Artikel "Utama" Terkini
                            Kerajaan Beri Insentif Untuk Pengusaha Beca, Bot Penambang
                        
                        
                            Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada nelayan. Foto oleh CW Zulkifli.Kerajaan negeri tidak meminggirkan kebajikan pengusaha beca dan bot penambang apabila golongan itu bakal menikmati keistimewaan sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, 60 pengusaha beca dan 20 bot penambang menerima insentif daripada kerajaan negeri sebanyak RM200 seorang setiap bulan dan bermula tahun hadapan pula, beca dan bot mereka akan berwajah baru.Selain itu, mereka juga akan turut menerima beca baru yang berharga hampir RM6,000 sebuah.“Beca ini sedang diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan ianya menggunakan konsep yang hampir sama dengan beca di Singapura di mana menggunakan fiber.“Kos yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat adalah RM3,000 bagi setiap satu manakala kerajaan negeri pula bersetuju untuk menambah hampir RM3,000 lagi untuk pembelian beca tersebut kerana kita tidak mahu beca lama menimbulkan masalah kepada mereka,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Nelayan, Buruh, Pengayuh Beca, Pemandu Bot Penambang dan Penyerahan Mobile Preneur Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir Pengarah Urusan Felcra Training & Consultancy Rohaizat Ahmad dan Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail.Sementara itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga bersetuju untuk memperuntukkan RM600,000 bagi membaiki dan menambah baik bot penambang termasuk dari segi pencahayaan.“Setiap bot penambang kita salurkan RM30,000 dan sebanyak 20 buah bot akan dibaiki melalui empat fasa di mana setiap fasa lima buah bot akan dibaiki.“Tender bagi pembaikan bot tersebut telah ditutup dan difahamkan keputusan akan dikeluarkan tidak lama lagi. Kita tidak boleh baiki serentak kerana nanti tiada bot penambang yang akan beroperasi,” katanya.
                        
                        
                                29 Dec 16
            
                    
                                58
            
            
                            PLUS Belanja RM5 Juta Baik Pulih Pagar
                        
                        
                            Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Penyampaian Kelengkapan Sekolah "Kembali Ke Sekolah 2017", di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Projek  Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) terpaksa membelanjakan  kira-kira RM5 juta sejak  Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dibuka  bagi membaik pulih pagar yang dirosakkan secara sengaja oleh penternak yang tidak bertanggungjawab.Ketua Pegawai Operasi PLUS,  Mohammad Fuad Khusairi berkata alasan kononnya rumput di kaki lima Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) lebih segar dan sesuai untuk ternakan termasuk lembu dan kambing mendorong segelintir penternak bertindak  memotong pagar LPT2 bagi memberi kemudahan kepada ternakan mereka meragut rumput di kawasan berkenaan.“Mereka masih aktif melakukan kerja itu,  walaupun pelbagai amaran dan peringatkan dikeluarkan. "Pada tahun hadapan, PLUS akan mempertingkatkan rondaan di kawasan yang kerap berlaku kerosakan pagar bagi memastikan perbuatan itu tidak berulang," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Kelengkapan Sekolah "Kembali Ke Sekolah 2017", di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Hadir menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah kepada 1,000 pelajar di daerah itu Menteri Besar  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong.Fuad berkata, dia berharap semua pihak prihatin dalam memastikan pagar di LPT2 itu tidak dirosakkan bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya. "Kerosakkan pada pagar di LPT2  bukan sahaja menyebab ternakan seperti lembu dan kambing melintas malah dibimbangi haiwan liar seperti babi juga berpotensi menggunakan laluan sama untuk melintas. "Risiko kemalangan di LPT2 secara tidak langsung akan meningkat sekiranya pagar di kawasan itu rosak," katanya.
                        
                        
                                28 Dec 16
            
                    
                                61
            
            
                            Jambatan Pulau Sekati Siap April 2017
                        
                        
                            Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan Kampung Teluk Pasu dan Losong.Jambatan sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan Kampung Teluk Pasu ke Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dijangka siap sepenuhnya menjelang April tahun hadapan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jambatan yang merentangi Sungai Terengganu melibatkan kos sebanyak RM242 juta itu bakal menguraikan masalah trafik yang sering terjadi terutama pada musim perayaan serta cuti sekolah.Katanya, selain jambatan tersebut, beberapa projek pembangunan lain yang masih dalam pembinaan akan menyelesaikan masalah trafik di laluan berkenaan, tidak lama lagi.“Keseluruhan trafik yang berada di Kuala Terengganu ini akan dapat diselesaikan kelak apabila siapnya jambatan angkat yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Seberang Takir serta jejantas di Jambatan Sultan Mahmud ke Seberang Takir, Batu Enam serta Bukit Tunggal.“Apabila projek-projek ini siap kelak, ianya dapat menyelesaikan keseluruhan atau paling tidak dapat memastikan permasalahan trafik tidak akan terjadi dalam masa 10 tahun akan datang,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada selepas merasmikan Penyambungan Terakhir Projek Jambatan (Stiching Slab) di Jambatan Pulau Sekati, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri,Ir. Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir Ab Hamid Md Daud.Tambah Ahmad Razif, selain dari projek-projek tersebut, kerajaan negeri juga dalam proses menyiapkan KT-Bypass yang menghubungkan Jalan Tok Adis ke Jalan Bukit Besar, Kuala Terengganu bagi mengurangkan kesesakan trafik. 
                        
                        
                                28 Dec 16
            
                    
                                1235
            
            
                            Peruntukan RM1.2 Juta Atasi Hakisan Pantai Tanjung Gelam
                        
                        
                            Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan segera sebanyak RM1.2 juta bagi menyelesaikan masalah hakisan yang berlaku di Pantai Tanjung Gelam, Kuala Nerus.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan bagi menyelesaikan masalah hakisan itu, sementara menunggu kajian serta reka bentuk oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu.Katanya, pihaknya telah pun menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat namun kajian secara terperinci perlu dilakukan oleh JPS bagi mengelakkan kesan hakisan tersebut ke kawasan lain."Kita sudah ada peruntukan dari Kerajaan Pusat sebanyak RM40 juta untuk penyelesaian jangka masa panjang namun ia masih dalam proses kajian dan reka bentuk pemecah ombak yang sesuai agar hakisan tidak berlaku lagi di pantai tersebut."Apa yang telah dibuat di Pantai Tok Jembal iaitu sekitar Universiti Malaysia Terengganu dan Teluk Ketapang nampaknya berjaya meminimumkan kesan hakisan kawasan di dua pantai itu dan JPS telah mencadangkan agar dua pemecah ombak dibina juga di Pantai Tanjung Gelam,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada selepas merasmikan Penyambungan Terakhir Projek Jambatan (Stiching Slab) di Jambatan Pulau Sekati, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri,Ir. Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir Ab Hamid Md Daud.Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata secara keseluruhannya, Kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM90 juta untuk mengatasi masalah hakisan di Pantai Tok Jembal, Teluk Ketapang dan Tanjung Gelam."Selain itu Jabatan Kerja Raya juga menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta, jadi nilai keseluruhannya ialah RM120 juta."Kerajaan negeri berharap peruntukan segera RM1.2 juta itu dapat membantu menyelesaikan masalah hakisan di Tanjung Gelam sementara JPS melantik kontraktor untuk pembinaan dua benteng pemecah ombak sebagai penyelesaian jangka masa panjang," katanya. 
                        
                        
                                28 Dec 16
            
                    
                                73
            
            
                            Pesilat Negara Terima Lot Tanah
                        
                        
                            Razak dan Siti Rahmah menerima sumbangan dari kerajaan negeri berjumlah RM16,500 serta satu lot tanah kediaman setiap seorang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri menyerahkan ganjaran berupa lot tanah kediaman dan wang tunai sebanyak RM16,500 seorang selepas kejayaan mengharumkan nama Malaysia.Pesilat negara, Razak Ghazali dan Siti Rahmah Mohd Nasir masing- masing berasal dari Kuala Terengganu, menyumbang dua pingat emas buat negara yang di Kejohanan Pencak Silat Dunia 2016 yang berlangsung di Bali, Indonesia pada 5 hingga 10 Disember lalu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman  berkata,  dengan kejayaan terbaru oleh atlet berkenaan bermakna Terengganu tidak ketandusan melahirkan jaguh sukan yang hebat dan tidak tertumpu pada bidang sukan tertentu sahaja.“Kebelakangan ini, sukan-sukan lain seperti sukan lasak dan sebagainya mula mendapat tempat di Terengganu. Ini bermakna Terengganu boleh dikatakan tempat melahirkan atlet-atlet negara.“Dengan kejayaan dua pesilat ini, sudah tentu kita akan masukkan sukan silat sebagai salah satu lagi sukan yang akan menjadi tumpuan kerajaan negeri,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Insentif Kepada Juara Pesilat Olahraga Dunia di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat dan Yang Dipertua Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Negeri Terengganu, Dato’ Rosol Wahid.Dalam majlis yang sama, jurulatih silat Terengganu, Shahrul Fahmi Abu Bakar turut menerima insentif sebanyak RM9,000 dan seorang lagi pesilat Terengganu, Mohamed Khusairy Azhar yang berjaya ke suku akhir kejohanan itu pula menerima RM1,500.Tambah Ahmad Razif, selain daripada sukan silat, kerajaan negeri akan menimbang untuk memberi tumpuan kepada sukan permotoran berdasarkan prestasi kejayaan acara itu.“Sukan permotoran juga mungkin akan diberi perhatian hasil daripada kejayaan atlet cilik permotoran, Qabil Irfan Azlan yang baru berusia empat tahun namun telah mencipta nama pada kejohanan di Johor baru-baru ini apabila muncul sebagai pemenang tempat ketiga.“Ini bermakna sukan-sukan di Terengganu mempunyai potensi yang sangat bagus dan akan memberi banyak peluang kerjaya kepada anak-anak Terengganu yang banyak mencipta nama di peringkat dunia,” katanya.
                        
                        
                                28 Dec 16
            
                    
                                176
            
            
                            Nikmati `Light And Sound' Di TTI Secara Percuma 1 Januari Ini
                        
                        
                            Taman Monumen di Taman Tamadun Islam (TTI) akan dibuka secara percuma pada 1 Januari ini dari jam 8 malam hingga 12 malam untuk persembahan Bunyi dan Cahaya (Light and Sound) sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, kerajaan negeri menjanjikan satu malam menarik untuk pengunjung mengenali dan melihat sendiri keunikan pesta ini.Katanya, pertunjukkan Light and Sound sempena sambutan TMT 2017 itu akan berlangsung selama 3 hari."Orang ramai boleh berkunjung beramai-ramai dengan membawa keluarga bersantai sambil menyaksikan pesta cahaya dan bunyi ini.“Kebiasaannya, pada hari-hari biasa akan dikenakan bayaran untuk menyaksikan pertunjukkan ini, namun kita bagi masuk percuma pada tarikh dan waktu tersebut bagi menyemarakkan sambutan TMT 2017,” ujarnya.Dalam pada itu katanya, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama keluarga di TTI seperti aktiviti berbasikal, menyusuri sungai dengan menaiki River Cruise, melihat keunikan replika di Taman Monumen ( 22 masjid daripada 21 negara) dan menyaksikan keindahan Masjid Kristal yang sangat terkenal di negeri ini khususnya dan di Malaysia amnya.
                        
                        
                                28 Dec 16
            
                    
                                248
            
            
                            Permohonan Dana Tahun Baru Cina Dibuka
                        
                        
                            Gambar hiasanMasyarakat Cina yang berkelayakan di Terengganu boleh memohon bantuan Tahun Baru Cina 2017 melalui atas talian yang dibuka sepanjang 10 hari,  berakhir 4 Januari depan.Syarat kelayakan permohonan dinaikkan kepada mereka yang berpendapatan tidak melebihi RM2,500 berbanding hanya RM2,000 sebelum ini.Permohonan boleh dibuat melalui pautan iDANATTB di laman web danattb.terengganu.gov.myTimbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Khidmat Pengurusan), Zainal Abidin Hussin berkata, permohonan menerusi talian itu hanya melibatkan permohonan baharu sahaja iaitu bagi mereka yang tidak pernah memohon sebelum ini.Katanya, selain itu pemohon juga perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti  bujang kepada berkahwin, menambah atau mengurang jumlah tanggungan  dan bertukar alamat.“Mereka yang dikategorikan warga emas, Orang Kurang Upaya, keluarga berpendapatan rendah, ibu atau bapa tunggal dan individu belum berkahwin adalah golongan yang layak membuat permohonan.“Individu yang tidak mahir menggunakan internet atau komputer boleh ke Pusat Bestari.Com berdekatan  di Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya kepada teganukitaSelain itu, penebusan baucer dijangka boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional pada 23 Januari dan berakhir 23 April 2017.
                        
                        
                                27 Dec 16
            
                    
                                68
            
            
                            3,000 Bungkus Nasi Lemak Percuma Menanti Pengunjung
                        
                        
                            Kira-kira 3,000 bungkus nasi lemak dan minuman percuma menanti pengunjung tempatan dan pelancong asing terawal ke Program Visit Beautiful Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, bermula 31 Disember hingga 2 Januari ini.Agihan menu secara percuma selama tiga hari berturut- turut itu akan bermula pada  jam 9.30 pagi sehingga habis makanan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, berkata sebanyak 1,000  bungkus nasi lemak beserta minuman akan diagihkan kepada pengunjung pada setiap hari.“Seramai tujuh pengusaha nasi lemak tempatan akan terlibat menyediakan menu istimewa sepanjang program berlangsung,” katanya pada sidang media selepas meninjau tapak program di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, petang ini.Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melancarkan program itu di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, Sabtu ini. Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Wan Abdul Hakim berkata, inisiatif kerajaan melalui Sekretariat Beautiful Terengganu itu sebagai usaha menghargai pengunjung ke program yang turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik lain.“Antaranya pertunjukan bot berhias, persembahanan jet ski light, pertunjukan bunga api, pertunjukan laser mapping and hologram water screen, permainan tradisional, gerai jualan dan aktiviti Motofest Terengganu“Tidak ketinggalan persembahan kebudayaan, tarian tradisional dan persembahan oleh artis-artis Terengganu, termasuk Ameng Spring, Anis Suraya, Normad, Zalif Sidek, Saleem Iklim dan Kumpulan Dendang Anak,”katanya.Terengganu kini lebih bersedia untuk dinobatkan sebagai negeri pelancongan yang mempunyai rangkaian kemudahan yang lebih efisien. sistem pengangkutan dan khazanah alam semulajadi, seni budaya dan warisan yang mampu menggamit kehadiran pengunjung. ..
                        
                        
                                27 Dec 16
            
                    
                                52
            
            
                            Kemaman Keluarkan 87 Peratus Golongan Miskin
                        
                        
                            Taklimat pembangunan di daerah Kemaman turut disertai oleh Dato' Wan Nawawi dan pegawai-pegawai di Kemaman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kemaman mencatatkan daerah yang berjaya menurunkan kadar miskin tertinggi, berbanding daerah-daerah lain di seluruh Terengganu, iaitu 87 peratus kepada 107 orang sehingga 22 Disember lalu, berbanding 828 orang yang direkodkan pada Januari tahun ini .Pegawai Daerahnya, Rosman Roslan berkata, 721 orang yang berjaya diturunkan adalah menerusi pelbagai gerak kerja yang bersepadu dan intensif termasuk proses pemutihan kategori miskin di daerah berkenaan.Rosman Roslan“Melalui statistik kemiskinan yang dikeluarkan oleh e-Kasih, Kemaman mempunyai sifar miskin tegar dan hanya 180 orang miskin.“Antara yang dilakukan adalah melakukan makmal penyelerasan agensi pelaksana bagi proses pemutihan kategori miskin dalam sistem e-Kasih yang diadakan setiap Khamis serta adakan mesyuarat pelarasan penghulu mukim secara berkala setiap bulan bagi verifikasi maklumat miskin,” katanya.Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Taklimat Khas Sempena Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Ke Daerah Kemaman di Pejabat Daerah dan Daerah Kemaman, hari ini.Kemaman adalah daerah kedua dalam siri lawatan kerja SUK selepas lawatan perintis ke Hulu Terengganu pada minggu lepas.Sebelum taklimat, SUK, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail turut merasmikan Kaunter Bergerak Unit Hasil Pejabat Tanah Kemaman.Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ A Rahman Yahya dan Ketua-ketua jabatan di Daerah Kemaman.Dalam taklimat tersebut juga, Rosman turut membentangkan pembangunan semasa dan sudah siap di Kemaman.Antara projek yang sedang giat dijalankan adalah pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Kemaman dengan kos projek RM300 juta, Rancangan Tebatan Banjir Kemasik (RM60 juta), Naik Taraf Zoo Kemaman Fasa II (RM50 juta) serta Pembangunan Bandar Baru Kijal (RM30 juta).Bagi projek yang telah siap pula merupakan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kijal, Masjid Gong Chengal, Sekolah Menengah YT Imtiaz Kijal, Pemecah Ombak Kuala Kemaman dan Darul Iman Training Center.
                        
                        
                                26 Dec 16
            
                    
                                695
            
            
                            Jumlah Mangsa Banjir Di Kemaman Meningkat
                        
                        
                            Jumlah mangsa banjir di Kemaman meningkat kepada 89 mangsa melibatkan 21 keluarga setakat jam 11.30 pagi ini, berbanding 63 mangsa daripada 16 keluarga yang dipindahkan sehingga tengahari semalam.Menurut portal etindakan.terengganu.gov.my, kesemua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir  iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemasik dan  Balai Raya Kampung Padang Kemunting, Kemaman.Seramai 57 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke SMK Badrul Alam Shah, Kemasik dan 32 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Padang Kemunting.
                        
                        
                                26 Dec 16
            
                    
                                338