lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
LTdL 2018 : Perlumbaan LTdL Suntik Semangat Peminat Sukan Berbasikal
Nik Mohd berjaya menduduki podium tempat ketiga. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 melonjakkan semangat peminat sukan berbasikal di Terengganu khususnya anak-anak muda yang melihat acara itu memberi impak positif kepada pembangunan masa depan belia.Ramai peminat sukan berkenaan hadir memberi sokongan di garisan penamat peringkat ketiga LTdL melibatkan jarak 166km dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, kira- kira jam 3 petang, hari ini.Dalam acara itu, pelumba kelahiran Pasir Putih, Kelantan Nik Mohd Azwan berjaya menduduki podium ketiga.Nik Mohd merupakan anggota polis Diraja Malaysia menamatkan kayuhan sejauh 166 kilometer dengan catatan masa 3 jam 58 minit 31 saat.Dengan kemenangan itu, beliau berjaya meraih jersi putih iaitu pelumba terbaik Asia selepas merekodkan masa keseluruhan 12:45:45 saat.Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa  Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat.Sejumlah 132 pelumba mewakili 22 pasukan berstatus jelajah profesional dunia, profesional benua, benua dan pasukan kebangsaan memberikan saingan sengit pada edisi kali ini yang akan meliputi jarak keseluruhan perlumbaan 1,341km, membabitkan lapan negeri di Semenanjung Malaysia.LTdL 2018 akan bermula dari Kangar ke Kulim dengan jarak 147.9km; diikuti laluan Gerik- Kota Bharu (208.3km); Kota Bharu-Kuala Terengganu (166km); Dungun-Pekan (177.6km); Bentong-Cameron Highlands sejauh 169.4km dengan pendakian berstatus Hors di Tanah Rata; Tapah-Tanjung Malim (108.5km); Nilai-Muar (222.4km) dan tamat di Dataran Merdeka menerusi laluan Rembau-Kuala Lumpur (141.1km).
20 Mar 18
69
Empty Image
TSG Tubuh Akademi Cungkil Bakat Baru
Pasukan TSG bersedia beraksi pada LTdL 2018. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri akan menubuhkan Akademi Terengganu Pro Asia Cycling Team sebagai usaha mencungkil bakat baru dalam sukan berbasikal dari seawal usia tujuh tahun.Akademi yang dijangka bermula sebelum pertengahan tahun ini mampu melahirkan lebih ramai pelumba berkualiti dan profesional.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’  Rozi Mamat berkata, inisiatif itu mampu memberi pendedahan awal kepada bakat muda untuk diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa."Di Terengganu ramai pelumba-peluma basikal, tetapi sekarang ini mereka tidak diketengahkan malah, tidak ada peluang untuk diketengahkan.“Oleh itu kita perlu mewujudkan pasukan pelapis untuk memberi peluang dan pengalaman kepada mereka untuk menyertai acara-acara terutamanya di luar negara",  katanya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian pada Majlis Perasmian TSG Station dan Memperkenalkan Pelumba Serta Barisan Penaja di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, Pengarah Eksekutif TSG, Datuk Tengku Farok Hussin  Tengku Abdul Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TSG, Ahmad Farhan  Abdul Wahab.Rozi berkata, jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi memilih pelajar yang berkelayakan termasuk mempelawa kanak-kanak yang memiliki basikal lajak untuk  mencuba nasib.“Saya melihat mereka ini sangat berbakat, jika diberi peluang dan terpilih untuk bersama-sama menyertai akademi, sekurang-kurangnya mereka tidak lagi melepak di lokasi tertentu sehingga larut malam.  “Buat permulaan seramai 30 pelajar di bangku sekolah rendah dengan mengutamakan anak jati Terengganu akan diserap bagi memberi pendedahan di akademi itu yang berpusat di Kuala Terengganu.“TSG akan mengendalikan akademi tersebut sepenuhnya termasuk modul pelaksanaannya,""katanya.
14 Mar 18
181
Empty Image
Azizulhasni, Wan Nawawi Terima Anugerah Olahragawan Kebangsaan dan Kepimpinan Sukan
Mohd Azizulhasni  dan Wan Nawawi bersama anugerah masing-masing. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Anak kelahiran Dungun, Mohd Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan di Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2017 yang berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur malam tadi.Anugerah itu berjaya diraih Azizulhasni  atau digelar The Pocket Rocket Man  berikutan mempamerkan prestasi cemerlang di beberapa kejohanan dunia dan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos tahun lalu.Beliau pernah mencipta sejarah tersendiri apabila menggegar dunia dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia (UC) di Hong Kong.Dengan kemenangan itu, Azizulhasni berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil selaku pemenang utama. Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri , Dato’ Wan Nawawi  Wan Ismail dianugerahkan  Kepimpinan Sukan berikutan kejayaan  pasukan boling padang kebangsaan yang diketuai beliau selaku Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) yang meraih enam emas pada Sukan SEA KL2017 lalu. Tahun ini, Majlia Sukan Negara (MSN) telah menerima 83 senarai calon untuk 11 kategori yang ditawarkan yang mana jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding edisi sebelum ini, sekali gus membuktikan prestasi atlet negara kini semakin melonjak ke tahap agak meyakinkan.ASN yang diperkenalkan sejak 1966 merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kejayaan cemerlang sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan pertubuhan sukan tanah air.SENARAI PENUH PEMENANG ASN 2017:1. Olahragawan Kebangsaan - Mohd Azizulhasni Awang @ Muda (Berbasikal).2. Olahragawati Kebangsaan - Cheong Jun Hoong (Terjun).3. Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Muhammad Ziyad Zolkefli (Olahraga).4. Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Tiada pemenang.5. Pasukan Lelaki Kebangsaan - Pasukan Hoki Lelaki.6. Pasukan Wanita Kebangsaan - Pasukan Tenpin Boling Wanita.7. Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Mohd Poad Md Kassim (Olahraga).8. Jurulatih Wanita Kebangsaan - Yoong Sze Yuin (Bola Keranjang).9. Anugerah Tokoh Sukan - KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (Persatuan Bola Sepak Malaysia).10. Anugerah Kepimpinan Sukan - Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (Persekutuan Lawn Bowls Malaysia).11. Anugerah Khas - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) & Hafizh Syahrin Abdullah
13 Mar 18
692
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Lebih 1,000 Sertai Kayuhan Ekspo Terengganu
Antara peserta yang terlibat dalam Fun Ride sempena Ekspo Terengganu 2018. Foto ehsan daripada Lokman Hamid.Lebih 1,000 penggemar sukan berbasikal di negeri ini menyertai program Fun Ride anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bersempena Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.Penolong Pengarah MSNT, Nasree Najmi berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila hampir kesemua ahli kelab-kelab berbasikal di setiap daerah termasuk Setiu, Dungun dan Kemaman turun padang untuk turut sama beriadah.Menurutnya, kayuhan sejauh sejauh 23 kilometer itu bakal mengambil masa antara sejam hingga ke sejam setengah di mana peserta perlu melalui Bulatan Batu Enam, Jambatan Pulau Sekati, Cabang Tiga, Jambatan Sultan Mahmud , Pulau Duyong, Bukit Tumbuh dan kembali ke Kompleks Sukan Gong Badak.“Pada acara yang julung kali diadakan ini kita turut menyediakan hadiah lumayan kepada peserta yang bertuah dengan hadiah wang tunai RM1,000 bagi cabutan bertuah pertama dan RM500 kepada pemenang bertuan kedua dan ketiga.“Selain hadiah wang tunai kita turut menyediakan hadiah barangan elektronik kepada peserta melalui cabutan bertuah yang dilakukan selepas tamat acara kayuhan,” katanya.Dalam pada itu, Nasree berkata, MSNT akan terus memperhebatkan acara-cara sedemikian dalam usaha melahirkan masyarakat sihat menerusi aktiviti sukan selain mengcungkil bakat-bakat baharu sukan berbasikal pada masa akan datang.Pada program itu, peserta dari Kelab BMCC, Asyraf Syazwan Mazuki berjaya dinobatkan selaku peserta bertuah dengan membawa pulang hadiah wang tunai yang disampaikan sendiri, Nasree Najmi selepas tamat kayuhan santai Expo Terengganu 2018. - Sinar Harian
28 Feb 18
79
Empty Image
EKSPO TERENGGANU2018: TPM Rasmi Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad
Ahmad Zahid merasmikan Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad sambil disaksikan oleh Ahmad Razif dan Yasin. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kejayaan Terengganu membina litar lumba untuk anak muda turut menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merasmikan Kedai Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad (KPTDIB) yang terletak di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Ketibaan beliau turut diiringi oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat.Selepas merasmikan kedai tersebut, Ahmad Zahid turut berkesempatan melakukan pelepasan ‘sprint’ bagi kategori kepala lori selain menyaksikan persembahan perlumbaan motosikal dari pelumba-pelumba cilik.Sebelum berangkat pulang, Ahmad Zahid sempat beramah mesra dengan ahli-ahli koperasi tersebut.Sementara itu, Pengerusi KPTDIB, Mohd Yasin Awang berkata kedai tersebut dibina adalah bagi memberi peluang kepada ahli-ahli untuk membeli barangan dengan lebih murah daripada kedai di luar.Katanya, empat buah kedai telah dibina di litar tersebut bagi turut memudahkan kepada peminat-peminat permotoran yang hadir ke situ untuk menyaksikan perlumbaan yang sering dianjurkan.“Tujuan saya menubuhkan kedai ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak muda ke arah lebih teratur dibawah bimbingan koperasi.“Kita ada empat buah kedai di sini untuk ahli-ahli koperasi iaitu kedai pakaian, barangan motosikal dan juga kedai makanan,” katanya.Tambahnya, buat masa sekarang, lebih 500 ahli telah mendaftarkan diri di bawah KPTDIB  sejak ianya ditubuhkan pada tahun lalu.“Kita tidak menetapkan yuran keahlian untuk yang berminat menjadi ahli koperasi kerana kita ingin memberi peluang kepada anak muda melabur.“Ada yang membuat bayaran bermula RM10 dan ada yang membayar RM50 bergantung kepada kemampuan mereka,” katanya.
26 Feb 18
1512
Empty Image
The Pocket Rocketman Cipta Rekod Baharu Asia
Foto Bernama.Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu Asia dalam acara pecut elit lelaki setelah mencatat kepantasan 9.774 saat sewaktu pusingan kelayakan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 di sini, hari ini.Catatan yang membolehkan beliau mengungguli senarai pelumba pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai itu memadam rekod 9.843s yang dilakukan pelumba Jepun, Nitta Yudai di pentas kejohanan yang sama tahun lepas.Pada masa sama, catatan itu turut memadamkan rekod kebangsaan 10.074s miliknya yang dirakam pada edisi 2016 ACC di Jepun.Pelumba yang diberi jolokan 'The Pocket Rocketman' itu berkata pada awalnya misi utama adalah membuat catatan masa di bawah 10s dan langsung tidak menjangka mampu merekodkan kepantasan sehingga 9.774s memandangkan 9.8s adalah sasaran masa terpantas realisitik yang mampu dicapai.“Fokus utama saya hari ini adalah untuk cuba lakukan catatan terbaik di bawah 10s dan ketika saya sedang menunggu giliran, Shah (Muhammad Shah Firdaus Sahrom) terlebih dahulu mencatat masa di bawah 10s jadi selepas itu saya lebih bersemangat."Pada awalnya saya tidak menyangka berjaya mencipta sesuatu kerana suasana ketika saya menamatkan perlumbaan itu senyap seperti tiada apa-apa kejutan yang berlaku, namun apabila saya melihat ke skrin elektronik saya terkejut dan seakan tidak percaya dengan catatan masa itu," katanya kepada pemberita.Atlet kelahiran Dungun, Terengganu berusia 30 tahun itu sebelum ini merangkul pingat gangsa dalam acara keirin pada kejohanan yang berlangsung selama lima hari bermula Jumaat lepas. -  BERNAMA
19 Feb 18
252
Empty Image
Jersi TFC Versi Pemain Mula Dijual Esok
Perbezaan antara jersi versi pemain (kiri) dan jersi versi peminat (kanan)Jersi Terengganu FC (TFC) bagi versi pemain yang akan mula dijual bermula esok dengan harga RM99.90 bakal memberi kepuasan serta keselesaan kepada pemakainya.Pengarah Urusan Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd, Faeez Asry Yusof selaku pengeluar rasmi jersi pasukan tersebut berkata jersi versi pemain tersebut sangat berbeza dengan versi peminat yang mula dijual pada 3 Februari lalu.Katanya, walaupun harganya lebih tinggi berbanding dengan versi peminat, teknologi yang digunakan untuk versi pemain merupakan teknologi terkini yang memberikan keselesaan kepada pemilik jersi itu."Versi pemain ini menggunakan teknologi 'dspex' dimana kain tersebut lebih ringan berbanding jersi versi peminat menjadikannya lebih selesa dipakai."Setiap logo TFC yang ada pada jersi versi pemain juga berbeza apabila mengenakan 'High Density Rubber Rise Material' manakala logo penaja pula menggunakan kaedah 'plastisol' menjadikan logo tersebut nampak lebih teliti pembuatannya," katanya.Tambahnya, terdapat perbezaan ketara yang ditonjolkan oleh dua versi jersi TFC tersebut bersesuaian dengan kehendak peminat pasukan negeri itu."Bagi versi pemain jersi tersebut direka dengan kolar leher bulat manakala versi peminat pula kolar pada jersi tersebut berbentuk V."Selain itu, pada jersi versi pemain, terdapat pesak tambahan bagi menjadikannya lebih menarik berbanding jersi versi peminat," katanya.Selain itu, pada jersi versi pemain, terdapat tambahan logo penaja iaitu SP Bumi yang tidak terdapat pada jersi versi peminat.
17 Feb 18
447
Empty Image
KT City Fun Jaya Konsep Ketiga TTB
Peserta KT City Fun Run 2018 bergambar bersama Menteri Besar sebelum memulakan larian sejauh empat kilometer di Pulau Warisan, kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli PutraProgram beriadah, KT City Fun Run 2018  mencapai konsep ketiga dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu keluarga bahagia serta penyatuan bangsa supaya kekal harmoni sampai bila-bila, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurutnya, program yang berkonsepkan riadah bersama keluarga serta dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain."Selain menjadi gelombang kepada sektor pelancongan, program ini juga dapat mengeratkan hubungan rakan-rakan kerana mereka di sini juga sebagai tempat untuk bersosial."Yang paling seronok kita dapat lihat berlaku penyatuan, tidak kira bangsa dan agama, mereka dapat bersama.  Inilah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ingin mempastikan kehidupan yang harmoni yang kita perjuangkan sejak dulu, kini dan selamanya," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan Program KT City Fun Run 2018 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria.Seramai 4,000 peserta mengambil bahagian berlari mengelilingi  Bandaraya Kuala Terengganu sejauh empat kilometer.Peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang turut menawarkan hadiah utama sebuah motosikal.
01 Feb 18
117
Empty Image
Kobert Taja UKOM FC
Faeez bersama pasukan futsal Ukom FC sebelum perlawanan menentang PLAN Malaysia Projek Timur bermula. Pasukan futsal Unit Komunikasi Negeri (UKOM FC) menerima tajaan jersi daripada pengeluar rasmi jersi bagi Terengganu FC, Kobert.Pengarah Urusan Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd, Faeez Asry Yusof berkata, penajaan tersebut sebagai memberi semangat kepada kepada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan yang bergiat aktif dalam pelbagai bidang sukan terutama bola sepak serta futsal.Katanya, selain sibuk dalam tugasan harian, mereka juga haruslah beriadah supaya lebih cergas dan cerdas, selain memupuk semangat berpasukan dan gaya hidup sihat."Apa yang dilakukan oleh Ukom FC haruslah diberi pujian. Walaupun mereka sering sibuk dalam tugasan harian, namun aktiviti beriadah tidak ditinggalkan untuk terus cergas," katanya kepada Teganukita.Penyampaian tersebut dilakukan oleh Faeez sebelum perlawanan persahabatan antara UKOM FC menentang PLAN Malaysia Pejabat Projek Zon Timur di Gelanggang Futsal Durian Burung, Kuala Terengganu, malam tadi.Dalam perlawanan tersebut, saingan sengit antara Ukom FC dan pihak lawan berakhir dengan seri 6-6.
30 Jan 18
240
Empty Image
Jersi Terengganu FC Dijual Mulai 3 Februari
Jersi Terengganu FC (TFC) dan TFC 2 akan dijual bermula pada 3 Februari ini sempena perlawanan pertama TFC menentang PKNS di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu.Pengarah Urusan Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd, Faeez Asry Yusof selaku pengeluar rasmi jersi pasukan tersebut berkata, terdapat dua versi iaitu versi peminat dan versi pemain yang akan dijual kepada peminat bola sepak negeri.Katanya, bagi keluaran pertama hanya versi peminat sahaja yang akan dijual dan penjualannya amat terhad."Pada 3 Februari ini, sebanyak 1,000 helai jersi utama pasukan versi peminat akan dijual di Kobert Store dan melalui empat agen berdaftar yang boleh dibeli di SSINS pada hari perlawanan."Manakala bagi jersi pelawat dan versi pemain pula, ianya akan mula dijual pada 9 Februari ini pada perlawanan menentang Selangor," katanya kepada Teganukita, hari ini.Tambah Faeez, harga yang ditawarkan bagi versi peminat adalah RM69.90, manakala bagi versi pemain pula berharga RM99.90."Pada musim sebelumnya, versi pemain dijual dengan harga RM129.90. Atas permintaan daripada peminat, kita kurangkan harga sebagai tanda sokongan kepada pasukan negeri," katanya.Dalam pada itu, Faeez mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana memberi kepercayaan kepada pihaknya untuk menjadi pengeluar rasmi jersi pasukan Terengganu bagi musim 2018 dan 2019.
28 Jan 18
515