Artikel "Utama" Terkini
Banjir : MB Puji Komitmen, Kerjasama Tangani Bencana
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berterima kasih dengan komitmen dan berpuas hati dengan kerjasama semua agensi bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir di negeri ini. Katanya, kerajaan negeri membuat persiapan awal bagi menghadapi banjir itu dan agensi berkaitan bertindak dengan lancar. "Sehingga kini, seramai 11, 638 iaitu 3,591 keluarga berpindah di 141 pusat perpindahan di negeri ini, " katanya.Beliau tiba di Bandar Permaisuri, Setiu kira-kira jam 10.30 pagi ini untuk melawat beberapa kawasan yang terjejas di daerah itu.Ahmad Razif diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Mohd Jidin Shafie yang juga Adun Permaisuri.Turut menyambut beliau ialah Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor; Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar; Pegawai Daerah Setiu, Mohd Shahidan Embok dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang.Menteri Besar kemudiannya diberi taklimat mengenai keadaan semasa banjir oleh Pegawai Daerah Setiu sebelum beliau ke pusat pemindahan di Perpustakaan Daerah di Bandar Permaisuri.Di pusat itu, Menteri Besar sempat berbual mesra dengan mangsa banjir dan menghulur sumbangan. Beliau kemudiannya pusat pemindahan di Masjid Lama Bandar Permaisuri.Menteri Besar juga bertemu dengan 154 mangsa pemindahan banjir di Kampung Tasek yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari Bandar Permaisuri.Ahmad Razif berkata, sehingga kini seramai 11, 638 iaitu 3,591 keluarga berpindah di 141 pusat pemindahan di seluruh negeri ini.
04 Jan 17
94
Aplikasi Destinasi Terengganu, Maklumat Pelancongan Di Hujung Jari
Wan Hakim (dua dari kiri) menunjukkan aplikasi Destination Terengganu yang boleh mula dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) melancarkan satu aplikasi untuk telefon pintar bagi kemudahan pelancong sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri I, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, penggunaan aplikasi yang dibangunkan TM itu membolehkan pengguna telefon pintar mengetahui maklumat berkenaan semua destinasi dan lokasi menarik serta pusat percutian dengan pantas.Katanya, pembinaan aplikasi tersebut adalah sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat supaya pelancong memperolehi maklumat terkini, cepat dan tepat mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Terengganu.“Pengguna internet di Malaysia telah mencecah 20 juta orang dan kebanyakannya adalah pengguna telefon pintar. Jadi amat rugi jika kita tidak mengambil peluang ini.“Aplikasi yang dibina pula hampir kesemua orang dapat melayarinya kerana ianya amat mudah dicapai di hujung jari mereka sahaja. Pengguna dapat mengetahui tentang tempat makan yang menarik, aktiviti kebudayaan di Terengganu dan sebagainya,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Aplikasi ‘Destination Terengganu’ di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan), Mohd Sophian Abu Bakar dan Pengurus Besar TM Terengganu, Hamidun Ismail.Tambah Wan Abdul Hakim, aplikasi berkenaan antara yang terbaik disediakan untuk kempen Tahun Melawat Terengganu kerana ianya sesuai dengan keadaan semasa.“Aplikasi ini lebih spesifik. Apabila pengguna klik ke tempat yang ingin dituju tersebut, kemudahan seperti lokasi serta nombor telefon turut dipaparkan bagi kemudahan pengguna.“Namun begitu, aplikasi ini akan terus dikembangkan lagi. Kami sudah bincang dengan Pengurus Besar TM untuk menambah segmen yang ada contohnya mengikut daerah-daerah.“Selain itu, kandungan yang terdapat di dalam aplikasi ini juga akan selalu dikemaskini bagi memastikan ianya terkini dan tepat,” katanya.Bagi pengguna telefon pintar, aplikasi tersebut boleh didapati di App Store dan Google Play Store dengan carian Destination Terengganu.
04 Jan 17
645
Banjir : SM Imtiaz Kuala Berang Beroperasi Seperti Biasa
Sesi persekolahan 207 pelajar Sekolah Menengah Agama Imtiaz Kuala Berang diteruskan seperti biasa berikutan persekitaran kelas akademik dan jalan masuk ke sekolah sahaja yang ditenggelami air dan terjejas akibat banjir di Hulu Terengganu. Sementara bangunan asrama pelajar dan surau sekolah masih selamat digunakan kerana berada di kawasan tinggi. Sehubungan itu, hanya sesi kelas akademik terpaksa ditangguhkan sementara, manakala hafazan al-Quran berjalan seperti biasa di bangunan asrama berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang berkata, ibu bapa pelajar sekolah berkenaan tidak perlu bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka kerana pemantauan dibuat setiap masa."Penjaga tidak perlu risau kerana keadaan masih terkawal dan bekalan makanan masih mencukupi untuk anak-anak yang tinggal di asrama meneruskan rutin seperti biasa,"katanya kepada Teganukita.Beliau meninjau keadaan sekolah itu sempena lawatan ke Hulu Terengganu bagi melihat sendiri situasi sekolah yang terjejas akibat banjir di daerah itu.Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Jalaludin Ismail serta pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
03 Jan 17
929
Banjir : Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 11,090 Orang
Wan Nawawi bermesra dengan penjawat awam cemerlang selepas Perhimpunan Bulanan Bersama Penjawat Awam Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli PutraJumlah mangsa banjir di Terengganu terus mencatat peningkatan mendadak kepada 11,090 mangsa sehingga jam 8.30 pagi ini, berbanding 4,500 orang setakat pukul 10 malam tadi.Pusat pemindahan juga bertambah kepada 134 lokasi yang menempatkan 3,264 keluarga berbanding hanya 77 pusat pemindahan sebelum ini.Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), Dato’ Wan Nawawi Wan ismail berkata, maklumat dan info terkini daripada portal Banjir Terengganu itu perlu sentiasa diambil perhatian oleh orang ramai termasuk penjawat awam.“Tahun baharu kali ini disambut dengan ujian bencana banjir, kita perlu redha dan mendoakan agar dipermudahkan segalanya.“Ada program penting dan mesyuarat jabatan, termasuk mesyuarat bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terpaksa dibatalkan pada hari ini.“Ketua-ketua jabatan kerajaan, wakil rakyat, exco kerajaan negeri dan Menteri Besar dilihat turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di Setiu, Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman,” katanya.Beliau berkata demikian ketika pada Perhimpunan Bulanan Bersama Penjawat Awam Wisma Darul Iman, hari ini.Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ A Rahman Yahya.Sementara itu, A Rahim juga berharap semua pegawai kerajaan mempunyai fail meja yang merekodkan senarai tanggungjawab yang perlu diselesaikan di samping mengetahui perjalanan kerja dan cara-cara kaedah pelaksanaan setiap tugasan."Dengan cara ini saya yakin bahawa pelaksanaan kerja akan berjalan dengan lebih baik,'' katanya.
03 Jan 17
47
Banjir : 64 Sekolah Ditutup
Sebanyak 64 sekolah ditutup di seluruh Terengganu sehingga hari ini, berikutan kawasan sekolah yang ditelenggami air dan terputus hubungan akibat banjir yang melanda negeri ini.Daripada jumlah itu, sekolah menengah 14 dan sekolah rendah 50 buah, masing-masing di Setiu (19), Besut (19), Hulu Terengganu (25) dan Kemaman (1). , Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains,Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, berkata, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) supaya sentiasa memantau perkembangan semasa dan situasi terkini bagi memastikan persiapan rapi dapat dibuat sekiranya berlaku banjir di sekolah masing-masing."Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa membuat persiapan untuk memastikan segala peralatan, kelengkapan pembelajaran serta pejabat termasuk dokumen-dokumen penting di simpan di tempat selamat. "Pihak sekolah juga hendaklah memberikan peringatan kepada ibu bapa supaya mengawasi keselamatan anak-anak agar tidak leka dan bermain air terutamanya di kawasan - kawasan yang berisiko tinggi dan terdedah kepada banjir,"katanya kepada Teganukita.Beliau berkata demikian ketika meninjau perkembangan banjir di Daerah Hulu Terengganu, pagi ini.Di Hulu Terengganu sebanyak 25 buah sekolah yang dilanda banjir terpaksa ditutup.Selain itu, Sekolah Imtiaz Hulu Terengganu juga terjejas, bagaimanapun sehingga kini masih belum ditutup. Selain itu, penutupan sekolah juga disebabkan bangunan yang digunakan sebagai pusat pemindahan sementara banjir, sekali gus menjejaskan aktiviti pembelajaran di sekolah yang terlibat.A.Latiff juga menyarankan kepada pihak sekolah supaya sentiasa memastikan keadaan paras air di persekitaran sekolah sepanjang musim tengkujuh.Tambahnya, selain persekolahan di tiga daerah yang terjejas teruk, Marang, Dungun dan Kuala Nerus juga berada dalam keadaan berjaga-jaga.
03 Jan 17
92
Tiga Projek Perkedaian MBKT Beroperasi Awal Februari
Ahmad Razif memberi penerangan kepada peniaga-peniaga ketika meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTiga projek perkedaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang membabitkan peruntukan RM5.8 juta bakal beroperasi awal bulan depan. Projek berkenaan adalah Medan ICT MBKT bersebelahan Hospital Sultanah Nur Zahirah yang mempunyai 19 ruang niaga, Bazar Kuih Tradisional di Gong Kapas (9 ruang niaga) dan Medan Selera Batu Buruk II pula menempatkan 13 ruang niaga.Bazar Kuih Tradisional di Gong Kapas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar, berkata projek yang bermula pertengahan tahun lalu kini dalam proses penyerahan surat tawaran dan serahan kunci kepada 43 penyewa.“Sebaik selesai semuanya termasuk membersihkan kawasan perniagaan, mereka akan dibenarkan berniaga pada awal Februari depan.“Peniaga akan dibekalkan apron bergambar logo Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 agar nampak lebih ceria dan mesra untuk menyambut pelanggan dan pengujung sempena VBT,”katanya.Mohd Zulkifli berkata demikian ketika ditemui Teganukita semasa mengikuti Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu, hari ini.Menurutnya, semua penyewa adalah peniaga jalanan yang sebelum ini berniaga di tepi Pusat Akuatik Batu Buruk, lorong HSNZ dan peniaga asal di tapak jualan gerai kuih tradisional Gong Kapas.“Inisiatif MBKT melalui kerajaan negeri membina lot perkedaian itu, semata-mata mahu memastikan Pusat Bandar Kuala Terengganu lebih tersusun, bersih dan selesa.“Sebolehnya pihak kami tidak mahu lagi melihat kewujudan lot kedai tanpa permit dan peniaga jalanan tanpa lesen di bandar ini,”katanya.Katanya, keadaan itu bukan saja mencemarkan pemandangan malah menyebabkan pengendalian makanan tidak bersih berikutan tiada bekalan air untuk membasuh kelengkapan memasak, makan dan minum.“MBKT mahu peniaga mengamalkan sikap mesra pelanggan seperti yang disarankan Menteri Besar, perkhidmatan bertaraf hotel, kadar harga setanding warung.“Saya tidak mahu lagi mendengar rungutan pelanggan, makanan di kawasan itu mahal, tidak setanding dengan layanan,”katanya.
03 Jan 17
258
Pusat Akuatik Dibuka Semula Pertengahan Bulan Ini
Ahmad Razif dalam lawatannya ke Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mula dibuka semula pada pertengahan Januari ini, sebaik sahaja kerja membaik pulih selesai.Pengarah Penyelenggaraan Bangunan MBKT, Zulkefly Hassan berkata, kerja-kerja pembaikan kini sedang giat dijalankan secara berperingkat dan ada kemudahan yang boleh mula digunakan pada pertengahan bulan ini.“Baik pulih melibatkan lantai pada permukaan kolam serta sekeliling kolam termasuk tambah baik sistem pam sedia ada di pusat akuatik ini.“Untuk permulaan, kita akan buka dahulu untuk bahagian kanak-kanak manakala di bahagian wanita serta dewasa ianya akan disiapkan secara berfasa,” katanya kepada Teganukita dalam lawatan kerja Menteri Besar ke Pusat Akuatik MBKT, di Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ A Rahman Yahya.
02 Jan 17
1187
Peniaga Jangan Ambil Kesempatan - MB
Peniaga dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya ketika kerancakan kempen `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017'.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peniaga perlu lebih mesra dalam menyambut kedatangan pelancong dengan budaya yang baik serta mesra, selain berurusniaga dengan kadar yang munasabah.“Harga barangan perlulah berpatutan. Harga yang mahal secara tidak langsung akan memberikan imej tidak baik kepada negeri ini sendiri.“Jangan pula ada peniaga merosakkan apa yang sedang kerajaan negeri laksanakan dengan memberi layanan yang tidak baik kepada pelancong-pelancong ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Meraikan Pelancong ASEAN di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Monspace Multinasional Corp, Dato’ Seri Jessy Lai.Dalam pada itu, Ahmad Razif berharap, agar dengan kedatangan pelancong ke Terengganu sempena VBT 2017 akan merancakkan lagi ekonomi penduduk setempat.“Bermula esok (hari ini) seramai lebih 3,000 pelancong dari negara-negara ASEAN akan melawat ke sekitar Kuala Terengganu termasuk Pasar Kedai Payang, Kampung Cina dan Pulau Warisan.“Diharapkan dengan kehadiran pelancong-pelancong yang begitu ramai akan memberi manfaat kepada rakyat kerana mereka sudah pasti mula berbelanja di tempat-tempat yang dibawa ini,” katanya.
02 Jan 17
117
Gelombang Kedua Melanda Hulu Terengganu
Gelombang banjir kedua mula melanda Hulu Terengganu apabila hujan lebat berterusan sejak semalam.Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, pusat pemindahan sementara yang baru mula dibuka di Masjid Kampung Peneh yang melibatkan 55 mangsa daripada 8 keluarga."Angka akan bertambah lagi memandangkan hujan dan air Sungai Berang makin naik termasuklah air Sungai Telemong juga semakin meningkat semula."Kami dalam proses berjaga-jaga ke arah pembukaan balik pusat pemindahan di Pasir Dula dan Kampung Kuala Ping," katanya ketika dihubungi Teganukita.Menurut Azmi, setakat ini hanya dua pusat permindahan yang masih beroperasi iaitu di Bukit Tadok, masih kekal dengan 152 mangsa daripada 18 keluarga.Jumlah keseluruhan mangsa dua pusat pemindahan berkenaan adalah seramai 207 orang daripada 71 keluarga.Mengikut laporan, bacaan paras Sungai Berang di Pengkalan Ajal terkini 16.12m (0.12m melebihi paras bahaya).Terbaru setakat jam 10 pagi ini, pusat pemindahan Kampung Lubuk Periuk telah mula dibuka dengan pendaftaran seramai 12 keluarga melibatkan 60 mangsa.
02 Jan 17
55
JKM Jamin Bekalan Makanan Mencukupi
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi jaminan bekalan makanan kepada mangsa bencana boleh bertahan sehingga Mac ini, jika banjir berterusan di Terengganu.Ketua Pengarah JKM, Datuk Zulkiply Ramli, berkata pihaknya sudah membuat perjanjian dengan lima pembekal utama bagi menghantar bekalan makanan segera bagi memastikan bekalan tidak terputus kepada mangsa banjir."Depot penyimpanan barangan mampu menyimpan bekalan makanan dan keperluan asas mangsa selama sebulan jika bencana berterusan."Malah pihak JKM bersama-sama pegawai daerah telahpun mengenalpasti para pembekal tempatan,"kata Zulkiply.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat lawatan mengejut di Pusat Pemindahan Banjir dekat Balai Raya Kampung Getang, Hulu Terengganu, hari ini.Menurut Zulkiply, satu depo besar di Marang akan menghantar barang keperluan dan makanan kepada mangsa banjir ke 18 lokasi depo mini.Katanya, JKM juga menyediakan 160 pengkalan hadapan bagi menempatkan makanan dan keperluan asas mangsa yang berdekatan dengan pusat pemindahan banjir."Ini bagi memastikan bekalan makanan sampai kepada mangsa jika lokasi terbabit terputus hubungan dan setiap pangkalan hadapan mampu menyimpan bekalan makanan antara tiga ke tujuh hari mengikut keperluan mangsa."Sekiranya berlaku bekalan makanan habis dan tidak cukup dengan keperluan mangsa,kita akan pastikan depoh besar di Sungai Buloh, Selangor akan menghantar bekalan segera," katanya.
02 Jan 17
90