lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
UMNO Terengganu Diiktiraf, Perintis Adakan Pertandingan PDM
Zahid meletakkan tangan sebagai gimik pelancaran sempena Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM)  di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimUMNO Pusat mengiktiraf usaha Terengganu sebagai satu-satunya negeri yang mengadakan Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) sebagai persiapan menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan mahu ianya dicontohi negeri lain.“Saya ucapkan tahniah kepada rakan-rakan kepimpinan parti dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri  Ahmad Razif (Abd Rahman) dan tiada di negeri lain melaksanakannya, hanya Terengganu sahaja.“Ini satu contoh yang baik dan InsyaAllah saya akan beritahu rakan negeri yang lain supaya ikut Terengganu, melakukan pertandingan sepertimana yang dilakukan oleh Terengganu,”katanya. Timbalan Perdana Menteri,  Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika  berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM)  di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari in di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.Beliau kemudiannya  bersetuju  supaya menggandakan hadiah kemenangan sebagai mengiktiraf komitmen dan penglibatan semua penggerak jentera parti di setiap PDM yang berjaya dalam pertandingan itu.Selaras dengan perasmian peringkat negeri itu, Ahmad Zahid yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO mahu supaya semua ahli parti peringkat akar umbi yang akan kembali ke cawangan masing-masing supaya memulakan mesyuarat cawangan, seterusnya menggerakkan jentera di peringkat PDM masing-masing ke arah mencapai kejayaan dalam PRU14.Dalam pertandingan itu, PDM Pulau Bahagia Hulu Terengganu muncul johan dengan membawa pulang RM14,000 berserta plak penghargaan, diikuti tempat kedua PDM Pelong, Setiu yang memperolehi RM10,000 berserta plak penghargaan.Tempat ketiga pula dimenangi oleh PDM Seberang Takir Pantai (Kuala Nerus) dengan hadiah wang tunai (RM6,000), manakala tempat keempat serta kelima pula masing-masing, PDM Wakaf Tapai, Marang  (RM4,000) dan Beris Meraga, Kemaman (RM3,000).
17 Mar 17
202
Empty Image
Jangan Ulangi Kesilapan - Razif
Ahmad Razif bersama Zahid bersembang sesuatu pada selepas Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan  di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah KassimRakyat Terengganu terutama generasi muda diingatkan agar tidak mengulangi kesilapan lalu yang pastinya membawa kepada zaman kesukaran, sebaliknya perlu bersatu di bawah kepimpinan parti Barisan Nasional (BN).Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata ramai yang sudah melalui pengalaman perit lima tahun di bawah `kegelapan bulan yang penuh gerhana'.Katanya, janganlah zaman gerhana bulan itu diulit kembali sehingga bumi jadi gersang. serta jangan memberi ruang untuk `bunga yang tiada baunya, ditanam orang'.“Oleh itu, marilah sama-sama kita membangun, mempertahan dan memelihara solidariti di setiap peringkat parti UMNO. Kerja membina solidariti ini bukan satu kerja bermusim.“Sebaliknya perlu dijayakan oleh ahli parti dan kepimpinan kita pada setiap masa yang perlu berpaksikan kepada perlembagaan parti,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM)  di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ahmad Razif berkata, rakyat Terengganu harus bergerak menentang parti lawan dengan sepenuh kekuatan dan kehebatan pada setiap masa, harus bersaing dengan penuh berani dan berhujah dengan penuh hikmah.tambahnya, semua 366 PDM telah bersiap- sedia dengan gerak kerja dan strategi yang tersusun untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Beliau juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pendokong parti yang sentiasa komited bagi emmastika kemenangan UMNO dan juga BN.“Tahniah kepada PDM yang menang dan juga tahniah kepada UMNO Bahagian yang berjaya mengadakan pertandingan ini.“Semoga ianya mengukuhkan solidariti kita semua ke arah mencapai kemenangan besar dalam PRU akan datang,”katanya..
17 Mar 17
80
Empty Image
UMNO, BN Akan Dapat `Kawan Baru' - Zahid
Ahmad zahid ketika berucap berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Faddzillah Abu KassimOrang Melayu masih memerlukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana pada Pilihan  Raya Umum ke-13 (PRU13), daripada  5.2 juta pengundi Melayu  4.1 juta daripadanya mengundi BN.Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkembangan positif  itu membuktikan terdapat kira-kira 78.7 peratus orang Melayu masih sayangkan UMNO dan BN.“Inilah sasaran kita dan inilah simpanan tetap politik kita, tetapi ada yang cuba memecahkan kekuatan orang Melayu yang berasal daripada organisasi kita, tetapi `ketam-ketam batu’ ini kita ketepikan.“InsyaAllah, dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu, biar kita kehilangan kawan segelintir, InsyaAllah kita akan mendapat kawan baru yang akan bersama-sama dengan kita yang kumpulannya lebih besar daripada yang telah keluar itu,”katanya ketika berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.Ahmad Zahid yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO  menjelaskan, kawan baru yang dimaksudkan beliau itu mungkin pada masa dahulu adalah di kalangan musuh politik, tetapi mereka telah `tabayyun’, memahami dan mampu menyelesaikan permasalahan untuk ditangani bersama. Beliau  juga meminta supaya tanpa mengetepikan agama lain, semua ahli UMNO dan BN bersama-sama dengan PAS menegakkan perundangan (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 yang bertujuan menjaga kepentingan orang Islam supaya orang Islam terus menjadi kumpulan yang tahu menghormati dirinya dengan perundangan. “Biarpun dibawa oleh mereka, dan InsyaAllah biar kerajaan yang membentangkan undang-undang itu untuk menjaga  orang Islam dan Melayu tanpa mengenepikan agama dan bangsa lain.“InsyaAllah Rang Undang-Undang 355 akan dibentangkan di dalam sidang parlimen pada kali ini yang dibawa sendri oleh kerajaan,”katanya lagi.Menurutnya, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sangat komited untuk bersama-sama menterjemahkan hasrat (RUU 355) ini tanpa mengganggu-gugat agama lain dan komponen lain dalam BN.“Kita harap dengan kekuatan baru ini dengan ada rakan-rakan baru yang ada bersama kita ini, kita bukan berhasrat untuk mengadakan `tahallul siasi’ secara secara semborono, `political calibration’ secara mendadak, tetapi pendekatan kita secara berhikmah dan penuh persefahaman di kalangan kita.“Saya akan perincikan dengan rakan-rakan saya di atas pentas nanti, kalau tidak hari ini mungkin hari lain mereka (Ahli Parlimen dari Terengganu) akan turun bertemu tuan-tuan dan puan-puan untuk melakukan penjelasan (RUU 355),”katanya.
17 Mar 17
115
Empty Image
Pesta Pantai Kembali Lagi
Penganjuran Pesta Pantai 2017 secara serentak di dua lokasi berbeza di Terengganu sempena cuti persekolahan bermula 17 hingga 25 Mac ini bukan saja  dapat mengembalikan cara kehidupan orang terdahulu malah mampu mempromosikan lagi pantai peranginan berkenaan.Kali ini, Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dengan penganjuran Pesta Beautiful Terengganu  Red One dan Pantai Pengkalan Atap, Kuala Nerus (Pesta Pantai DUN Batu Rakit) di pilih bagi memeriahkan cuti persekolahan.Penganjur masih mengekalkan konsep  penduduk tinggal di dalam bangsal yang dibina menggunakan pelepah daun nipah.Langkah itu semata –mata mahu memberi keunikan tersendiri serta memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai aktiviti  yang menjadi warisan sejak sekian lama itu.Pada masa sama bertepatan dengan usaha kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu.Beberapa pertandingan akan diadakan sepanjang sembila hari program berlangsung  termasuk pertandingan memancing, bola sepak pantai serta permainan tradisional Melayu.Kejohanan Bola Sepak Pantai yang akan berlangsung 24 dan 25 Mac menawarkan hadiah lumayan dengan johan bakal membawa pulang RM13,000.Manakala, hadiah yang ditawarkan untuk Cabaran Memancing Pantai Batu Burok pada 25 Mac pula ditambah nilai hadiah kepada juara daripada RM30,000 kepada RM40,000 berikutan sambutan yang memberangsangkan.
17 Mar 17
1537
Empty Image
YPU Nafi Terlibat Sedia Geran Kepada Usahawan Melalui Pihak Ketiga
DR KhairiYayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menafikan penglibatan dalam menyediakan geran kepada usahawan menerusi ejen atau pihak ketiga.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Khairi A Rahman, berkata agensinya menerima beberapa aduan berkaitan kewujudan tawaran geran atau dana untuk usahawan bagi syarikat Sdn. Bhd dan Enterprise yang dikaitkan dengan nama YPU serta mewajibkan keahlian pertubuhan politik."Modus operandi skim tersebut menyasarkan peniaga kecil dan syarikat baru yang mempunyai jumlah modal kecil. Dana ini dikatakan menjanjikan pulangan berkali kali ganda dalam tempoh tertentu.Sehubungan itu, pengurusan YPU ingin menafikan  penglibatan YPU dalam pemberian geran atau dana itu kepada mana-mana pihak, malah YPU juga tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam skim seperti itu,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Khairi berkata, YPU juga menasihatkan usahawan,  peniaga atau orang ramai agar tidak terpengaruh dengan pelbagai perkara yang menyalahgunakan nama YPU, sebagaimana pemberian geran atau dana usahawan seperti yang dihebohkan itu.Beliau juga menasihatkan orang ramai menyemak dengan pejabat YPU Terengganu di talian 09-6242424 terlebih dahulu, sekiranya didatangi, dihubungi atau penglibatan dalam penyediaan geran membabitkan nama YPU supaya tidak tertipu.
16 Mar 17
84
Empty Image
Terengganu Agih Insentif Khas Untuk Faizal
Kerajaan negeri bakal menyediakan insentif khas kepada Mohd Faizal Hafiz Adnan, 12, kerana semangat juang dan ketabahannya sehingga mampu meraih kemenangan dengan cara luar biasa dalam Kejohanan Merentas Desa Bawah 12 Tahun Peringkat Kebangsaan di Taman Botani Negara Shah Alam baru-baru ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kisah pelajar dari Kampung Pantai Tukang Perahu di Seberang Marang, terpaksa merangkak akibat kekejangan otot dan terjatuh beberapa meter dari garisan penamat, namun berjaya muncul sebagai naib johan menjadi viral di media sosial.“Dengan kecekalannya itu, kita akan menyediakan satu insentif khas sebagai menghargai usaha yang telah dilakukan sehingga mengharumkan nama negeri dan juga sekolahnya.“Semangat juang dan ketabahan adik Faizal menyentuh hati saya kerana sanggup meneruskan larian sehingga merangkak walaupun kekejangan otot, untuk tidak menghampakan pasukannya (Terengganu),”katanya di Majlis penyampaian bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M), di Dewan Serbaguna Pak Tijah, Tok Jembal, Kuala Nerus,  hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina zakaria.Di majlis itu, seramai 261 penduduk dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tok Jembal menerima BR1M masing-masing. Selain itu juga, 22 bayi yang lahir sepanjang tahun lalu dari PDM yang sama turut menerima saguhati kelahiran berupa kad Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM100 seorang menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK). Dalam pada itu, Menteri Besar juga mahu setiap PDM di Dewan Undangan Negeri Seberang Takir menyediakan perkhidmatan kaunter yang menghimpunkan semua agensi pengurusan bantuan kepada rakyat, setiap dua minggu sekali. Antara agensi dan jabatan terlibat seperti Yayasan Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan,  Sekretariat Tabung Darul Iman, YPK, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, KPWKM dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus."Ini memberi kemudahan kepada rakyat dan golongan sasar untuk berurusan dan menyelesaikan permasalahan mereka di satu pusat sehenti,"katanya.
16 Mar 17
128
Empty Image
SPM 2016: Terengganu Kekal Cemerlang
Shafruddin menyampaikan sijil Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2016 kepada Husna selepas mengumumkan keputusan SPM di JPNT Kuala Terengganu, hari ini. Foto Zulkifli Putra Pencapaian Gred Purata Keseluruhan (GPK) Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 meningkat kepada 5.02 berbanding 5.06 pada 2015.Pencapaian keseluruhan itu melepasi GPK kebangsaan yang menetapkan sekurang-kurangnya  5.10 GPK.Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran turut bertambah kepada 10,345 orang dengan empat buah sekolah mencapai 100 peratus lulus semua mata pelajaran.Katanya, dua calon SPM negeri ini iaitu Husna Mardhiyyah Mohd  Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kemaman yang mendapat 11A+ dan Lam Sin Gee, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (9A+) dipilih sebagai pelajar cemerlang.“Manakala pelajar cemerlang bagi kategori Calon Berkeperluan Khas pula dianugerahkan kepada pelajar SMK  Bukit Besar, Kuala Terengganu, Nur Syuhada Alias.“Syuhada berjaya memperoleh 4 (A) 1(A-) 1(B+) 1(C) 1(E) walaupun mengalami cacat penglihatan sejak kecil,”katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT),  Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Shafruddin, kategori sekolah cemerlang diperoleh  SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus dengan pencapaian gred purata sekolah (GPS) 1.42 dan SM Sains Kuala Terengganu dengan GPS 2.14.“Pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran pula, 30 daripada 55 mata pelajaran mencatatkan peningkatan.“Daripada 20,517 calon yang  mendaftarkan diri untuk SPM 2016, hanya 19,968 calon menduduki peperiksaan itu, ketidakhadiran mereka di atas pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan, termasuk kematian dan kemalangan,”katanya.
16 Mar 17
1153
Empty Image
400 Peserta dari 26 Negara Berentap dalam Kapas-Marang International Swimathon
Wan Abdul Hakim meninjau lokasiKejohanan Kapas-Marang International Swimathon 2017 dijadualkan pada 19 Mac ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Seramai 400 peserta melibatkan 26 buah negara bakal berentap dalam kejohanan Kapas- Marang International Swimathon 2017 sejauh 6.5 kilometer bagi edisi ke-18 pada 19 Mac ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri I, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar  berkata, kejohanan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri itu banyak membantu Terengganu dalam mempromosikan negeri ini.“Untuk tahun ini, seramai 400 peserta mengesahkan penyertaannya dan 67 daripadanya merupakan dari luar negara termasuk dari Algeria, Australia, Kanada, China serta peserta dari Jerman yang memegang rekod terpantas dalam kejohanan ini, Benjamin Konscak.“Jumlah ini makin berkembang dari tahun ke tahun serta kita juga turut menerima kembali kedatangan peserta-peserta yang pernah menyertai kejohanan ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Kapas-Marang International Swimathon 2017 di Pulau Kapas, Marang, hari ini.Dalam kejohanan tersebut, perenang termuda yang telah mengesahkan kehadirannya adalah peserta dari Malaysia, Phua Yu Ning, 12, manakala peserta tertua pula adalah dari Kanada, Paul Brewer, 69.Sebanyak enam kategori bakal dipertandingkan pada kejohanan tersebut dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000.
15 Mar 17
71
Empty Image
Gabungan Felda Bantah Pembangkang Guna Nama Felda
Gabungan Felda Wilayah Terengganu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu berhubung mengguna pakai nama Felda dalam penganjuran konvensyen oleh Pakatan Harapan di Dewan Jublee Sultan Abdul Aziz, Shah Alam 19 Mac nanti.Laporan polis pada jam 11 pagi tadi itu diketuai oleh Ketua Peneroka Gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Timur, Ismail Muhamad.Selain itu, Ketua Penerangan Kami Anak Felda (KAF) Wilayah Timur, Mohd. Zulkifli Jusoh dan Naib Pengerusi 1 Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Terengganu, Mohd. Khairil Sabri turut menyertai Ismail membuat laporan berkenaan.Ismail berkata, laporan tersebut dibuat bertujuan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur terbabit agar menghentikan segera penggunaan nama peneroka dan juga Felda bagi mengelak wujudnya kekeliruan khususnya di kalangan warga Felda."Sebenarnya, kami tidak pernah memberi sebarang kebenaran kepada mana-mana pihak yang tiada kena mengena dengan Felda untuk mengguna pakai nama Felda ataupun peneroka Felda dalam sebarang penganjuran program termasuk seminar dan sebagainya."Pada awalnya, pihak penganjur telah menamakan program anjurannya itu sebagai Konvensyen Felda dan kemudian telah diubah kepada Kongres Peneroka Felda. Jadi, kami membantah sekeras-kerasnya penggunaan dua nama ini (Felda dan Peneroka Felda)," katanya.Sementara itu, Khairil pula berkata, perjumpaan lain akan dilakukan oleh pihaknya jika penganjur program terbabit masih berdegil dan mengingkari bantahan menggunakan nama Felda dan Peneroka Felda itu."Kita mungkin adakan perjumpaan selanjutnya di peringkat nasional bagi membincangkan bagaimana bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap mereka sekiranya masih menggunakan nama Felda dan Peneroka Felda," katanya.
14 Mar 17
203
Empty Image
Hanya 10 Peratus Usahawan YPU Gagal Bayar Hutang
Usahawan bergambar kenangan selepas selepas Program Sembang Bisnes On Cruise di Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailHanya 10 peratus daripada 5,000 usahawan Terengganu dikesan gagal membayar balik pinjaman kewangan mengikut tempoh seperti yang dijadualkan kepada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT).Ketua Pegawai Eksekutif YPUT, Dr Tengku Khairi Abd Rahman berkata, jumlah itu dianggap sebagai kes terpencil dan tidak membimbangkan.Katanya, YPUT sentiasa berusaha mengatasi masalah tersebut secara rundingan dan diplomasi termasuk meminta peminjam menghadiri sesi kaunseling bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).“Langkah itu dilaksanakan sebelum mengambil tindakan seterusnya termasuk mengikut undang-undang.“YPUT sentiasa memantau rekod pembayaran hutang pinjaman oleh usahawan dan memberi bimbingan kepada mereka dari semasa ke semasa.“Secara umumnya, kita berbangga kerana sebilangan besar usahawan mampu membuat pembayaran balik dan ini membuktikan mereka berjaya mengembangkan perniagaan hasil pinjaman daripada YPUT,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas Program Sembang Bisnes On Cruise di Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Negeri, Salemi Yusof.Tengku Khairi berkata, sepanjang tahun ini, YPUT menerima peruntukan RM900,000 daripada kerajaan negeri sebagai dana untuk Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memperluas pasaran dalam pelbagai perniagaan.“Jumlah itu diagih kepada dua kategori peniagaan iaitu dana perniagaan atas talian sebanyak  RM500,000 manakala pembangunan produk RM400,000,”katanya..
14 Mar 17
186