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, hari ini.Untuk rekod, Kerajaan Terengganu menghentikan pemberian komputer riba buku elektronik (e-Book) kepada murid mulai tahun lalu dan digantikan dengan sistem i-Class yang dilengkapi sistem komputer dan kemudahan internet lebih efisien.
22 Nov 16
62