lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Banjir: Kian Pulih, Mangsa Berkurangan
Keadaan banjir di Terengganu terus bertambah baik dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan semakin berkurangan.Sehingga pukul 10 pagi ini, seramai 204 orang mangsa masih berada pusat pemindahan di negeri ini berbanding 1,386 orang tengahari semalam.Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my, di Kuala Terengganu terdapat 126 orang dan Dungun (78).Dua buah pusat pemindahan masih lagi beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan kampung Gemuroh, Kuala Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Dungun.
08 Jan 17
48
Empty Image
Banjir : Empat Sekolah Masih Ditutup Esok
Empat sekolah masih ditutup sesi persekolahan esok, disebabkan banjir yang masih melanda di beberapa daerah khususnya Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.Sekolah yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Las kerana masalah pendawaian elektrik yang tidak selamat, dua sekolah di Kuala Nerus masing-masing SK Kompleks Gong Badak dan SK Bukit Guntong pula menjadi pusat pemindahan sementara mangsa banjir.Manakala SK Banggol Peradong, Kuala Terengganu juga menjadi pusat pemindahan sementara mangsa banjir.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, penutupan empat sekolah berkenaan melibatkan 509 murid dan 42 guru."Alhamdulillah, cuaca di Terengganu semakin baik. Ini adalah kerana doa semua dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa serta pelajar sentiasa berada dalam situasi berjaga-jaga dan bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya kepada Teganukita, hari ini.Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan dan agensi serta jabatan yang membantu membersih sekolah terlibat dalam pasca banjir.Dalam pada itu, A.Latiff  juga mengarahkan  Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan pengurusan sekolah membuat penilaian terhadap kerosakan prasarana akibat banjir di sekolah terlibat.
07 Jan 17
57
Empty Image
Banjir : PM Lawat Mangsa Banjir Di SK Banggol Peradong
Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong, Manir, hari ini.Dalam lawatan tersebut, Mohd Najib yang tiba kira-kira jam 3 petang menyerahkan kit makanan tambahan kepada 112 keluarga membabitkan 461 mangsa banjir.Najib yang dikerumuni orang ramai turut meluangkan masa selama kira-kira 30 minit beramah mesra dan bertanya khabar kepada mangsa-mangsa banjir di pusat itu.Pusat pemindahan banjir yang dibuka sejak 5 Januari lalu itu menempatkan penduduk dari 13 kampung antaranya Kampung Banggol Peradong, Jeram, Bukit Seraman, Kampung Baru Tetambah dan Lapan Sira.Terdahulu, Mohd Najib turut diberi Taklimat Pengurusan Banjir oleh Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Selepas itu, Perdana Menteri menuju ke Pusat Pemindahan Banjir SK Bukit Guntong, Tepoh, Kuala Nerus untuk melawat mangsa banjir kira-kira jam 3.30 petang.Turut mengiringi beliau dalam kedua-dua lawatan tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman;  Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Dato' Seri Shahidan Kasim,  dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari.
07 Jan 17
922
Empty Image
Banjir : PM Lawat Mangsa Banjir Di SK Bukit Guntong
Najib bersama Ahmad Razif sempat beramah mesra dengan mangsa banjir di SK Bukit Guntong, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Nerus, petang ini.Ketibaan Perdana Menteri dan Menteri Besar serta ketua-ketua jabatan kira-kira jam 3.30 petang disambut ceria oleh mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di situ.Dalam lawatan selama hampir 30 minit tersebut, Najib sempat beramah mesra dengan orang ramai di pusat pemindahan itu di samping menyampaikan bantuan kepada mereka.Seramai 422 mangsa daripada 96 keluarga ditempatkan di SK Bukit Guntong.
07 Jan 17
103
Empty Image
Banjir : Tubuh Jawatankuasa Pembersihan Tandas Di Pusat Pemindahan Banjir
Jawatankuasa pembersihan tandas di semua pusat pemindahan banjir akan ditubuhkan bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir terutama mereka yang uzur dan warga emas.Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kasim berkata kemudahan itu penting kerana bilik air dan tandas adalah keperluan utama mangsa banjir ketika berada di pusat pemindahan."Jadi pihak kami akan mengenalpasti  lokasi atau sekolah yang dijadikan pusat ini bagi memenuhi keperluan itu yang mana kita akan menempatkan beberapa sukarelawan khas bagi menjalankan kerja pembersihan bilik air kerana selain dijadikan tempat mandi, ia juga dijadikan tempat berwuduk,"katanya ketika ditemui media di Sekolah Kebangsaan  Banggol Peradong, Manir, hari ini.Sekolah yang dijadikan pusat permindahan banjir  mendapat kunjungan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak bagi menyerahkan bantuan kit makanan tambahan kepada mangsa banjir.Shahidan turut memberitahu semua pihak perlu memberi kerjasama kepada media terutama dalam membuat laporan berkenaan banjir."Buat masa ini, semua media utama giat melaporkan perkembangan semasa banjir termasuklah media sosial."Bagaimanapun semua berita yang dimaklumkan di media sosial tidak begitu tepat berbanding berita daripada arus perdana berhubung dengan banjir, " katanya.Katanya, oleh itu, semua agensi kerajaan dan mana-mana pihak perlu memberi kemudahan kepada penggiat media untuk membuat laporan dari masa ke masa."Kalau terdapat perkara yang tidak elok kita boleh cerita kerana dunia sekarang adalah dunia yang terbuka. Sekiranya media tidak lapor orang lain akan lapor,"katanya.
07 Jan 17
208
Empty Image
Banjir : Makin Pulih
Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan tahap sungai utama semakin surut dan kembali kepada paras normal.Bagaimanapun, kesan bencana itu mengakibatkan banyak kawasan yang terjejas teruk terutama ladang dan sawah, selain jalan raya turut rosak.Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, berkata berdasarkan ramalan kajicuaca keadaan cuaca bertambah baik dan hujan hanya tertumpu di kawasan pantai dengan merekodkan ramai mangsa yang berpindah dari kawasan itu .“Secara keseluruhan kita dapat meninjau keadaan banjir yang dilihat semakin pulih di Hulu Terengganu, Hulu Setiu dan sebahagian Marang. Keadaan air di sungai utama sudah menurun dan berada di paras biasa.“Kita juga dapat melihat kesan kemusnahan banjir, ladang di kawasan Hulu Setiu yang musnah akibat ditenggelami air, selain jalan raya yang rosak akibat arus air. Bagaimanapun, masih ada bebarapa jalan dan jambatan yang menghubungkan kampung terpencil masih ditenggelami air banjir,” katanya kepada pemberita selepas menyertai tinjauan udara menerusi penerbangan M994-01, di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang, hari ini.Turut serta, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu, Azlimin Mat Noor; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Ir Ab Hamid Md Daud; Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri, Ir. C Poobalan dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.Dalam pada itu, beliau juga sentiasa turun padang bagi memantau beberapa pusat pemindahan banjir, selain memastikan bilik gerakan banjir di seluruh negeri sentiasa meningkatkan kesiap-siagaan sepanjang musim tengkujuh ini.“Alhamdulillah setakat ini, kita dapat melaksanakan tugas memantau dan menyediakan bantuan sepatutnya termasuk urusan pemindahan mangsa ke pusat pemindahan dengan lancar dan selamat menerusi kerjasama semua agensi penguatkuasa dan badan sukarela yang terbabit.Sehingga jam 6.40 petang ini, hanya tujuh pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 1,126 mangsa daripada 285 keluarga seluruh Terengganu.Daripada jumlah itu, Kuala Terengganu (3), Dungun (2) dan satu pusat pemindahan masing-masing di Setiu dan Marang.
06 Jan 17
89
Empty Image
Banjir : Skuad Sukarelawan TTB Dikerah Bantu Pasca Banjir
Ahmad Razif dan isteri bersama dengan sukarelawan dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di Dewan Sivik Paka, Dungun. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Skuad Sukaralewan TTB dikerah membantu mangsa bencana banjir di Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkat,  sukarelawan tersebut akan membantu untuk pasca banjir terutama dalam kerja-kerja pembersihan.“Tumpuan utama akan diberikan kepada premis-premis kerajaan seperti sekolah-sekolah, pusat pemindahan banjir, balai raya,  klinik-klinik kesihatan dan pejabat-pejabat. Selesainya pembersihan di premis-premis ini, sukarelawan akan mula membantu membersihkan rumah-rumah yang terlibat dalam banjir pula.“Selain sukarelawan TTB, kita turut libatkan kesemua agensi termasuk pejabat-pejabat daerah, Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi kerja-kerja pembersihan ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita ketika melawat mangsa banjir di Dewan Sivik Paka, Dungun, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud;  Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ A Rahman Yahya, dan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato’ Din Adam.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata berdasarkan keadaan cuaca semasa, sekolah-sekolah di sekitar Terengganu yang terlibat dengan banjir kemungkinan dapat beroperasi dan dibuka semula minggu hadapan.“Sebahagian dari sekolah-sekolah ini sedang giat dibersih dan jika tiada aral, sekolah ini akan mula dibuka bermula minggu hadapan,” katanya.
06 Jan 17
126
Empty Image
Empangan Paya Peda Elak Ancaman Banjir Besar
Pembinaan Empangan Paya Peda,Hulu Besut  berjaya mengurangkan limpahan air banjir kepada 25 peratus di kawasan Besut dan Setiu.Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Badrul Hisham Mohd berkata,  kekurangan limpahan air di kawasan pedalaman Hulu Besut tahun ini menyebabkan keadaan banjir di daerah berkenaan terkawal.Katanya, projek Empangan Paya Peda berharga RM450 juta yang mula beroperasi Januari 2016 bagi emmajukan sektor pertanian, menjadi punca utama pengaliran air dapat dikawal dengan sistematik dan tidak berlaku banjir besar seperti sebelum ini.Beliau berkata, empangan berkapasiti  200 juta meter padu berfungsi sebagai kawasan takungan untuk mengurangkan banjir terutama pada musim tengkujuh.Menurutnya, dalam tempoh lima hari hujan yang bermula 30 Disember hingga 4 Januari lalu, paras air empangan telah meningkat daripada 487.79 meter kepada 54.00 meter.“Ini bermakna dalam tempoh itu, empangan berkenaan telah menampung air sebanyak 62.5 juta meter padu,” katanya ketika melawat Empangan Paya Peda, Besut, semalam.Beliau berkata, dengan kapasiti yang ada, empangan itu masih mempunyai keupayaan untuk menampung lebih 30 juta meter padu air lagi jika berlaku hujan secara berterusanSehubungan itu, Badrul menafikan dakwaan pihak tertentu pembinaan empangan itu boleh memudaratkan penduduk Besut dan Setiu, jika berlaku banjir.Katanya, sebelum ini orang ramai agak panik dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba meviralkan dalam media sosial dengan mendakwa keadaan empangan itu sebagai dalam bahaya dan boleh berlaku banjir besar.“Pengurusan empangan berkenaan mempunyai SOP (ptrosedur operasi standard) kerja dan menggunakan sistem terkini bagi mengaktifkan pergerakan air ketika musim hujan,” katanya.
06 Jan 17
1225
Empty Image
Surirumah Berpantang Di Pusat Permindahan Banjir
Seorang surirumah yang baharu sembilan hari melahirkan anak terpaksa  berpantang di pusat permindahan banjir selepas rumahnya di Kampung Jeram Hilir, Tepoh dinaiki  air sedalam dua meter.Zaini Ali, 28 dipindahkan ke Pusat Permindahan Banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntong bersama bayinya, Wan Alis Zahrah Wan Azlan, kira- kira jam 1.30 petang kelmarin."Setiap kali tiba musim tengkujuh,  pasti saya dan ahli keluarga lain tidak lena tidur mengenangkan rumah  bakal dimasuki air." Situasi itu dialaminya sejak kecil dan berpindah ke pusat permindahan banjir sudah menjadi amalan hampir setiap tahun, " katanya.Zaini berkata demikian ketika ditemui Teganukita selepas kunjungan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria, di pusat permindahan itu, malam tadi.Seramai 312 mangsa banjir membabitkan 58 keluarga dari empat kampung sekitar dipindahkan ke pusat permindahan itu sejak kelmarin.Mangsa banjir lain, Semek Mat Zain, 80, berkata kali kedua  dan keluarga cucu berpindah ke pusat permindahan banjir, kali pertama pada 2014."Pengalaman lalu, membuat cucu bersedia lebih awal dengan mengangkat peralatan elektrik, perkakas dapur, pakaian dan perabot ke tempat tinggi pada minggu lalu."Saya dan keluarga cucu berpindah selepas  mendapat arahan dari pihak berkuasa kerana rumah sudah dimasuki air pada paras lutut, "katanya.
05 Jan 17
63
Empty Image
Banjir : SKMM Pantau Sistem Komunikasi Agar Tidak Berlaku Gangguan
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau sistem komunikasi di Terengganu dan Kelantan agar sentiasa dalam keadaan baik walaupun dilanda banjir teruk sejak dua hari lalu.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata setakat ini alat komunikasi seperti telefon bimbit masih boleh digunakan mangsa banjir dan anggota penyelamat dalam pelbagai aspek tugasan dan laporan."Kadang-kala terdapat gangguan perkhidmatan internet, mungkin disebabkan penggunaan semasa yang agak tinggi pada waktu itu,"Tapi pihak SKMM sudah buat persiapan awal sebelum ini sebagaimana yang telah diwar-warkan termasuk menaikkan ketinggian menara telekomunikasi yang berisiko ditenggelami banjir" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau Pusat Pemindahan Bencana Banjir, di Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu, semalam.Turut hadir Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.Katanya, penggunaan radio amatur oleh sukarelawan turut melicinkan hubungan komunikasi antara tempat terjejas banjir dalam penyampaian maklumat mengenai keadaan banjir dan keperluan semasa.Dalam pada itu,Johari turut meminta pihak-pihak tertentu menghentikan tabiat menyebar maklumat palsu dan gambar lama mengenai kejadian banjir."Keadaan itu menyebabkan rasa panik kepada orang ramai tentang situasi yang berlaku kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku."Apabila ada gambar mengenai banjir yang berlaku di tempat lain ditularkan, tidak mustahil mereka akan mempercayainya sedangkan situasi sebenar bukanlah seperti di dalam gambar..ini perkara yang tidak baik yang perlu di hentikan serta merta."katanya lagi.
04 Jan 17
93