lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Terengganu Juara Keseluruhan Taekwondo SUKMA
SUKMA 2026: Terengganu Juara Keseluruhan Taekwondo SUKMA
Ariss Alias
54 minit yang lepas
83

SHAH ALAM, 17 Ogos - Skuad taekwondo Terengganu muncul juara keseluruhan acara taekwondo pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 selepas mengumpul sembilan pingat, terdiri daripada empat emas, empat perak dan satu gangsa.

Emas pertama Terengganu disumbangkan Halimah As-Sa’adiyyah Nasir-Tsafe dalam acara kyorugi wanita bawah 49 kilogram (kg) selepas menewaskan wakil Selangor, S. Jovina Varrsha, 2-0 pada aksi final.

Kejayaan itu disusuli emas kedua menerusi Nur Aishah Nadhirah Ismail Mokhtar dalam kyorugi wanita bawah 53kg, yang menewaskan wakil Negeri Sembilan, Sukalingam Norismar, 2-0 pada aksi penentuan.

Sara Nur Ibtisam kemudian menghadiahkan emas ketiga buat Terengganu dalam kyorugi wanita bawah 62kg selepas menewaskan wakil Kelantan, Alya Umairah, 2-0.

Emas keempat dan terakhir Terengganu diraih Muhammad Nasruddin semalam, dalam kyorugi lelaki bawah 80kg selepas menewaskan wakil Wilayah Persekutuan, Yap Ren Ken, 2-0 pada aksi final di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.
Empat kemenangan itu melengkapkan kutipan empat emas, empat perak dan satu gangsa, sekali gus membolehkan Terengganu dinobatkan sebagai juara keseluruhan acara taekwondo SUKMA Selangor 2026. 

Kejayaan tersebut sekali gus menjadi pencapaian membanggakan buat kontinjen Terengganu dan mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai antara kuasa utama taekwondo di pentas SUKMA.


Tag :

Artikel Berkaitan