lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu Tubuh Bandar Koperasi Ogos Ini
Kerajaan negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu akan membangunkan sebuah bandar baharu berkonsepkan koperasi yang dikenali Bandar Koperasi di tengah bandaraya Kuala Terengganu menjelang Ogos ini.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, kerajaan negeri bersetuju menawarkan 46 unit lot kedai di Ladang Tok Pelam untuk tujuan itu setelah memperoleh pembiayaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).“Kerajaan negeri bersetuju mewujudkan Bandar Koperasi di Terengganu dengan cara membeli rumah kedai yang telah siap dibina oleh kerajaan negeri melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan di Ladang Tok Pelam sebanyak 91 unit.“Daripada jumlah itu, kerajaan negeri bersetuju untuk menawarkan 46 unit kepada koperasi,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakn Majlis Perasmian Program Melestari Modal Insan Koperasi Sempena Promosi Program latihan Maktab Koperasi Malaysia 2017 di TH Hotel, hari ini.Turut hadir, Pengarah SKM Terengganu, Mohd Roslan Awang.Menurut Nawi, permohonan pembiayaan sebanyak RM60 juta dengan pihak kementerian akan dibuat minggu hadapan.“Projek tersebut bakal menggunakan konsep yang sama seperti bandar koperasi pertama dan terbesar di dunia iaitu di Bronx, New York, Amerika Syarikat,” ujarnya.
09 Feb 17
124
Empty Image
Tiga Stesen Minyak Bakal Dibuka Di LPT 2
Kerajaan negeri meluluskan tanah kepada sebuah syarikat petrolium baģi membolehkan tiga stesen minyak dibuka di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) dalam tempoh terdekat.Pengerusi Jawatankuasa Infrasuktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau, Ir Rosli Othman berkata, stesen minyak itu akan dibuka di kawasan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) masing-masing satu di Perasing dan dua di Paka.Katanya, kerajaan negeri dimaklumkan pembinaan tiga stesen minyak itu dijangka akan mengambil masa selama setahun."Permohonan tanah dari syarikat petrolium itu dibentang dan diluluskan pada mesyuarat Exco yabg diadakan Rabu lalu," katanya ketika mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada majlis dialog dengan peniaga R&R Perasing, .Dalam perkembangan lain, Ir Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik berkata, kerajaan negeri akan memperbanyaķkan pemasangan papan tanda dan penunjuk arah R&R Peransing bermula dari Gambang, Kuantan hingga ke lokasi hentian rehat.Katanya, kebanyakan pengguna tidak sedar terdapat R&R yang menjual makanan dan minuman selain surau, bilik mandi serta tandas disediakan di R&R Peransing."Disebabkan kurang pengunjung, 18 peniaga makanan dan minuman yang menjalankan perniagaan di R&R Peransing mengeluh."Hasil perbincangan diadakan antara kerajaan negeri dan Plus Malaysia Berhad, pihak itu bersetuju mengurangkan sebanyak 50 peratus kadar sewa gerai makanan dan minuman," katanya.Ir Rosli berkata, pengurusan Plus juga bersetuju untuk tidak menaikkan kadar sewa yang dikenakan antara RM550 dan RM350.
09 Feb 17
587
Empty Image
Masyarakat Cina Diminta Terus Menyokong Kerajaan BN
A Latif  bersama beberapa tetamu lain mengaul yee sang pada Majlis Ramah Mesra "Gong Xi Fa Cai", malam tadi Masyarakat Cina di Marang  diminta tidak berpecah belah dan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.Ahli Undangan Negeri  (ADUN ) Pengkalan Berangan A.Latiff Awang, berkata masyarakat Cina memerlukan wakil rakyat yang kuat untuk menyuarakan keperluan serta kehendak kaum itu kepada kerajaan negeri dan pusat.Katanya, dia  yakin sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan adalah padu.“Tidak mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang sebaliknya menolak persepsi negatif pembangkang mengenai kerajaan, “ katanya.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Tranformasi Kerajaan Negeri berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra "Gong Xi Fa Cai" peringkat  Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di  Dewan SJKC Chong Hwa Wakaf Tapai, malam tadi.  Hadir sama Pegawai Daerah Marang, Zainal Abidin Mohamed,Kira-kira 800 tetamu masyarakatt Tiong Hwa dan Melayu hadir meraikan majlis yang dihidangkan pelbagai menu istimewa, termasuk yee sang, nasi minyak, kuih bakul dan pelbagai menu istimewa.
09 Feb 17
110
Empty Image
Terengganu Komited Lahirkan Golongan Saintis Islam
A. Latiff bermesra dengan sebahagian pelajar terpilih dalam Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017, di UMT, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu akan terus komited untuk melahirkan golongan saintis Islam yang menghafaz 30 juzuk al-Quran dan menguasai ilmu astronomi, kejuteraan, al-Quran serta kebijaksanaan emosi menerusi Program Saintis Islam Terengganu Kohort III, yang dilancarkan hari ini.Yayasan Terengganu (YT) akan menaja pelajar yang terpilih daripada program selama sebulan berakhir 2 Mac  ini, dari peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dengan perbelanjaan kira-kira RM1.2 juta seorang.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, sehingga kini, dua pelajar terpilih dari daripada program sebelum ini, masing-masing mengikuti kursus A-level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) Lembah Beringin, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Pelajar Kohort pertama (2015), Mohammad Nur Irfan Mohd Zameri kini di semester empat dan dijangka akan mengikuti bidang Aerongkasa di universiti terkemuka di United Kingdom pada September ini.“Pelajar Kohort kedua (2016) pula  Muhammad Lutfil Hady Zainol Hady, di semester dua kolej yang sama dan pengajian beliau akan ditaja bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program sainstis Islam Terengganu Kohort III 2017, di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Naib Canselor UMT, Prof  Dato Dr. Nor Aieni Mokhtar;  wakil Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Suffian Mohammad Tajudin; Pengarah YT,  Mohammad Sulong dan Ketua Pengawai Eksekutif Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Prof Madya Dr  Wan Nor Liza Mahadi.A Latiff berkata, program pada kali ini menggunakan modul khas  bertajuk `Saintis Islam: Anjakan Cendekiawan Profesional’ yang dilancar pada Mei  lalu sempena perasmian penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2016, bagi tujuan pengajian dengan bimbingan 58 penyelidik dan pensyarah daripada UMT dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Tambahnya, 10 sub modul meliputi judul Apresiasi Ketamadunan Islam dan Kenegaraan, Integrasi Minda Quranik dan Saintifik, Pengembangan Dua Fikir dan Intelektual serta Pemantapan Jati Diri Psikospiritual, Komunikasi dan Dominasi Bahasa, Kecergasan Fizikal dan Pemakanan Rasulullah, Penerokaan Sains dan Matematik, Aplikasi Teknologi dan Kejuruteraan, Keusahawanan serta Eksplorasi Kerjaya. Katanya, program kerajaan negeri menerusi kerjasama YT, UMT  dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT)  melibatkan seramai 17 orang peserta (2017) yang terpilih  selepas melalui proses saringan dan temuduga.Manakala program pada tahun pertama dan kedua yang bermula pada  2015, masing-masing melibatkan seramai 10 peserta. Untuk tahun ini, pelajar yang terpilih akan ditaja bagi mengikuti pengajian dalam bidang perubatan.Menurut beliau lagi, program berkenaan bukan hanya dapat melahirkan generasi muslim berpengetahuan, berkemahiran dan berkepimpinan tetapi juga berjiwa holistik seperti yang dihasratkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
06 Feb 17
179
Empty Image
SM Imtiaz Marang Mula Beroperasi
Satu lagi sejarah buat pendidikan negeri Terengganu selaku Negeri Anjung Ilmu apabila Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Marang yang menempatkan 101 pelajar memulakan sesi persekolahan hari ini (Ahad).Pusat pembelajaran baru itu dibangunkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai, Marang yang dinaiktaraf dengan kemudahan dan keperluan serba lengkap selaras dengan tarafnya sebagai sekolah elit sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahu mewujudkan sekolah Imtiaz di setiap daerah seluruh Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri,  A.Latiff Awang, berkata SMIYT bakal melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk maya atau Virtual Learning Environment (VLE) dengan menawarkan kelas International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE) kepada anak-anak soleh pintar sekolah itu."Ia sejajar dengan sistem pendidikan masa kini yang memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa dan memenuhi tuntutan zaman dan peredaran semasa."VLE atau ringkasnya iClass merupakan kelas yang dilengkapi dengan platform pembelajaran maya serta akses kepada penyelesaian pembelajaran bersepadu yang dihubungkan melalui capaian internet berkelajuan tinggi."Bagi memastikan pelajar mendapat yang terbaik daripada iClass ini, SMIYT Marang akan dilengkapi dengan infrastruktur rangkaian dan prasarana teknologi maklumat gred universiti untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta efektif,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan pendaftaran dan penubuhan sekolah itu.Turut hadir,Pegawai Daerah Marang, Zainal Abidin Mohamed,  Pengarah YT, Mohamad Sulong,  Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Rozali Salleh,  Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Awi Salleh.Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Adnan Salleh, Pengetua SMIYT Marang, Hayati Omar serta pemimpin-pemimpin setempat.A. Latiff berkata, IGCSE pula merupakan kurikulum antarabangsa yang diiktiraf seluruh dunia melalui Cambridge International Examination  (CIE ) dan merupakan satu usaha memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan yang sedia ada.Katanya, pelajar -pelajar yang mengambil kelas IGCSE akan mengikuti silibus IGCSE bagi empat subjek yang berasaskan Cambridge Learning iaitu bahasa Inggeris,  Matematik,  Sains dan Sejarah."Anak-anak pelajar Imtiaz seharusnya bersyukur kerana dalam sistem pembelajaran dan pengajaran Imtiaz melalui konsep ulul albab yang bercirikan quranik, ensiklopedik dan ijtihadik bagi memperkasakan sistem pendidikan holistik untuk melahirkan insan seimbang bercirikan ulul albab."Kita ingin lihat satu hari nanti di bumi Terengganu akan lahirnya ulama -ulama tersohor seperti Sayid Muhammad Zainal Abidin atau Tok Ku Tuan Besar, anaknya Sayid Abdul Rahman atau Tok Ku Paloh  dan Sayid Ahmad Muhammad al-Idrus atau Tok Ku Melaka, Sayid Mustafa atau Tok Ku Tuan Dalam,  Sheikh Abdul Malik bin Abdul Malik bin Abdullah atau Tok Pulau Manis dan ramai lagi,"katanya.
06 Feb 17
1362
Empty Image
Barang Keperluan Percuma Untuk Anak Terengganu Di Free Market
Ahmad Razif bergambar (tengah) bersama Tengku Asmadi (dua dari kanan) bergambar kenangan dengan kanak-kanak seelepas mengagihkan `duit raya' kepada mereka, di Program Free Market Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah.Usaha kerajaan negeri menganjurkan Program Free Market Anak Perantau memberi manfaat kepada kira- kira 3,000 anak Terengganu yang tinggal di Lembah Klang, Kuala Lumpur.Pengerusi Kelab Anak Darul Iman Malaysia (KADIM) yang juga pengasas kepada program berkenaan, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, dia seboleh-bolehnya akan menyahut saranan Menteri Besar yang mahukan program berkenaan diadakan lebih kerap dan dilanjutkan tempohnya.Katanya, dia akan berbincang dengan lebih 5,000 ahli KADIM untuk melakukan yang terbaik dengan mengambil masa dan kerjasama pelbagai pihak."Bagi orang ramai pula, saya menyarankan agar terus menyumbangkan pelbagai kelengkapan dapur dan barangan keperluan harian yang masih elok untuk menjayakan program itu dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, "katanya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas program itu di perkarangan Pejabat Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.Hadir merasmikan Majlis Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.AidawatiSementara itu, pengunjung dari Salak Tinggi, Sepang, Selangor, Aidawati Ghazali, 38, yang berasal dari kampung Padang Midin bersama dua anak ke program itu semata-mata mahu mengetahui pengisian acara dan apa yang disediakan kerajaan negeri."Pada masa sama, saya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan yang disediakan secara percuma,"katanya.Sementara Norfazilah Shafii, 37, dari Kampung Seberang Takir yang kini menetap di Shah Alam, selangor, berkata dia berharap program seumpamanya itu diteruskan pada masa akan datang kerana banyak manfaat diperoleh.Norfazilah"Pada masa sama apa yang yang disediakan melalui perkhidmatan kaunter T-Cakna cukup besar manfaat kepada anak perantau."Boleh mengetahui secara mendalam berkaitan pelbagai bantuan dan sumbangan yang disediakan kerajaan," katanya.
05 Feb 17
125
Empty Image
Terengganu Perluaskan Program Free Market Anak Perantau Ke Seluruh Malaysia
Terengganu berhasrat memperluaskan Program Free Market Anak Perantau  ke semua zon seluruh negara dalam tempoh terdekat bertujuan memberi manfaat kepada anak negeri yang berada di luar Terengganu.Antara zon yang akan terlibat Zon Pantai Timur, Zon Lembah Klang, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Sabah dan Zon Sarawak.Manakala program sama peringkat Zon Lembah Klang yang diperkenalkan Kelab Anak Darul Iman Malaysia (KADIM) mulai hari ini akan diadakan setiap bulan dengan tempoh yang lebih panjang.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya berharap penganjur dapat mengadakan program seumpama itu selama dua hari berturut- turut pada setiap bulan."Banyak manfaat boleh diperolehi daripada program itu, bukan sahaja boleh mengambil pelbagai barangan kelengkapan harian dan keperluan dapur secara percuma malah mendapat pelbagai manfaat sampingan lain."Anak perantau juga boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan kaunter T- Cakna melalui agensi yang terlibat, "katanya.Antaranya Tabung Darul Iman, Yayasan Pembangunan Usahawan, Yayasan Terengganu (YT), Suruhanjaya Pilihanraya dan Yayasan Pembangunan Keluarga.Beliau berkata demikian pada Sidang Media Selepas Program Free Market Anak Perantau di perkarangan Pejabat YT di Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengerusi KADIM, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.Kira- kira 3,000 anak Terengganu terutama yang tinggal di Lembah Klang, Kuala Lumpur dijangka hadir pada program yang akan berakhir pada jam 3 petang ni.Ahmad Razif berkata, pihak berkaitan giat menghebahkan program itu melalui pelbagai saluran  sama ada melalui siaran televisyen, hebahan radio, media cetak dan dalam talian."Kira- kira 3,000 anak Terengganu di Lembah Klang sewajarnya mengambil peluang dengan apa yang disediakan kerajaan Terengganu itu, "katanya.
05 Feb 17
143
Empty Image
Dato' Muda Mamat Terajui Ukom
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Binjai yang kini dikenali Pengkalan Berangan selama empat penggal (1982- 1999), Dato' Muda Mamat, 66, dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) bermula kelmarin (1 Februari).Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selama dua penggal (1986-1995) menggantikan Ab Rosid Jusoh yang bertukar ke jawatan Yang Dipertua Daerah Besut.Muda yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Marang selama 21 tahun (1985-2004)juga dilantik sebagai Pengerusi Biro Penaziran UMNO Negeri  sejak 2014 sehingga kini.Beliau yang memiliki latar belakang pendidikan agama dari Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Klang, Selangor (1971-1973 ) amat berterima kasih kepada pentadbiran negeri yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui Ukom dan bersedia memikulnya selaras dengan kehendak pucuk pimpinan.Pemegang Ijazah Ekonomi (Pengurusan Perniagaan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1974-1978) itu juga mahu memastikan Ukom selaku komponen penting di bawah Pejabat Menteri Besar dapat membantu menterjemahkan hasrat pentadbiran negeri menerusi lapan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) supaya mampu difahami serta dihayati oleh rakyat dengan sedalam-dalamnya.Beliau juga yang pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji & TH Properties (2004 -2009) akan memperkasakan dan menambah nilai setiap inisiatif serta agenda pembangunan kerajaan menerusi medium komunikasi seperti media cetak, elektronik selain media sosial masa kini supaya 'kecil bagi kita, besar bagi rakyat' dapat diterjemahkan.
03 Feb 17
2074
Empty Image
Kawat Terima RM100,000 Sempena Majlis MB-Media
Ahmad Razif bersama pengamal media dari pelbagai agensi pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri  meluluskan peruntukan RM100,000 kepada Kelab Wartawan Media (Kawat) Terengganu sebagai menghargai  peranan dan jasa pengamal media khususnya lebih 200 ahli kelab itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata peruntukan itu bagi membantu pengurusan kelab dan melancarkan pelbagai aktiviti yang mampu memberi manfaat kepada pengamal media di Terengganu.Katanya, dia menyedari golongan itu tidak pernah jemu membantu pelbagai pihak di negeri ini, terutama kerajaan negeri mempromosi Terengganu, membaik pulih imej dan menepis pelbagai isu pihak tidak bertanggungjawab."Apa yang disampaikan media melalui pelbagai medium, termasuk media elektronik, terbitan akhbar, siaran radio dan berita dalam talian pastinya membantu memperluaskan fahaman kepada masyarakat.“Jika pengamal media tidak membantu, agar sukar bagi kerajaan untuk menyalurkan maklumat secara sahih,  menepis tuduhan pembangkang, selain mempromosi Terengganu ke peringkat antarabangsa. Peranan media cukup besar dan bagi menghargai peranan mereka yang terlibat, kerajaan berbesar hati menghulurkan sumbangan RM100,000,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis YAB Menteri Besar Bersama Media di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom), Dato’ Muda Mamat.Kira-kira 200 pengamal media dari pelbagai agensi, termasuk Ukom, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Manis FM, TV3 Malaysia, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar Harian.Ahmad Razif turut memberitahu, dia berharap hubungan baik antara kerajaan negeri dan pengamal media terus berkekalan.“Saya berhasrat mahu meneruskan program seumpama ini dengan kehadiran suami atau isteri, bertujuan mewujudkan konsep keluarga bahagia, rakyat sejahtera seperti apa yang diterapkan dalam prinsip Transformasi Terengganu Baharu,”katanya.
02 Feb 17
235
Empty Image
Terengganu Naik Peruntukan Baik Pulih Rumah 100 Peratus
Terengganu bersetuju menaikkan peruntukan membaik pulih rumah dan pembinaan kediaman baharu sehingga 100 peratus daripada RM1 juta kepada RM2 juta di seluruh daerah dalam masa terdekat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif baharu itu  bagi menyelesaikan masalah berkaitan yang dihadapi rakyat, selain membina lebih banyak kediaman sebagai memenuhi keperluan asas penduduk.Katanya, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan PR1MA Malaysia bercadang membina lebih banyak rumah kediaman di negeri ini tetapi tidak boleh disegerakan berikutan tanah milik kerajaan negeri masa kini yang semakin terhad."Kerajaan negeri berusaha mengenal pasti tanah milik kerajaan bagi menyelesaikan masalah perumahan dan pada masa sama memutuskan untuk menaikkan peruntukan kepada setiap DUN," katanya.Beliau berucap pada Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan Kerajaan dan Angkat Sumpah Yang Dipertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Sementara itu, majlis serah tugas dan angkat sumpah jawatan baharu didahului dengan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Dato' A. Rahman Yahya dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri menggantikan Dato' A. Rahim Jusoh yang bersara wajib awal bulan lalu. Dato' Mohd Akil Mat pula dilantik jawatan Pengarah Jabatan Tanah Dan Galian Terengganu menggantikan Dato' Mohd Kamil Othman yang menerima tugas baharu sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan (penempatan sementara sebelum bersara wajib pada 16 Februari).Sementara Pegawai Daerah Dungun, Dato' Mohd Yasim Awang menerima jawatan Pegawai Daerah Kuala Terenggganu, diikuti Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan bertugas sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu.Manakala YDP Majlis Perbandaran Dungun, Ibrahim Mohamad menerima jawatan Pegawai Daerah Dungun dan  Pegawai Daerah Setiu, Shahidan Embok pula sebagai YDP Majlis Daerah Dungun.Selain itu juga, bekas Pengarah Urusan Tabung Amanah Warisan Terengganu, Mohd Zahari Md Azahar pula menerima tugas sebagai Pegawai Daerah Kemaman dan Pengarah Unit Komunikasi Terengganu, Ab. Rasid Jusoh dilantik jawatan YDP Majlis Daerah Besut.
01 Feb 17
110