lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Tindakan Undang-Undang Bakal Diambil
Ceiba Chodatii yang ditanam di Pusat Pentadbiran Kuala Nerus.Tindakan undang-undang berkemungkinan bakal diambil oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ke atas mereka yang menularkan isu berkaitan pembelian pokok jenis Ceiba Chodatii di Kuala Nerus yang dikaitkan dengan dirinya.Ahmad Razif berkata, beliau sendiri tidak tahu mengenai isu pokok tersebut sehinggaianya menular di media sosial.Katanya, penjelasan mengenai pokok tersebut akan diperolehi dalam masa terdekat berikutan masih ramai pegawai yang sedang bercuti.“Dalam soal ini, bukan saya yang menguruskannya tetapi jabatan berkaitan pembangunan di Kuala Nerus dan apabila saya dapat maklumat, tiada arahan pun dan tidak termasuk dalam kontrak untuk pihak kontraktor menyediakan pokok tersebut.“Saya juga mendapat makluman bahawa pokok ini adalah sumbangan.Saya belum mendapat penjelasan sepenuhnya kerana masih ramai pegawai yang sedang bercuti,” katanya.Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya ke Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu.Tambah Ahmad Razif, buat masa sekarang pihak perundangan telah mengkaji apa tindakan yang perlu dilakukan.“Nama saya telah dikaitkan dan menjadi tular dan saya dah minta pihak di bawah perundangan untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
01 Feb 17
130
Empty Image
Taman Ilmu, Besut Dijangka Beroperasi Oktober Ini
Ahmad Razif  (empat dari kanan) bergambar bersama sebahagian pegawai kanan kerajaan selepas selesai serah tugas dan angkat sumpah dan serah tugas di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli C.W PutraProjek Taman Ilmu di Tembila, Besut dijangka akan memulakan operasi pada Oktober ini.Pembangunan yang diilhamkan ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 2004 itu kini sedang dalam fasa terakhir disiapkan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan pusat kecemerlangan ilmu bertaraf antrabangsa itu beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi.“Dalam masa terdekat kita akan menguruskan apa-apa kekurangan dan sekarang kita akan mengadakan kerjasama dengan KPT di bawah Dato’Seri Idris Jusoh kerana asalnya Taman Ilmu ini adalah ilham beliau.“Kita akan mengambil prospek daripada Dato’Seri Idris untuk merealisasikan dan memastikan Taman Ilmu ini dapat beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Angkat Sumpah Yang Dipertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan pemimpin pembangkang dalam portal, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berhubung Taman Ilmu yang dikatakan terbiar dan gagal dibangunkan.Ahmad Razif berkata, setiap projek yang tergendala dan tertangguh pada zaman mantan menteri besar lalu sekiranya mampu memberi kebaikan kepada rakyat akan diteruskan pada zaman pentadbiran beliau sebagaimana janji sebelum ini.Taman Ilmu dalam projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai timur (ECER) dibangunkan sejak 2004 melibatkan  kawasan seluas 280 hektar yang bernilai kira-kira RM300 juta,  merupakan projek perkongsian kemudahan pendidikan asas yang mampu menampung perjalanan enam buah institut pengajian tinggi (IPT).Sementara itu, majlis serah tugas dan angkat sumpah jawatan baharu didahului dengan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Datuk A Rahman yahya dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri menggantikan Dato' A. Rahim Jusoh yang bersara wajib awal bulan lalu. Dato' Mohd Akil Mat pula bertukar jawatan Pengarah Jabatan Tanah Dan Galian Terengganu menggantikan Dato' Mohd Kamil Othman yang menerima tugas baharu sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan (penempatan sementara sebelum bersara wajib pada 16 Februari).Sementara Pegawai Daerah Dungun, Dato' Mohd Yasim Awang dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Terenggganu, diikuti Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan bertugas sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu.YDP Majlis Perbandaran Dungun, Ibrahim Mohamad ke jawatan Pegawai Daerah Dungun dan  Pegawai Daerah Setiu, Shahidan Embok pula sebagai YDP Majlis Daerah Dungun.Selain itu juga, bekas Pengarah Urusan Tabung Amanah Warisan Terengganu, Mohd Zahari Md Azahar pula menerima tugas sebagai Pegawai Daerah Kemaman dan Pengarah Unit Komunikasi Terengganu, Ab. Rasid Jusoh menerima jawatan YDP Majlis Daerah Besut.
01 Feb 17
210
Empty Image
Ketua Jabatan Perlu Bijak Berdepan Dengan Media
Wan Nawawi bersama pengamal media pada Program Bicara Media Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom)  di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKetua jabatan di negeri ini perlu bijak berhadapan dengan media terutama dalam menangani isu tertentu dengan menyampaikan maklumat secara tepat dan berfakta.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, pada masa sama, harus membina hubungan kukuh dan berkekalan dengan pengamal media supaya mudah untuk menyampaikan mesej sekiranya terpalit isu yang kurang disenangi.Katanya, perkara itu pastinya membuahkan hasil yang positif kerana media merupakan pengantara dalam penyebaran sebarang maklumat antara sesebuah jabatan dengan masyarakat.“Segala maklumat yang dicatatkan dalam setiap terbitan sama ada secara cetakan, siaran televisyen, radio dan atas talian dapat membantu  memulih imej organisasi berkaitan.“Tidak wajar menyembunyikan fakta jika perkara yang dikaitkan itu adalah benar, perjelaskan secara terperinci apa yang diragui masyarakat,” katanya. Menurutnya, sebagai contoh, berkaitan isu  Le Tour de Langkawi (LTdL), kita membangkitkan isu itu kerana mengetahui akan berpihak kepada Terengganu dan tempiasnya juga kepada masyakat setempat.“Hasilnya hari ini, kita boleh berbangga kerana kejohanan itu sudah mendapat persetujuan penganjur untuk turut melalui laluan Terengganu walaupun tanpa mengeluarkan belanja tinggi,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Program Bicara Media Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom)  di Hotel Primula, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Ukom,  Ab. Rasid Jusoh.Wan Nawawi turut memberitahu, penganjuran program  bulanan seumpama itu sewajarnya dicontohi kerana dapat menampilkan pemimpin, ketua jabatan dan tokoh-tokoh secara berdepan dengan media.“Mereka boleh mengetengahkan pelbagai isu, mempromosi negeri dan pada masa sama menjernihkan isu yang dibangkitkan masyarakat,” katanya.
01 Feb 17
56
Empty Image
MB Tinjau KT Night Market
Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengadakan lawatan kerja ke KT Night Market di Kampung Tanjung Kuala Terengganu, hari ini.Lawatan kerja itu bertujuan meninjau pembangunan semasa di kawasan tersebut, selain mengenal pasti isu serta permasalahan setempat dan langkah penyelesaian yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri.Ahmad Razif turut meluangkan masa kira-kira setengah jam beramah mesra dengan peniaga di situ sebelum meneruskan lawatan kerja ke Rumah Warisan Haji Su dan Projek Perumahan Rakyat Padang Hiliran.
31 Jan 17
46
Empty Image
Terengganu Kembali Hangatkan LTdL 2017
Rozi (dua dari kanan) bersalaman dengan Emir sejurus selesai sidang media mengenai status terkini penyertaan Terengganu dalam kejohanan LTdL 2017, di Hotel Permai Inn, semalam. Foto oleh Zulkifli CW PutraBerita gembira buat semua peminat sukan berbasikal Terengganu apabila negeri ini disahkan kembali tersenarai sebagai laluan dalam perlumbaan basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.Pengumuman oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato' Rozi Mamat itu susulan persepakatan yang dicapai kerajaan negeri dengan penganjur LTdL, sekali gus menyelesaikan isu penarikan laluan Terengganu dalam peta LTdL 2017 yang tersebar di media, sebelum itu."Kerajaan negeri juga bersetuju membantu penganjur menaja keperluan logistik dan penginapan sepanjang perlumbaan LTdL di negeri ini nanti, " katanya pada sidang media, di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalal dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan ), Zainal Abidin Hussin. Sebelum ini, kerajaan negeri kecewa dengan keputusan penganjur untuk menggugurkan Terengganu meskipun kerajaan negeri banyak menyokong dan membantu LTdL termasuk memberi sumbangan bagi menjayakan perlumbaan tersebut. Sementara Emir berkata, pihaknya juga akan mempromosikan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 sempena Tahun Melawat Terengganu di sepanjang perlumbaan bermula 22 Februari sehingga 1 Mac ini. Sebagaimana jadual asal, LTdL yang dijangka akan disertai 20 pasukan profesional seluruh negara itu melibatkan dua peringkat perlumbaan di Terengganu iaitu dari Kuala Berang ke Jertih dan Jertih ke Grik.
29 Jan 17
146
Empty Image
Toh Seng Cheng, bakal Calon DUN Bandar
Ahmad Razif bersama beberapa tetamu mengaul Yee Sang  pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Bandar, di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli PutraKerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Kuala Terengganu  berkemungkinan akan isi   Setiausaha MCA Bahagian Kuala Terengganu Toh Seng Cheng pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pengerusi MCA Terengganu, Dato’ Toh Chin Yaw, berkata  perkara itu sudah dipersetujui pucuk kepimpinan negeri,  Dato’ Seri  Ahmad Razif Abd Rahman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dalam satu perjumpaan baru-baru ini.Katanya, walaupun dalam PRU lalu kemenangan di kerusi berkenaan tidak berpihak kepada MCA tetapi soal itu bukan ukuran kerana Barisan Nasional mengamalkan konsep toleransi dan persefahaman antara rakan komponen sejak dahulu, kini dan selamanya.“Sememamgnya pengundi di DUN ini majoriti terdiri daripada orang Melayu tetapi yakin dengan kemampuan bakal calon berkenaan yang sememangnya sudah dikenali ramai, “katanya.Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri  Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Bandar, di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir meraikan majlis itu, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.Terdahulu, Ahmad Razif dalam ucapanya berkata, beliau mengharapkan kerjasama antara pelbagi kaum di Terengganu berterusan, baik dalam aspek memajukan negeri  mahupun berdepan PRU akan datang.
28 Jan 17
661
Empty Image
Budaya Cintai Al-Quran Perlu Dilazimi Dalam Kehidupan
Ahmad Razif bermesra dengan pelajar sebaik tiba di MajlisMajlis Menghafaz al-Quran peringkat Terengganu, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus. Foto oleh Zulkifli CW Putra  Penganjuran Majlis Menghafaz al-Quran peringkat  negeri dilihat sebagai platform mengajak masyarakat Islam khususnya di Terengganu supaya mencintai al-Quran dan menjadikan budaya tersebut dilazimi dalam kehidupan seharian.Di samping itu, penganjurannya bertujuan mengangkat martabat sekali gus memberi pengiktirafan kepada para huffaz supaya menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat agar budaya hafazan dijadikan alternatif pendidikan kepada generasi akan datang.Bersempena Majlis Menghafaz al-Quran peringkat Terengganu yang berlangsung selama dua hari, berakhir malam tadi, seramai 23 peserta pelbagai kategori memperdengarkan bacaan masing-masing.  Majlis penutup disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Hadir sama isteri, Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.Ahmad Razif berkata, majlis tilawah atau menghafaz al-Quran yang dianjurkan saban  tahun, merupakan titik tolak kepada terbinanya nilai murni serta qudwah hasanah dan menjadi ikutan setiap lapisan generasi ummah. Katanya, kerajaan negeri juga sentiasa komited dan mendokong segala bentuk usaha dalam memartabatkan al-Quran serta syiar Islam di negeri ini. “Umat Islam perlu menoleh sejenak ke belakang, menauladani sirah Nabi Muhammad SAW dalam aspek menjayakan agenda perpaduan,”katanya.
26 Jan 17
186
Empty Image
Terengganu Bakal Jadi Hub MRO Rantau Asia Pasifik
Wan Nawawi mewakili kerajaan negeri (dua dari kanan) menerima dokumen di Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Projek Penyelenggaraan, Pembaikian dan Ubah Rawat Pesawat Udara (MRO) di Kompleks Lapang Sasar, Tok Jembal, Kuala Nerus. Foto oleh Harish FadzillahTerengganu bakal menjadi hub Projek Penyelenggaraan, Pembaikian dan Ubah Rawat Pesawat Udara (MRO) di rantau Asia Pasifik dalam tempoh tiga tempoh akan datang.Projek  membabitkan pelaburan RM229 juta di kawasan seluas 14 hektar di Tok Jembal, Kuala Nerus itu bakal mewujudkan 660 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.Menteri Besar,  Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Kompleks MRO dan Pusat Latihan  Penerbangan yang  menjadi sebahagian daripada komponen utama pembangunan keseluruhan dalam pelaburan Admal Sdn Bhd dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2022."Projek MRO bakal menarik minat pasaran syarikat-syarikat penerbangan rantau Asia Pasifik termasuk dari negara China.   "Menurut Laporan Pasaran Industri Penerbangan oleh Boieng, keperluan pesawat udara baharu dijangka sebanyak 36,770 buah dari 2014 hingga 2032 yang bersamaan dengan nilai RM8.9 trillion (USD2.02 trillion).  "Terengganu dilihat berpotensi untuk muncul sebagai hub MRO kerana kedudukan geografinya di tengah-tengah rantau Asia Pasifik. Selain itu, kita berharap industri MRO mampu memberi nilai tambah kepada aktiviti di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan aktiviti di kawasan setempat," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Projek Penyelenggaraan, Pembaikian dan Ubah Rawat Pesawat Udara (MRO) di Kompleks Lapang Sasar, Tok Jembal, Kuala Nerus, semalam.Terdahulu, Ahmad Razif menyaksikan majlis menandatangani antara kerajaan negeri dan ADMAL Sdn Bhd yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Ekskutif Admal Sdn Bhd, Abdul Malek Packeer.Ahmad Razif berkata, projek ini adalah hasil  perincian Makmal Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu yang diadakan pada 2015.Katanya, projek itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa yang dikhususkan dalam Perancangan Pembangunan LTSM merangkumi tiga komponen iaitu pembinaan apron pesawat, bengkel dan kemudahan pengisian bahan bakar. "Kerajaan negeri turut bersetuju melalui bayaran pampasan agar Kompleks Lapang Sasar, Tok Jembal yang ada diberi hak milik kepada Admal Sdn Bhd," katanya.
25 Jan 17
225
Empty Image
Kompleks Jeti Merang Dibuka Februari Ini
Jeti Merang, di Setiu yang dinaik taraf menjadi Kompleks Jeti Merang dengan kos berjumlah RM14.7 juta akan dibuka kepada orang ramai bermula 1 Februari ini.Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang berkata, kerja-kerja pembinaan kompleks jeti berkenaan siap sepenuhnya baru-baru ini."Jeti menempatkan terminal jeti untuk feri dan bot ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah,” katanya.Rosdi berkata, kompleks jeti itu mempunyai ruang perniagaan dan tempat menunggu yang selesa di samping dataran ketibaan dan kaunter tiket.Tambahnya, usaha menaik taraf jeti ini selaras dengan status jeti sebagai laluan utama ke beberapa pulau peranginan.Majlis penerangan penguatkuasaan daripada Jabatan Laut Wilayah Timur dan penyerahan surat kebenaran operasi jeti kepada pengusaha bot pelancongan diadakan di jeti itu, hari ini.
24 Jan 17
499
Empty Image
12 Barangan Harga Terkawal Sempena Tahun Baru Cina 2017
Nawi (tengah) melihat 12 barang harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa mulai 23 Januari hingga 3 Februari di Pasaraya The Store, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh: Zulkifli PutraKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan sebanyak 12 barang harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, senarai barangan harga terkawal sempena perayaan bermula 28 Januari ini, akan berkuatkuasa mulai 23 Januari hingga 3 Februari di seluruh negara.Katanya, senarai barangan berkenaan ialah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati, hempedal), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal), telur ayam gred A, gred B dan gred C.“Barangan lain ialah kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih (China), ikan bawal (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor), udang putih besar (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak),” ujarnya pada sidang media sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina di Pasaraya The Store, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samad. Menurut Nawi, di Terengganu ikan bawal putih dan udang putih besar menghadapi masalah kekurangan bekalan yang serius ketika sambutan perayaan itu berikutan musim tengkujuh yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut.“Hanya dua barangan ini kekurangan stok di pasaran tetapi barangan lain tidak ada masalah. Justeru, pengguna diharap bijak membuat pilihan dalam berbelanja kerana walaupun bekalan ikan bawal putih dan udang putih besar agak terhad tetapi ianya masih tersenarai di bawah harga terkawal,” ujarnya.Katanya, seramai 177 kakitangan KPDNKK Terengganu ditugaskan memantau harga barangan sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina kali ini.“Sepanjang pemantauan dibuat, tidak ada lagi peniaga yang ingkar dan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan terkawal di bawah skim ini,” ujarnya.
24 Jan 17
133