Artikel "Sukan" Terkini
Terengganu Usul Lima Isu Kepada Menteri Belia Dan Sukan
Terengganu membangkitkan lima perkara kepada Kerajaan Pusat termasuk isu peruntukan khas kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Terengganu Cycling Team (TSG) seperti yang dijanjikan oleh Menteri Belia dan Sukan terdahulu, dalam mesyuarat di Putrajaya, semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, permohonan insentif khas itu berdasarkan kejayaan cemerlang atlet Terengganu dan juga kecemerlangan sukan berbasikal di mata dunia yang dicapai oleh TSG.Katanya, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menyentuh pembinaan Velodrom berbasikal di Dungun, Pembinaan Kompleks Sukan Hulu Terengganu, Pembinaan Kompleks Sukan Mini di Jabi, Setiu dan Pembinaan Pusat Rekreasi Air di Pulau Duyong."Semua projek ini sebahagiannya telah pun diletakkan batu asas pembinaan dan telah diumumkan sendiri oleh menteri terdahulu, juga oleh kementerian dan diluluskan dalam perancangan projek RMK10 (Rancangan Malaysia Ke-10)."Dengan pendekatan politik yang matang ditunjukkan oleh YB Menteri, saya yakin ianya akan dapat dilaksanakan dan direalisasikan," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas Mesyuarat Bersama Menteri di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, semalam.Turut hadir dalam mesyuarat itu semua Exco Belia Dan Sukan Negeri-negeri seluruh Malaysia.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam turut menzahirkan rasa senang dengan sikap matang yang ditunjukkan oleh YB Menteri apabila berulang kali memberitahu untuk memastikan pembangunan sukan dan projek berkaitan tidak akan diabaikan serta tetap akan melaksanakan pembangunan itu di negeri pembangkang seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang.Malah, menurut beliau lagi, Saddiq juga bersetuju untuk melakukan lawatan ke Terengganu, Kelantan dan Pahang untuk menyelaraskan semua perkara berkaitan kementeriannya di antara kerajaan pusat dan negeri secepat yang mungkin.
07 Aug 18
419
SUKMA XIX: Terengganu Hasrat Rampas Kembali Kejuaraan
Oleh Suhaimi TaibKerajaan Terengganu berhasrat untuk merampas kembali kejuaraan dengan misi ‘Win Back Mission 2018’ dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke XIX di Perak bermula 12 hingga 22 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan meletakkan 69 pingat emas sebagai matlamat pencapaian untuk merampas kembali kejuaraan sukan berkenaan tahun ini.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.Katanya, Terengganu pernah muncul juara keseluruhan sebanyak empat kali berturut-turut dari tahun 2008 hingga 2012.Pada kejohanan bagi edisi ke-18 di Sarawak dua tahun lalu, Terengganu menduduki tempat ketiga di belakang Selangor dan Sarawak selepas memperoleh 47 pingat emas, 42 (perak) serta 44 (gangsa).Menurut beliau, sukan yang menjadi tumpuan sebagai target pingat emas ialah lumba basikal, judo dan memanah.Katanya, pencapaian dalam sukan lumba basikal sebelum ini ialah Mohammad Azizul Hasni Awang, merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.Azizul Hasni terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008.Beliau telah dianugerahkan Olahragawan Kebangsaan sempena Anugerah Sukan Negara 2017 di Kuala Lumpur baru-baru ini.Semetara pencapaian terbaharu sukan judo pula ialah sebanyak 15 pingat emas , enam pingat perak dan 14 pingat gangsa berjaya diraih oleh 32 atlet Persatuan Judo Negeri Terengganu (TEJA) dalam Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan 2018 Ke-23 yang telah berlansung di Universiti Putra Malaysia Serdang Selangor, pada 7 dan 8 April lalu.Atas kejayaan itu, TEJA menerima insentif kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM26,200.00 keseluruhannya.Menurut laporan Portal Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Farah Aqilah Azlan merupakan atlet yang menerima ganjaran tertinggi sebanyak RM1,500.00 setelah berjaya merangkul satu pingat emas bagi acara 52kg ke atas dan satu pingat gangsa bagi acara Judo Kata (Uke).Pada 1 Ogos lalu Menteri Besar Terengganu Dr. Samsuri Mokhtar telah melantik dan menyerahkan watikah perlantikan kepada Bapa Angkat untuk 29 Kontinjen SUKMA di Perkarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN).Mereka termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Haji Alias Razak (Kontinjen Berbasikal), Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato’ Tengku Hassan Omar (Kontinjen Badminton), Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri, Dr. Haji Mamad Puteh (Kontinjen Hoki).Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Abdul Rahman (Kontinjen Angkat Berat), Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri 2, Abdul Razak Ibrahim (Kontinjen Karate), Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim (Kontinjen Bola Sepak).Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Zainal Abidin Mohamed (Kontinjen Akuatik), Pegawai Daerah Setiu, Haji Rosdi Awang (Kontinjen Gimnastik), Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr. Azman Ibrahim (Kontinjen Lawn Bowls), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah (Kontinjen Memanah).Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Haji Satiful Bahari Mamat (Kontinjen Menembak), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri, Haji Hishamudin Abdul Karim (Kontinjen Olahraga), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Haji Ridzuan Hashim (Kontinjen Pencak Silat).Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Haji Ahmad Shah Muhamed (Kontinjen Perayu Layar), Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairudin Aman Razali (Kontinjen Sepak Takraw), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi (Kontinjen Skuasy), Ahli Parlimen Setiu, Haji Shaharizukirnain Abdul Kadir (Kontinjen Taekwando).Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman (KontinjenTenpin Bowling), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Sulaiman Sulong (Kontinjen Wushu), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awan, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Saiful Azmi Suhaili (Kontinjen Bola Baling).Pengarah Pelancongan Negeri, Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak (Kontinjen Bola Jaring), Pegawai Daerah Besut, Haji Shahidan Embok (Kontinjen Bola Keranjang), Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Haji Hanafiah Mat (Kontinjen Golf), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Haji Hilmi Harun (Kontinjen Judo).Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Haji Maliaman Kassim (Kontinjen Kriket), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Haji Alias Harun (Kontinjen Muay Thai), Ahli Parlimen Dungun, Haji Wan Hassan Mohd. Ramli (Kontinjen Petanque).Timbalan Pengerusi Jawantankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Haji Wan Hapandi Wan Nik (Kontinjen Ragbi) dan Ahli Parlimen Kemaman, Haji Che Alias Hamid (Kontinjen Tinju).Sementara itu, Ustaz Wan Sukairi berkata, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM8 juta untuk kejayaan cemerlang dalam sukan berkenaan tahun ini.Atlet-atlet Terengganu dilatih oleh seramai 133 orang jurulatih termasuk 10 orang jurulatih luar negara membabitkan sukan akuatik, badminton, bola jaring, hoki, kriket dan sepak takraw.Di samping itu mereka juga dilatih oleh 53 jurulatih sambilan dan 70 orang jurulatih sepenuh masa bagi memantapkan prestasi dan keupayaan mencapai kemenangan dalam sukan berprestij itu.“Sebanyak 217 program latihan intensif telah diadakan termasuk 41 daripadanya diadakan di luar negara.“Manakala kem jati diri dan ‘team building’ berjumlah 28 siri kem,” jelasnya.Sebanyak 472 kejohanan telah disertai sejak awal penyediaan kontinjen iaitu sejak bulan November tahun 2016 meliputi 84 kejohanan yang diadakan di luar negara.Tinggal lagi usaha yang gigih perlu digembelengkan antara pelatih dan atlet dengan dokongan bapa-bapa angkat yang dilantik.Negeri Terengganu berpeluang cerah untuk menjadi juara berdasarkan perkembangan latihan dan pencapaian semasa kontinjen.Menurut Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Latihan Kotinjen telah memasuki fasa akhir.Seluruh jentera telah digerakkan secara agresif supaya kontinjen negeri bersedia sepenuhnya untuk merealisasikan misi tersebut dengan membawa piala kejuaraan pada 22 September nanti.Ustaz Wan Sukairi dan Timbalannya Haji Hishamudin bertemu sendiri dengan atlet-atlet SUKMA bagi memberi sedikit sebanyak suntikan semangat kepada mereka.Kontinjen negeri akan menyertai kesemua 26 jenis sukan yang dipertandingkan.“Bagaimanapun kita hanya menyertai sebanyak 85 peratus dari keseluruhan acara yang dipertandingkan,” jelas Ustaz Wan Sukairi.Kontinjen Terengganu tidak menyertai beberapa acara dalam sukan akuatik, gimrama, badminton, karate, pelayaran, olahraga, taekwando dan wushu.“Namun 85 peratus merupakan peratusan tertinggi dalam sejarah penyertaan kontinjen Terengganu setakat ini,” jelas beliau lagi.
05 Aug 18
197
Terengganu Tekad Rampas Kembali Juara Keseluruhan Sukma 2018
Ahmad Samsuri menyerahkan surat perlantikan kepada ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim yang merupakan bapa angkat bagi acara olahraga pada Majlis Pelantikan Bapa Angkat Bagi Setiap Acara Sukan SUKMA 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu bertekad untuk merampas semula kejuaraan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan diadakan di Perak dari 12 hingga 22 September ini selepas kali terakhir meraih kejayaan sejak 2008 hingga 2012.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dengan sasaran 69 pingat emas kontinjen Terengganu yang diwakili 555 atlet optimis mampu merampas kembali gelaran juara keseluruhan dimana sasaran pingat emas kali ini diharap dapat dijelmakan menerusi acara berbasikal, judo dan memanah.“Kerajaan negeri sehingga kini telah membelanjakan sebanyak RM8 juta sebagai persediaan menghadapi SUKMA kali ini,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis Pelantikan Bapa Angkat Bagi Setiap Acara Sukan SUKMA 2018 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini.Sementara itu, Wan Sukairi berkata, pelantikan bapa angkat dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan ketua jabatan itu diharap memberi kesan positif kepada pencapaian cemerlang atlet yang bertanding pada Sukma edisi kali ini.Katanya, perlantikan bapa angkat juga bertujuan memastikan kelancaran seluruh aktiviti dan memberi suntikan semangat serta menjaga kebajikan anak buah masing-masing.Sebagai rekod, Terengganu muncul juara keseluruhan buat julung kali ketika menjadi tuan rumah temasya Sukma 2008 apabila meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa.Lebih manis, Terengganu mencipta rekod apabila muncul juara keseluruhan buat kali keempat berturut-turut pada temasya Sukma 2012 di Pahang.Ketika itu, kontinjen Terengganu dinobatkan selaku juara selepas berjaya membawa pulang 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa.
01 Aug 18
65
"Teruskan `Me-rocket' The Pocket Rocket Man" - MB
Kejayaan demi kejayaan telah dilakarkan oleh warga Terengganu dalam bidang akademik, sukan dan sebagainya hingga ke peringkat antarabangsa.Kejayaan `The Pocket Rocket Man', Azizulhani Awang yang merangkul Pingat Emas di Piala Basikal Trek China 2018, dalam acara kegemarannya iaitu Keirin, baru-baru ini membanggakan seluruh kepimpinan dan rakyat Terengganu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam laman Facebook `Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar' mengucapkan tahniah kepada anak Terengganu yang memahat nama di persada dunia itu."Kegigihan beliau yang konsisten berlatih dan terus mencipta kejayaan perlu dijadikan dorongan kepada anak muda lain."Teruskan "me-rocket" The Pocket Rocket Man!," ulas beliau lagi.Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang menerima suntikan berharga menjelang Sukan Asia di Jakarta-Palembang, bulan depan selepas memenangi pingat emas kedua pada kejohanan Piala Trek China 2018 di Taiyuan, China pada Khamis lalu. Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu, yang meraih pingat emas pertama dalam acara pecut pada Rabu, meneruskan kayuhan bertenaganya untuk memenangi emas kedua dalam acara keirin pada Khamis.Mohd Azizulhasni mencatat masa 13.569 saat untuk menewaskan dua pelumba China, Xu Chao dan Wang Yibo, yang masing-masing memenangi perak dan gangsa selepas ketinggalan 0.568 dan 0.811 saat di belakang pelumba Malaysia itu.
29 Jul 18
132
Peserta Luar LAJSM 2018 Meningkat Lima Kali Ganda
Wan Sukairi (berdiri tiga kiri) menunjukkan t-shirt LAJSM 2018 di Majlis Sidang Media Pra-Pelancaran LAJSM 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimPeserta luar negara bagi Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2018 menunjukkan peningkatan lima kali ganda kepada 2,000 orang berbanding hanya 400 peserta tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, LAJSM 2018 yang akan berlangsung 8 September depan di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu dijangka disertai 50,000 peserta dari dalam dan luar negara.“Sehingga kini, seramai 48,000 orang telah mengesahkan penyertaan termasuk peserta luar negara seperti Singapura, Thailand, Somalia, Yaman, United Kingdom, India, China, New Zealand serta Afrika.“Berdasarkan peningkatan bilangan peserta luar negara pada setiap tahun dimana pada 2016 hanya 100 pelari, 2017 (400) dan tahun ini seramai 2,000 yang telah berdaftar, kita percaya bahawa acara ini berupaya dijadikan salah satu platform utama mempromosikan negeri melalui pelancongan sukan sekali gus menjana ekonomi tambahan rakyat Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sidang Media Pra-Pelancaran LAJSM 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT), Dato’ Wan Hisham Wan Salleh dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Wan Sukairi memberitahu, kerajaan negeri terus memberi kepercayaan penuh kepada POAT bagi mengurus dan menjayakan LAJSM 2018 dengan tema ‘Vacay Run’atau ‘Lari Sambil Melancong’ bagi menjayakan Visit Beautiful Terengganu.Katanya, LAJSM yag menawarkan hadiah keseluruhannya bernilai RM214,000 menampilkan lima kategori utama iaitu 42 kilometer (km), 21 km, 12 km, lima km dan tiga km yang dijadualkan bermula pukul 12.01 tengah malam sehingga pukul 10 pagi keesokannya.
25 Jul 18
151
Bas Kite Promosi Terengganu Sepanjang Sukma Perak
Wartawan Harian Metro, Zaid Salim menerima hadiah utama yang disampaikan A.Rahman selepas berjaya mengumpul jatuhan pin tertinggi bagi kategori VIP dalam pertandingan boling di Pusat Boling Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu.Terengganu akan membawa 'Bas Kite' mengelilingi Bandar Ipoh, Perak sebagai inisiatif mempromosi pelancongan negeri sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Perak tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bas yang dikendalikan Syarikat Cas Ligas, anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memaparkan`Keindahan Terengganu’ itu akan bergerak di sekitar bandar, selain membawa atlet dari penginapan ke pusat latihan serta venue pertandingan bermula seminggu sebelum kejohanan sehingga tamat temasya itu.“Bas cas ligas akan bergerak di Ipoh sebagai satu promosi yang unik. Setakat ini Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama PMINT akan menyediakan sebuah bas dan mungkin menambah kepada dua bergantung kepada keperluan semasa,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Pertandingan Boling Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, di Pusat Boling Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu, baru-baru ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Dalam pada itu, jabatan pelancongan negeri selaku bapa angkat kepada pasukan boling Terengganu mahu memastikan pegawai serta atlet yang mewakili acara itu mampu menjadi duta pelancongan dalam mempromosikan keunikan dan produk istimewa di Terengganu.Sukma Perak bakal berlangsung pada 12 hingga 22 September ini menjadi temasya sukan negara terbesar kali ke-19 yang menghimpunkan atlet dari seluruh Malaysia untuk bersaing dalam 29 sukan.
23 Jul 18
77
5,000 Peminat Bola Sepak Saksi Perlawanan Akhir Piala Dunia
Menteri besar menyampaikan penghargaan kepada penaja progam.Kira-kira 5,000 peminat bola sepak menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang ditayangkan melalui skrin gergasi di Pentas Budaya Pantai Kelulut, Marang, malam tadi.Pemimpin negeri yang hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah.Pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik diadakan sepanjang dua hari program yang berakhir malam tadi.Antara aktiviti ialah pertandingan e-games Pro Evolution Soccer (PES), derma darah, jualan 'foodtruck', musik 'live band' dan kuliah santai yang menampilkan penceramah terkemuka, UstazAzhar Idrus.Ustaz Azhar Idrus menggamatkan progam dengan kuliah santai.Pertandingan 'Street Soccer 3 on 3' pula menyaksikan penyertaan 64 pasukan daripada lapan daerah di seluruh negeri.Ahmad Samsuri menyatakan harapan agar acara anjuran kerajaan negeri itu bukan sekadar untuk menonton perlawanan bola, sebaliknya menjadi majlis mengeratkan persaudaraan sesama masyarakat."Semoga acara yang dianjurkan empat tahun sekali ini menjadi kenangan manis kepada kita semua," katanya.Perlawanan tersebut menyaksikan Perancis akhirnya bergelar juara buat kali kedua dalam tempoh 20 tahun.Pengunjung pelbagai golongan memeriahkan program.
15 Jul 18
71
Terengganu Tuan Rumah Kejohanan Tenpin Boling Maksak
Terengganu bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia 2018 Ogos ini.Setiausaha Kehormat Maksak Terengganu, Mohd Rahimee Mohd Ramli berkata, buat julung kalinya Maksak Terengganu diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kejohanan yang akan diadakan 8 hingga 12 Ogos di Coral Crown Bowling, Paya Bunga Square Kuala Terengganu.Menurut beliau, 18 pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli kelab Maksak seluruh Malaysia akan menyertai kejohanan termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Katanya, majlis penutup dan penyampaian hadiah kejohanan akan diadakan 12 Ogos bertempat di Paya Bunga Sentral yang bakal disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya merangkap Yang DiPertua Maksak Terengganu.
10 Jul 18
467
Kurangkan Penglibatan Orang Politik Dalam PBSNT
Dr. Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Korobori Pengakap kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri menghormati keputusan ahli-ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang sebulat suara bersetuju meminda perlembagaan persatuan dalam Kongres Luar Biasa (EGM) PBSNT 2018 yang berlangsung di Kuala Terengganu, semalam.Agenda utama yang dipersetujui ialah pindaan Artikel 33 Perkara 1 dan 2 serta Artikel 39 PBSNT yang menyaksikan jawatan presiden secara automatik akan disandang oleh Menteri Besar Terengganu.Pindaan itu menyaksikan PBSNT kini diterajui Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan peletakan jawatan Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman secara rasmi susulan tampuk pentadbiran negeri kini diterajui Kerajaan PAS selepas merampasnya daripada Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu.Sementara itu Ahmad Samsuri berkata, berhubung jawatan Timbalan Presiden yang dahulunya dipegang mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail yang telah dikosongkan, pihaknya sedang meneliti beberapa perkara sebelum mengisi kekosongan tersebut.“Saya sedang meneliti beberapa perkara, sebab yang paling penting sekarang ini adalah objektif yang kita hendak capai.“Paling penting, kita mahu cari jalan terbaik membentuk organisasi dari segi struktur dan kepimpinan bagi mengembalikan balik kegemilangan sukan bola sepak Terengganu. “Saya akan berbincang dengan beberapa pihak termasuk bekas-bekas pemain, jurulatih dan pihak berkaitan yang ada kepentingan dalam sukan bola sepak di negeri ini dan selepas itu saya akan membuat keputusan apa yang terbaik,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kepimpinan baru PBSNT di Majlis Perasmian Penutup Korobori Pengakap kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Dalam pada itu, Wan Sukairi berkata, pihaknya menyambut baik keputusan PBSNT yang mahu Presiden PBSNT ditentukan kepada individu yang menjawatan sebagai Menteri Besar.“Kita menghormati apa yang telah diputuskan di peringkat persatuan dan seperti yang telah diputuskan secara automatik Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan menjadi Presiden PBSNT menggantikan mantan Menteri Besar yang lalu.“InsyaAllah, di peringkat Timbalan Presiden ianya akan dilantik dengan persetujuan presiden,” ujarnya.Menurut beliau lagi, kerajaan negeri juga akan mengurangkan kebergantungan PBSNT kepada orang politik secara berperingkat-peringkat bagi memastikan pengurusan persatuan itu bergerak lancar.“Kerajaan negeri akan mengikuti apa yang diputuskan dalam EGM sehingga sampai ke satu peringkat PBSNT dapat mengurangkan kebergantungan kepada orang politik secara beransur-ansur.“Namun begitu ia mungkin akan memakan masa satu hingga dua tahun kerana kita hanya akan melepaskan PBSNT apabila persatuan ini berada pada tahap yang kita yakin dapat berdikari termasuk dari sudut kewangan dan kepimpinan,” ujarnya.Selain itu juga, menurut beliau lagi, strategi untuk mengurangkan kebergantungan persatuan kepada penglibatan orang politik adalah bagi membantu pemain menonjolkan permainan yang lebih bermutu. “Kerajaan negeri akan kurangkan penglibatan orang politik dalam persatuan ini kerana setelah sekian lama orang politik menjadi Presiden dan Timbalan Presiden PBSNT, prestasi pasukan bola kita tidak konsisten, kadang naik dan kadang turun.“Kita mahu lihat persatuan boleh berdikari dan juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada kewangan kerajaan negeri,’ ujarnya.Katanya, beliau juga mengharapkan pengurusan baru PBSNT bukan sahaja dapat berjalan dengan baik tetapi dapat meningkatkan lagi prestasi bola sepak Terengganu ke peringkat tertinggi seperti yang dipamerkan oleh sukan berbasikal apabila menunjukkan prestasi begitu cemerlang.
08 Jul 18
270
Sultan Mizan Sertai Saingan 40km RTES-STC Endurance Ride
Sultan Mizan turut beraksi bagi kategori 40km di kejohanan RTES-STC Endurance Ride 2018. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd NoorKejohanan RTES - STC Endurance Ride 2018 yang berakhir semalam meriah dengan penyertaan lebih 30 penunggang dalam dan luar negara.Kejohanan berlangsung di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu itu diadakan selama empat hari bermula 28 Jun lalu dengan empat kategori dipertandingkan.Kategori 180km dan 40km dipertandingkan pada 28 Jun dan acara pelepasan disempurnakan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Paling menarik, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan menyertai kategori 40km.Manakala, kategori 80km dan 120km pula memulakan saingan pada hari berikutnya. Perlumbaan kategori itu yang tamat semalam penunggang UniSZA Endurance, Nazulki Muda dan penunggang KAET, Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Sa'ari masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat pertama.
03 Jul 18
567