lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
120 Peserta Dijangka Sertai Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar
Seramai 120 peserta dan peminat sukan berkuda dijangka menyertai Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong yang berlangsung selama dua hari, berakhir 4 Mac.Mereka, termasuk peserta dibangku sekolah rendah, bakal menyertai kategori 80 kilometer (km), 40 km, 30 km dan 10 km.Majlis pelepasan bagi kategori 80 km (qualifier) dan 80 km (CEN) akan disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi  Wan Ismail.Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka berkenan  menyampaikan hadiah kepada pemenang  pada 4 Mac (Sabtu) , kira-kira jam 11.45 pagi.
01 Mar 17
236
Empty Image
Azizulhasni dan Siti Rahmah Dinobat Olahragawan, Olahragawati Terengganu
Ahmad Razif (tengah) bersama pemenang Anugerah Sukan Negeri Terengganu 2015/2016 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, malam tadi. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraPelumba trek kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang dan jaguh silat negara Siti Rahmah Mohamed Nasir dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2015/2016 dalam majlis Anugerah Sukan Ne­geri Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Kejayaan itu membolehkan Azizulhasni dan Siti Rahmah membawa pulang wang tunai RM7,000 beserta piala pusingan, piala iringan serta sijil kepujian. Persatuan yang mereka naungi pula masing-masing menerima RM2,000.Azizulhasni,29, yang memenangi gelaran itu buat lima kali berturut-turut diwakili ibunya Selamiah Yong, kerana sedang menjalani latihan di Australia sementara Siti Rahmah, 30,  hadir menerima anugerah yang disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Kejayaan Azizulhasni yang menggondol pingat gangsa acara Keirin dalam temasya Sukan Olimpik Rio 2016 iaitu pencapaian anak Terengganu pertama memperoleh pingat dalam sukan Olimpik, dan pingat gangsa (keirin) kejohanan World Championship (Yvelines) melayakkan beliau mendapat pengiktirafan tertinggi tersebut.Altet kelahiran Dungun itu menewaskan calon lain termasuk pemenang Olahragawan 2013/2014 Mohd Hafifi Mansor (Angkat Berat), Mohamad Fairus Abd Jabal (Lawn Bowls), Razak Ghazali (Pencak Silat) dan Mohd Nafiizwan Mohd Adnan (Skuasy).Sementara itu, Siti Rahmah membuat kejutan apabila dipilih sebagai Olahragawati Terengganu selepas kejayaan mendapat pingat emas di kejohanan Pencak Silat Dunia 2016 di Bali Indonesia.Pemilihan Siti Rahmah mengetepikan penyandang Olahragawati edisi lalu Fatehah Mustapa (Berbasikal) serta calon lain Alia Sazana Azahari (Menembak), dan Siti Nor Farhana Mustafa (Bola Jaring).Muhammad Azizi Shamsuddin daripada sukan Muay Thai dan Nur Durriyah Damian (golf) masing-masing dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati harapan dan membawa pulang RM2,500, piala pusingan, piala iringan dan sijil kepujian. Mohamad Azwar Bakar@Ibrahim dan Siti Nor Athirah Mohd Anuar, kedua-duanya daripada sukan ping pong pula dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati Paralimpik. Sementara itu, Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik menjadi milik Terengganu Cycling Team (TSG) Le Tour De Langkawi 2016. Mohd Azemi Awang Chik dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Sukan yang pertama kali diperkenalkan manakala Anugerah Pegawai Persatuan Sukan Terbaik dimenangi Ahmad Hisham Hassan daripada Persatuan Lawn Bowl Terengganu. Dalam pada itu, bekas Ketua Pengarah Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Sayed Abu Bakar Syed Abdullah dinobatkan sebagai Tokoh Sukan Terengganu atas sumbangan beliau sebagai ahli sukan, pemimpin dan pentadbir sukan. Allahyarham Rozimi Omar (jurulatih Mountain Bike), Allahyarham Hamzah Yunus (Persatuan Menembak Terengganu), Allahyarham Ab Malik Musa Dali (Persatuan Petanque Terengganu), Allahyarham Azmi Muhammad (Persatuan Bola Baling Terengganu), Mendiang Tan Chong Huat (Panel Jurulatih Majlis Sukan Negeri Terengganu), masing-masing dipilih penerima Anugerah Jasamu Dikenang. Anugerah Jurulatih Terbaik menjadi milik Marjan Abdullah@Mohd (judo) manakala Persatuan Lumba Basikal Terengganu memenangi Anugerah Persatuan Terbaik serta Majlis Sukan Daerah Terbaik dimenangi Hulu Terengganu.Dan Anugerah Khas diberikan kepada Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato’ Din Adam yang terlibat aktif dalam kegiatan persatuan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat dengan mempengerusikan beberapa persatuan sukan dan kebajikan.
01 Mar 17
643
Empty Image
Mareczko Menang Peringkat Ketujuh LTdL
Mareczko (tengah) memenangi peringkat ketujuh LTdL 2017 dari Melaka ke Rembau sejauh 148.1 kilometer. Foto Oleh: Harish Fadzillah KasimPelumba Wilier Triestina, Jakub Mareczko memenangi peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 dari dari Melaka ke Rembau sejauh 148.1kilometer, semalam.Dia mencatatkan masa tiga jam 23 minit 45 saat untuk muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.Pelumba UnitedHealthCare Pro Cycling, Travis McCabe muncul naib juara manakala Andrea Palini dari Androni Giocattoli di tempat ketiga.Mohd Shahrul Mat Amin dari Terengganu Cycling Team (TSG) pula utuh di tempat pertama dalam carta pelumba terbaik negara dengan catatan masa keseluruhan 26 jam 33 minit 59 saat.Peringkat kelapan dan terakhir hari ini berlangsung dari Setiawangsa ke Putrajaya sejauh 121km.
01 Mar 17
51
Empty Image
Ryan Gibbon Gah Di Persada Saingan LTdL
Ryan menyarung Jersi Kuning dalam lima peringkat bermula peringat kedua. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Ryan Gibbon dari Team Dimension Data terus mengungguli saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 apabila mengekalkan Jersi Kuning sejak peringkat kedua dan turut disarungkan Jersi Biru untuk peringkat keenam bermula dari Senawang, Negeri Sembilan- Muar, Johor, hari ini.Dalam saingan sejauh 176. 3 kilometer tersebut, Enrico Barbin dari Bardiani CSF muncul juara peringkat keenam dengan catatan masa empat jam sembilan minit dan 16 saat, manakala Mohd Zamri Saleh dari Terengganu Cycling Team (TSG) berada di kedudukan ke-10.Bagi gelaran Raja Bukit pula, John Kronborg Ebsen dari pasukan Infinite AIS Cycling Team masih mempertahankan jersi tersebut sejak daripada peringkat kedua,  manakala Jersi Putih pula bertukar tangan daripada Yevgeniy Gidich kepada pelumba Nippo - Vini Fantini, Hideto Nakane.Mohd Shahrul Mat Amin dari Terengganu Cycling Team (TSG) pula utuh di tempat pertama dalam carta pelumba terbaik negara dengan catatan masa keseluruhan 23 jam 10 minit 14 saat.Seramai 106 pelumba dari 19 pasukan beraksi di LTdL 2017 yang bermula 22 Februari sehingga 1 Mac ini yang membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 km.Untuk pusingan ketujuh, esok semua pelumba bakal mengayuh bermula dari Melaka ke Rembau dengan jarak sejauh 148.1 kilometer.
27 Feb 17
71
Empty Image
THT Genggam Juara Piala TNB Kali Keempat Berturut-turut
Pasukan Hoki Terengganu (THT) terus melakar sejarah apabila berjaya menjulang Piala TNB buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 5-4 menerusi penentuan penalti pada aksi final malam tadi.Dengan kemenangan itu, THT mengubat kekecewaan apabila gagal muncul johan Liga Perdana sekali gus mempertahankan gelaran juara berganda yang turut dimenangi sejak 2014.Pada aksi final berkenaan, penentuan penalti terpaksa dilakukan apabila kedua-dua pasukan terikat 4-4 sehingga tamat perlawanan.Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur itu menyaksikan KLHC terlebih dahulu membuka jaringan melalui Anton Poul Fritz Ebeling pada minit kesembilan.Tiga minit berselang, skuad kendalian Sarjit Singh menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jang Jonghyun.Bersambung suku kedua, Muhammad Razie Abdul Rahim meletakkan KLHC kembali dihadapan pada minit ke-19.Pada minit ke-25, KLHC terus mara apabila Ebeling berjaya menundukkan penjaga gawang THT, Muhamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri melalui pukulan sudut penalti.Namun demikian, THT kembali bangkit di suku ketiga perlawanan sekali gus menyamakan kedudukan hasi daripada pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jang Jonghyun pada minit ke-35 dan 49.Melihat kebangkitan THT, KLHC sekali lagi menjarakkan diri nelalui Mohd Syamim Mohd Yusof menerusi penalti stroke pada minit ke-53.Bagaimanapun, kegembiraan KLHC tidak bertahan lama apabila THT sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi Nicolas Enrique Della Torres enam minit kemudiaan menyebabkan kemenangan terpaksa ditentukan melalui penentuan penalti.Kemenangan kali keempat tersebut membolehkan THT membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, piala iringan serta medal.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut sama berkongsi detik gembira itu dan menyampaikan hadiah kemenangan kepada pasukan negeri berkenaan.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.
26 Feb 17
112
Empty Image
Shahrul Dominasi Pelumba Terpantas Malaysia LTdL
Shahrul masih meneruskan rentak kayuhan apabila masih dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Malaysia. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pusingan kelima saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Meru Raya, Perak – Kuala Kubu Baru, Selangor sejauh 151.5 kilometer menyaksikan Mohd Shahrul Mat Amin dari Terengganu Cycling Team (TSG) terus mengungguli carta pelumba Malaysia.Dengan catatan masa keseluruhan 19 jam 58 saat, Shahrul, 28, muncul sebagai Pelumba Terbaik Malaysia buat empat peringkat berturut bermula daripada peringkat kedua.Untuk pusingan tersebut, Ryan Gibbons dari Team Dimension Data masih mengekalkan jersi kuning yang diperolehinya bermula di peringkat kedua dengan catatan masa keseluruhan 18 jam 53 minit dan enam saat selain turut dinobatkan sebagai Raja Pecut.Bagi gelaran Raja Bukit pula, John Kronborg Ebsen dari pasukan Infinite AIS Cycling Team masih mengekalkan jersi tersebut sejak daripada peringkat kedua,  manakala Jersi Putih pula masih lagi kekal untuk pelumba dari Vino Astana Motors, Yevgeniy Gidich.Seramai 107 pelumba dari 19 pasukan beraksi di LTdL 2017 yang bermula 22 Februari sehingga 1 Mac ini yang membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 km.Peringkat keenam pada 26 Februari bakal bermula dari Senawang, Negeri Sembilan ke Muar, Johor dengan jarak sejauh 176.3 kilometer .
26 Feb 17
156
Empty Image
Fiesta Kemamang Kite 2017 Capai Sasaran
Sebahagian orang ramai yang hadir pada Fiesta Kemamang Kite 2017 di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailPenganjuran Fiesta Kemamang Kite 2017 berjaya mencapai sasaran menarik keyakinan generasi muda terutama di daerah berkenaan supaya dapat bersama-sama menyokong setiap aspirasi kerajaan.Program julung kali diadakan di perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu berkenaan dirintis kumpulan WhatsApp yang menggelarkan diri mereka sebagai `Kemaman Kite' itu mampu menjadi platform terbaik bagi mendekati golongan belia sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah.Pendekatan itu dapat dilihat menerusi penyertaan dalam perlumbaan `drift’ kereta dan motosikal yang merupakan pengisian utama bagi program selama dua hari berakhir, malam tadi.Penganjur program, Mat Dalam Awang berkata, pemilihan acara khas untuk anak muda itu dilihat tepat dengan kecenderungan rata-rata belia tempatan terhadap sukan lasak itu, di samping menyuntik inspirasi kepada golongan sasar itu supaya memanfaatkan bakat mereka di jalan yang betul.Katanya, selain perlumbaan itu pihak penganjur turut menyediakan persembahan kebudayaan oleh kumpulan Suktra Terengganu dan artis tanah air termasuk Mat Over, Mat Dan dan Aimantino."Walaupun mengalami kesulitan apabila lokasi program kita yang asalnya dirancang di Padang Astaka, Kemaman terpaksa ditukar pada saat akhir tetapi sambutannya tetap di luar jangkaan dan mencapai sasaran ditetapkan."Terima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman kerana membenarkan kita menjalankan program ini sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara anak muda serta komuniti Kemaman dengan penduduk di Kuala Nerus," katanya.Majlis penutup program itu disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail. Hadir sama, Penaung Kumpulan WhatsApp Kemaman Kite, Datuk Md. Rahim Husin.
26 Feb 17
101
Empty Image
Shahrul Kekal Terbaik Saingan Peringkat Keempat
Shahrul dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Malaysia untuk pusingan keempat. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) peringkat keempat dari Seri Manjung- Cameron Highland terus menyebelahi pelumba sandaran Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Shahrul Mat Amin.Shahrul berada pada kelas tersendiri untuk mempertahankan rekod Pelumba Malaysia Terbaik dengan catatan masa keseluruhan 15 jam 33 minit dan 38 saat.Dalam perlumbaan sejauh 174.4 kilometer tersebut, TSG terpaksa melakukan kayuhan tanpa kehadiran Mohd Hariff Salleh berikutan kecederaan yang dialami dalam pusingan kedua.Seramai 108 pelumba dari 19 pasukan beraksi di LTdL 2017 yang bermula 22 Februari sehingga 1 Mac nanti membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 km.
25 Feb 17
151
Empty Image
TSG Ungguli Carta Terbaik
Zamri memenangi tempat ketiga dalam perlumbaan pusingan ketiga dari Serdang ke Pantai Remis. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Terengganu Cycling Team(TSG) terus berada di landasan apabila dua pelumbanya berada di tangga teratas bagi saingan Le Tour de Langkawi pusingan ketiga.Dalam perlumbaan sejauh 118 kilometer dari Serdang, Kedah ke Pantai Remis, Perak itu Mohd Zamri Salleh memperolehi tempat ketiga untuk pusingan tersebut.Manakala, Mohd Shahrul Mat Amin masih dinobatkan sebagai Pelumba Malaysia Terbaik dengan catatan masa keseluruhan 10 jam 49 minit dan 31 saat.Seramai 108 pelumba dari 19 pasukan beraksi di LTdL 2017 yang bermula 22 Februari sehingga 1 Mac nanti membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 km.
25 Feb 17
235
Empty Image
TSG Teruskan Rentak Penguasaan
Shahrul dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Malaysia untuk pusingan kedua LTdL 2017 yang berakhir di Gerik, Perak. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Shahrul Mat Amin meneruskan rentak kejayaan apabila diumumkan Pelumba Malaysia Terbaik di peringkat kedua, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 hari ini.Perlumbaan yang bermula dari Jerteh, Besut ke Gerik, Perak sejauh 208.1 kilometer tersebut, Shahrul merangkul kemenangan itu dengan catatan masa keseluruhan lapan jam dan 35 saat.Pada peringkat pertama dari Bandar Kuala Berang berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu semalam, dua pelumba TSG, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Mohd Zamri Salleh terlebih dahulu mengukir nama apabila masing- masing mendapat gelaran Raja Bukit dan Pelumba Malaysia Terbaik.Ketua Pengarah Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, untuk pelumbaan peringkat ketiga, persediaan TSG sedikit terjejas apabila terpaksa mempertaruhkan lima pelumba berikutan seorang pelumba utama pasukannya terlibat dalam kemalangan pada saingan peringkat kedua hari ini.“Mohd Hariff Saleh telah menghadapi kemalangan dalam perlumbaan hari ini dan dengan kecederaan yang dihadapinya, beliau terpaksa menarik diri.“Untuk pusingan ketiga esok, TSG hanya akan dianggotai oleh lima pelumba. Ianya sedikit sebanyak akan menjejaskan persediaan yang telah kita lakukan namun kita akan sesuaikan dengan keadaan dan mengatur strategi untuk mengekalkan penguasaan,” katanya ketika dihubungi Teganukita.Dalam perlumbaan peringkat kedua itu, Travis McCabe dari United Health Care Pro Cycling Team muncul sebagai juara dengan catatan masa lima jam empat minit dan 41 saat.Jersi kuning milik pelumba dari Isowhey Sports Swisswellness, Scott Sunderland pula berpindah hak milik kepada Ryan Gibbons dari Team Dimension Data yang turut menyarung jersi raja pecut.Gelaran Raja Bukit pada saingan kedua pula dirampas kepada John Kronborg Ebsen dari Infinite AIS Cycling Team manakala jersi putih dimenangi oleh pelumba dari Vino Astana Motors, Yevgenly Gidish.LTdL 2017 yang membuka tirainya semalam di Kuala Berang berakhir pada 1Mac nanti menghimpunkan seramai 114 pelumba dari 19 membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 km.
23 Feb 17
101