Artikel "Utama" Terkini
LTdL 2017: TSG Mungkin Tarik Diri
Pasukan lumba basikal profesional Terengganu Cycling Team (TSG) berkemungkinan akan menarik diri dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang dijangka bermula pada 22 Februari hingga 1 Mac ini .Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, TSG juga yang sebelum ini ditadbir urus melalui kerajaan negeri mungkin dibubarkan atau diserahkan kepada pihak lain untuk mengurusnya.“Saya berasa seolah-olah apa yang diusahakan Terengganu dalam membangunkan sukan lumba basikal tidak dihargai pihak berkaitan, jadi buat apa kita membuang duit untuk terus menaja Pasukan TSG,”katanya.Ahmad Razif melahirkan perasaan kecewa berikutan tindakan drastik penganjur LTdL 2017 yang menyingkirkan Terengganu sebagai salah satu laluan kejohanan itu pada tahun ini.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau perubahan laluan di Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar.Katanya, hanya kerana kerajaan Terengganu tidak menjadi penaja LTdL, penganjur berkenaan mengambil keputusan menggugurkan laluan peringkat Kuala Berang-Kuala Terengganu dan Jerteh-Grik tanpa terlebih dahulu mengadakan sebarang rundingan.“Bagi saya, perkara itu tidak adil, penganjur sepatutnya mengenang jasa Terengganu yang melahirkan ramai jaguh bertaraf dunia dan pernah memberi sumbangan kewangan dalam beberapa edisi LTdL sebelum ini,”katanya
24 Jan 17
192
54 Mangsa Banjir Masih Tinggal Di Pusat Pemindahan
Sebuah pusat pemindahan sementara masih dibuka di negeri ini bagi memberi pelindungan kepada 54 orang daripada sembilan keluarga berikutan keadaan banjir semakin reda setakat pukul 10 pagi ini.Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my, pusat pemindahan yang masih aktif itu ialah di Surau Kampung Nyatoh, Setiu.Sementara itu, laporan aras air menerusi portal tersebut pula menunjukkan tiada sungai yang melepasi paras bahaya setakat ini.
24 Jan 17
50
Jumlah Mangsa Banjir Menurun
Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 681 orang (187 keluarga) setakat pukul 11 pagi ini, berbanding 2,917 orang (854 keluarga) tengah hari semalam.Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my, hanya 14 pusat pemindahan yang masih beroperasi iaitu tujuh di Hulu Terengganu, Kemaman (3) dan masing-masing dua di Besut dan Setiu.Di Hulu Terengganu 403 orang (134 keluarga) masih di pusat pemindahan sementara 126 orang (24 keluarga) di Kemaman.Manakala seramai 82 orang (16 keluarga) pula masih ditempatkan di Dewan Serbaguna Bukit Tanah dan Balai Raya Kampung Padang Cili, Besut.Sementara, 70 orang daripada 13 keluarga lagi di Surau Kampung Nyatoh dan Balai Raya Beris Tok Ku, Setiu.
23 Jan 17
74
HSNZ Jadi Rujukan Sub-Kepakaran O & G
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kini menjadi hospital rujukan bagi zon Pantai Timur yang menawarkan satu sub kepakaran Obstetrik & Ginekologi (O & G) iaitu Perubatan Reproduktif yang mengendalikan perkhidmatan Teknologi Bantuan Reproduktif (ART).Perkhidmatan ART di HSNZ bermula sejak 2005 dengan prosedur Intrauterina Insemination (IUI).Pengarah HSNZ, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, selain IUI perkhidmatan ART termasuk, In- Vitro Fertilization (IVF) iaitu persenyawaan dalam tabung uji dan Intracytoplasmic Spem Injection (ICSI).“Perkhidmatan ART di hospital ini bermula sejak 12 tahun lalu dengan prosedur IUI yang melibatkan 3,048 kes sehingga tahun lalu.“Manakala, pada 23 Disember 2009 Unit Perawatan Reproduktif HSNZ telah mula mengendalikan kes IVF yang pertama. Sehingga kini sebanyak 583 kes IVF dan ICSI telah dirujuk di pusat ini,” ujarnya pada program bersama media di Kompleks Rawatan harian, HSNZ, hari ini.Katanya, HSNZ telah melakar sejarah apabila bayi pertama dengan kaedah IVF dilahirkan pada 31 Ogos 2010 dan sehingga kini, seramai 71 orang bayi dilahirkan di hospital itu menerusi kaedah tersebut.Menurut beliau, kesemua perkhidmatan ART yang ditawarkan dikenakan bayaran yang amat berpatutan berikutan rawatan tersebut menerima dana daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.Seorang ibu, Mastika Abdul Aziz, 38, sukar menggambarkan perasaannya ketika menemani zuriat tunggalnya yang dinanti hampir empat tahun memasuki tahun satu sesi persekolahan baru-baru ini di Sekolah Kebangsaan Marang.Apa tidaknya, anaknya itu Muhamad Amar Haziq,7, yang dilahirkan menerusi program persenyawaan dalam tabung uji (IVF) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 31 Ogos 2010 telah mula memasuki alam persekolahan. Mastika yang berkhidmat sebagai jururawat di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (Priba) dan berasal dari Marang, berkata, beliau bersama suaminya Mohammad Fadli Ngah, 38, menunggu selama empat tahun menerusi pelbagai kaedah perubatan untuk mendapatkan cahaya mata termasuklah melakukan permanian beradas (IUI) tetapi masih belum berjaya memperolehi zuriat."Selepas usia perkahwinan memasuki dua tahun, saya mencuba permanian beradas sebanyak empat kali, bagaimanapun keputusannya amat mengecewakannya. Walau bagaimanapun, saya tidak berputus asa sehinggalah saya disyorkan kaedah IVF ini oleh seorang doktor pakar dan sebaik mencuba ia benar-benar mendatangkan hasil," katanya.Sementara itu, pensyarah di Fakuiti Sains kesihatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Siti Noor Syuhada Mohd@ Molahamd Amin, 29, dan suaminya Ahmad Riedhaudden Razak,34, mengambil inisiatif untuk menjalankan IVF di HSNZ kerana kosnya yang berpatutan iaitu sekitar RM3,400 sahaja.“Setelah lima tahun berkahwin dan selepas tiga kali melakukan IUI tetapi ianya tidak berhasil, saya dan suami mengambil keputusan untuk menjalankan IVF disini kerana kosnya lebih murah berbanding di hospital swasta. Alhamdulillah, doktor mengesahkan saya mengandungkan bayi kembar berusia sembilan minggu hasil percubaan pertama kali melakukan IVF ini,” ujarnya.
22 Jan 17
593
Perkeso Bayar RM2.95 Bilion kepada Lebih 500,000 Penerima
Zubir (empat kanan) diiringi Ismail (tiga kiri) dan pegawai kanan Perkeso menyampaikan Faedah HUK kepada Mohamad Izan Abd Rashid dari Kampung Tanggol, Kuala Berang, di majlis Malam Penghargaan Perkeso : Media di Duyong Marina Resort, malam tadi. Foto oleh Tengku Mohamad Syamim Tengku IsmailPertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar faedah berjumlah RM2.95 bilion kepada lebih 500,000 pencarum dan waris yang layak sehingga 2016.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ismail Abd Mutalib, berkata bayaran faedah jangka pendek dan panjang di seluruh Malaysia itu melibatkan Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK), Faedah Hilang Upaya Sementara, Pencen Ilat, Pncen Penakat, Faedah Perubatan, Faedah Orang Tanggungan dan Faedah Pengurusan Mayat.“Sehingga Oktober tahun lalu, Perkeso juga mencatatkan sejumlah lebih 400,000 majikan aktif dan 6.4 juta pekerja aktif yang berdaftar.Selain itu pertubuhan ini juga membelanjakan sejumlah RM2.4 bilion sehingga tempoh yang sama (Oktober 2016) bagi tujuan bayaran faedah kepada lebih 500,000 penerima.“Bagi kes kemalangan sehingga Oktober lalu, kemalangan perusahaan dilaporkan sebanyak 29,000 kes, kemalangan melibatkan perjalanan (25,000 kes) dan kemalangan maut (587 kes),”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Malam Penghargaan Perkeso Bersama Media, di Duyong Marina Resort, Pulau Duyong, malam tadi.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Mohd Zubir Embong mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan majlis itu.Turut hadir, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Abu Hurairi Abu Yazid, Pengarah Perkeso Negeri, Nora Yaacob dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perkeso, Datuk Azih Muda.Zubir berkata, Perkeso sangat memudahcara kepada pencarum dan waris menuntut faedah menerusi pelbagai saluran.“Perkeso sangat membantu dan memudahkan pewaris dan pencarum untuk mendapat tuntutan masing-masing dan membela nasib mereka yang memerlukan,”katanya.Beliau juga meminta Perkeso menimbangkan untuk membuka cawangan baharu Pejabat Perkeso di Terengganu Utara, bagi kemudahan penduduk yang tinggal di Besut dan Setiu mendapatkan perkhidmatan agensi itu.Di majlis itu, seramai lima orang menerima caruman berjumlah RM113,000 melibatkan Pencen Penakat (3) dan Faedah HUK (2).
22 Jan 17
130
Hanya RM200 Bina Buaian Di Pantai Batu Burok
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menambah bilangan buaian sedia ada di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu kepada 10 buaian tidak lama lagi.Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, empat buaian sedia ada yang dibina secara bergotong-royong sesama kakitangan MBKT tiga minggu lalu hanya melibatkan kos RM200 kerana menggunakan barangan terbuang.“Tiang buaian yang dibuat daripada batang nibong diperoleh daripada penduduk kampung, manakala bangku buaian dan sepuluh tempat duduk awam, hasil daripada kayu cengal terbuang.“Kos RM200 yang diguna pakai itu untuk pembelian tali buaian selain tidak menggunakan perkhidmatan kontraktor luar,”katanya ketika dihubungi Teganukita.Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana buaian yang bertinggian 10 hingga 12 kaki persegi itu dibina dengan kedalaman 15 kaki persegi, dijamin tidak terbalik walaupun dipukul ombak.“Bukan saja sesuai untuk kanak-kanak malah selamat untuk golongan orang dewasa.“MBKT akan turut menambah bilangan lampu limpah di kawasan berkenaan untuk mengelak pihak tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan sumbang,” katanya.Menurutnya, apa yang diusahakan itu kini menjadi tarikan terbaru kepada pelancong luar dan pengunjung tempatan, malah kebanyakan mereka mencadangkan menambah beberapa buaian lagi.“Kemudahan sama akan dibina di Pantai Teluk Ketapang, sebagai usaha menggamit kedatangan pelancong ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu,” katanya.
22 Jan 17
1728
Peruntukan RM80 Juta Jayakan VBT 2017
Wan Abdul Hakim memukul gong sebagai simbolik Perasmian Perayaan Pesta Karnival Sambutan Tahun Baru Cina 2017 di Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kerajaan negeri memperuntukkan RM80 juta untuk sektor pelancongan negeri khususnya menarik kehadiran 5.5 juta pengunjung dalam dan luiar negara ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sempena kempen VBT tersebut, pelbagai peluang baharu diwujudkan, bagi memberi impak positif terutamanya bagi meningkatkan ekonomi rakyat, pemain industri dan juga kerajaan.“Yang lebih penting ialah manfaat secara langsung yang dapat dinikmati oleh rakyat terutama di kalangan para peniaga, pemandu teksi, pengusaha restoran, pengusaha hotel, ejen-ejen pelancongan, penggiat seni dan mereka yang terlibat dalam industri hiliran pelancongan.“Saya yakin VBT 2017 bakal mendapat kejayaan yang lebih baik lagi daripada Pesona Terengganu 2015. Ini bertepatan dengan pepatah Cina yang bermaksud kita harus menjadikan kejayaan-kejayaan yang lepas sebagai batu loncatan untuk mencipta kejayaan yang lebih besar,” katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan I, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar pada Majlis Perasmian Perayaan Pesta Karnival Sambutan Tahun Baru Cina 2017 dan Majlis Pelancaran Lagu ‘Beautiful Terengganu – I Love You’ versi Bahasa Malaysia di Kampung Cina, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir Presiden Persatuan Dewan perhimpunan Tiong Hua Terengganu. Tan Beng Sang dan Setiausaha MCA Kuala Terengganu, Toh Seng Cheng.
22 Jan 17
89
BAKTI Hulur Sumbangan Kepada 437 Mangsa Banjir
Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) meneruskan bantuan kemanusiaan pasca banjir di negeri ini dengan menyampaikan sumbangan bernilai kira-kira RM88,000 kepada 437 keluarga yang terlibat banjir baru- baru ini di Langkap, Setiu.Sumbangan berupa wang tunai dan keperluan makanan kepada mangsa dari sepuluh kampung terlibat banjir itu disampaikan oleh Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatannya bersama rombongan sempena Sesi Bertanya Khabar Mangsa Banjir dan Penyampaian Sumbangan di Sekolah Kebangsaan Pelong, Setiu hari ini.Antara kampung yang terjejas akibat banjir di kawasan tersebut termasuk Kampung Pelong, Kampung Sri Kenangan, Kampung Langkap, Kampung Sungai Tong, Kampung Bukit Nenas, Kampung Tayor Tengah, Kampung Pak Pa serta Kampung Bukit Nyior.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap Dato' Sabri Mohd Noor berkata, mangsa-mangsa banjir amat terharu dan teruja dengan kedatangan isteri Perdana Menteri melawat dan bertanya khabar."Rata-rata mangsa banjir mengatakan kesedihan dan trauma akibat ditimpa musibah itu sedikit terubat dengan kunjungan Datin Seri Rosmah ke tempat mereka," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Pelong, hari ini.Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Sementara itu, salah seorang penduduk, Harun Said, 80, dari Kampung Bukit Berangan Pelong, berterima kasih di atas sumbangan yang terus diberikan kerajaan pusat dan kerajaan negeri sehingga ke hari ini termasuk yang disumbangkan BAKTI kerana secara tidak langsung dapat mengurangkan beban mangsa banjir."Pakcik suka sangat dapat jumpa isteri perdana menteri yang turut bertanya khabar pakcik.Beliau siap berpesan kepada pakcik supaya jaga pemakanan."Terima kasih dengan sumbangan yang diberikan. Dapatlah pakcik tiga beranak gunakan selepas banjir ini," ujarnya yang mengalami masalah strok dan terpaksa berpindah selama dua hari ke pusat pemindahan di surau kampungnya akibat rumah yang dinaiki air sehingga ke paras dada.
20 Jan 17
160
26 Pegawai Tadbir Bertukar
Seramai 26 pegawai tadbir negeri terlibat dalam rombakan terbaharu berkuat kuasa mulai 1 Februari ini bagi melancarkan pentadbiran di Terengganu.Pegawai Daerah Kuala Terengganu Dato' Mohd Akil Mat ditukar kepada jawatan Pengarah Jabatan Tanah Dan Galian Terengganu mengantikan Dato' Mohd Kamil Othman yang bertukar sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan (penempatan sementara sebelum bersara wajib pada 16 Februari).Pegawai Daerah Dungun, Dato' Mohd Yasim Awang pula ditukar ke jawatan Pegawai Daerah Kuala Terenggganu manakala Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan bertukar ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu.Yang Di Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Dungun, Ibrahim Mohamad bertukar sebagai Pegawai Daerah Dungun dan Pegawai Daerah Setiu, Shahidan Embok bertukar ke jawatan Yang Di Pertua Majlis Daerah Dungun.Manakala Pengarah Urusan Tabung Amanah Warisan Terengganu, Mohd Zahari Md Azahar pula ditukarkan sebagai Pegawai Daerah Kemaman.Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Zulkifli Ali ke jawatan baru sebagai Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) menggantikan Tun Faisal Tun Abdul Razak yang ditukarkan sebagai Pengarah Pelancongan Terengganu.YDP Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang berpindah ke pejabat baru sebagai Pegawai Daerah Setiu.Setiausaha Bahagian ( Kerajaan Tempatan) Terengganu, Mat Azmi Arshad ditukar sebagai YDP Majlis Daerah Setiu manakala YDP Majlis Daerah Besut, Ahmad Azmi Md Salleh Pegawai Kumpulan.Ketua Penolong Tanah Dan Galian (Pendaftaran Dan Hakmilik Tanah) Terengganu, Wan Khalid Wan Jusoh ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Marang.Manakala Pengarah Unit Komunikasi Terengganu, Ab. Rasid Jusoh ke jawatan YDP Majlis Daerah Besut dan Ketua Pentadbir Tanah Marang, Alias Mamat bertukar sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Terengganu.Pengarah Cawangan Utara MBKT, Jusman Ibrahim bertukar ke Setiausaha Bahagian ( Kerajaan Tempatan) Terengganu.Lain-lain pertukaran, Ketua Penolong SUK (Pengurusan Majlis Dan Protokol) Terengganu, Zulkifli Isa memegang jawatan baharu sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu manakala Pengurus (Pentadbiran dan Kewangan) Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu, Marzialina Mohamad menjawat sebagai Pengarah Perpustakaan Negeri Terengganu.Pengurus Pembangunan Pelancongan UPEN, Tengku Mohd Arifin Tengku A Rahman pula ditukar sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kerjaan(Pengurusan Majlis Dan Protokol) Terengganu.Penolong Setiausaha Kerajaan ( Latihan Dan Kerjaya), Mohd Ridwan Mohd Nor ditukarkan kepada Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu manakala Penolong Kanan Pengarah( Infrastruktur) UPEN, Ahmad Shahrizal Yahya memegang jawatan Pegarah Jabatan Bekalan Air Terengganu.Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pembangunan Tanah Dan Pelupusan Setiu, Mohd Shahril Shamsudin ditukar ke jawatan Penolong Kanan Pengarah (Infrastruktur) UPEN.Penolong Pentadbir Tanah(Pelupusan) Kuala Terengganu, Sharifah Noor Naimah Syed Mahmud ke jawatan Penolong Kanan Pentadbir Tanah( Pembanguban Tanah Dan Pelupusan) Setiu.Pegawai Harta Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Abd Razak Abd Rahman pula dilantik sebagai Setiausaha Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu, Wan Ahmad Firdaus Wan Abdullah ditukar ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan ( Perancangan Pembangunan) Unit Perumahan Terengganu dan Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Pembangunan Dan Aset) Terengganu, Mohd Ridzuan Mohd Hashim dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan ( Latihan Dan Kerjaya) Terengganu.
19 Jan 17
627
Rakyat Gembira Bersemuka Dengan MB
Prihatin dengan masalah rakyat, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan setiap isu melingkari masyarakat dengan mengadakan hari bersama rakyat di kediamannya (Seberang Takir) pada setiap Khamis.Dalam kesibukan jadual kerja sebagai pemimpin utama negeri, Ahmad Razif tetap mendengar dan meneliti satu persatu masalah serta permohonan yang dikemukakan orang ramai tanpa protokol dan batasan.Orang ramai yang tiba di perkarangan rumah beliau dihidangkan dengan makanan sambil menunggu giliran untuk bersemuka serta mengemukakan aduan secara terus kepada beliau.Rata-rata memuji pendekatan yang dilihat memudahkan masyarakat untuk menyelesaikan pelbagai masalah termasuk hal-hal kebajikan, tanah, rumah, masalah berulang dan lain-lain dibantu dengan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.Seorang pesara tentera, Ahmad Abdul Wahab Yahya,59, dari Kampung Teluk Ketapang berkata, inisiatif yang diperkenalkan menteri besar itu bukan sahaja dapat memudahkan penduduk untuk berjumpa secara bersemuka dengan pemimpin berjiwa rakyat itu, malah menjadi saluran tepat dalam mempercepatkan masalah dan urusan rakyat untuk diselesaikan. “Sebagai contoh, pak cik datang hari ini mewakili rakan-rakan tentera yang berkhidmat di luar dan ingin pulang ke Terengganu. Masalah ini telah dikemukakan kepada menteri besar dan Insya-Allah, katanya akan diambil tindakan lanjut oleh pegawai berkaitan,” ujarnya kepada Teganukita.Bagi warga emas, Esah Sulaiman,73, dari Kampung Banggol Air Lilih, Manir terharu dengan cara layanan menteri besar yang mengalu-alukan kedatangan rakyat ke rumahnya.“Orang biasa (menteri besar) dengan rakyat ini tidak segan untuk jumpa terus dengan rakyat seperti kami. Mak cik rasa selesa sangat dapat bercakap dan memberitahu masalah yang dihadapi kepada Cikgu Razif,” ujarnya yang ingin meminta pertolongan berkaitan bil elektrik rumahnya yang tertunggak.Sementara itu, Saidah Jusoh, 50, yang menghadapi masalah rumah membuat keputusan berjumpa dengan menteri besar untuk membuat permohonan pembaikian rumahnya yang semakin uzur.“Saya harap pertemuan ini akan diadakan secara berterus bagi memudahkan penduduk melontarkan apa sahaja masalah yang dihadapi. Saya sokong sepenuhnya cara yang menteri besar buat ini,” ujarnya yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Telaga Daing.
19 Jan 17
62