Artikel "Utama" Terkini
TLHT Muncul Juara Berganda, Rangkul Piala Vivian May Soars
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menebus kekecewaan Pasukan Hoki Terengganu (THT) apabila meraih kejuaraan berganda dengan merangkul juara Piala Vivian May Soars selepas menewaskan PDRM Blue Warriors.TLHTsebelum ini turut bergelar juara saingan Liga Hoki Wanita Malaysia .Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat permainan sebenar yang memaksa permainan diheret ke penalti shoot-out.Ketua jurulatih TLHT, Mohd Asari Abd Aziz berkata permainan menentang Blue Warrior tersebut memang sangat memberi cabaran kepada pasukannya.“Perlawanan pada malam ini memang di luar jangkaan kerana sebelum ini kita pernah menang mudah 3-0 dan 4-0 membuatkan saya rasa pemain-pemain rasa terlebih yakin.“Pada separuh masa kedua permainan pula, tiga orang pemain kami mempunyai kecederaan dan ianya sedikit sebanyak menjejaskan perancangan yang telah dibuat pasukan ,” katanya.Turut hadir memberi sokongan dalam perlawanan tersebut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Dalam persaingan itu, TLHT terlebih dahulu membuka jaringan melalui gerakan cantik yang disudahkan oleh Fatin Naimah Zaki pada minit ke-11.Memasuki babak kedua, Blue Warriors berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-32 menerusi gol padang oleh Norbaini Hashim.Kebuntuan kedua-dua pasukan mencipta jaringan sehingga suku keempat menyebabkan perlawanan terpaksa ditentukan dengan penentuan penalti.Dengan kemenangan terhadap Blue Warrior tersebut, TLHT berjaya membawa pulang RM20,000, piala kejuaraan serta medal.
13 Mar 17
217
Terengganu Kekal Juara Judo Lima Kali Berturut-Turut
Terengganu mencatat sejarah apabila pasukan judo negeri berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali kelima berturut-turut pada Kejohanan Judo Kebangsaan kali ke-55, di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Gong Badak, Kuala Nerus.Dalam kejohanan yang berlangsung dua hari berakhir semalam, pasukan itu berjaya memungut lapan emas, lima perak dan enam gangsa sekali gus mengenepikan 11 pasukan lain yang turut mengambil bahagian, termasuk pasukan Judo Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (TMI) Johor yang berada di tempat kedua dengan lima emas, lima perak dan lapan gangsa.Tempat ketiga menjadi milik pasukan Judo Perak dengan satu emas, satu perak dan dua gangsa.Malah, kemenangan pasukan Judo Terengganu turut diceriakan apabila atlet wanita kategori 63 kilogram (kg) Nik Norlydiawati Nik Azman dipilih sebagai peserta wanita terbaik keseluruhan.Manakala, peserta lelaki kategori bawah 66 kg dari TMI, Muhamad Haikal Iskandar Halidon dinobatkan sebagai peserta lelaki terbaik keseluruhan.Hadiah disampaikan Timbalan Pengarah MSNT, Mohd Sabri Abas yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman
13 Mar 17
431
Terengganu Mara, T-Team Tewas
Tandukan Lutfulla Turaev yang melayakkan Terengganu ke pusingan suku akhir Piala FA. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Terengganu FA mengesahkan tiket ke pusingan suku akhir Piala FA selepas berjaya menundukkan T-Team 1-0 pada minit-minit akhir sebelum wisel penamat ditiupkan, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Ketua jurulatih bagi pasukan Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata walaupun telah bermain dalam masa 120 minit, beliau amat berbangga terhadap pemain-pemainnya.“Saya memberitahu pemain-pemain supaya menghabiskan perlawanan dalam masa 90 minit kerana jika bermain dalam tempoh 120 minit ianya amat meletihkan.“Walau bagaimanapun, saya amat berbangga dengan pemain-pemain saya kerana tiada yang mengalami kekejangan otot dalam masa tersebut,” katanya.Dalam perlawanan tersebut, permainan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 walaupun masing-masing sering berbalas serangan sepanjang 90 minit.Bermula minit ke-6, rembatan Issey Nakajima Farran dari luar kotak penalti hampir meletakkan Terengganu di hadapan namun sepakan tersebut sedikit tersasar.Pasukan T-Team tidak mengalah dan cubaan pada minit ke-14, Dilshod Sharofetdinov melalui rembatan kencangnya, bagaimanapun dinafikan apabila ditangkap kemas oleh penjaga gol, Muhamad Syazwan Yusoff.Seminit sebelum berakhirnya babak pertama, Terengganu sekali lagi cuba mencari gol pembukaan melalui Lutfilla Turaev, namun rembatannya gagal menembusi gawang skuad The Titans.Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah hampir berjaya meletakkan pasukan di hadapan menerusi rembatan Farhod Tadjiev pada minit ke-49 namun dapat ditepis oleh Syazwan.Pada minit ke-62, T-Team terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Muhammad Azalinullah Alias diarah keluar padang selepas mengutip dua kad kuning.Lima minit kemudian, skuad penyu pula menerima nasib yang sama apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas kad merah dilayangkan kepada Mohd Firdaus Mohd Faudzi.Kebuntuan dalam mencari gol menyebabkan perlawanan terpaksa di bawa ke masa tambahan. Namun pada minit ke-120, Terengganu berjaya membolosi gawang pasukan tuan rumah menerusi tandukan Turaev Lutfulla.
12 Mar 17
168
Lawatan Kerja Sehari TPM Ke Terengganu Jumaat Ini
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi dijadual akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu Jumaat ini (17 Mac).Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO, dijangka akan hadir ke Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka akan membanjiri program yang bermula jam 4.30 petang.Kemudiannya, kira-kira jam 8.00 malam, Zahid dijadual akan menghadiri Majlis Perkahwinan anakanda bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang Dato’ Tengku Zainuddin Tengku Zahid di Regency Resort, Kuala Ibai.Beliau dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira jam 7.30 pagi, keesokannya.
12 Mar 17
72
Pusat Boling Beroperasi Hari ini, Tawar Harga Istimewa
Orang ramai mula membanjiri Paya Bunga Plaza untuk mencuba pusat bowling baru Coral Crown Bowl hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pusat bowling Coral Crown Bowl (CCB) yang mula beroperasi hari ini di Paya Bunga Plaza, Kuala Terengganu menawarkan tawaran harga istimewa kepada semua pelanggan.Pengarah Urusan Coral Crown Bowl, Khairuddin Abdul Khalid berkata pelanggan hanya perlu membayar serendah RM5.50 hingga RM6.50 bagi satu permainan menerusi tawaran harga sepanjang dua bulan."Tawaran ini dijangka berterusan dalam tempoh dua bulan lagi dan kami masih meneliti harga yang berpatutan agar tidak membebankan semua lapisan masyarakat terutamanya rakyat di sekitar Kuala Terengganu."Bagi golongan pelajar dan orang kurang upaya (OKU) pula harga yang dikenakan adalah sebanyak RM4.50 sahaja dari pukul 10 pagi hingga 5 petang," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam majlis prapembukaan di CCB di Paya Bunga Plaza, Kuala Terengganu, hari ini.CCB yang direka khas mengikut standard antarabangsa itu dilengkapi dengan 36 lorong di samping menyediakan kemudahan lain seperti kafe, bilik solat dan laci simpanan barang.Menurut Khairuddin, dengan kemudahan terbaharu itu pihaknya menjangkakan pusat boling tersebut akan menjadi tumpuan peminat sukan berkenaan."Kita menyasarkan kehadiran lebih 300 pelanggan setiap hari pada pembukaan awal ini," katanya.
10 Mar 17
3285
Penguasaan STEM Di Kalangan Pelajar Masih Lemah
Kerajaan negeri akan terus memberi penekanan terhadap bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Terengganu berikutan penguasaan pelajar, terutama yang berada di menengah atas dalam bidang itu masih rendah.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang, berkata bagi mengatasi masalah tersebut, pihaknya dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mempromosikan STEM di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.Katanya, langkah itu penting kerana penguasaan dalam bidang sains dan teknologi amat perlu untuk mengukuhkan ekonomi negara, selain berkepentingan bagi pelajar untuk mendapat kerjaya yang lebih baik.Antara langkah diambil adalah meningkatkan penguasaan pelajar melalui pelbagai aktiviti, latihan dan teori berasaskan sains dan teknologi.“Perkara seupama ini perlu dipandang serius berikutan hanya 40 peratus pelajar menengah atas di negeri ini direkodkan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) berkemampuan menguasai STEM. “Sedangkan sasaran penguasaan 60 peratus pelajar dalam program itu perlu dicapai sebaik menjelang 2020 ,”katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Mentor Mentee STEM 2017 di UMT, Kuala Nerus, petang semalam.Hadir sama, Naib Cancelor UMT, Prof Dato’ Nor Aeini Mokhtar dan Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin.Sementara itu, Nor Aeini berkata Program Mentor Mentee STEM UMT memfokuskan enam modul utama iaitu sains, teknologi, kejuruteraan, bahasa inggeris , matematik dan modul bidang tujahan UMT yang melibatkan sains kelautan serta sumber akuatik.Katanya, modul yang didedahkan kepada pelajar itu akan dibukukan, selain merancang menubuhkan asasi STEM yang dijangka dicapai pada 2018.“Penubuhan asasi itu diharap dapat memberi sumbangan yang lebih signifikan dalam pembangunan STEM di negara ini,”katanya.
09 Mar 17
166
SPR Bersedia Hadapi PRU14
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika kerajaan memilih untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa sahaja.Pengerusinya, Dato’ Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, ianya tidak menjadi masalah kepada kakitangan dan petugas SPR yang sentiasa bersedia kerana menguruskan proses pilihan raya merupakan tugas utama badan itu. “Selepas pembubaran dibuat dan bila diterima notis daripada Speaker Dewan Rakyat, mesyuarat khas akan diadakan untuk menetapkan tarikh penting dalam proses pilihan raya contohnya tarikh penamaan calon, pilihan raya awal, pengundian awal dan pengundian sebenar barulah SPR dapat melaksanakan PRU-14.“Selagi Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat tidak dibubarkan, ianya masih dalam teka teki kerana kuasa membubar terletak kepada Perdana Menteri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Pengerusi SPR Bersama Usahawan Muda di Dewan Kovensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi A. Rahman.Dalam perkembangan lain katanya, seramai 4.06 juta rakyat negara ini yang layak berdaftar sebagai pengundi belum berbuat demikian.“Kira-kira 18 juta rakyat negara ini yang berusia 21 tahun ke atas layak mengundi. Namun bilangan terkini yang berdaftar sebagai pengundi ialah kira-kira 14 juta."Angka ini dianggap membimbangkan kerana jumlahnya besar dengan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda," ujarnya.Sehubungan itu, Mohd Hashim berkata, SPR akan mengambil langkah mengadakan kempen secara lebih agresif untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mendaftar sebagai pemilih dan keluar mengundi.Beliau turut meminta setiap rakyat yang telah mendaftar sebagai pengundi agar serius menjalankan kewajipan dengan keluar mengundi semasa hari pilihan raya.Katanya, ini berikutan pihaknya mendapati peratusan yang keluar mengundi dalam pilihan raya tidak pernah mencecah 100 peratus atau lebih 90 peratus melainkan sekitar 70 hingga 75 peratus sahaja.
08 Mar 17
61
Majikan Perlu Jiwai Minat Dan Kecenderungan Kakitangan
Wan Nawawi menyampaikaan anugerah kepada Harun pada pada Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailMajikan mana-mana jabatan kerajaan di negeri ini sewajarnya menjiwai peranan, minat dan kecenderungan setiap kakitangan bawahan agar pelaksanaan tugas yang diarahkan berjalan lancar.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, berkata majikan perlu memahami dan mengetahui sama ada pengagihan tugas bersesuaian atau sebaliknya.Katanya, sekiranya perkara itu tidak diketahui pastinya kakitangan berkenaan sukar untuk menguruskan tugas secara bijaksana kerana wujudnya sifat tidak ikhlas, malah lebih teruk akan menimbulkan tekanan perasaan..“Pekerja yang alami situasi sebegini, saya mahu berpesan agar meluahkan hasrat secara berdepan dengan majikan masing- masing yang berkemungkinan kurang memahami atau boleh diertikan sebagai tidak tahu.“Perkara ini nampak kecil, sekiranya melarat pastinya akan menimbulkan suasana kerja yang tidak sihat, ada di antara kakitangan pula bermasam muka, memendam rasa dan wujud persengketaan dalaman,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman bagi bulan Januari dan Februari, di WDI, Kuala Terengganu, hari ini.Antara penjawat awam yang menerima anugerah bagi Februari, Penolong Pegawai Penerangan, Harun Hasan dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Syarifah Romiwati Tuan A Rahman (Pembantu Tadbir) dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Mazuki Salleh (Pembantu Tadbir), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.Manakala anugerah pada Januari pula, Nor Azlyn Ezura Hasmin (Perangkaan) dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Noraiza Mohd Nor (Pembantu Tadbir), Unit Audit Dalaman..
08 Mar 17
94
Program Jejak Intelektual Dokumentasi Kejayaan Anak Terengganu
Ghazali (tengah) bergambar kenangan dengan tetamu kehormat dan kakitangan Radio Televisyen Malaysia Terengganu sempena pelancaran Rancangan Tokoh Islam Minggu Ini, di Auditorium TerengganuFm, hari ini. Foto oleh Harish FadzilahTerengganu berhasrat mengadakan program `Jejak Intelektual' bagi mengetengahkan anak Terengganu yang berjaya dalam pelbagai bidang termasuk golongan agamawan supaya mampu menjadi ikon serta rujukan kepada generasi masa kini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, program seumpama itu mampu dilaksanakan menerusi kolaborasi dengan Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Terengganu, sebagai kesinambungan Terengganu dengan jolokan Negeri Anjung Ilmu. “Terengganu melahirkan ramai golongan intelektual terutamanya pelajar-pelajar hafiz dan hafizah daripada kolej agama. Malah kita juga mempunyai golongan cerdik pandai yang boleh ditonjolkan kejayaan mereka. "Kita juga boleh mengadakan program Jejak Intelektual rakyat Terengganu ataupun Jejak Hafiz dan Hafizah yang berjaya pada hari ini, dan boleh menaikkan lagi RTM (Radio Televisyen Malaysia) serta Negeri Terengganu khasnya. Di sini pentingnya kolaborasi yang sangat baik untuk kita jalinkan antara Jabatan Penyiaran (Negeri Terengganu) dengan RTM,”katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama YB Ghazali Taib serta Pelancaran Rancangan Tokoh Islam Minggu Ini (Tismi), di Auditorium TerengganuFm, Bukit pak Apil, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Penyiaran RTM Terengganu, Nordin Sulaiman. Ghazali berkata, ramai di kalangan tokoh dan golongan intelektual yang dilahirkan dari institusi pendidikan dan kolej agama seperti Sekolah Imtiaz, Institut al-Quran Terengganu (IQT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak diketengahkan kisah perjalanan hidup dan kejayaan mereka sebagai panduan generasi hari ini.Selain itu juga, beliau berkata RTM juga boleh mendokumentasikan kisah kejayaan Terengganu dalam pelbagai bidang lain bukan sahaja pendidikan dan agama, juga perniagaan serta bekerjasama dengan agensi terbabit seperti Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Tambahnya, program yang dilaksanakan itu diharapkan mampu mendidik dan menerapkan golongan remaja ke arah pembentukan jati diri serta mengukuhkan identiti rakyat Terengganu sendiri.Sementara itu, Nordin berkata, rancangan Tismi yang berdurasi 30 minit bersiaran di TerengganuFM setiap Sabtu pada jam 6.15, manakala ulang siar pada keesokannya, setiap Ahad pula jam 2.15 petang, berbentuk majalah radio mengenai tokoh Islam yang boleh dicontohi keperibadian mereka sebagai panduan dalam kehidupan seharian untuk keberkatan dunia serta akhirat.
06 Mar 17
211
Nuqman Faris Juara 40km Kejohanan Kuda Lasak Piala MB
Nuqman Faris Rozi muncul juara kategori 40 kilometer individu Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu yang bermula awal pagi tadi.Nuqman menerima hadiah wang tunai RM3,500, medal dan piala yang disampaikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Tempat kedua, Mohd Azizie Ismail manakala kedudukan ke ketiga, Asmusrairi Abdullah masing-masing menerima RM3,000 dan RM2,500.Juara kategori 80 kilometer individu lelaki dimenangi Mohd Bulhari Rozali dari RTES menerima wang tunai RM3,000 manakala kedua, Mohd Yusran Yusof dan tempat ketiga, Dato' Seri Sharifuddin Ab Ghani masing-masing menerima wang tunai RM2,000 dan RM1,000Mengiringi Sultan Mizan ialah Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang turut menyampaikan hadiah kepada beberapa kategori lain.Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.
04 Mar 17
682