Artikel "Utama" Terkini
Tiga Sekolah Masih Ditutup
Walaupun kebanyakan kawasan yang dinaiki air semakin pulih di Terengganu, tiga buah sekolah rendah di Setiu dan Hulu Terengganu bagaimanapun masih ditutup berikutan jalan utama dan kawasan sekolah yang ditenggelami air.Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, sekolah terbabit iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Besut (SKKB) dan Sekolah Kebangsaan Sungai Las (SKSL) di Setiu serta Sekolah Kebangsaan Getang, Hulu Terengganu.Shafruddin berkata, tiga sekolah itu membabitkan seramai 317 orang murid dan 58 orang guru."Dua sekolah iaitu SKKB dan SKSL ditutup kerana jalan ditenggelami air sementara Sekolah Kebangsaan Getang air melimpahi kawasan sekolah," katanya ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Besut, Setiu, petang ini.Menurutnya, laluan untuk ke sekolah terbabit masih lagi merbahaya kepada kenderaan ringan.Katanya, di SKKB beberapa bangunan seperti kantin sekolah masih ditenggelami air, manakala kelas tidak terlibat.
02 Jan 17
128
Kerajaan Negeri Sasar 50,000 Pengunjung Ke Pameran Negeri Cantik, Budaya menarik
Kerajaan negeri melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu menyasarkan 50,000 pengunjung bakal mengunjungi Pameran Negeri Cantik, Budaya Menarik yang berlangsung selama enam bulan di ruang legar Muzium Negeri Terengganu bermula semalam.Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Abd Rahman berkata, pameran yang berkonsepkan paparan keunikan budaya dan keindahan negeri melalui alam semulajadi dan sejarah itu adalah salah satu medium mempromosi Tahun Melawat Terengganu yang dijenamakan semula kepada Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.“Pameran ini juga bertujuan memperkenalkan kepada pengunjung tentang kepelbagaian produk makanan khususnya makanan tradisional negeri ini selain mempamerkan kesan-kesan sejarah, keunikan batuan dan flora, fosil-fosil haiwan dan sebagainya.“Kita mengharapkan ianya mendapat sokongan daripada masyarakat setempat selain kerjasama penggiat pelancongan dengan membawa pelancong sempena VBT 2017 berkunjung ke muzium untuk mengenali lebih dekat kepelbagaian khazanah alam, keunikan dan keindahan negeri Terengganu yang ditonjolkan melalui pameran ini,” ujarnya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Negeri Cantik, Budaya Menarik dan Pelancaran Kalendar Aktiviti 2017 Lembaga Muzium Negeri Terengganu di Muzium Negeri, hari ini.Menurut Tengku Zaihan, pameran ini merupakan pameran pertama yang dilaksanakan secara NBOS oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu dengan kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempamerkan sebanyak 257 koleksi gambar dan lukisan.“Bagi merealisasikan objektifnya terdapat lebih dari 50 koleksi artifak budaya dan foto keindahan alam semulajadi dan tempat menarik menjadi kandungan dalam pameran tersebut.“Ianya turut diisi dengan Pertandingan Melukis Citra Terengganu yang bakal mengumpulkan pelukis luar dan tempatan bagi menvisualkan imej terengganu melalui medium seni lukis,” ujarnya.
01 Jan 17
186
Nadma Berjaya Atasi Masalah Banjir
Pengurusan bencana yang diambil alih Agensi Pengrusan Bencana Negara (Nadma) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sangat berjaya mengatasi masalah banjir di Pantai Timur.Nadma yang menjadikan cara pengurusan banjir di kemaman pada 2014 sebagai acuan melaksanakan simulasi berdepan bencana, berhasil meningkatkan kecekapan apabila berdepan masalah itu.Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad zahid Hamidi, berkata pengambilalihan pengurusan pengurusan koordinasi bencana oleh Nadma daripada MKN memboehkan pemantauan lebih awal dan tersusun. "Nadma akan melakukan kerjasama erat dengan beberapa agensi penyelamat dan penguatkuasaan untuk memastikan amaran dapat dilakukan lebih awal."Ini perlu untuk kita buat pemindahan awal sebelum air mengancam nyawa dan harta benda dalam keadaan itu, kita berdoa agar musim tengkujuh yang berlaku sekarang akan segera pulih," kata beliau.Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana Banjir Kampung Bukit Tadok,Telemong, petang tadi.Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Ketua Pengarah Nadma, Datuk Zaitun Abd Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong, Dato' Rozi Mamat.Katanya lagi, simulasi yang dibuat juga banyak membantu meningkatkan kecekapan pengurusan banjir.Ahmad Zahid turut berkata, Nadma akan mengambil beberapa tindakan untuk mempercepatkan bantuan yang diberikan malah kesiapsiagaan pada peringkat awal."Tapi dengan adanya Nadma, kita telah melakukan pemantauan lebih awal dan tersusun. "Seketariat peringkat pusat, negeri, daerah serta kampung telah kita wujudkan dan adakan beberapa simulasi," katanya lagi.
01 Jan 17
256
Bentuk Jenama, Imej Positif Untuk Pelancongan Terengganu
Kerajaan negeri berharap semua pihak dapat menzahirkan budaya yang terbaik dalam memberi perkhidmatan, sekiranya mahu menjadikan industri pelancongan Terengganu berjaya.Ini termasuklah memberi layanan yang mesra, sentiasa senyum, menjaga kebersihan, mengambil perhatian serius akan semua rungutan pelanggan dan cakna dengan keperluan mereka.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sikap sambil lewa atau suka mengambil mudah tidak akan membantu membentuk jenama dan imej yang positif untuk pelancongan Terengganu."Kerajaan negeri yakin penganjuran kali ini bakal memberikan impak positif bukan sahaja kepada kerajaan, juga manfaat yang dapat dinikmati oleh rakyat terutama di kalangan peniaga, pemandu teksi, pengusaha restoran, pengusaha hotel, penggiat seni, ejen pelancongan dan mereka yang terbabit dalam industri hiliran pelancongan,"katanya ketika berucap sempena pelancaran Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 di Duyong Marina & Resort Pulau Duyong, Kuala Terengganu, malam tadi..Majlis perasmian disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Nadhirah Zahrah; Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra'.Baginda disambut Menteri Besar dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Ahmad Razif turut memberitahu, industri pelancongan Terengganu berpotensi tinggi untuk dimajukan dan VBT 2017 adalah antara usaha kerajaan negeri menjadikan industri pelancongan sebagai nadi penggerak kepada transformasi pembangunan negeri."Kejayaan industri ini boleh menjadi pemangkin kepada keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan turun naik harga minyak di pasaran global."Industri pelancongan adalah satu industri yang saling berkait. Sifatnya yang menjalin hubung antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam, meletakkan industri ibni sebagai industri yang menjanjikan banyak peluang jaya diri untuk rakyat,"katanya.Katanya, kerajaan negeri menganjurkan VBT 2017 bagi menzahirkan potensi industri pelancongan untuk terus menyumbang kepada kebaikan rakyat dan kemajuan negeri seperti kejayaan Tahun Melawat Terengganu pada 1997, 2008 dan 2013.
01 Jan 17
109
Terengganu Sambung Semula Penerbangan Terus Dari Singapura
Terengganu mahu menyambung semula penerbangan terus dari Singapura, selepas perkhidmatan itu ditamatkan dua tahun lalu, selain mengadakan penerbangan terus dari Pulau Pinang sebagai usaha mencapai sasaran kedatangan 5.5 juta pelancong, sepanjang tahun ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan beberapa syarikat penerbangan tambang murah, termasuk AirAsia bagi merealisasikan hasrat itu."Kami menjangkakan akan menerima penerbangan pertama dalam tempoh terdekat.“Penerbangan terus dari Singapura ke negeri ini pernah diadakan, terpaksa dihentikan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan selain penerbangan yang tidak mencukupi,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menyambut pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Ahmad Razif berkata, terbaru kira-kira 3,000 pelancong Asean akan tiba di negeri ini bermula esok (2 Januari) dan menginap selama tiga hari dua malam.Katanya, kedatangan mereka dengan menaiki 86 bas dari Kuala Lumpur itu adalah hasil daripada usaha promosi berterusan serta penganjuran pelbagai program, termasuk Beautiful Terengganu di luar Terengganu sebelum ini.“Kerajaan Terengganu melalui Sekretariat Beautiful Terengganu akan mengedarkan Kalendar Pelancongan 2017 bagi memudahkan syarikat pelancongan dan pengunjung luarmembuat rujukan.“Hampir 50 program dan acara menarik bakal menggamit kehadiran pelancong, termasuk Jom Qurban Di Tranung, di Teluk Ketapang, Krobek Fest (Dato Pata, Pantai Tok Jembal, Seberang Takir).,”katanya.
31 Dec 16
68
22,515 Murid Tahun Satu Mula Sesi Persekolahan 2017
Seramai 22,515 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan di seluruh Terengganu, hari ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, terdapat peningkatan jumlah murid yang mendaftar pada tahun ini, berbanding 19,800 orang tahun lalu.“Ini menunjukkan kadar kelahiran di negeri ini telah meningkat selaras dengan hasrat kerajaan negeri.“Kita mengharapkan tahun 2017 terus mengulangi kehebatan Terengganu dalam bidang pendidikan dan kerajaan negeri akan memberi lebih fokus terutama dalam peperiksaan UPSR,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau hari pertama persekolahan sesi 2017 di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir, hari ini.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Dalam perkembangan yang sama, Ahmad Razif berkata, walaupun Terengganu berdepan dengan musibah banjir, sebahagian besar sekolah dapat memulakan persekolahan hari ini.“Hanya 25 buah sekolah di tiga daerah tidak dibuka pada hari pertama sesi persekolahan kerana terlibat dengan banjir iaitu 22 buah sekolah di Hulu Terengganu, Setiu (2) dan sebuah di Marang.“Disebabkan ada di antara sekolah terbabit yang dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir, terputus laluan dan keadaan sekolah yang terjejas akibat banjir memaksa sekolah-sekolah ini ditutup buat sementara waktu sehingga keadaan pulih seperti biasa,” ujarnya.
31 Dec 16
481
Moga 2017 Melakar Lebih Banyak Cerita Kejayaan
Ahmad Razif membuat cabutan bertuah selepas acara countdown tahun baru 2017 di Pulau Warisan, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah.Semoga kedatangan 2017 akan melakar lebih banyak cerita kejayaan buat Terengganu dalam pelbagai bidang, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman."Jika sepanjang 2016 Terengganu berjaya mencipta pelbagai kejayaan, moga tahun baru ini akan membawa kejayaan lebih baik."Saya juga berharap dan mendoakan tahun baru ini semua rakyat Terengganu menanamkan semangat dan mampu menjadi contoh yang membanggakan dalam pelbagai bidang bukan sahaja di pentas negara, malah juga di dunia, " katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena 'countdown' tahun baru 2017, di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Ahli- ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Ahmad Razif juga berharap dengan permulaan tahun ini, yang juga pembukaan sambutan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017, mampu mencapai sasaran sehingga 55 juta pelawat ke seluruh Terengganu sepanjang tahun.Katanya, kedatangan pelawat dalam dan luar negara itu pastinya mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Terengganu."Tidak lupa untuk saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Terengganu yang sentiasa memberi komitmen dan menjayakan segala perancangan serta memainkan peranan yang baik dalam usaha pembangunan mahupun kejayaan negeri."Saya juga mengambil kesempatan mewakili kepimpinan negeri ini berharap kehadiran tahun baru 2017 yang lebih barakah," katanya.Lebih 10,000 pengunjung membanjiri tapak program yang menyajikan pelbagai acara menarik seperti persembahan artis popular tanah air, pameran motofest, kiosk jualan produk tempatan dan ruang pameran pelancongan negeri.
31 Dec 16
107
Sultan Terengganu Berkenan Rasmi Visit Beautiful Terengganu 2017
Sultan Terengganu meletakkan plak sebagai gimik merasmikan Visit Beautiful Terengganu 2017 di Duyong Marina & Resort Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSultan Terenganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Visit Beautiful Terengganu 2017 di Duyong Marina & Resort Pulau Duyong, Kuala Terengganu malam ini.Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Nadhirah Zahrah; Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra'.Hadir menyambut baginda Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Ahli- ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Baginda seterusnya berkenan menyaksikan gimik pelancaran sebagai simbolik kepada penyempurnaan acara itu.Gimik tersebut adalah persembahan air berkonsep UV light, pertunjukan laser mapping dan hologram water screen, bot berhias, persembahan jet ski dan pertunjukan bunga api.Visit Beautiful Terengganu 2017 menyediakan pelbagai kegiatan di Pulau Warisan di pusat bandaraya ini antaranya termasuk permainan tradisional, persembahan kebudayaan dan kesenian, gerai pameran dan jualan serta aktiviti Motofest Terengganu.
31 Dec 16
166
Sesi Persekolahan 22 Sekolah Hulu Terengganu Terjejas
Sebanyak 22 buah sekolah di Daerah Hulu Terengganu kemungkinan terpaksa ditangguhkan sesi persekolahan yang bermula esok, berikutan sekolah ditenggelami air dan terputus hubungan.Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail berkata, jika cuaca kembali pulih dan air surut pada malam ini, persekolahan akan diteruskan seperti biasa.Katanya, setakat jam tiga petang ini, terdapat enam sekolah yang ditelenggami air, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Teris, SK Tapah, SK Tengkawang, SK Kuala Ping, SK Kua dan SMK Bukit Diman."Manakala 18 buah sekolah terputus hubungan akibat jalan dinaiki air menyebabkan tidak dapat memulakan sesi persekolahan sekiranya air masih lagi tidak surut malam ini," katanya ketika dihubungi Teganukita.Beliau berkata, jika keadaan tidak berubah maka sesi persekolahan untuk sekolah yang terlibat terpaksa ditutup sementara waktu dan dibuka semula sekiranya keadaan pulih.Katanya, berdasarkan senario semasa, sekolah yang mungkin terjejas dan terpaksa ditangguhkan sesi persekolahan adalah SK Tengkawang, SK Kuala Ping,SK Teris,SK Kuala Jenderis, SK Padang Setebu,SK Matang, SK Sungai Buloh, SK Sungai Berua, SK Bukit Tadok, SK Lubok Periuk, SK Nibong, SK Kua, SK Felda Mengkawang, SK Betong, SK Pereh ,SK Felda Tersat, SK Menerong, SK Cheting, SK Padang Setar, Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Menerong, SMK Kuala Jenderis dan SMK Tun Indera.
31 Dec 16
1619
Sekolah Terjejas Banjir Tangguh Persekolahan
Sesi persekolahan yang akan bermula esok (1 Januari) akan ditangguhkan sementara waktu bagi sekolah yang terjejas akibat banjir di seluruh Terengganu dan dibuka semula bergantung kepada keadaan semasa.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telahpun mengambil beberapa tindakan jika bencana banjir berlaku.“Jika keadaan banjir berlarutan sehingga menjejaskan persekolahan, maka sekolah tersebut akan ditutup sehingga diberitahu kelak.“Untuk sementara ini, kita akan dapatkan dahulu laporan daripada JPNT tentang perkara ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jom Kembali Ke Sekolah di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Pada masa yang sama, Ahmad Razif berpesan terutama kepada ibu bapa agar memberi perhatian kepada anak-anak pada musim bah begini supaya tidak terjadi insiden tidak diingini.“Kita bimbang dalam keghairahan mereka hari ini bermain hujan kalau tidak diperhati boleh mengundang pada tragedi,” katanya.Tambahnya, segala persiapan telahpun dilakukan dari awal jika bencana banjir berlaku manakala bilik-bilik gerakan turut berada dalam keadaan bersedia bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan.
31 Dec 16
51