lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Kemalangan Penyebab Kadar Kematian Tertinggi
Ustaz Wan Sukairi (kiri) beramah mesra dengan seorang pemandu SMPJPJ.Oleh: Wan Luqman Hakim KUALA NERUS - Boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku perperangan dan juga ada kematian di Gaza, Palestin. Jika dibandingkan kematian akibat kemalangan yang berlaku di Gaza, jauh lebih besar jurangnya berbanding dengan kemalangan yang berlaku di Malaysia.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia adalah suatu perkara yang pelik, kerana biasanya tempat yang berlaku peperangan banyak berlaku kematian namun kematian banyak juga terjadi di negara yang tiada peperangan."Di Malaysia tidak ada perperangan, tetapi kematian berlaku hampir setiap hari," katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah ketika merasmikan Program Skuad Muda JPJ (SMJPJ), di Litar Gong Badak, di sini, kelmarin (17 Ogos).Katanya, dalam tempoh 6 bulan bermula bulan Januari hingga Jun tahun ini, Terengganu mencatatkan 5,403 kemalangan dan 147 kematian."Ini adalah suatu angka yang tinggi sebenarnya."Menyedari tentang perkara ini, maka skuad muda JPJ ingin mencuba suatu perkara yang baru."Ianya bertujuan supaya kita berjaya menuntut perkara yang diingini dengan mengenengahkan konsep-konsep dan pendekatan-pendekatan yang boleh dilaksanakan," ujarnya.Tambah beliau, setiap rancangan akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang akan dicapai dan mendapat kejayaan."Program ini akan membakar semangat agensi-agensi kerajaan yang lain."Mudah-mudahan program ini akan memberi inisiatif yang baru kepada kita dengan adanya ilmu untuk menghindari dan mencapai angka sifar kemalangan," jelasnya.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastuktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri.
19 Aug 18
258
Empty Image
Sukan Wadah Penyatuan Masyarakat
Wan Hapandi (tiga dari kiri) ketika menyampaikan ucapan alu -aluan pada pertandingan tersebut.DUNGUN - Kerajaan Negeri Terengganu menggalakkan agar rakyat dapat menceburi bidang sukan kerana ianya dilihat sebagai satu wadah untuk menyatupadukan keharmonian dalam kalangan penduduk di negara ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Hassan berkata, ianya dapat dilihat dengan kehadiran masyarakat dari pelbagai kaum dan umur berkumpul sekiranya satu pertandingan sukan diadakan di peringkat negeri mahupun di peringkat antarabangsa.Menurutnya, semua lapisan umur dilihat bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran mereka dan keharmonian sebegini sangat diharapkan demi menjaga keamanan di negara ini."Di negara lain yang bergolak, kita lihat masyarakatnya hidup dalam kesedihan dan ketakutan disebabkan oleh sikap individu atau kumpulan yang hanya mementingkan agenda peribadi mereka sehingga sanggup mengorbankan keharmonian masyarakat mereka sendiri," katanya.Wan Hapandi ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas merasmikan Kejohanan Sepak Takraw anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Lembah, di sini, kelmarin (17 Ogos).Dalam pertandingan tersebut, sebanyak 12 buah pasukan telah mendaftar untuk bertanding dalam kejohanan tersebut.Wan Hapandi melontar bola takraw sebagai gimik perasmian kejohanan tersebut.Menurut Wan Hapandi, pihaknya memuji usaha penganjuran yang telah diadakan dalam mencungkil bakat-bakat baru di kalangan anak muda dalam sukan sepak takraw."Negeri Terengganu dikenali sebagai 'kilang' melahirkan bakat baru dalam sepak takraw di mana ramai pemain sepak takraw telah mewakili negeri dan negara dalam sukan ini," katanya.Tambah Wan Hapandi, kerajaan negeri sentiasa memberikan galakan dan sokongan terhadap setiap aktiviti pembangunan sukan yang dilakukan agar dapat melahirkan atlet yang dapat membawa cabaran negara ke peringkat antarabangsa satu hari nanti."Kita sudah ada wakil dari negeri ini yang sudah mengharumkan nama negara dalam sukan berbasikal yang banyak merangkul kejayaan di peringkat antarabangsa dan kita harapkan lebih ramai lagi dari negeri ini yang dapat mengharumkan nama negara satu hari nanti," katanya.Menurut Wan Hapandi, aktiviti seperti ini amat digalakkan kerana ianya dapat mengisi masa lapang anak-anak muda dengan menyertai aktiviti riadah dan sekaligus dapat mengelakkan mereka dari melakukan sebarang aktiviti-aktiviti negatif.“Jikalau dilihat, hari ini terlalu banyak masalah sosial yang melibatkan  anak-anak muda dan kita berharap dengan aktiviti sebegini akan dapat membendung budaya yang boleh merosakkan akhlak dan masa depan merek," katanya.Tambah Wan Hapandi,  kerajaan negeri juga telah menyediakan peruntukan di setiap dun bagi penganjuran sebarang aktiviti sukan di setiap kawasan mereka .
18 Aug 18
291
Empty Image
Badminton Tertutup Setiu Cungkil Bakat Anak Muda
Oleh: Ariss AliasSETIU - Penganjuran Kejohanan Badminton beregu Lelaki Tertutup Setiu mampu mencungkil dan mengasah bakat orang  ramai terutama golongan belia. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap,  Azmi Maarof berkata kejohanan anjuran Kelab Badminton Chalok (KBC) itu merupakan langkah terbaik untuk  mencungkil bakat, mencari pelapis di kalangan anak- anak muda."Saya cukup komited untuk mengadakan pertandingan seumpama ini pada masa akan datang  supaya lebih ramai masyarakat setempat  bersama-sama menyertainya sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengamalkan gaya hidup sihat," ujarnya. Beliau berkata sedemikian ketika Majlis Penutup Kejohanan Beregu Lelaki Tertutup Setiu di Dewan Sivik Chalok, di sini, semalam.Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  Chalok Kedai, Rosli  Othman dan Ketua Pemuda Pas DUN Langkap yang juga Pembantu Penyelia Latihan i-Mits Suharmizi Hamzah.Dalam kejohanan tersebut, pasangan Bustamin dan Wahab bangkit untuk menjuarai kategori B beregu lelaki setelah menewaskan gandingan Amirul dan Izat yang menunjukkan semangat juang yang tinggi. Bagi kategori C pula menjadi milik pasangan Khairul Azmi dan Abdullah setelah menewaskan pasangan Muqri dan Amirul Aizie.
18 Aug 18
136
Empty Image
JBPM Sasar Pingat Di Kejohanan Bina Badan Dunia
Majlis amanat dan penyerahan pakaian sukan oleh PPjB Sobberi bin Basiran, Komandan ABPM Wilayah Timur kepada peserta bina badan bagi menyertai Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan, Mr Malaysia 2018.KUALA TERENGGANU- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yakin lapan atlet  mereka mampu meraih pingat tanpa mengira warna pada Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan, Mr Malaysia 2018  yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 17 Ogos ini di Melaka.Jurulatih pasukan bina badan JBPM, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB )Hasmadi Jusoh berkata, mereka bakal menggalas cabaran kontijen JBPM dan membawa pulang kejayaan melalui penyertaan buat julung kali ini.Jelasnya, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran itu berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan anak buahnya ketika menjalani latihan yang turut diketuai bersama PgKB ll Alias Musa."Oleh itu pihak kami berusaha untuk latih semua atlet membuat persiapan terbaik bagi memastikan mereka berada di tahap terbaik menjelang kejohanan.“Masih ada masa.. kami akan manfaatkan masa ini untuk buat persiapan terakhir bagi memastikan atlet kami bersedia sepenuhnya pada kejohanan nanti."Kalau boleh kita nak bomba serba boleh, kalau sebut sukan..orang dah gerun untuk bertanding kerana reputasinya yang bukan sahaja pandai bermain tetapi mempunyai tenaga dan stamina yang tinggi sekali gus membawa imej yang baik kepada JBPM," katanya kepada pemberita ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, di sini,  hari ini.Hasmadi berkata. JBPM sememangnya merasa gembira dengan penyertaan anggota bomba agar mereka terlibat dalam aktiviti sukan bagi meningkatkan produktiviti mereka dan melahirkan modal insan yang berkualiti.Sementara itu, dua anggota bomba dari BBP Kuala Terengganu, PB Ezam Aziery Mamat dan PB Yusri Yong merupakan antara lapan atlet yang akan berentap di kejohanan tersebut.Bagi PB Ezam Aziery, beliau bersiap sedia untuk menyertai kejohanan ini buat pertama kali dan berusaha untuk membawa balik kejayaan terutama bagi pihak JBPM."Setakat ini saya sudah buat semua persiapan dari segi mental dan fizikal melalui latihan yang rapi tanpa menjejaskan kerja sebagai anggota sebab saya bawa nama bomba sebenarnya."Saya kena bijak bahagikan masa, untuk kerja dan latihan supaya tidak berlaku pertindihan lagi pun kerja ikut masa lebih memudahkan untuk lakukan latihan secara konsisten dan bawa balik pingat untuk JBPM," katanya.
16 Aug 18
1263
Empty Image
RM500 Untuk Pemenang Pingat Emas Acara Memanah SUKMA
Ustaz Mohd Nor Hamzah memberikan motivasi kepada para atlet acara memanah SUKMA. Foto - Syaiful Mustafa Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinSagu hati RM500 akan diberikan kepada atlet Terengganu yang berjaya membawa pulang pingat emas dalam dalam acara memanah Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan berlangsung di Perak tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, RM500 akan diberikan sebagai hadiah kepada pemenang pingat emas dalam acara tersebut.Beliau yang merupakan bapa angkat kepada Pasukan Memanah Terengganu bersedia memberikan sumbangan peribadi itu untuk menghargai dan menaikkan motivasi pemain-pemain pasukan negeri.“Semoga mendapat pertolongan daripada Allah untuk memberikan kemenangan kepada anda semua yang telah berusaha dengan gigih."Kita perlu mengharumkan Negeri Terengganu bahkan mengangkat sukan memanah ini sebagai sukan yang hebat.."Saya yakin dan positif terhadap pasukan ini, mudah-mudahan mereka mampu mencapai keputusan yang baik dan membawa pulang sekurang-kurangnya 5 emas, 2 perak dan 2 gangsa," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas Lawatan Bertemu Pasukan Memanah Negeri Terengganu di Padang Sasar Scout Inn, Seberang Takir, semalam (15 Ogos).Kejohanan tersebut akan berlangsung di Padang Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak, pada 15 hingga 21 September 2018.Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut memberikan motivasi dengan menyatakan bahawa mereka yang bersungguh-sungguh dalam sukan memanah ini akan mendapat pahala.Ianya kerana memanah ialah antara perkara yang menjadi sunnah dalam ajaran Islam.Beliau juga berpesan supaya para pemain dapat menjaga dan meningkatkan  kesihatan mental dan jasmani dalam persediaan menghadapi pertandingan yang akan menjelang tidak lama lagi.Lawatan Ustaz Mohd Nor Hamzah bertemu pasukan memanah Negeri Terengganu bertujuan untuk melihat tahap prestasi dan juga menyuntik semangat kepada para atlet.Pasukan ini terdiri daripada 14 orang atlet. Mereka berlatih setiap hari kecuali hari Selasa dan dibantu oleh beberapa jurulatih yang profesional.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Ibni Amin Busu bersama Pengurus Pasukan Memanah, Jailani Halus.
15 Aug 18
540
Empty Image
Terengganu Jadi Tuan Rumah Boling Padang Asia
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berucap dalam sidang media tersebut. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Terengganu bakal mencatat sejarah apabila terpilih menjadi tuan rumah Asian Lawn Bowl Beatiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018  yang akan berlangsung di gelanggang boling padang, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.Kejohanan selama 4 hari dan berakhir 28 Ogos depan itu  menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM14,000.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah bagi kejohanan itu merupakan satu pengiktirafan besar dan perlu dibanggakan.Katanya,  pemilihan itu bermungkinan disebabkan  Terengganu memiliki kemudahan gelanggang boling padang antara yang terbesar di Asia.''Gelanggang  yang dinaiktaraf membabitkan peruntukan RM6 juta  itu pernah dijadikan gelanggang temasya Sukan Malaysia (Sukma) dan pelbagai kejohanan sama ada peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Sidang Media kejohanan sukan itu di Hotel Permai, petang ini.Wan Sukairi berkata, seramai  118 atlet iaitu  88 atlet  tempatan dan 30 atlet luar negara membabitkan negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura menyatakan minat untuk beraksi dalam kejohanan tersebut.“Kerajaan negeri percaya dengan penganjuran program seumpama itu berupaya menghimpunkan pemain-pemain boling padang professional dan amatur, selain menaikkan imej Terengganu di mata dunia,” katanya
15 Aug 18
102
Empty Image
30 Atlet SUKMA Dirai
Kuala Nerus - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman meraikan kira-kira 30 orang  atlet sukan bowling dan bola jaring di satu majlis hi-tea di Restoran Warisan Sari,  Tok Jembal di sini pada 14 Ogos.Arrifin (berkod) dan Haji Tun Ahmad Faisal (tiga,kanan) bertanyakan sesuatu kepada atlet SUKMA XIX. Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Ratu Bowling Negara, Shalin Zukafli bersama rakan-rakan beliau  yang akan ke Palembang tidak lama lagi.Dalam status facebooknya Ariffin berharap para atlet berusaha bersungguh-sungguh agar dapat membawa pulang pingat emas, seterusnya dapat mengharumkan nama Negeri Terengganu."Saya selaku bapa angkat sukan bowling SUKMA tahun ini, berharap para atlet berusaha bersungguh-sungguh agar dapat membawa pulang pingat emas, seterusnya dapat mengharumkan nama Negeri Terengganu, " katanya.Sebelum itu Kerajaan Terengganu berhasrat untuk merampas kembali kejuaraan dengan misi ‘Win Back Mission 2018’ dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke 19 di Perak bermula 12 hingga 22 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan meletakkan  69 pingat emas sebagai sasaran pencapaian untuk merampas kembali kejuaraan sukan berkenaan tahun ini.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.
14 Aug 18
49
Empty Image
20 Pasukan Rebut Piala ADUN Jabi
Kejohanan Bolasepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi membuka tirai semalam dengan penyertaan 20 pasukan.Kejohanan yang dijangka berakhir pada penghujung September menjadi perintis di Terengganu sebaik peralihan kerajaan yang baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14.Perlawanan antara Kepala Gajah FC vs Felda Selasih FC di Padang Bola Kampung Kerandang, menjadj pembuka tirai kejohanan.ADUN Jabi, Dr. Azman Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri berkata, kejohanan itu merupakan medan untuk mengembangkan bakat dan menghimpunkan anak muda DUN berkenaan ke arah aktiviti  yang lebih sihat.Kata beliau lagi, acara yang melibatkan anak muda itu juga agenda yang diberi keutamaan kepimpinan baru kerajaan Terengganu.
11 Aug 18
231
Empty Image
Kontinjen JBPM Capai Sasaran Pingat SUKBOM
Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Sharikan Bustaman (berdiri, tengah) meraikan kejayaan atlet kontinjen Terengganu dalam Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2018 di Melaka yang berakhir Isnin lalu.Kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu membawa pulang 10 pingat emas dalam Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2018 di Melaka, baru-baru ini.Timbalan Penguasa JBPM, Rozizah Abnihajar yang juga ketua kontinjen berkata, kutipan tersebut mencapai sasaran dan turut melakar sejarah tersendiri dengan dinobatkan juara keseluruhan bagi acara ping pong dengan jumlah pungutan dua emas dan satu gangsa.Jelasnya, kesemua 10 pingat emas itu turut diperoleh menerusi acara badminton, olahraga, bowling, 'Mr Wonderful' dan golf."Penyertaan kali ini merupakan pencapaian terbaik terutama dalam acara balapan, dan kejayaan ini adalah hasil usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam kalangan atlet."Kontinjen yang melibatkan 82 orang atlet memberikan kerjasama yang cukup baik sehingga meletakkan JBPM Terengganu di tangga keenam berbanding kedudukan kelapan dalam SUKBOM 2016 yang lalu di Negeri Sembilan," katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, semalam.Rozizah yang juga Ketua Balai JBPM Kuala Terengganu turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat..SUKBOM 2018 berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), menyaksikan kontinjen ibu pejabat muncul juara keseluruhan menerusi kutipan 22 emas.Kejohanan dwitahunan akan datang dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang pada tahun 2020.
08 Aug 18
283
Empty Image
Terengganu FC II Kekal Sebagai `Feeder Team'
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)  bersetuju untuk mengekalkan Terengganu FC II (TFC II) sebagai pasukan 'feeder team' (pasukan simpanan), manakala pasukan utama Terengganu Football Team I (TFC I) akan terus dimantapkan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.Keputusan mengenai kedudukan pasukan kedua negeri itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PBSNT pertama yang dipengerusikan Presidennya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, Timbalan Presidennya,  Hishamuddin Abdul Karim yang juga Timbalan Pengerusi Jawtankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri.Setiausaha Agung PBSNT, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, pasukan kedua Terengganu itu akan terus bersaing dalam Liga FAM 2019."Sehubungan itu juga, PBSNT juga bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan yang akan bertanggungjawab menguruskan pembangunan bola sepak negeri ini dengan lebih tersusun, sistematik dan holistik"BSNT juga menyusun beberapa langkah proaktif dalam memperkukuhkan saingan di masa hadapan dan akan diumumkan dari semasa ke semasa. Tumpuan buat masa ini adalah untuk Piala Malaysia dengan mengharapkan agar pasukan TFC terus mara dan bangkit.Tengku Farok berkata, kerajaan negeri dan PBSNT berharap agar perancangan dan keputusan berkenaan akan membuahkan hasil yang positif dalam perkembangan bola sepak negeri.
08 Aug 18
60