lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

SUKMA 2026: Mimpi Podium Aliya Jadi Nyata
SUKMA 2026: Mimpi Podium Aliya Jadi Nyata
SERDANG, 17 Ogos- Perjuangan Nor Aliya Najihah Muda untuk menaiki podium sehingga penyertaan ketiganya di temasya Sukan Malaysia (SUKMA), akhirnya terbalas setelah meraih pingat perak dalam acara 400 meter lari berhalangan wanita yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), sebentar tadi.Bekas pelari jarak jauh itu menyifatkan, pemilihan acara yang disertainya...
1 hari yang lepas
729
SUKMA 2026: Bidikan Akmal Tepat Menuju Emas
SUKMA 2026: Bidikan Akmal Tepat Menuju Emas
KAJANG, 17 Ogos - Bidikan Muhammad Akmal Danial Baharuddin tepat menuju ke podium tertinggi apabila muncul juara acara compound lelaki dalam SUKMA Selangor 2026, hari ini.Akmal Danial mencipta kejutan  dengan catatan 700 mata apabila mengatasi rakan senegeri, Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki yang sebelum ini diletakkan sebagai sandaran utama negeri...
17 Aug 26
1066
SUKMA 2026: Coach Amirul Telah Meninggal Dunia
SUKMA 2026: Coach Amirul Telah Meninggal Dunia
KAJANG, 17 Ogos- Jurulatih Sofbol Terengganu, Wan Mohd Shymin Amirul Wan Mohd Sofli yang jatuh tidak sedarkan diri ketika perlawanan Softbol di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, disahkan meninggal dunia pada jam 8.12 pagi ini. Timbalan Ketua Kontinjen (DCDM) Zuraida Md Nor memaklumkan, pihaknya telah menguruskan proses membawa pulang jenazah...
17 Aug 26
4259
SUKMA 2026: MB Terengganu Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Coach Amirul
SUKMA 2026: MB Terengganu Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Coach Amirul
KAJANG, 17 Ogos- Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga jurulatih Sofbol Terengganu, Allahyarham Wan Mohd Shymin Amirul Wan Mohd Sofli yang meninggal dunia pagi ini."Saya mengambil kesempatan pada pagi ini bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu untuk mengucapkan takziah kepada ahli keluarga...
17 Aug 26
3593
SUKMA 2026: 1 Kilogram Pisahkan Wazif Dengan Emas
SUKMA 2026: 1 Kilogram Pisahkan Wazif Dengan Emas
KAJANG, 17 Ogos - Atlet angkat berat Terengganu, Ahmad Wazif Zafran Zaki Yamani terpaksa berpuas hati dengan pingat perak setelah dipintas pada angkatan terakhir pesaing terdekat dari Kedah, Arif Abdul Musawwir Mohd Nor dalam saingan Sukan Malaysia (SUKMA), hari ini.Dalam sukan angkat berat kategori 65kg Lelaki yang berlangsung di Dewan...
17 Aug 26
110
SUKMA 2026: Terengganu Juara Keseluruhan Taekwondo SUKMA
SUKMA 2026: Terengganu Juara Keseluruhan Taekwondo SUKMA
SHAH ALAM, 17 Ogos - Skuad taekwondo Terengganu muncul juara keseluruhan acara taekwondo pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 selepas mengumpul sembilan pingat, terdiri daripada empat emas, empat perak dan satu gangsa. Emas pertama Terengganu disumbangkan Halimah As-Sa’adiyyah Nasir-Tsafe dalam acara kyorugi wanita bawah 49 kilogram (kg) selepas menewaskan wakil...
17 Aug 26
2083
SUKMA 2026: Dendam Emas Izzatul Terbalas Jua
SUKMA 2026: Dendam Emas Izzatul Terbalas Jua
SERDANG, 16 Ogos- Ratu pecut Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira akhirnya berjaya melunaskan 'dendam lamanya' setelah meraih pingat emas dalam acara 100M wanita Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor, hari ini.Katanya, kegagalan di SUKMA Sarawak 2024 banyak mengajarnya untuk bangkit lebih kuat kali ini."Alhamdulillah dengan pencapaian saya hari ini, walaupun tidak...
16 Aug 26
1203
SUKMA 2026: Kesedihan Selubungi Kemenangan Bergaya Softbol Terengganu
SUKMA 2026: Kesedihan Selubungi Kemenangan Bergaya Softbol Terengganu
SERDANG, 16 Ogos- Pasukan Softbol lelaki dan wanita Terengganu masing-masing menang bergaya pada aksi pertama peringkat kumpulan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor, pagi ini.Pasukan lelaki mengatasi Negeri Sembilan 14-9, manakala pasukan wanita menang 21-1 ke atas Kelantan.Bagaimanapun, kemenangan yang diraih pada perlawanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut diselubungi kesedihan...
16 Aug 26
7577
SUKMA 2026: Armin Pecah Rekod SUKMA, Pertahan Emas 110m Lari Berpagar
SUKMA 2026: Armin Pecah Rekod SUKMA, Pertahan Emas 110m Lari Berpagar
SERDANG, 16 Ogos - Atlet Terengganu, Mohamad Armin Zahryl mencipta rekod baharu kejohanan SUKMA dalam acara 110 meter (m) lari berpagar lelaki selepas merekodkan catatan 13.66 saat pada saingan SUKMA Selangor 2026, hari ini.Catatan bersejarah itu menyaksikan Armin memecahkan rekod terdahulu 13.78 saat yang dilakukan Hazriq Cik Mat Kilau dari...
16 Aug 26
741
SUKMA 2026: Nur Arrissya Buka Saingan Angkat Berat Terengganu Dengan Perak
SUKMA 2026: Nur Arrissya Buka Saingan Angkat Berat Terengganu Dengan Perak
KAJANG, 16 Ogos - Atlet Terengganu, Nur Arrissya Nadia Mohamad Nor Mardi membuka saingan skuad angkat berat negeri pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dengan pingat perak dalam acara wanita bawah 48 kilogram (kg).Nur Arrissya mencatatkan jumlah angkatan keseluruhan 144kg selepas melakukan 63kg dalam acara snatch dan 81kg bagi clean...
16 Aug 26
328