Artikel "Sukan" Terkini
200 Meriahkan Kabat Bukit Maras
Para peserta merakamkan kenangan di puncak bukit.Seramai 200 peserta terdiri dari remaja, dewasa dan kanak-kanak memeriahkan program Kabat Bukit Maras yang diadakan di Kampung Maras, Tepoh, semalam.Kabat, sebuah istilah rakyat Terengganu yang merujuk kepada aktiviti mendaki ini dianjurkan oleh Persatuan Luncur Udara Terengganu, Amazing Terengganu dan Fit Terengganu sebagai usaha menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan memanfaatkan persekitaran tempat tinggal mereka.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim yang turut bersama dalam program itu berkata kerajaan turut merancang untuk membangun puncak pada ketinggian 1100 meter itu sebagai pusat rekreasi baharu bagi penduduk sekitar.Pemandangan sawah padi dari puncak menarik perhatian pendaki."Pejabat Daerah Kuala Nerus telah meneliti potensi lokasi ini dan bersetuju untuk membina kemudahan asas iaitu pondok rehat dan tandas awam di puncak bukit."Manakala, trek pendakian akan diperbaiki dengan aspek keselamatan tanpa tanpa pengubahsuaian bagi mengekalkan ekosistem dan alam sekitar," katanya.Beliau memaklumkan perancangan itu dijangka akan disepakati dalam masa terdekat setelah segala aspek diselidiki terlebih dahulu.
30 Jun 18
612
Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu
Ahmad Samsuri bersama isteri mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak. Harish Fadzillah Abu KassimKira-kira 15,000 orang hadir ke rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Orang ramai mengambil masa lebih satu jam untuk bersalaman dengan Ahmad Samsuri dan Isteri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman sebelum menikmati pelbagai juadah disediakan.Walaupun terpaksa berdiri dan beratur di tengah panas terik, ia tidak menghalang rakyat termasuk mereka yang bukan beragama Islam untuk hadir ke majlis rumah terbuka yang diadakan bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.Tiada riak keletihan pada pada wajah Ahmad Samsuri dan isteri yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran tetamu.Lebih 200 juadah termasuk laksam, sate, nasi dagang, nasi minyak,keropok goreng segera dan pelbagai kuih muih disediakan untuk pengunjung.Malah, rumah terbuka pemimpin terbabit bukan sahaja dikunjungi masyarakat setempat malah anak perantau dan penduduk luar Terengganu
14 Jun 18
257
Terengganu Mahu Rampas Juara SUKMA 2018
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri (tengah berbaju hijau) bersama Wan Sukairi turun padang memberi sokongan bersama tetamu kenamaan lain bagi menyaksikan bola sepak akhir Liga Juara-Juara, Liverpool menentang Real Madrid dalam Program 'Meh Tengok Bola' di Gelanggang Budaya Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, awal pagi tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Terengganu akan memastikan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018 di Perak pada September ini menjadi milik mereka.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) akan mengatur persiapan serta perancangan rapi bagi menghadapi temasya tidak lama lagi itu.Katanya, Terengganu yang sebelum ini gah dalam persada sukan tanah air sudah dua kali gagal mempertahankan kejuaraan SUKMA pada temasya terdahulu. Kali terakhir Terengganu muncul juara sukan dwitahunan itu adalah pada 2012, selepas bergelar juara bertahan sejak edisi 2008 lagi.“Terengganu dua kali tidak berjaya mengekalkan juara pada SUKMA dan kerajaan negeri akan memastikan kita dapat merampas semula kejayaan itu.“InsyaAllah kita akan melihat keperluan dan persiapan yang sepatutnya supaya tahun ini juara menjadi milik kita. Kita juga berharap semua rakyat Terengganu mendoakan kejayaan ini,”katanya ketika berucap di Program 'Meh Tengok Bola' di Gelanggang Budaya Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, awal pagi tadi.Program anjuran kerajaan negeri sempena perlawanan akhir secara langsung Liga Juara-Juara antara Liverpool menentang Real Madrid yang berkesudahan Real Madrid menang 3-1, disiarkan menerusi layar gergasi, berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung di kalangan anak muda terutama peminat bola sepak.Turut hadir memeriahkan program itu, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Sebelum perlawanan bermula pada jam 2.45 pagi, orang ramai berpeluang menyertai sembang santai bersama tokoh anak muda dan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus.Selain itu, turut diadakan pertandingan PS4, jualan `carboot', cabutan bertuah dan program bersahur serta siaran langsung perlawanan Liga Super antara Terengganu dengan Melaka yang turut dipancarkan menerusi layar gergasi dan menyaksikan tuan rumah menang 1-0.
27 May 18
94
RM3 Juta Bina Padang Sintetik Kemaman
Penduduk di Kemaman khususnya golongan muda dapat memanfaatkan padang sintetik baharu yang pertama di Terengganu bernilai RM3 juta hasil cetusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, semasa beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan dahulu, Najib memberi idea untuk membina satu padang sintetik di Kampung Mak Chili, Kemaman dan inisiatif itu amat ditunggu-tunggu serta kini menjadi kenyataan.“Kemudahan padang sintetik ini menelan kos pembinaan hampir RM3 juta dan kos penyelenggaraan amat rendah serta ia kekal selama tujuh hingga lapan tahun dan tiada sebarang masalah jika dibandingkan dengan kos padang biasa.“Kita bayangkan cuaca sangat mencabar dan hari ini Kemaman dapat laksanakan padang sintetik siap pada waktu sepatutnya dan pemain peringkat negeri mahupun kebangsaan juga boleh menggunakan padang ini.“Selain itu, akan ada penambahan bilik persalinan, pusat bina badan dan lampu dari semasa ke semasa,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Fit Kemaman di Mini Stadium Kampung Mak Chili, Kemaman, hari ini.Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kemaman merangkap calon BN DUN Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said, calon BN DUN Cukai, Dato’ Mohamed Awang Tera dan calon DUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar.Menurut Ahmad Shabery, orang ramai boleh menikmati padang sintetik itu yang secara tidak langsung mencetus era pembangunan bola sepak di Bandar Kemaman.“Pengalaman Kemaman mempunyai padang hoki yang merupakan antara penyumbang besar melahirkan pemain hoki Malaysia.“Saya berharap bermula dari padang sintetik ini Kemaman dapat melahirkan pemain bola sepak untuk negeri atau negara pada masa akan datang,” katanya.
05 May 18
1177
Atlet Negara Juara Swimathon 2018
Perenang kuak lentang 50 meter negara, Tern Jian Han muncul juara kategori laut terbuka. Foto oleh Harish fadzillah Abu KassimPerenang kuak lentang 50 meter negara, Tern Jian Han,22, membuktikan dia juga berbisa di kategori laut terbuka apabila muncul juara Kapas-Marang International Swimathon 2018 di Pantai Kelulut, Marang, pagi ini.Pelajar jurusan Sains Sukan Universiti Malaya itu berkata, kemenangan itu merupakan satu kejutan kerana beliau mengambil keputusan menyertai persaingan itu tanpa melakukan persiapan rapi."Saya baru pulang daripada Sukan Komanwel dan hanya berharap dapat menghabiskan renangan," katanya.Tern memperbaiki cacatan masanya peribadinya apabila mencatatkan 1:25:46 berbanding 1:27:18 pada penyertaan 2016 lalu.Dalam pada itu, remaja dari Singapura, Ervina Lim,16, menggunguli perenang wanita dengan catatan 1:34:20.Ervina berkata, ini kali pertama beliau menyertai Swimathon dan tuah menyebelahinya apabila muncul juara."Kejohanan ini sangat menarik dan negeri ini sangat cantik. Saya pasti akan datang memperbaiki catatan masa tahun hadapan,"katanya yang hadir ditemani kedua ibu bapanya.Kejohanan Kapas-Marang International Swimathon 2018 tahun ini adalah penganjuran kali ke-14 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu dan Majlis Daerah Marang dengan menghimpunkan 650 peserta daripada 24 buah negara.
22 Apr 18
384
Azizulhasni, Fatehah Dominasi Anugerah AST
Ahmad Razif meletakkan plak sebagai gimik merasmikan Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu . Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Raja dan ratu berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa sekali lagi dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati pada Anugerah Sukan Negeri Terengganu (AST) 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.Azizulhasni memenangi anugerah itu sebanyak tiga kali pada musim 2007/2008, 2009/2010 dan 2015/2016, manakala Fatehah pula memenanginya tiga tahun berturut-turut pada 2007/2008,2009/2010 dan 2013/2014.Kejayaan Azizulhasni menjuarai acara keirin di World Track Cycling Championship di Hong Kong tahun lalu dan menghadiahkan dua emas pada temasya Sukan SEA menjadi faktor utama kepada pemilihan beliau sebagai olahragawan Terengganu.Dengan kemenangan itu masing-masing membawa hadiah wang tunai RM7,000, piala pusingan, piala iringan, sijil kepujian serta wang tunai RM2,000 kepada persatuan yang diwakilinya.Hadiah kemenangan disampaikan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman kepada ibu Azizulhasni Selamiah Yong,54, dan Puan Esah Isa, 58 (ibu Fatehah) kerana dua atlet itu masih berada di Gold Cost bagi menyertai kejohanan Sukan Komanwel. Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail pula dinobat sebagai tokoh Sukan Negeri Terengganu dengan membawa pulang piala iringan, sijil kepujian, barangan sukan serta wang tunai RM1,000.Bagi kategori olahragawan harapan pula dimenangi Syed Akma Fikri Syed Ali melalui sukan petanque manakala olahragawati harapan dimenangi Nur Iman Aina Ahmad Sabti juga melalui sukan petanque di mana kedua-duanya membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil kepujian, wang tunai RM2,500 serta RM1,000 kepada persatuan yang diwakilinya.Sementara itu, Zuhairie Ahmad Tarmizi atlet berbasikal paralimpik yang menggondol empat emas pada temasya Sukan Para ASEAN 2017 pula dinobatkan sebagai Olahragawan Paralimpik Terengganu 2017.Manakala, olahragawati paralimpik pula disandang oleh atlet berbasikan paralimpik wanita iaitu Nur Shahida Tajudin yang memenangi satu perak dan satu gangsa pada temasya sukan yang sama tahun lalu. sukan serta wang tunai RM1,000.
09 Apr 18
364
Gimnasium Rakyat Dibangunkan Di Setiap DUN
Antara aktiviti dilaksanakan sempena Fit Malaysia pagi ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimTerengganu bakal membangunkan gimnasium rakyat di Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengumumkan perkara itu berkata, kemudahan sukan di seluruh Terengganu untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan masyarakat.Katanya, buat permulaan, kemudahan itu akan dibina di Kuala Nerus sebelum diteruskan ke setiap DUN."Kita juga merancang untuk mewujudkan program dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berserta insentif untuk menggalakkan rakyat membentuk berat badan ideal," katanya ketika merasmikan Program FIT Malaysia peringkat negeri di Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, pagi ini.Ahmad Razif turut mengumumkan pembinaan litar lumba kedua bersebelahan Velodrom Azizulhasni yang bakal dibina di Dungun.Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Briged Jeneral Mohd Khairy Jamaluddin juga mengumumkan pembinaan Kompleks Sukan baharu di DUN Jabi untuk masyarakat sekitar Setiu.Khairy berkata, program Fit Malaysia di Terengganu pada kali ini mencatat rekod tersendiri, apabila menarik penyertaan kira-kira 25,000 peserta menerusi acara larian dan berbasikal sekali gus menjadi antara penyertaan terbesar negara setakat ini.
30 Mar 18
162
Velodrom Azizulhasni Bakal Dibina Dalam Tempoh Terdekat
Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada Azizulhasni . Foto Tg Syamim Tg IsmailKerja- kerja pembinaan Velodrom Azizulhasni di Dungun yang dirancang sejak beberapa tahun lalu, akan dimulakan dalam tempoh terdekatMenteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata velodrom bernilai kira-kira RM12 juta itu akan dibina di atas tanah seluas 12 hektar di Kampung Balai Besar, di Dungun dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020."Dengan terbinanya velodrom ini, ia sekali gus menjadi kebanggaan rakyat Terengganu kerana memiliki prasarana sukan bertaraf antarabangsa di daerah ini."Selain itu, kita harap usaha ini dapat melahirkan lebih ramai pelapis berpotensi untuk mewakili negara dalam sukan lumba basikal di kejohanan peringkat antarabangsa," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peletakan Batu Asas Velodrom Terengganu di Dungun, petang ini.Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Velodrom itu dibina sebagai menghargai jasa pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang juga anak jati Dungun kerana berjaya mengharumkan nama negara hingga ke pentas dunia dalam acara lumba basikal.
29 Mar 18
65
Kejayaan TSG Bukti Usaha Kerajaan Tidak Sia-Sia
Kejayaan Pasukan Berbasikal Terengganu (TSG) melakar sejarah muncul juara keseluruhan buat pertama kali selepas 22 tahun penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL), membuktikan usaha kerajaan Terengganu terhadap pembangunan sukan berbasikal tidak sia-sia.Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selaku pemimpin nombor satu negeri itu, beliau sangat berbangga dengan pencapaian pasukan TSG, malah rakyat Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya, juga amat gembira dengan kemenangan tersebut."Setelah 22 tahun kita tunggu, hari ini dapat mencipta sejarah dan dicipta pasukan TSG. Sudah pasti kerajaan Terengganu akan memperkasakan lagi sukan berbasikal. Kita akan terus membantu pasukan dalam mencari bakat baharu.“Saya percaya kejayaan Ovechkin akan membakar semangat pelumba tempatan dalam pasukan TSG untuk melakar kejayaan lebih cemerlang pada masa akan datang," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.Kejayaan pelumba Rusia, Artem Ovechkin memenangi jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan untuk pasukan Malaysia, menutup saingan perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 yang melabuhkan tirainya di Dataran Merdeka, semalam.Tiada sasaran diletakkan kepada pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) itu, namun beliau membuktikan kerjasama berpasukan yang erat selain sokongan padu daripada kerajaan negeri Terengganu yang membuat pelaburan besar terhadap TSG, jelas membuahkan hasil positif.Untuk rekod, Ovechkin merupakan pelumba pertama yang meraih jersi kuning untuk pasukan Malaysia sejak pengenalan LTdL pada 1996.Dalam pada itu, pelumba Itali kembali menguasai jersi hijau selaku Raja Pecut dengan pelumba pasukan Bardiani-CSF, Andrea Guardini menyambar jersi berkenaan buat kali keempat setelah memenangi jersi berkenaan sebanyak tiga kali sebelum ini - 2011, 2012 dan 2016.- Bernama
25 Mar 18
158
LTdL 2018: Penduduk Terengganu Teruja Saksi Saingan
Peluang menyaksikan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 yang menamatkan peringkat ketiga semalam tidak dilepaskan segelintir penduduk Terengganu.Mohd Zakri Ibrahim, 37, yang berkerja sebagai penyelenggara elektrik di Kuala Nerus mengakui teruja dengan acara gemilang yang jarang disaksikan secara langsung di depan mata sendiri."Saya membawa anak- anak datang untuk memberi pengalaman menyaksikan acara peringkat antarabangsa ini. Saya harap kerajaan negeri akan terus jadi penganjur kerana Terengganu merupakan pengeluar bakat atlet basikal negara," katanya yang ditemani dua anaknya.Manakala, Zaharatul Aini Mohd Albakri,42 dari Pulau Pinang pula tidak menyangka kunjungannya ke Kuala Terengganu memberikan pengalaman berharga apabila berpeluang menyaksikan persaingan beberapa pelumba yang menamatkan perlumbaan di bandar Kuala Terengganu."Ini kali pertama saya saksikan LTdL. Ia sangat mengujakan kerana dapat melihat sendiri kelajuan dan semangat pelumba di garisan penamat," katanya.Bagi Zarif Syahmi Mohd Othman, 11, yang mengunjungi lokasi persaingan ditemani bapa dan sepupunya, Mohd Farish Mohd Rosdi,10, pula mengimpikan untuk menjadi pelumba negara suatu masa nanti."Seronok dapat lihat LTdL, saya sangat bersemangat dan mahu jadi seperti mereka suatu hari nanti," katanya.LTdL 2018 akan memulakan peringkat keempat bermula di Dungun pagi ini.
20 Mar 18
287