Artikel "Sukan" Terkini
PBSNT Laksana Transformasi Untuk Tambah Baik Kelab
Foto oleh : Harish Fadzillah Abu KassimPersatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) melakukan pelbagai transformasi bagi menambah baik kelab-kelab di bawah naungannya.Antaranya adalah dengan menubuhkan sebuah syarikat iaitu Terengganu Football Club Sdn Bhd.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan penubuhan syarikat itu, ianya akan mengurangkan kebergantungan kelab-kelab tersebut kepada kerajaan negeri terutamanya dari segi kewangan."Dengan penubuhan syarikat ini, sebenarnya kita sudah pergi ke satu konsep yang lebih profesional selain syarikat akan menguruskan lima pasukan di bawahnya."Jadi untuk kewangan selepas pada ini, mereka tidak akan bergantung 100 peratus kepada kerajaan. Mungkin selepas ini ada stadium sendiri dan ada lagi perkara-perkara yang menjana pendapatan," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Memperkenalkan Pemain dan Jersi Pasukan Terengganu FC Musim 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.Ahmad Razif yang juga Presiden PBSNT berkata, melalui gerakan transformasi itu, buat masa sekarang, terdapat lima kelab yang bernaung di bawah satu pengurusan."Terengganu FC dijadikan sebagai 'parents club' manakala Terengganu FC 2 sebagai 'feeder club'. Seterusnya kita ada Terengganu FC 3, Terengganu FC 4 dan Terengganu FC 5."Jadi maknanya sekarang kita ada satu sistem yang ada kesinambungan iaitu dengan menyediakan pelapis. Daripada bawah 17, bawah 19, kemudian bawah 21. Pasukan bawah 21 ini kita sediakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) 2018 nanti," katanya.Dalam program yang berlangsung malam tadi, ribuan peminat bola sepak Terengganu membanjiri stadium tersebut untuk menyaksikan pelancaran jersi bagi kelima-lima pasukan bagi musim 2018.
26 Jan 18
65
Atlet Tenpin Boling Jadi Duta Kecil Pelancongan Terengganu
Atlet tenpin boling yang bakal mewakili Terengganu dalam Sukma 2018 di Perak. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Atlet tenpin boling yang bakal mewakili Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dilantik sebagai duta kecil dalam mempromosikan Terengganu di negeri-negeri luar.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, mereka akan dibawa bersama ke luar negeri dalam program Jelajah Beautiful Terengganu (JBT).Beliau yang juga bapa angkat kepada acara sukan tersebut berkata, dengan membawa atlet muda itu, ianya juga akan memberi semangat kepada mereka."Kita nak bawa mereka ke program-program jelajah ini dan mereka akan membantu mempromosikan Terengganu melalui program JBT. Jadi ini sebahagian daripada usaha untuk membina semangat atlet berdepan orang ramai."Mereka bukan sahaja menjadi seorang atlet tapi juga akan dijadikan duta kecil untuk mempromosikan Terengganu dan kita berharap ia akan membantu membina semangat atlet-atlet muda ini agar lebih bersedia untuk Sukma," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Ramah Mesra Persatuan Tenpin Boling Negeri Terengganu Bersama Bapa Angkat dan Jabatan Angkat Sukma XIX 2018 Perak di Coral Crown Bowl Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Sabri Abas dan Ketua Pegawai Korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu Wan Adnan Wan Derahman.Tambah Tun Ahmad Faisal, siri jelajah tersebut akan bermula pada Februari ini di Melaka.Dalam pada itu, Wan Adnan berkata, PMINT yang dilantik sebagai jabatan angkat kepada sukan tenpin boling akan memberikan insentif terbaik kepada atlet yang membawa kejayaan kepada Terengganu dalam Sukma."Kita akan berikan insentif dengan nilai yang cukup menarik kerana jika kita memenangi emas, ini merupakan emas pertama untuk sukan boling."Malah kita tahu, sebelum ini Terengganu memang tidak kuat dalam sukan boling, tetapi dengan adanya kelengkapan yang cukup lengkap di Coral Crown Bowl, mungkin pasukan mampu mencipta kejayaan," katanya.
16 Jan 18
337
THT Tewas, KLHC Julang Piala Sumbangsih
Pemain yang mewakili THT dalam misi merampas Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu, petang tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pasukan Hoki Terengganu (THT) sekali lagi kecewa apabila gagal merebut Piala Sumbangsih dari Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) buat kali ketiga berturut selepas tewas 4-5 menerusi penalti 'shoot out' dalam perlawanan merebut piala tersebut di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu, petang tadi.Pengendali pasukan tersebut, Sarjit Singh a/l Kundan Singh berkata pemain THT bermain sangat baik dalam permainan tersebut terutamanya bermula pada separuh masa kedua."Kita bermain sangat baik, kecuali kesilapan kita menyebabkan (KLHC) dapat gol kedua. Perkara baiknya, kita bangkit dari ketinggalan 0-2, kepada 2-2 dan itu sangat baik untuk pasukan."Sekarang kita perlu fokus kepada liga. Ia sangat penting kerana kita mahukan memegang kembali gelaran juara liga kerana tahun lepas kita tewas kepada mereka dalam 9 saat terakhir," katanya selepas tamat perlawanan.Perlawanan tersebut turut disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat.Sebelum tewas menerusi pukulan penalti 'shoot out', THT dan KLHC seri 2-2.Gol pembukaan dijaringkan oleh pasukan pelawat menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jang Jonghyun pada minit ke-16.Pada minit ke-24, tuan rumah sekali lagi dikejutkan apabila Muhammad Hafizuddin Zaidi berjaya mengukuhkan kedudukan KLHC menerusi gol padang.Walaupun banyak peluang yang diperoleh oleh skuad kendalian Sarjit, namun kebuntuan tersebut diakhiri pada minit ke-44 menerusi pukulan sudut penalti yang di sempurnakan dengan kemas oleh Faizal Saari untuk kedudukan 1-2.Dua minit sebelum tamat perlawanan, THT berjaya menyamakan kedudukan menerusi penalti ‘stroke’ yang disempurnakan dengan kemas oleh pemain dari Argentina, Gonzalo Peillat sekaligus mengheret perlawanan ke penentuan penalti ‘shoot out’.Dalam perlawanan tersebut juga, Mohd Fitri Saari dari THT telah dinobatkan sebagai pemain terbaik.
12 Jan 18
77
THT Tidak Rela Dikecewakan Buat Kali Kedua
Ahmad Razif bersama pasukan THT. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKapten Pasukan Hoki Terengganu (THT), Fitri Saari tidak rela pasukannya dikecewakan buat kali kedua ditangan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) apabila turun membuat perhitungan merebut Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Batu Burok, petang ini.Tonggak tengah kebangsaan itu bertekad turun dengan misi membalas dendam kekalahan 3-4 ditangan KLHC menerusi pukulan penalti selepas terikat 3-3 dalam masa permainan sebenar pada final Piala Tan Sri P Alagendra, Ahad lalu."Kami bukan saja tewas ditangan KLHC, tapi turut kehilangan piala yang dimenangi musim lalu. Jadi, misi kami mahu menebus kekecewaan yang kami alami, Ahad lalu dengan menjulang Piala Sumbangsih petang ini."Hanya Piala Sumbangsih masih belum kami kecapi dan berharap ia menjadi milik THT musim ini," katanya yang ditemui selepas Majlis Memperkenalkan Pemain THT dan Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) yang bermain dalam Liga Hoki Malaysia TNB/MHL 2018, malam tadi.Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat.Pemain tengah berusia 24 tahun itu berkata, kekalahan tempoh hari memberi pengajaran berguna buat pasukan dan tidak mahu perkara sama berulang dalam perlawanan petang ini."Sepatutnya kami mengekalkan kelebihan dua gol yang diperolehi, namun kerana keghairahan memburu jaringan ia memakan diri sendiri."Jadi, saya dan rakan sepasukan akan turun dengan semangat juang tinggi bagi memastikan misi membalas dendam kami terbalas bagi mengubat kedukaan," katanya.
11 Jan 18
62
PPKM Ampang A juara Piala Presiden Sepak Takraw Terengganu 2018
Piala Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT) Terbuka Terengganu 2018. - Foto Mohamad Firdaus MusaPasukan sepak takraw PPKM Ampang A muncul juara Piala Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT) Terbuka Terengganu 2018 selepas lawan mereka di final Gastep B menarik diri akibat kecederaan pemain dalam kejohanan yang diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu, semalam.Kemenangan PPKM itu diraih ketika kedudukan semasa 9-8 apabila tekong Gastep Zulkifli Abdul Razak atau 'Sobey' mengalami kecederaan sehingga memaksa pasukan menarik diri akibat ketiadaan pemain simpanan.PPKM Ampang A membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi kejohanan manakala Gastep B menerima RM3,000 beserta trofi yang disampaikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Ibni Amin Busu yang turut dihadiri oleh Presiden PSNT Mohd Shapian Ali.Bagi jurulatih PPKM Ampang A Aswadi Abdullah melahirkan rasa syukur dan mengakui saingan kali ini sangat sengit dengan penyertaan pasukan lain."Sasaran kami hanya separuh akhir kerana ramai pemain mempunyai komitmen lain dan kami hanya sempat mengumpulkan pemain pada saat akhir dan kami amat bersyukur juara,'' katanya selepas perlawanan.Pengurus pasukan Gastep B Tuan Azman Tuan Alias mengakui pasukannya terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara kejohanan."Walaupun sedih dengan keputusan yang kami lalui kami tetap bersyukur dengan naib juara ini.Pemain kami terpaksa bermain tie-break pada perlawanan peringkat ketiga suku separuh akhir jadi pemain terpaksa mengerah tenaga yang banyak bagi memenangi perlawanan itu."Dalam aksi final kami berbincang kami terpaksa menarik diri bagi mengelak kecederaan lebih teruk walaupun kami dilihat berpotensi menang kerana kami tidak membariskan pemain simpanan", katanya.Gastep B turut dibarisi pemain kebangsaan Hanafiah Dollah dan Syafiq Rahman.Sementara itu kategori Bakat Baru PSNT 2018 Tertutup Terengganu dimenangi oleh KHK Intemity B dari Kemaman yang menewaskan Kondo A (Hiliran) dengan 2-0.KHK mendapat hadiah wang tunai RM1,000 dengan trofi dan Kondo meraih RM600 beserta trofi. -Terengganu.news
07 Jan 18
319
Khairul Wakili Malaysia Kejohanan PES League Asia Bangkok Januari Ini
Seorang remaja tidak menyangka pembabitannya dalam permainan video bola sepak (Play Station) secara suka-suka selepas tamat persekolahan dahulu membawa tuah apabila berjaya mewakili Malaysia dalam Kejohanan Pro Evolution Soccer (PES) League 2x2 Asia di Bangkok, Thailand bulan depan.Muhammad Khairul Amin Shamsudin, 20 dari Bandar Permaisuri, Setiu, berkata, dia hanya bermain secara suka-suka selepas tamat persekolahan kerana sebelum ini dia tidak pernah mempunyai permainan `video game' itu.“Semasa tamat SPM, ayah saya belikan permainan PS3 dan pada masa itu saya bermain PES 15 mewakili Malaysia, tetapi malangnya tidak dapat meneruskan saingan mewakili Malaysia kerana tidak menang.“Saya main permainan ini secara dua lawan dua, pada mulanya dua minggu lepas ada pemilihan untuk saringan mengikut peringkat zon di Malaysia iaitu mengikut negeri,” katanya yang kini giat menjalani latihan sekiranya tiada kelas pengajian.Menurutnya, pemilihan pada masa itu dibuat di Shah Alam, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan dan pada pemilihan tersebut hanya memilih beberapa kumpulan untuk ke peringkat saringan yang dibuat di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada minggu lepas untuk saringan sekali lagi.“Pemilihan ini hanya memerlukan dua pasukan sahaja di mana terdapat dua kali saringan untuk memasuki peringkat ini.“Saringan pertama dibuat di sebuah studio di Seksyen 9, Shah Alam kerana saya belajar di Politeknik Engku Omar (Perak) dan menjalani latihan praktikal di Rawang Selangor, manakala pada hujung minggu saya akan ke sana,” katanya yang gemar bermain sukan itu pada masa lapang.Menurutnya lagi, dia akan ke Bangkok, Thailand, pada 20 Januari depan bersama rakan pasukannya bagi mewakili Malaysia ke peringkat asia yang disertai lapan buah negara termasuk Korea Selatan dan Jepun.Khairul Amin, anak sulung kepada pasangan Shamsudin Idris, seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu dan isterinya, Hapsah Yusuff seorang guru di Sekolah Menengah Guntung, itu berkata, sebelum ini dia hanya bermain untuk satu lawan satu, bagaimanapun gagal membuktikan keupayan diri sehinggalah menyertai permainan dua lawan dua yang baru diperkenalkan untuk PES musim 2018. Tambahnya, dia bersama rakan pasukannya, Hafeez Shariffudin membuat keputusan untuk menyertai pertandingan pada kali ini memandangkan ini adalah peluang untuk mereka.“Walaupun akan berhadapan dengan pemain handalan di Asia tetapi harapan saya adalah dapat mengharumkan nama negara serta Negeri Terengganu dalam sukan itu kerana pertandingan julung kalinya disertai warga Terengganu," katanya.“Pada mulanya, ibu bapa saya tidak mengambil hal sangat pembabitan saya dalam permainan ini kerana ia hanyalah 'game' biasa tetapi selepas saya menyertai beberapa perlawanan barulah dia mula memberi perhatian dan sokongan, " katanya yang pernah mencapai beberapa kemenangan dalam sukan itu.
27 Dec 17
60
Ukom Juara Futsal Lima Penjuru
Barisan pemain yang mewakili Ukom pada perlawanan Persahabatan Lima Penjuru.Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) muncul johan dalam Perlawanan Futsal Lima Penjuru di Gelanggang Futsal DS Sport, Kuala Terengganu, malam tadi.Dalam perlawanan tersebut, Ukom yang berkongsi mata dengan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu hanya dipisahkan dengan kelebihan dua jaringan berbanding persatuan itu.Kapten pasukan tersebut, Rosli Ariffin berkata, kemenangan tersebut adalah hasil daripada kerjasama setiap ahli yang tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa memastikan lawan tidak menguasai permainan."Selain itu, ahli pasukan juga sering memberi komitmen dan fokus dalam setiap perlawanan sebelum ini," katanya.Perlawanan itu disertai oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Jerangau, Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu, dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Marang.Dalam lapan perlawanan tersebut, Ukom dan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu mendahului liga dengan 12 mata diikuti Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu (enam), Mardi Jeranganu (tiga) dan JKR Marang gagal meraih sebarang mata.
26 Dec 17
371
Gemuroh Juara Piala UMNO Kuala Nerus 2017
Pasukan Gemuroh yang muncul juara dalam perlawanan akhir menentang Taman Perumahan Telaga Daing di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Syah. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Gemuroh muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Piala Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus 2017 yang berlangsung di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Dalam perlawanan akhir antara Gemuroh dan Taman Perumahan Telaga Daing yang turut disaksikan oleh Menteri Besar, Gemuroh muncul johan selepas berjaya menundukkan pihak lawan dengan jaringan 1-0.Jaringan tunggal tersebut dihasilkan oleh Mohd Jamali Mohd Nor seminit selepas bermulanya babak kedua.Dengan kemenangan tersebut, pasukan itu membawa pulang piala kejohanan, medal serta wang tunai berjumlah RM7,000.Pasukan Taman Perumanan Telaga Daing yang merangkul gelaran naib johan pula membawa pulang medal dan wang tunai berjumlah RM5,000.Bagi tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh pasukan Tanjung Sabtu dan Banggol Tuan Muda dengan masing-masing membawa pulang medal berserta wang tunai RM3,000 dan RM2,000 bagi setiap pasukan.Dalam perlawanan tersebut juga, Mohd Hasrol Ali dari pasukan Taman Perumahan Telaga Daing dinobatkan sebagai pemain terbaik.
23 Dec 17
195
2,100 Peserta Bakal Berentap Pada Bantangan Jamboree Sabtu Ini
Kerajaan negeri melalui Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu meneruskan Program Bantangan Jamboree 2017 dengan penyertaaan 2,100 pelumba basikal berbanding 1,300 peserta tahun lepas.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri II, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, daerah Marang dipilih sebagai lokasi kejohanan memandangkan bentuk mukabuminya yang bersesuaian untuk aktiviti berbasikal lasak.Katanya, bentuk muka bumi seperti jalan raya, jalan-jalan kampung, laluan paya, denai, kebun getah dan bukit bukau amat bersesuaian sebagai cabaran kepada peserta berbasikal lasak.“Program itu sebagai kesinambungan kejohanan berbasikal lasak dan pacuan kenderaan 4x4 yang pernah dianjurkan di daerah Marang, seperti Tesdec MTB Challenge 2017 di trek Bukit Kor dan Gondang, Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 di Bukit Mawi, Kejohanan Drive Ride Mountain Bike Ride 2012 di Gong Cempedak dan Jambori MTB 2011 di Kg Kedai Buloh dan Undang“Penyertaan 2,100 pelumba pada kejohanan kali ini, termasuk 30 peserta dari Thailand dan 10 pelumba Singapura adalah paling ramai berbanding penganjuran sebelum ini.“Dua kategori diperkenalkan iaitu Kategori Race untuk kayuhan di laluan lasak dan Hardcore manakala kategori Jamboree lebih kepada kayuhan santai peserta amatur,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Duyong Marina, Kuala Terengganu, petang iniMenurutnya, laluan kejohanan bermula di Pantai Peranginan Kelulut, Marang kemudian melalui Kampung (Kg) Gong Chempedak, Kg Setar Kanan, Kg Batangan, Kg Jenang, Kg Alur Kumbang dan Kg Alur Tuman yang melibatkan sejauh 33 km.“Kejohanan off road yang menggunakan basikal mountain bike ini melibatkan 70 peratus di laluan lasak ’off road’ manakala 30 peratus trek laluan melibatkan jalan raya,”katanya.Katanya, penganjuran kejohanan kali kedua itu mampu memperkenalkan daerah Marang sebagai lokasi terbaik sukan basikal lasak dengan struktur dan diversiti mukabumi yang memberi cabaran maksimum.“Pemilihan lokasi pelepasan peserta di Pantai Peranginan Kelulut pada 23 Disember ini menonjolkan imej negeri yang mempunyai 244 km pesisiran pantai terpanjang yang sentiasa menjadi antara keunikan destinasi Di Terengganu“Kejohanan sebegini berupaya menonjolkan keunikan produk dan destinasi pelancongan yang terdapat di daerah Marang seperti Pulau Kapas, Kampung Tradisional Jenang, Pulau Kekabu, Pasar Minggu Bandar Marang dan ‘river cruise’ Sungai Marang,”katanya.
21 Dec 17
745
Mr AWT Classic Tawar RM60,000
Mr AWT bakal menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000 dalam kejohanan yang berlangsung pada 24 Disember ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Lapan kategori bakal dipertandingkan dalam Kejohanan Mr AWT Classic di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus pada 24 Disember ini.Pengerusi kejohanan tersebut, Mazlisham Abdullah berkata, kejohanan tersebut merupakan anjuran AWT Seven Group dengan kerjasama Majlis Sukan Negara, Persekutuan Bina Badan Malaysia dan Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu.Katanya, kejohanan terbesar di Pantai Timur itu menawarkan hadiah hampir RM60,000 bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan."Bagi kategori bina badan, ianya dipecahkan kepada tiga kategori iaitu 'Men Muscle', Bina Badan Atas dan Bawah 75 kilogram (kg) . Manakala bagi kategori badan cantik ianya dipecahkan kepada lima kategori iaitu Badan Cantik Atas dan Bawah 170 sentimeter (cm), Bakat Baru Badan Cantik Atas dan Bawah 170cm dan Badan Cantik Tertutup Terengganu."Selain itu, beberapa acara selingan turut diadakan pada tarikh kejohanan tersebut antaranya 'bench press', 'squat' dan 'deadlift'," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam sidang media sempenan kejohanan tersebut di Permai Inn, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu, Mohd Hamrullah Mohd Nur.Tambahnya, dijangkakan lebih 300 peserta bakal mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.Mazlisham berkata, sehingga hari ini, lebih 100 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka melalui laman web yang disediakan."Pendaftaran secara manual akan mula dibuka sehari sebelum kejohanan iaitu pada 23 Disember 2017 bermula jam 3 petang sehingga 8 malam di tapak kejohanan," katanya.
19 Dec 17
321