Artikel "Sukan" Terkini
Orang Ramai Teruja Saksi Perlumbaan LTdL
Penutupan beberapa jalan utama secara berperingkat di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu bagi memberi laluan kepada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang membuka tirai kejohanan bermula hari ini, tidak menghalang orang ramai untuk meneruskan aktiviti harian.Sebaliknya, rata-rata ditemui begitu teruja dan menyambut baik kejohanan memasuki edisi ke-22 yang akan berakhir 1 Mac itu di mana Terengganu menjadi tuan rumah untuk persaingan peringkat pertama dan kedua perlumbaan.Tinjauan Teganukita di sekitar Dataran Shahbandar mendapati, orang ramai sudah memenuhi kawasan sekitar untuk menyaksikan perlumbaan peringkat pertama yang bermula di Kuala Berang dan berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu sekali gus memberi sokongan penuh kepada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) yang mewakili negeri ini dalam perlumbaan basikal berprestij itu.Tinjauan turut mendapati aliran trafik bergerak lancar berikutan pengumuman penutupan jalan telah dikeluarkan terlebih awal dan orang ramai yang hendak menonton pasukan bertanding serta yang mempunyai urusan lain dapat merancang perjalanan.Zaharah HusinSeorang pekerja sebuah syarikat pembersihan di bandaraya ini, Zaharah Husin,58, berkata, makluman penutupan jalan yang dibuat lebih awal oleh pihak penganjur lebih memudahkan orang ramai untuk sama-sama menyaksikan acara itu dalam suasana yang lebih selesa.“Saya sokong apabila pihak penganjur buat cara ini. Bila jalan tutup dan diberitahu lebih awal memudahkan orang ramai yang ingin menyaksikan secara terus LTdL meletakkan kenderaan dan tidak perlu berjalan jauh ke lokasi laluan pelumba, contohnya di sini (Dataran Shahbandar),” ujarnya ketika ditemui Teganukita, hari ini.Mohamad Taufik OmarPemuda dari Kampung Sekayu, Kuala Berang Mohamad Taufik Omar,22, dia tidak sabar untuk menyaksikan acara itu yang sudah pasti memberi pengalaman baru buatnya yang pertama kali berpeluang menyaksikan secara dekat.“Sebagai rakyat Terengganu, saya berbangga kerana acara ini dimulakan disini lebih-lebih lagi bermula di kampung halaman sendiri.“Walaupun tidak sempat itu tengok pelepasan peserta di kawasan Pasar Besar Kuala Berang pagi tadi kerana mempunyai urusan di bandaraya ini, saya akan tunggu sehingga semua pasukan tiba,” ujarnya yang setia menanti pasukan kesayangan ramai, TSG sejak pagi lagi.Bagi Awang Salleh, 62, dari kampung Sungai Rengas, dia dan keluarganya sangat teruja untuk melihat pasukan TSG beraksi pada perlumbaan LTdL kali ini.Awang Salleh“Walaupun sudah biasa melihat kejohanan ini secara dekat, perasaan teruja itu sentiasa ada kerana pasukan negeri kita memang hebat,” ujarnya.Nur Fatimah FarahIsteri salah seorang ahli pasukan TSG, Nur Fatimah Farah, 27, berkata, dia mendoakan agar suami dan ahli pasukan lain dapat menaiki podium untuk peringkat pertama dan seterusnya pada kejohanan kali ini.“Saya dan keluarga sentiasa menyokong dan mengharapkan pasukan TSG terus kekal bersemangat sekali gus dapat mengharumkan nama negeri,” ujar isteri kepada Mohd Harrif Salleh ini.Difahamkan, perlumbaan peringkat pertama LTdL 2017 bermula di Kuala Berang ke Kuala Terengganu sejauh 124.8 kilometer melibatkan seramai 114 pelumba dari 19 pasukan termasuk TSG.Manakala bagi perlumbaan peringkat kedua pada 23 Februari akan bermula di Jertih, Besut ke Gerik, Perak dengan kayuhan sejauh 208.1 kilometer.
21 Feb 17
59
Kuala Berang Jadi Venue LTdL Peringkat Pertama
Kejohanan lumba basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 kembali menggegar Kuala Berang sebagai venue pelepasan peringkat pertama bagi acara pembukaan kejohanan edisi ke-22 itu, hari ini.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata pemilihan Kuala Berang sebagai pentas pelepasan peringkat pertama memberi impak positif kepada daerah itu.Katanya, ini merupakan pertama kali Daerah Hulu Terengganu dijadikan permulaan LTdL iaitu dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu sepanjang 124.8 kilometer."Penganjuran LTdL 2017 kali ini dijangkakan akan memberi kesan positif terutamanya sepanjang Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 dan menarik lebih ramai pelawat dari luar Terengganu datang ke sini,"kata Jailani selepas melakukan pelepasan kepada para peserta perlumbaan LTdL di Kuala Berang, hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Belia Dan Sukan , Datuk M.Saravanan.Jailani berharap pemilihan Kuala Berang sebagai venue pelepasan terus di kekalkan dan juga di beri peluang untuk menjadi venue bagi upacara penutup pada LTdL seterusnya.Sebanyak 19 pasukan melibatkan 114 peserta memulakan perlumbaan pagi tadi termasuk Terengganu Cycling Team (TSG) yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan itu.Pelumba dilepaskan bermula jam 11.00 pagi di hadapan Pasar Besar Kuala Berang dan akan melalui Kampung (Kg) Gaung, Kg Telaga, Kg Paya Akob, Kg Pasir Dula, Kg Pelong, Kg Langkap, Kg Sungai Ikan, Kg Gemuruh sehingga ke Bulatan Batu Enam.Sementara itu, hampir 5,000 penduduk sekitar Daerah Hulu Terengganu membanjiri Bandar Kuala Berang untuk menyaksikan perlumbaan basikal termasyhur dunia itu.Jailani berkata, seawal pagi lagi orang ramai berkumpul untuk menyaksikan jaguh lumba basikal saling berentap melalui jalan utama dan jalan sepanjang kampung Kuala Berang -Kuala Terengganu."Kehadiran peserta perlumbaan di tengah Bandar Kuala Berang ini menceriakan suasana dengan keadaan cuaca yang amat baik dan panas ketika program berkenaan berlangsung,"Walaupun bukan hari minggu dan berlaku pada hari bekerja,saya lihat ianya tidak menghalang orang ramai keluar untuk menyaksikan perlumbaan yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan,"katanya.Bagi Kamarul Azman,38, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menyaksikan LTdL setiap kali diadakan di Kuala Berang."Seawal pagi saya dah bergerak dari rumah untuk lihat sendiri perlumbaan berprestij yang hanya mampu dilihat setahun sekali apabila diadakan,"Apabila Kuala Berang diumumkan sebagai venue pelepasan pertama,saya cukup bangga sebab ianya mampu menaikkan nama bandar ini di mata dunia,"ujarnya.
21 Feb 17
409
TSG Pertaruh Pelumba Terbaik Dalam LTdL
Enam pelumba TSG yang bakal memberi saingan dalam LTdL 2017. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) meletakkan harapan yang tinggi kepada pelumba-pelumbanya untuk meraih kejayaan pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.Ketua Pengarah Eksekutif pasukan tersebut, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata TSG dibarisi oleh pelumba-pelumba terbaik disamping berada dalam kondisi yang amat memuaskan.Katanya, TSG bakal melakar kejayaan dengan gandingan serta kerjasama yang ada pada setiap pelumba."Secara keseluruhan dalam lapan pusingan ini yang mempunyai banyak pendakian, kita berharap agar Dadi Suryadi berada dalam keadaan terbaik untuk mempertahankan jersi putih."Kita juga menaruh harapan kepada Anuar Manan dan Mohd Hariff Saleh untuk meraih dua podium dalam LTdL 2017 iaitu bagi pusingan pertama serta pusingan di Putrajaya nanti," katanya.FarhanBeliau ditemui pemberita dalam Majlis Perkenalkan Pasukan LTdL 2017 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.Perlumbaan peringkat pertama yang akan bermula di Kuala Berang ke Kuala Terengganu sejauh 124.8 kilometer bakal melibatkan seramai 114 pelumba dari 19 pasukan termasuk TSG.Manakala bagi perlumbaan peringkat kedua pada 23 Februari akan bermula di Jertih, Besut ke Gerik, Perak dengan kayuhan sejauh 208.1 kilometer.
21 Feb 17
464
TSG Sasar Juara Peringkat Pertama LTdL Esok
Anuar Manan yang mewakili TSG bakal memulakan perlumbaan LTdL bermula esok di Kuala Berang. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) meletakkan sasaran untuk memenangi persaingan peringkat pertama dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang akan bermula esok di Kuala Berang dan berakhir di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.Pelumba pasukan tersebut, Anuar Manan berkata, selain ingin mengekalkan jersi putih yang pernah dimenangi oleh TSG menerusi Adiq Hussainie Othman pada tahun lepas, TSG turut meletakkan harapan untuk memenangi peringkat pertama pada edisi ke-22 yang akan berakhir 1 Mac itu..“Untuk peringkat pertama, banyak kelebihan yang ada kepada pasukan TSG kerana laluan ini merupakan laluan yang sering digunakan oleh kami ketika melakukan latihan.“Jadi kami sudah tahu selok-belok laluan ini, di mana kawasan berbukit serta macam mana untuk masuk di akhir perlumbaan. Jadi ini merupakan satu kelebihan kepada pelumba TSG,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Pra Pelancaran Perlumbaan LTdL di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.Tambahnya, untuk persaingan kali ini, kesemua pelumba TSG telah melakukan persiapan rapi termasuk menyertai kem latihan di Melbourne, Australia.Namun begitu, saingan daripada pasukan lain dijangkakan sengit kerana mereka yang hadir turut melakukan persidaan penuh seperti menyertai Jelajah Dunia.Anuar berkata, bagi LTdL 2017 beberapa pasukan dijangka akan memberi saingan sengit buat TSG seperti Nippo – Vini Santini, Isowhey Swisswellness dari Australia dan banyak lagi.“Untuk LtDL kali ini, kita tidak boleh pandang rendah pada pasukan yang menyertainya. Saingan kalau dilihat ramai pakar pecut turut mengambil bahagian dalam perlumbaan kali ini. Antara sembilan ke 11 orang.“Walau bagaimanapun, kami akan lakukan yang terbaik untuk LTdL kali ini,” katanya.Sementara itu, juara individu keseluruhan 2016, Reinardt Janse Van Rensburg dari pasukan Dimension Data tidak akan mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada edisi ke-22 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.Dalam senarai yang dikeluarkan pengendali perlumbaan, Ciclista Sports Sdn Bhd, nama Reinardt tiada dalam barisan enam pelumba yang akan memulakan peringkat pertama dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu membabitkan jarak sejauh 124.8 kilometer.
21 Feb 17
66
T-Team Kian Menjadi
Farhod yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang PKNS di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. Impian T-Team untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri menentang PKNS musnah apabila terikat 2-2 dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Ketua jurulatih pasukan tersebut, Rachmat Darmawan berkata walaupun keputusan tersebut mengecewakan namun terdapat peningkatan dari corak permainan yang ditonjolkan oleh pemain.“Keputusan hari ini (semalam) agak mengecewakan kerana tidak sepatutnya kita terikat seri walaupun telah berada di hadapan 2-0.“Secara keseluruhan saya tengok ada peningkatan dari cara kita bermain walaupun belum lagi berada di tahap yang sepatutnya,” katanya.Beliau ditemui pemberita sejurus tamat perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Dalam perlawanan tersebut, The Titans terlebih dahulu membuka jaringan hasil daripada jaringan Farhod Tadjiev seawal minit ke-9.Pada minit ke-34 dan ke-39, skuad kendalian E Elavarasan hampir mencipta peluang untuk menyamakan jaringan melalui Bobby Gonzales namun penjaga gawang tuan rumah, Muhammad Izzuddin Hussin ternyata sukar diatasi.Seminit sebelum berakhirnya babak pertama, tuan rumah berjaya menjarakkan kedudukan hasil daripada kesilapan penjaga gol Semut Merah tersebut, Muhammad Zamir Selamat yang gagal menyelamatkan hantaran Mohd Nor Hakim Hassan kemudiannya dimanfaatkan oleh Farhod Tadjiev.Bersambung babak kedua, pasukan PKNS mula merapatkan kedudukan pada minit ke-68 melalui Patrick Ronaldinho Wleh yang bijak menyempurnakan hantaran silang dari Safee Sali.Keghairahan pasukan lawan untuk mengikat T-Team berhasil apabila lontaran oleh Matias Nicolas Hadwa ke dalam kotak penalti pada minit ke-90 terpampan ke kaki Mamadou Samassa menjadikan kedudukan 2-2.
18 Feb 17
190
TSG Terima Tajaan RM6.9 Juta
Zainal menyerahkan sumbangan bernilai RM1.1 juta dari kerajaan negeri kepada Farhan bagi menguruskan pasukan tersebut sepanjang musim ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) menerima tajaan sebanyak RM6.9 juta daripada kerajaan dan beberapa buah syarikat untuk menghadapi saingan pada musim ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, sebanyak 26 syarikat dari dalam dan luar negara termasuk Jepun, China dan Singapura bersetuju untuk memberi tajaan kepada TSG.Katanya, penajaan dari segi kewangan dan barangan tersebut mampu membantu pasukan di bawah kendalian Jeremy Hunt selaku jurulatih untuk menempa lebih banyak kejayaan pada tahun ini.“Saya harap penajaan ini tidak dipersiakan dan akan digunakan sepenuhnya bagi membolehkan TSG menjadi pasukan digeruni di rantau ini.“Jumlah itu memang mencukupi bagi musim 2017 kerana kita sudah menjangka perbelanjaan sebanyak ini sejak musim lepas dan yang penting, ia dapat meringankan beban kerajaan negeri,” katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Penajaan dan Pengenalan Pasukan TSG bagi musim 2017 di Kuala Lumpur.Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Ketua Pengarah Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab.Tambahnya, anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd merupakan penyumbang terbesar melibatkan tajaan sebanyak RM2 juta, diikuti syarikat Shimano (Singapore) Pte Ltd (RM1.3 juta) serta Kerajaan Terengganu sebanyak RM1.1 juta.Rozi berkata, untuk tahun ini, TSG mensasarkan untuk berada di kedudukan kelima keseluruhan serta kelompok empat pasukan terbaik Asia dalam kejohanan Jelajah Asia UCI musim ini selain meletakkan sekurang-kurangnya memperoleh satu podium pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.Bagi kejohanan LTdL kali ini, akan bermula pada 22 Februari, TSG mempertaruhkan enam pelumba iaitu Mohd Zamri Saleh sebagai ketua pasukan, Mohd Harrif Saleh, Anuar Manan, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Mohd Shahrul Mat Amin dan Dadi Suryadi.
18 Feb 17
237
Terengganu Bakal Perkenal Akademi Road To Olimpik
Kerajaan negeri akan melancarkan 'Akademi Road To Olimpik' bagi membantu atlet-atlet yang terdiri daripada anak-anak Terengganu yang berpotensi ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.'Akademi Road To Olimpik' ini akan dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu,Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam masa terdekat.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, Dato' Rozi Mamat berkata pihaknya telah mengenalpasti 25 atlet sukan yang akan bernaung di bawah program ini."Kita dah kenalpasti mereka ini dan ada yang dalam proses dihantar ke Australia bagi membuat latihan untuk realisasikan impian lahirkan lebih ramai anak-anak Terengganu ke peringkat Olimpik,"Sebab pada pandangan,kita sudah masuk fasa kejayaan anak Terengganu di peringkat antarabangsa khususnya peringkat Olimpik...peringkat kebangsaan dah biasa menang,"kata Rozi.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Karnival Mung Belia Nelang Dan Dialog TN50 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang semalam.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’Tengku Putera Tengku Awang merangkap Adun Kuala Berang.Seramai 200 orang hadir yang terdiri daripada para belia setempat,mahasiswa,pelajar Kolej Tingkatan Enam,Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO cawangan dalam Parlimen Hulu Terengganu.Menurut Rozi lagi,kerajaan negeri juga bersetuju menyediakan peruntukan secukupnya kepada atlet berbasikal yang akan ke luar negara sebagai persediaan dalam 'Road To Olimpik'.Sementara itu,menyentuh isu atlet paralimpik mendapat insentif kurang daripada atlet sukan normal,Rozi berkata ini mungkin salah faham."Walaubagaimana pun diperingkat negeri Terengganu,kita membantu mereka untuk bersama-sama dalam kejuaraan paralimpik di peringkat kebangsaan,"Kita membantu dari segi penyediaan makan minum dan perbelanjaan-perbelanjaan lain..kita beri peruntukan setiap tahun hampir RM100,000 kepada mereka,"Termasuklah baru-baru ini bila mereka dapat pingat,kita juga sediakan insentif..mungkin tak cukup bagi pandangan mereka tapi ingin saya tegaskan ini merupakan kali pertama di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu beri insentif kepada atlet paralimpik,"katanya lagi.Untuk rekod,atlet paralimpik Mohd Sabki Ariffin, 36,atlet renang dan triatlon meluahkan rasa kecewa dalam satu laporan akhbar baru-baru ini kerana berdepan dengan layanan kelas kedua.Selain menyifatkan tidak mendapat bantuan sewajarnya, perbezaan insentif diberikan negeri itu kepada atlet paralimpik turut dipersoalkan.menjadikan atlet OKU seperti peminta sedekah selain bayaran insentif yang jauh berbeza daripada atlet normal.
17 Feb 17
69
Mac Diisytihar Sebagai Beautiful Of Sports
Rozi Mamat sempat bersama dengan kakitangan Wisma Darul Iman untuk menyatakan sokongan penuh kepada pasukan TSG pada kain rentang dalam LTdL yang akan berlangsung tidak lama lagi. Foto oleh Zulkifli Putra. Kerajaan negeri mengistiharkan bulan Mac sebagai Bulan Sukan Negeri Terengganu atau ‘Beautiful of Sports’ seiring dengan sahutan melahirkan masyarakat sihat selain sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata sepanjang bulan tersebut pelbagai aktiviti sukan bakal diadakan dengan kerjasama pelbagai pihak dan penglibatan semua golongan. .Katanya, untuk tahun ini sahaja, 30 acara sukan telah dirangka manakala lima daripadanya bakal dijalankan pada Mac depan.“Sepanjang Mac pelbagai acara sukan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa akan berlangsung di pelbagai lokasi di negeri ini.“Antaranya adalah Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar pada 3 dan 4 Mac, Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC (4-11 Mac) dan Kejohanan FIM Asian Motocross (24-25 Mac),” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Menandatangani Kain Rentang Solidariti Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Dalam pada itu, Rozi berkata untuk Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar, persiapan telah dilakukan secara terperinci.Katanya, kejohanan yang bakal berlangsung Terengganu International Endurance Park, Setiu itu akan dijadikan sebagai platform sebelum bermulanya Sukan SEA 2017 pada Ogos nanti.“Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar ini dijadikan sebagai pemanas badan untuk Sukan Sea nanti.“Buat masa sekarang, penyertaan masih lagi dibuka dan berkemungkinan akan turut melibatkan peserta dari luar negara antaranya Thailand,” katanya.Bagi kejohanan tersebut, dua kategori bakal dipertandingkan iaitu 30 serta 40 kilometer (km) serta satu acara tambahan untuk kelayakan Sukan Sea sejauh 80 km.
15 Feb 17
60
Kakitangan WDI Zahirkan Sokongan Untuk TSG Di LTdL
Kakitangan Wisma Darul Iman (WDI) menyatakan sokongan penuh kepada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) yang akan mewakili negeri ini dalam perlumbaan basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang dijadualkan berlangsung bermula 22 Februari sehingga 1 Mac ini.Sokongan itu dizahirkan melalui pemuafakatan 10 kelab di WDI yang telah berjaya menghasilkan kain rentang sepanjang 101 meter dan menyasarkan dapat mencapai 1.5 kilometer sebelum perlumbaan tersebut bermula di perkarangan Wisma Darul Iman, hari ini.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin berkata, pihaknya turut mengalu-alukan jabatan, agensi serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut sama merealisasikan hasrat itu sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada pasukan TSG.Katanya, antara yang telah mengambil bahagian dalam membuat kain rentang bagi menaikkan lagi semangat pelumba negeri termasuk Majlis Sukan Negeri Terengganu, Kolej Komuniti, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Persatuan Basikal Negeri Terengganu serta 84 buah sekolah terlibat.“Ianya sebagai tanda sokongan rakyat Terengganu kepada pasukan TSG dan penghargaan kepada LTdL yang menjadikan Terengganu sebagai tuan rumah rasmi majlis pengenalan pasukan dan peringkat satu dan kedua perlumbaansekali gus menyemarakkan lagi Visit Beautiful Terengganu,” katanya kepada Teganukita, hari ini.Katanya, orang ramai dialu-alukan untuk bersama-sama turun padang bagi memegang cantuman kain rentang itu bermula dari Dataran Shah Bandar, yang merupakan antara laluan dalam perlumbaan kali ini, sebagai menyokong serta memeriahkan lagi LTdL di Terengganu.Sebagaimana jadual asal, LTdL yang dijangka akan disertai 20 pasukan profesional seluruh negara itu melibatkan dua peringkat perlumbaan di negeri ini iaitu dari Kuala Berang ke Jertih dan Jertih ke Grik.
15 Feb 17
48
Titans Terus Mara
Pemain T-Team meraikan kemenangan dalam perlawanan menentang ATM selepas menundukkan pasukan tersebut dalam kelayakan penalti di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi. Titans mara ke pusingan ketiga dalam saingan Piala FA selepas berjaya menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-2 menerusi penentuan penalti di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Ternyata tuah lebih memihak kepada pasukan tuan rumah apabila penjaga gol, Muhammad Izzuddin Muhamat Hussin muncul wira selepas berjaya menepis rembatan oleh Sirojiddn Rakhmatlaev sebelum Mohd Nor Hakim Hassan menyempurnakan sepakan penalti kelima.Penentuan penalti tersebut dilakukan apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebaik wisel penamat dibunyikan.Ketua jurulatih T-Team, Rachmat Dermawan berkata, T-Team bejaya mencari rentak untuk menyamai kedudukan selepas melakukan perubahan pada separuh masa kedua.“Untuk separuh masa pertama, mutu permainan yang ditunjukkan oleh pasukan kurang baik tetapi pada separuh masa kedua kita melakukan pertukaran pemain serta mengubah sedikit corak permainan agar menjadi lebih baik.“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan permainan, selain motivasi yang ditunjukkan oleh para pemain sebab sepertimana yang kita tahu, pasukan kita hanya sempat berehat selama dua hari sahaja sebelum perlawanan ini, berbanding pihak lawan pula mempunyai masa selama tiga hari untuk berehat,” katanya.Dalam perlawanan itu, pelawat terlebih dahulu membuka jaringan apabila pengadil perlawanan, P Jeevanathan menghadiahkan sepakan penalti akibat Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris mengasari Zainal Jakaria pada minit keenam dan gol berjaya disempurnakan oleh Pavel Smolyachenko.Pada minit ke-29, peluang untuk memecah benteng pertahanan pihak lawan hadir namun Dilshod Sharofetdinov gagal menyempurnakan hantaran daripada Mahamadou Samassa apabila rembatannya melepasi palang.Lima minit selepas babak kedua bermula, Farhod Tadjiev menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti apabila Mohamad Noraiman Talib menjatuhkan Mohd Nor Hakim Hassan dalam kotak penalti.Sepakan penalti yang diambil oleh Samassa pada minit ke-112 gagal disudahkan apabila tendangannya dapat dibaca oleh penjaga gawang pihak lawan, Mohamad Hafizuddin Azuhar. Kemenangan dalam penentuan penalti tersebut melayakkan T-Team mara ke pusingan seterusnya mengikuti jejak Terengganu yang turut layak apabila menang dalam perlawanan menentang Felcra FC 1-0.Undian bagi 16 pasukan yang layak mara ke pusingan ketiga Piala FA dijangka pada 19 Februari nanti.
14 Feb 17
309