lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Terengganu Agih Lebih RM380 Ribu Kepada Atlet Cemerlang
Atlet Sukan Sea dan Para Asean melaung Terengganu nelang. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Terengganu mengagihkan insentif berjumlah lebih RM380,000 kepada 79 atlet Sukan SEA  dan 21 atlet Para Asea 2017 selepas kejayaan mengharumkan nama negeri dan negara di persada antarabangsa.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan  menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif Kejayaan Sukan SEA/ Para Asean di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir mengiringi  baginda, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan  Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan  Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Seramai 100 atlet, termasuk 21 atlet Para Asean  menerima insentif menerusi Skim Hadiah Kemenangan (Shake) dengan setiap atlet layak menerima  RM5,000 bagi kejayaan meraih emas, RM3,000 (perak) dan RM2,000 untuk gangsa.Manakala bagi acara berpasukan RM2,500 untuk pingat emas, perak (RM2,000) dan gangsa pula sebanyak RM1,500.Sultan Mizan yang memenangi pingat emas bagi acara kuda lasak (Endurance) pada temasya Sukan SEA 2017 lalu turut berkenan menerima insentif tersebut.Penerima terbanyak insentif adalah  Zulhairi Ahmad Tarmizi yang memperoleh wang tunai RM18,500 berikutan kejayaan meraih tiga emas dan satu perak pada sukan Para Asean lalu.Sementara itu, Ahmad Razif berkata, Terengganu bukan sahaja dikenali sebagai kuasa besar pendidikan negara, malah juga kuasa besar dalam bidang sukan. Katanya, perkara itu dapat dibuktikan apabila ramai atlet Terengganu  berkemampuan mencipta nama negara malah ada yang berjaya memecahkan rekod Sukan SEA baru-baru ini.“Pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur sebanyak 26 pingat emas, 16  pingat perak dan 14 pingat gangsa berjaya dikutip  atlet kita.“Manakala sukan Para ASEAN 2017 pula, sebanyak tujuh pingat emas, 12 pingat perak dan 11 pingat gangsa telah berjaya dimenangi oleh para atlet ,” katanya.Menurutnya, seluruh rakyat Terengganu turut berasa bangga di atas pencapaian luar biasa Sultan Terengganu, Sultan Mizan yang berjaya merangkul  dua  emas dan satu  perak dalam acara kuda lasak.“Secara keseluruhan, sukan berbasikal  paling banyak menyumbang pingat pada temasya sukan baru-baru ini apabila berjaya menyumbang 10 pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.“Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet tidak kira yang memenangi pingat emas, perak mahupun pingat gangsa. Sesungguhnya kejayaan anda semua merupakan satu kebanggaan buat negera dan seluruh rakyat Terengganu,”katanya.
17 Dec 17
225
Empty Image
Atlet Sukan SEA, Para ASEAN Terima Insentif Malam Ini
Kejayaan atlet Terengganu dalam temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini bakal dirai dalam Majlis Penyampaian Insentif Kejayaan yang diadakan di Dewan Gamelan, Primula Beach Hotel, malam ini.Seramai 74 atlet negeri ini telah terpilih mewakili negara dalam Sukan SEA 2017 yang berlangsung 19 hingga 30 Ogos lalu dimana daripada jumlah itu, seramai 32 orang telah menyumbang pingat emas, 15 (perak) dan 15 (gangsa).Sementara, Sukan Para ASEAN 2017 yang diadakan pada 17 hingga 23 September diwakili 28 orang atlet Terengganu dan daripada jumlah itu, seramai lima orang telah menyumbang emas, 11 (perak) dan 8 (gangsa).Setiap atlet yang mewakili negara layak menerima sumbangan sebanyak RM500 untuk setiap kejohanan yang diwakili melalui Skim Wakil Negara (SWARA).Bagi Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE), setiap pingat yang dimenangi melayakkan atlet wakil negara mendapat sumbangan untuk acara individu iaitu RM5,000 (emas), RM3,000 (perak) dan RM2,500 (gangsa).Dan bagi acara berpasukan, RM2,500 (emas), RM2,000 (perak) dan RM1,500 (gangsa).
16 Dec 17
135
Empty Image
Terengganu Juara Keseluruhan Kapal Layar GP Monsun
Peserta bersedia untuk memulakan pertandingan  Kapal Layar GP Monsun Terengganu 2017. Foto Harish Fadzillah KassinCabaran Kapal Layar GP Monsun Terengganu 2017 dikuasai tuan rumah, Terengganu apabila muncul pasukan terbaik keseluruhan dalam kejohanan yang berakhir petang semalam, di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.Kejayaan itu membolehkan pasukan negeri membawa pulang wang RM3,000 berserta piala pusingan serta piala iringan.Atlet tuan rumah berbakat besar, Asmawi Azman dinobatkan sebagai pelayar terbaik melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala pusingan dan piala iringan.Anak jati Pulau Duyong itu turut  meraih johan kategori Laser Radial Open.Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,  Dato’ Mohd Zubir Embong.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri yang juga Presiden Persatuan Luncur Layar Terengganu (TWSA), A. Latiff Awang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin; Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Ir. Dr. Ahmad Jusoh.Sementara pelayar dari Thailand, Panwa Boonnak menguasai kategori Optimis Overall manakala pelayar Kedah, Muhammad Fauzi Kaman Shah (Laser 4.7 Overall) dan Muhammad Danial Shahidan dari Perak (Laser Standard).Kejohanan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama MSNT, Jabatan Pelancongan negeri dan TWSA selama empat hari dengan tawaran hadiah keseluruhan lebih RM60,000 kepada pemenang turut menyaksikan penyertaan pasukan Thailand serta Singapura.
26 Nov 17
953
Empty Image
Permata Ashman Jaya Muncul Johan Piala Pengerusi MAYC Marang
Pasukan Permata Ashman Jaya FC muncul johan Kejohanan Liga Sepakan Penalti Piala Pengerusi MAYC Kawasan Marang Terbuka Terengganu, semalam.Kemenangan pasukan yang diketuai pengurus pasukan, Nik Rosidi Megat Deraman membolehkan mereka membawa pulang RM1,500, medal dan piala pusingan kejohanan.Manakala naib johan menjadi milik Batu Enam FC (RM1,000 dan medal) dan ketiga serta keempat pula memihak kepada Bukit Guntong FC dan Barber Womoh FC.Tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima RM300 beserta medal.Program dua hari bermula 24 November lalu di Padang Bola Kampung Rawai, Bukit Payong  berjaya menarik penyertaan 64 pasukan itu dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Alor Limbat, Saiful Bahri Baharuddin.Turut hadir, Pengerusi MAYC Kawasan Marang merangkap Pengerusi MAYC Negeri, Amirullah Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung Rawai, Ngah Bidin.
26 Nov 17
293
Empty Image
Serikandi Pertaruh 27 Peserta Di Kejohanan Sukan Melaka
Wakil Serikandi yang menyertai PTIWBNM di Melaka pada tahun ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Seramai 27 peserta termasuk jurulatih mewakili Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) dalam Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) 2017 di MITC, Melaka selama tiga hari bermula hari ini.Serikandi diketuai oleh Yang Dipertuanya, To' Puan Seri Halina Zakaria.PTIWRBNM di Melaka pada kali ini disertai 558 peserta membabitkan 14 negeri dan mereka akan bertanding dalam perlawanan badminton serta tenpin boling bagi merebut Piala Pusingan Badminton dan Tenpin Boling.Majlis perasmian PTIWRBNM disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Turut hadir, isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Idris Haron.Majlis penutup program tersebut dijangka dirasmikan  Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 25 November ini di MITC, Melaka.
22 Nov 17
56
Empty Image
Penjenamaan Baharu Pasukan Bola Sepak Terengganu
Ahmad Razif bersama barisan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)  selepas Kongres Tahunan PBSNT yang berlangsung hampir dua jam di  Hotel Primula.Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersetuju membuat pembaharuan dengan menjenamakan semula  skuad bola sepak Terengganu sebagai Terengganu FC (TFC) I dan TFC II yang akan beraksi dalam kancah Liga Super dan Liga Perdana musim depan.Keputusan  itu dicapai dalam Kongres Tahunan PBSNT yang dipengerusikan Presiden persatuan itu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar sekali gus menamatkan persoalan mengenai pasukan berstatus kelab T-Team sebelum ini sama ada kekal di Liga Super atau sebaliknya musim depan.Katanya,  Liga Super 2018 hanya akan disertai skuad Terengganu yang akan dikenali sebagai TFC di bawah kendalian ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim.“Pasukan TFC I ini akan dibarisi gabungan pemain terbaik daripada kedua-dua pasukan Terengganu dan T-Team, selain diperkuat dengan khidmat lima awang import berbanding empat musim ini.“Manakala pasukan TFC II pula bertindak sebagai  pasukan ‘feeder’ kepada skuad TFC I di mana pasukan ini pula bermain untuk Liga Perdana. Mereka dibarisi seratus peratus pemain kelahiran Terengganu melibatkan gabungan pemain T-Team dan  Terengganu serta dua pemain import,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Kongres Tahunan PBSNT yang berlangsung hampir dua jam di Primula Beach Hotel , Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, selain TFC I dan TFC II, penstrukturan semula itu turut melibatkan kesemua pasukan pembangunan bola sepak Negeri Terengganu termasuk skuad Piala Presiden (TFC III), Piala Belia (TFC IV) dan Piala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  B-17 (TFC V).Dalam perkembangan yang sama, badan induk bola sepak Terengganu itu turut menubuhkan syarikat Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd yang bakal bertanggungjawab mengkomersialkan pasukan dari Terengganu sekali gus mampu bergerak sendiri tanpa bantuan kerajaan negeri pada masa akan datang.“Jadi dengan langkah penjenamaan semula ini, ia sedikt sebanyak mampu mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan negeri terhadap kedua-dua pasukan melibatkan Terengganu dan T-Team sebelum ini.“Saya yakin dengan inisiatif yang dilakukan ini bukan sahaja mampu menambah kekuatan pasukan, malah berpeluang mencapai sasaran untuk menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim depan,” katanya.Dalam pada itu, Ahmad Razif turut memaklumkan jawatan pengendali TFC II akan ditentukan dalam masa terdekat selepas perbincangan diadakan dengan jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan.
21 Nov 17
187
Empty Image
1,400 Peserta Meriahkan Kayuhan Hari Komuniti Bandar Hijau
Lebih 1,400 peserta memeriahkan program berbasikal sempena Hari Komuniti Bandar Hijau Majlis Daerah Besut (MDB), hari ini.Program bermula di Dataran Kota Putera Square, turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar dan Yang Dipertua MDB, Rashid Jusoh.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad yang juga ADUN Hulu Besut melakukan upacara pelepasan peserta.Rashid berkata, program itu antara lain bertujuan memperluaskan aktiviti berbasikal di kalangan masyarakat terutama golongan remaja.Katanya, program itu mendapat sambutan bukan sahaja di kalangan penduduk setempat malah ia turut disertai oleh peserta dari Kelantan.Beliau berkata, kayuhan sejauh 34 kilometer itu sebagai suatu kegiatan riadah ke arah membudayakan gaya hidup cergas.Selain itu, katanya, aktiviti seumpama itu juga dapat memperkenalkan beberapa lokasi menarik daerah berkenaan kepada pengunjung luar.“Program kayuhan itu juga bagi menyemai kecintaan masyarakat terhadap keindahan persekitaran danbersama menjaga kebersihan,” katanya.Rashid berkata, pihak penganjur menyediakan hadiah bernilai RM58,000 termasuk cabutan bertuah kepada pemenang dan peserta yang bernasib baik.
18 Nov 17
61
Empty Image
Peluang Anak Terengganu Tonjol Bakat, Keterampilan Diri Pada 18 November Ini
Tun Ahmad FaisalRakyat terengganu yang mahu mencuba nasib bagi menonjolkan bakat dan keterampilan diri untuk  mewakili Terengganu boleh menyertai Program Hari 100 Plus Aktifkan Malaysiaku yang akan berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, pada 18 November ini.Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata sepanjang larian sejauh 5 kilometer tersebut berlangsung, uji bakat terbuka akan diadakan bagi memilih 10 peserta bagi mewakili Terengganu ke Kuala Lumpur dalam pertandingan peringkat  akhir."10 orang wajah-wajah Terengganu akan dipilih untuk ke acara akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Disember di mana mereka akan digabungkan dengan peserta-peserta dan juga selebriti-selebriti lain."Syaratnya mudah saja. Dalam uji bakat ini, mereka mestilah berani, boleh bercakap dan berani tampil di hadapan kamera. Jikalau wajah-wajah ini sesuai untuk mewakili Terengganu di peringkat akhir, InsyaAllah mereka akan dibawa ke sana oleh penganjur," katanya.Dalam program tersebut sebanyak 3,000 helai baju-T akan diagihkan secara percuma kepada peserta yang mendaftarkan diri dengan 1,000 helai daripada 100 plus manakala 2,000 helai lagi daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.Tun Ahmad Faisal berkata, program tersebut adalah hasil kerjasama dari kerajaan negeri melalui JPNT dan Sky Event Management Sdn Bhd yang berkonsepkan  'fun run' dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat berumur 18 tahun ke atas."Ia terbuka kepada semua asalkan berusia 18 tahun ke atas dan acaranya berbentuk `fun run'."Larian ini akan diadakan di sekeliling Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan apa yang menarik adalah larian ini berbentuk larian berhalangan di mana kita akan pasang beberapa unit halangan di lokasi tertentu."Ini merupakan bukan halangan berbentuk cabaran tapi halangan yang akan memberi kemeriahan dalam larian itu nanti," katanya.Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya zumba, trak makanan serta acara pentas.Selain itu, raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan juga dijemput di majlis pelepasan yang dijangka bakal disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
15 Nov 17
88
Empty Image
Terengganu Muncul Naib Juara Piala Tun Abdul Razak
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif ( lima dari kanan) dan Dato' Rozi meraikan kejayaan pasukan THT yang muncul naib johan di pentas final Piala Tun Abdul Razak, malam ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPasukan Hoki Terengganu (THT) gagal mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak edisi ke-55 apabila tewas di tangan Perak 3-2 di Stadium Azlan Shah, Perak, malam ini.Dalam perlawanan yang turut disaksikan pleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas asakan.Namun demikian, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-30 melalui pukulan kencang Muhammad Najib Abu Hassan.Lima minit berselang, skuad kendalian Sarjit Singh kembali memberi kelegaan apabila menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh Faizal Saari.Pada minit ke-52, Perak sekali lagi kembali di depan apabila pukulan kencang Muhammad Haziq Samsul berjaya membolosi gol Terengganu.Semangat juang yang tinggi, THT sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh Faizal Saari pada minit ke-56.Seminit sebelum tamat perlawanan, Hafifihafiz Hanafi meranapkan impian THT untuk mengekalkan kejuaraan apabila menyempurnakan pukulan sudut penaltinya untuk menjadikan kedudukan akhir 3-2.Selaku juara, Perak membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 manakala Terengganu menerima wang tunai RM7,000.Dalam kejohanan tersebut, pemain THT, Faizal Saari telah dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak dengan jumlah keseluruhan sembilan gol.
12 Nov 17
115
Empty Image
Jangan Sesekali Putus Asa Anakku - Ahmad Razif
Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini memberi kata-kata semangat kepada pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa.Fatehah dilaporkan terbabit dalam kemalangan pada final keirin di siri kedua Piala Dunia yang berlangsung di Manchester awal pagi tadi.Memetik dalam akaun Twitter, Ahmad Razif turut mendoakan agar Fatehah cepat sembuh selepas terbabit dalam kemalangan tersebut."Jangan sesekali putus asa, anakku. Kejayaan tidak datang bergolek. Doa saya sentiasa mengiringi Fatehah," katanya.Susulan kejadian tersebut, Fatehah dibatalkan penyertaannya pada final keirin siri kedua Piala Dunia kerana didakwa menjadi punca kejadian pelanggaran itu di Manchaster, United Kingdom.Fatehah kemudiannya dilihat bangkit meneruskan kayuhan ke garisan penamat mendapat tepukan gemuruh penonton.
12 Nov 17
84