Artikel "Sukan" Terkini
Hoki Piala Tun Abdul Razak: Perak, TERENGGANU.. Siapa Juara Malam Ini?
Malam ini Terengganu berdepan dengan tuan rumah Perak dalam perlawanan akhir Piala Tun Abdul Razak 2017 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.Terengganu berjaya mara ke perlawanan akhir hoki selepas berjaya menundukkan Negeri Sembilan 2-1 di stadium yang sana, malam tadi.Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat yakin pasukan Terengganu yang memiliki ramai ayam tambatan dan pemain berpengalaman akan terus komited untuk mara walaupun Perak memiliki kelebihan barisan pemain yang mewakili skuad negara.Dato' Rozi berharap para peminat sukan Terengganu mendoakan kejayaan pasukan Hoki Terengganu (THT) malam ini sebagaimana kejayaan menuumpaskan Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir sebelum itu.Beliau yang berada di Ipoh sejak semalam bagi memberi sokongan kepada pasukan itu, berharap kemenangan berpihak kepada Terengganu walaupun bertarung di tempat lawan selaku tuan rumah."Saya berharap rakyat Terengganu yang ada di ibu kota dan berdekatan bandar Ipoh datang memberi sokongan beramai- ramai."Bertarung bukan di tempat sendiri membuatkan kita lebih bersungguh dan mahu membuktikan tiada halangan melainkan peluang," kata Rozi kepada Teganukita, hari ini.Malah, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut menzahirkan nada serupa dan berharap pasukan Terengganu mampu melakar kejayaan cemerlang sebagaimana rekod dalam arena sukan sebelum ini sekali gus mempertahankan kejuaraan piala berprestij negara itu.Ahmad Razif berharap para pemain memberi tumpuan sepenuhnya untuk 'moving foward' dan mencipta kecemerlangan untuk pasukan bagi menaikkan lagi nama negeri sebagai kuasa baru sukan negara. '
11 Nov 17
649
THT Bakal Pertahan Piala Tun Abdul Razak Malam Ini
Terengganu selaku juara bertahan menepati ramalan mara ke pentas final bakal bertemu Perak dalam Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak Edisi ke-55 di Stadium Azlan Shah, Ipoh, malam ini.Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi separuh akhir.Biarpun dikejutkan dengan jaringan awal lawan menerusi Dangerous Lee Mathew yang memanfaatkan gerakan pukulan sudut penalti pada separuh masa pertama, ayam tambatan THT, Faizal Saari mengesahkan kemenangan apabila meledak dua jaringan dalam tempoh tiga minit untuk membawa Terengganu ke perlawanan akhir.Manakala Perak pula mara selepas menundukkan Melaka 2-1 melalui penalti 'sudden death'.Perlawanan pada malam ini akan bermula jam 8.30 malam yang dijangka turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.
11 Nov 17
72
3,000 Baju-T Percuma Program Hari 100 Plus Aktifkan Malaysiaku
Tun Ahmad Faisal menunjukkan baju yang akan diagihkan secara percuma. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Sebanyak 3,000 helai baju-T akan diagihkan secara percuma dalam Program Hari 100 Plus Aktifkan Malaysiaku yang akan berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, pada 18 November ini.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program tersebut adalah hasil kerjasama dari kerajaan negeri melalui JPNT dan Sky Event Management Sdn Bhd yang berkonsepkan 'fun run' dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat berumur 18 tahun ke atas."Ia terbuka kepada semua asalkan berusia 18 tahun ke atas dan acaranya berbentuk `fun run'."Larian ini akan diadakan di sekeliling Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan apa yang menarik adalah larian ini berbentuk larian berhalangan di mana kita akan pasang beberapa unit halangan di lokasi tertentu."Ini merupakan bukan halangan berbentuk cabaran tapi halangan yang akan memberi kemeriahan dalam larian itu nanti," katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena program itu, di Gerbang Pelancongan Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir Pengarah Projek Sky Events Management Sdn Bhd, Angeline Chuah.Tambah Tun Ahmad Faisal, sepanjang larian tersebut berlangsung, uji bakat terbuka turut diadakan kepada 10 peserta untuk mewakili Terengganu ke Kuala Lumpur dalam pertandingan peringkat akhir."10 orang wajah-wajah Terengganu akan dipilih untuk ke acara akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Disember di mana mereka akan digabungkan dengan peserta-peserta dan juga selebriti-selebriti lain."Syaratnya mudah saja. Dalam uji bakat ini, mereka mestilah berani, boleh bercakap dan berani tampil di hadapan kamera. Jikalau wajah-wajah ini sesuai untuk mewakili Terengganu di peringkat akhir, InsyaAllah mereka akan dibawa ke sana oleh penganjur," katanya.Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya zumba, trak makanan serta acara pentas.Selain itu, raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan turut akan berada di sana bagi majlis pelepasan yang dijangka bakal disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
30 Oct 17
170
Sokong MB Ilhamkan Bina Litar Lumba
Pembukaan Litar Lumba Pemotoran Terengganu pada pada April lalu ternyata dapat mengurangkan gejala rempit khususnya di bandar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.Malam kelmarin, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sekali lagi berkunjung ke litar berhampiran Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Nerus untuk bertemu dan berbual dengan anak muda serta melihat aksi perlumbaan mereka.Kunjungan itu ternyata menggembirakan golongan itu kerana dapat bersama dengan seorang pemimpin yang bertanggungjawab mengilhamkan sebuah litar pemotoran yang lebih selamat dan terjamin untuk mereka berlumba."Alhamdulillah, masalah mat rempit di jalan raya berjaya dikurangkan memandangkan litar lumba ini dapat memberi ruang kepada peminat motor untuk berlumba di kawasan yang sesuai," kata Ahmad Razif yang dipetik melalui laman Facebook beliau.Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Belia Daerah Setiu, Zokri Othman berkata, beliau menyokong penuh usaha kerajaan negeri membina litar pemotoran itu kerana ia dapat mengurangkan gejala mat rempit."Saya menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri terengganu dibawa kepimpinan YAB Menteri Besar sekarang kerana berjaya mewujudkan satu pusat atau litar lumba Terenggaanu ini bagi mengatasi golongan ini menggunakan jalan raya untuk tujuan berlumba."Sekurang-kurang inilah usaha murni kerajaan bagi melihat generasi muda dapat mengadakan aktiviti secara sihat dan berdisiplin," katanya.Sementara itu seorang pesara dari Kertih Kemaman, Muhammad @ Roslan Zakaria berkata, keperihatinan Menteri Besar, Ahmad Razif yang begitu cakna dengan orang muda dengan memberi idea membangunkan sebuah litar pemotoran seharusnya disambut baik semua pihak."Ternyata pembinaan litar tu dapat mengurangkan jumlah mat rempit yang menggunakan jalan raya sebagai litar lumba dan ini sekaligus dapat mengurangkan jumlah kemalangan kerana litar yang disediakan itu adalah selamat," katanya.Sementara itu, seorang pemuda, Mohd Amirul Asjad Fadzlee, 23 dari Chukai, Kemaman mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar kerana mengambil inisiatif dan tidak memandang remeh isu lumba haram dengan membina sebuah litar lumba permotoran khas itu di Gong Badak.Litar seluas 2.4 hektar mampu memuatkan kira-kira 1,500 penonton manakala di perkarangan litar, ia boleh menempatkan lebih 25,000 peminat sukan permotoran.Antara kemudahan yang disediakan termasuk Litar Cub Prix sepanjang 1.35 km dan Sprint Test sejauh 0.95 km, trek ujian pecut dan gelanggang drift.
28 Oct 17
109
RTES Bolot Keseluruhan Hadiah Sultan Mizan Cup 2017
RTES berjaya merangkul kesemua hadiah pada Kejohanan Sultan Mizan Cup 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) mengungguli kejohanan Sultan Mizan Cup 2017 yang berlangsung di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu.Kejohanan yang berakhir hari ini menyaksikan RTES membolot kesemua hadiah bagi kategori 120 kilometer dalam acara individu, kumpulan dan kuda terbaik.Bagi acara individu, tempat pertama dimenangi oleh Mohd Bulkhari Rozali dari RTES dengan catatan masa terbaiknya 6:12:32.Dengan catatan masa tersebut, beliau memecahkan rekod masa terbaik yang pernah dilakukannya pada 2014 iaitu 6:16:24.Kemenangan tersebut membolehkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, piala iringan, medal, jam tangan dan pelana kuda.Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Bheom Seo dan Asri Abd Aziz yang juga dari RTES dengan catatan masa masing-masing 7:40:02 dan 7:40:26.Masing-masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000 serta piala iringan, medal dan jam tangan.Menurut Bulkhari, beliau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kuda yang ditungganginya, RTES Annaversary untuk muncul sebagai juara individu.Namun demikian, katanya, tidak mustahil jika kuda tersebut tidak mampu untuk menamatkan perlumbaan jika terdapat sebarang masalah.Katanya, keadaan cuaca yang hujan bokeh menyebabkan kuda sukar dikawal dan dia berusaha menenangkannya sepanjang perlumbaan."Tetapi apabila keadaan hujan, laluan ini akan menjadi rosak apabila air mulai bertakung dan menjadikannya sedikit licin."Jadi saya kena lebih banyak berjaga-jaga dengan laluan tersebut," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Hadiah Sultan Mizan Cup 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu, hari ini.Penyampaian hadiah dilakukan oleh Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud dan turut disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir Yang Dipertua DUN, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Bagi acara kumpulan pula, RTES A yang dianggotai Bulkhari, Bheom, Asri dan Shahrul Affendy Ahmad dinobatkan sebagai juara dengan catatan masa keseluruhan 21 jam 33 minit.Tempat kedua pula menjadi milik RTES B yang dianggotai oleh Datuk Sri Sharifuddin Ab Ghani, Hairie Alias, Mohd Yunus Abdullah dan Mohd Baharudin Ab Rahman dengan catatan masa 28:01:04.Tempat pertama bagi acara kumpulan membawa pulang RM20,000, piala dan medal manakala tempat kedua pula membawa pulang RM15,000, piala dan medal.Keadaan Kuda Terbaik pula dimenangi oleh kuda yang ditunggani Bulkhari, RTES Annaversary sekali gus melayakkannya membawa pulang RM25,000, piala dan pelana kuda.
14 Oct 17
280
Rhinos Juara Tarik Tali Kebangsaan
Rhinos dari Sabah muncul sebagai juara Pertandingan Tarik Tali Kebangsaan buat kali ketiga berturut. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kumpulan dari Sabah, Rhinos muncul juara keseluruhan Pertandingan Tarik Tali Kebangsaan Sempena Sultan Mizan Cup 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu, hari ini.Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Sabah, Androd Sadian berkata, beliau amat bersyukur apabila berjaya memenangi kedua-dua kategori yang dipertandingkan, iaitu Bawah 23 dan Terbuka Awam.Katanya, skuad yang disertai oleh 25 peserta termasuk lima pegawai pengiring muncul juara peringkat kebangsaan buat kali ketiga berturut-turut.Androd"Kami sangat gembira kerana usaha dan pengorbanan skuad untuk mencapai sasaran sebagai johan untuk kedua-dua kategori berhasil."Resepinya mudah iaitu mesti terus berlatih. Tiada hari tanpa latihan. Itu adalah rahsia kejayaan skuad Rhinos," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tarik Tali Kebangsaan Sempena Sultan Mizan Cup 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, Setiu, hari ini.Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Bagi kategori Bawah 23, johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000, piala dan medal.Tempat kedua pula dimenangi oleh Tebuan Tanah dan ketiga Red Giants.Kedua-dua pasukan masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,500 dan RM1,000 berserta piala serta medal.Manakala bagi kategori Terbuka Awam pula, johan membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta piala dan medal.Dalam kategori tersebut, pasukan dari Kuala Lumpur, DBKL dan Jerung KL masing-masing muncul sebagai naib johan serta tempat ketiga.Pasukan berkenaan membawa pulang wang tunai RM2,500 dan RM2,000 berserta piala dan medal.
14 Oct 17
390
Terengganu Lokasi Pencarian Protege Ekspeditor Negara
Sebahagian peserta yang hadir pada Programpada Program Sesi Perkongsian Pengalaman dan Pemilihan Protege sempena Misi Aweta 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini. Harish Fadzillah Kassim Selari dengan hasrat untuk melahirkan lebih ramai pelapis ikon berjaya terutamanya di kalangan wanita, Sekretariat Aweta yang membawa misi All Women Expedition To Antartica (Aweta) 2018 kini giat memilih wanita muda Terengganu selaku pelapis kepada Ekspeditor Negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.Misi diketuai Sharifah Mazlina, yang juga wanita Islam pertama berjaya merentasi Kutub Utara sedang mengenal pasti lima wanita yang layak untuk menyertai ekspedisi yang dijadualkan pada November tahun depan.Sharifah Mazlina berkata, misi itu bertujuan melahirkan lebih ramai pelapis ikon berjaya pada masa akan datang.“Ketika ini, negara masih kekurangan ikon dalam kalangan wanita yang boleh dijadikan sebagai contoh, sekali gus mampu dijadikan panduan oleh generasi muda hari ini."Setelah 15 tahun saya dijadikan sebagai ikon kepada masyarakat terutamanya wanita, kini sudah tiba masanya saya mencari pelapis untuk meneruskan kejayaan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Sesi Perkongsian Pengalaman dan Pemilihan Protege sempena Misi Aweta 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini.Aweta 2018 merupakan kesinambungan misi ke Antartika oleh Sharifah Mazlina pada tahun 2004 (Ekspedisi Solo Merentasi Antartika 2004) untuk mengambil dan membawa balik kapsul masa yang ditanam.Menurutnya, sepanjang tempoh 15 tahun, dia turun padang berkongsi pengalaman dan memberikan motivasi kepada orang ramai, namun kini dia ingin mencari anak didik dan ia direalisasikan dengan misi Aweta ini."Pihaknya mahu mencari lima wanita untuk bersama-sama saya menjelajah ke Antartika yang dijadualkan pada November tahun depan."Sepanjang mengikuti latihan yang merangkumi fizikal, mental dan sebagainya ini,peserta juga akan diterapkan dengan pelbagai ilmu supaya apabila tamat misi ini nanti mereka akan menjadi ikon yang berjaya,"katanya.
10 Oct 17
60
Pameran Senjata Suntik Kelainan Di Kejohanan Payung Terjun ATM 2017
Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kali ketiga yang sedang berlangsung di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus membawa kelainan apabila turut menyediakan pameran senjata kepada pengunjung.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pameran seumpama itu pastinya memberi tarikan kepada orang ramai dari pelbagai peringkat usia yang sebelum ini tidak berpeluang melihat pelbagai jenis senjata dan peralatan tentera secara lebih dekat."Saya ucapkan tahniah kepada ATM yang telah berjaya menganjurkan satu program yang sudah pasti akan menarik ramai peminat."Saya juga rasa terpegun kerana pada tahun ini disertakan sekali dengan pameran persenjataan, peralatan dari tentera yang saya yakin bukan perkara mudah untuk membawanya kerana dari segi keselamatan dan sebagainya termasuk membawa helicopter untuk ke mari," katanya.Beliau ditemui pemberita ketika lawatannya ke Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata program tersebut mengisi kalendar pelancongan sebagai acara tahunan.Tambahnya, program itu juga akan diteruskan pada masa-masa akan datang sebagai mewarnai acara dan menyokong inisiatif pelbagai pihak untuk menarik pelancong serta pelawat terutama yang gemarkan sukan lasak untuk ke Terengganu.
28 Sep 17
744
Sukan 7S1M1S Cungkil Bakat Pelajar
SK Taman Bukit Dahlia yang mewakili Johor menjadi juara kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Satu Murid Satu Sukan (7S1M1S) Kesungguhan Yayasan Bank Rakyat (YBR) menganjurkan kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Satu Murid Satu Sukan (7S1M1S) di bawah 11 tahun berjaya mencungkil bakat muda dan pelapis sukan negara.Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YBR Tan Sri Shukry Mohd Salleh, berkata kejohanan yang memasuki tahun ketiga itu telah mendapat pengiktirafan bagi kategori Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Katanya YBR telah memperuntukkan sebanyak RM671,280 bagi penganjuran 7S1M1S."Kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk mencungkil bakat pemain yang boleh diketengahkan ke peringkat kebangsaan."Pada kejohanan tahun lepas, seramai lima orang peserta telah ditawarkan untuk menyertai akademi JDT (Johor Darul Ta'zim) bagi mengembangkan lagi bakat sedia ada," katanya ketika berucap dalam Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan 7S1M1S di Stadium Gong Badak, petang semalam.Majlis penutup kejohanan itu, disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bazlan Abd Rahman. Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia yang mewakili Johor mengondol juara apabila berjaya menewaskan SK Cochane (WP Kuala Lumpur), manakala tempat ketiga SK Seremban 2A (Negeri Sembilan).Kejohanan yang memasuki Tahun ke-3 itu telah mendapat pengiktirafan bagi kategori NBOS (National Blue Ocean Strategy) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 – 2025 melalui kerjasama di antara pihak swasta dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Kejohanan itu merupakan salah satu program Pembangunan Pendidikan YBR dengan objektif utama penganjurannya adalah bagi memberikan galakan dan dorongan kepada atlet remaja di sekolah-sekolah supaya bergiat aktif dalam kegiatan sukan serta melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental.
27 Sep 17
214
Pengamal Media Terengganu Bakal Tawan Gunung Latimojong, Indonesia
Sebahagian dari pendaki yang akan memulakan pendakian ke Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan pada 3 Oktober nanti.Seramai 20 pendaki termasuk pengamal media Terengganu bakal menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 30 September hingga 6 Oktober ini.Kembara anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) turut disertai wakil dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Pendaki Everest Terengganu dan Kelab Eksplorasi Terengganu dijangka mula mendaki puncak tertinggi di Sulawesi Selatan yang berketinggian 3,487 meter itu pada 3 Oktober ini.Ekspedisi selama enam hari itu akan diketuai Pengarah APM Terengganu Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program yang julung kali diadakan ini dapat mengeratkan hubungan antara Kerajaan Terengganu bersama Provensi Sulawesi menerusi program pendakian gabungan dua kerajaan ini.Katanya, secara tidak langsung ia juga dapat meningkatkan sektor pelancongan Terengganu dengan negara tersebut khususnya Wilayah Sulawesi Selatan. "Ini adalah satu lagi transformasi yang berlaku di negeri ini di mana misi yang akan membawa nama Terengganu ini pertama kali dianjurkan dan menariknya aktiviti ini melibatkan peserta dari kalangan media."Kerajaan negeri menyokong dan menyambut baik langkah yang dilaksanakan khususnya oleh pengamal media Terengganu dalam sama-sama membantu kerajaan menaikkan imej Terengganu menerusi pelbagai inisiatif."Semoga kembara Terengganu De Latimojong ini dapat menjadi wadah dan memberi impak yang positif dalam jalinan dua hala ini dan mengingat pendaki supaya sentiasa mementingkan keselamatan sepanjang melakukan aktiviti itu.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan Larian Jambatan Sultan Mahmud 2017 di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam.Katanya, kerajaan negeri bersungguh-sungguh menjayakan misi ini dengan pembabitan anak-anak syarikat kerajaan negeri di bawah Terengganu Incorporated dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.Ahmad Razif berkata, kumpulan pendaki ini bukan berpaksikan kepada pendakian sahaja malahan turut melaksanakan tanggungjawab sosial dengan membantu penduduk di desa berkenaan.Sementara itu, Presiden Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman, Rozainah Zakaria berkata ekspedisi ini bertujuaan mewujudkan integrasi silang budaya di antara wilayah Sulawesi Selatan dan Terengganu."Menerusi ekspedisi pendakian gunung luar negara ini sekaligus mendukung satu daripada lapan prinsip TTB yang berteraskan komitmen tinggi dalam misi dan visi," katanya.Beliau berkata selain itu menerusi aktiviti seperti ini, ia dapat membantu meningkatkan prestasi, mental dan fizikal sejajar dengan keperluan profesion sebagai wartawan.Che Adam yang juga Chief De Mission berkata kumpulan pendaki juga turut melaksanakan tanggungjawab sosial komuniti kepada masyarakat di Desa Karangan iaitu perkampungan yang terletak di kaki gunung berkenaan dan memberi bantuan keperluan harian serta alat tulis kepada pihak yang memerlukan di desa tersebut."Ia sebagai tanda prihatin daripada kumpulan pendaki kepada masyarakat desa Karangan yang menjadi sebahagian nadi yang membangunkan kawasan pergunungan berkenaan," katanya.Katanya, kumpulan pendaki akan turut melakukan pertukaran logo Visit Beautiful Terengganu dengan “Simbol Perlancongan Sulawesi” sebagai gimik hubungan akrab antara dua pihak.“Pada masa sama, ia juga bertujuan membantu mengembangkan sektor pelancongan Terengganu menerusi aktiviti pendakian," katanya.Tambahnya lagi, penglibatan media dalam program ini secara tidak langsung memberi kecergasan melalui siri latihan sebelum ini sesuai dengan tugas wartawan yang memerlukan persediaan kekuatan mental dan fizikal pada bila-bila masa.
23 Sep 17
44