lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Bola Sepak Erat Ukhwah Pemuda, MPKK
Oleh: Abd MuhaiminSETIU - Ukhwah pemuda dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Banggol Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri semakin erat hasil penganjuran Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Kampung Banggol yang melibatkan 12 pasukan dari kalangan belia.Pengerusi MPKK Kampung Banggol, Zulkefili Che Esa berkata, penganjuran bola sepak tujuh sebelah di Padang Bola Kampung Banggol, di sini merupakan langkah utama kita bagi merapatkan golongan belia dan juga ahli jawatankuasa MPKK."Saya cukup puas hati dengan penganjuran seumpama ini yang mana kita dapat melihat golongan belia menjadi lebih akrab bersama jawatankuasa MPKK Kampung Banggol sekali gus dapat mengamalkan budaya hidup yang sihat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah di Padang Bola Kampung Banggol, baru-baru ini (24 Ogos).Hadir sama, Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, Pegawai Khas Penyelaras DUN Permaisuri, Arman Nulamir Ab Wahab, Pengarah JPRD Wahab Jusoh dan semua jawatankuasa MPKK Kampung Banggol.Sebelum itu, Shaharizukirnain yang turut hadir memberi sokongan kepada peserta program juga berbangga dengan kejayaan penganjuran julung kali berkenaan yang dilihat menjadi asas utama ke arah gaya hidup yang cerdas dan sihat."Syabas dan tahniah kepada MPKK dengan penganjuran perlawanan seumpama ini. Islam tidak mengharamkan aktiviti bersukan asalkan ianya menepati tuntutan syariah, ahli sukan boleh menjadi contoh melalui sukan yang tidak melalaikan dan pemakaian yang menutup aurat. Kita juga akan diberi ganjaran pahala apabila ahli sukan yang lain mencontohi kita dalam menjaga aurat dan solat," kata beliau lagi.
26 Aug 18
154
SUKMA XIX: Tunggu Pengumuman Penting MB, 5 September ini
SUKMA XIX: Tunggu Pengumuman Penting MB, 5 September ini
Ustaz Wan Sukairi- Foto Tengku Syamim   KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka akan membuat pengumuman penting berhubung dengan kemajuan terkini atlet Terengganu ke Sukan Malaysia ke 19 (SUKMA XIX) di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, 5 September ini.   Pengumuman itu akan dibuat di majlis khas yang dianjurkan kerajaan negeri bagi meraikan para atlet SUKMA XIX yang akan berlepas menyertai sukan tersebut di Negeri Perak.   Dr Ahmad Samsuri akan menyerahkan bendera kepada 555 atlet negeri di majlis yang sama sebagai simbolik dan menanam semangat untuk berjuang merampas kembali kejuaraan keseluruhan kali kelima dalam sukan berkenaan yang akan berlangsung pada 12 hingga 22 September ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah membuat kenyataan tersebut di Sidang Media di Wisma Darul Iman baru-baru ini.   Katanya, atlet negeri berada ditahap terbaik dan menyertai latihan agresif selama dua tahun untuk mencapai kejayaan tersebut.   Menurut beliau 10 acara sukan menjadi sasaran emas Terengganu termasuk acara berbasikal, judo, angkat berat, memanah dan perahu layar.   "Kita (Terengganu) mensasarkan mendapat emas dalam sukan berbasikal, judo, angkat berat, memanah dan perahu layar serta kita menjangkakan mendapat lebih dari 14 pingat emas dalam acara berbasikal," katanya.   Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Derwan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata kontinjen negeri Terengganu meletakkan sasaran 69 pingat emas dalam sukan tersebut.   Sementara itu di Majlis Perhimpunan Kontinjen Terengganu Menjelang 100 Hari Sukma XIX Perak di Kuala Nerus, baru-baru ini, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Encik Ibni Amin Busu, dilaporkan sebagai berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan penyusunan serta persiapan rapi dilakukan pihaknya sejak dua tahun lalu.   Antara sukan yang menjadi perhatian untuk meraih pingat emas buat Terengganu juga termasuk taekwondo, silat dan olahraga.   Menurut beliau, komitmen yang ditunjukkan oleh atlet negeri itu yang dalam latihan intensif fasa terakhir juga telah mempamerkan perkembangan positif ke arah meraih kejayaan di Perak.   "Acara-acara sukan lain juga ada diletakkan dalam senarai sasaran emas dan kami yakin jumlah 69 emas boleh dicapai.   "Berbanding edisi lalu di Sarawak, kontinjen Terengganu  tahun ini akan mempertaruhkan 35 peratus muka baru," kata Encik Ibni Amin.  
26 Aug 18
55
Empty Image
Atlet Terengganu Raih Pingat Gangsa Di Sukan Asia 2018
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (kanan) menyampaikan insentif kerajaan negeri kepada atlet skuasy negara, Mohd Nafiizwan Adnan.JAKARTA - Atlet Terengganu, Mohd Nafiizwan Adnan menjadi kebanggaan negara dan mengharumkan Negeri Terengganu apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan skuasy lelaki Sukan Asia 2018 yang masih berlangsung di Jakarta dan Palembang.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata, walaupun hanya berjaya meraih pingat gangsa, Mohd Nafiizwan Adnan yang merupakan antara anak Terengganu telah mempersembahkan yang terbaik buat negara."Kunjungan ke Jakarta sempena Sukan Asia pada kali ini bertujuan untuk memberikan kata-kata semangat buat semua atlet Terengganu yang mewakili negara."Mereka bukan sahaja berusaha mengharumkan nama negara, malah telah mengharumkan nama Negeri Terengganu.Pihak kerajaan negeri turut mengambil kesempatan menyampaikan insentif buat semua atlet negeri yang terpilih mewakili negara sempena Sukan Asia kali ini sebagai salah satu bentuk motivasi buat mereka,” katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (27 Ogos).Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam mengetuai rombongan Kerajaan Negeri Terengganu bagi mengunjungi Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta dan Palembang."Inisiatif yang dimainkan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) ini meletakkan objektif utama bagi meraikan atlet negara yang berasal dari Negeri Terengganu sebagai salah satu bentuk motivasi untuk mereka."Seramai 35 orang atlet yang mewakili negara sempena Sukan Asia 2018 ini berasal dari negeri Terengganu."Satu majlis ringkas turut diadakan di wisma atlet atau perkampungan atlet di Kemayoran bersama atlet negara dari Terengganu," ujarnya.Pihak kerajaan negeri turut menyampaikan insentif sokongan buat semua atlet Terengganu yang terpilih mewakili negara sebagai tanda sokongan pihak kerajaan negeri dalam aktiviti sukan.Buat masa ini, Malaysia telah berjaya meraih dua pingat emas melalui acara boling dan skuasy, lima perak dan lima gangsa.Sasaran yang ingin dicapai oleh kontinjen negara masih berpotensi untuk diraih melalui acara sukan yang berbaki.Wan Sukairi Wan Abdullah bersama ahli rombongan berkesempatan menyaksikan keseluruhan acara separuh akhir perseorangan skuasy lelaki dan wanita di Arena Skuasy Gelora Bung Karna.Turut bersama menyertai rombongan ini adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Mohd Rahimee Mohd Ramli, .
26 Aug 18
214
Empty Image
Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.Oleh: Syaiful MustafaKUALA TERENGGANU - Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di Pertuan Muda Terengganu 2018 akan berlangsung di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, pada 7 hingga 9 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia , Sukan dan NGO negeri , Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Negeri Terengganu merupakan di antara negeri yang sangat memberi penekanan kepada sukan bahkan pernah digelar sebagai kilang atlet untuk negara.Katanya, komitmen Terengganu yang begitu kuat dalam bahagian sukan ini bukan sahaja bergiat dalam berbasikal malah juga begitu sinonim dengan sukan berkuda.“Sultan Mizan Zainal Abidin adalah merupakan Sultan yang sangat meminati sukan berkuda."Di Terengganu sendiri kita memiliki kemudahan yang bertaraf internasional ataupun antarabangsa untuk sukan berkuda ini,” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata  demikian ketika ditemui pihak media di pejabatnya.Sehubungan itu, beliau berkata, Perlumbaan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan pada tahun ini, turut diadakan pada 12 sehingga 14 Oktober depan.Justeru, beliau menyeru kepada orang ramai agar memberikan sokongan kepada sukan yang menjadi ‘sunnah nabi’ itu.“Dengan adanya pertandingan sebegini dapat lagi menyemarakkan sukan berkuda dan menjadikan sukan tersebut  sebagai sukan yang akan disertai oleh orang ramai di kalangan rakyat Terengganu,” tambah beliau.
26 Aug 18
111
Empty Image
Gelanggang Bowling Padang Gong Badak Bertaraf Dunia
Dato' A Rahman (kanan) bertanyakan sesuatu kepada peserta Terengganu. -Foto Harish Fadzillah. KUALA TERENGGANU - Gelanggang Bowling Padang Gong Badak di sini yang bernilai RM6.5 juta menempa sejarah apabila julung-julung kali mengadakan kejohanan bertaraf dunia dengan penyertaan 11 buah negara bermula 25 hingga 28 Ogos.Kejohanan Pasukan Campuran Bowling Padang Asia 'Beautiful Terengganu Malaysia' Tahun 2018 merupakan kejohanan pertama diadakan di situ dan berlangsung di dua gelanggang berasingan masing-masing berkeluasan 40 meter persegi.Presiden Persatuan Bowling Padang Malaysia Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, ia satu pengiktirafan dunia yang diberikan oleh Persatuan Bowling Padang Antarabangsa kepada gelanggang tersebut yang merupakan perlawanan pertama selepas ia siap dibina baru-baru ini. Korea Selatan turut serta dalam Kejohanan tersebut.Katanya, negara yang menghantar peserta ialah Singapura, Sri Lanka, Thailand, Brunei Darul Salam, China, Macau, Korea Selatan, Pakistan, Filipina, Hongkong dan Malaysia. Seramai 110 atlet menyertai kejohanan tersebut."Pasukan Terengganu turut serta dalam kejohanan tersebut sebagai tuan rumah," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Kejohanan tersebut 26 Ogos. Kejohanan itu dirasmikan Setiuasaha Kerajaan Terengganu Dato' A Rahman Yahya.Dato' A Rahman (tengah) mencuba permainan bowling padang di Gelanggang Gong Badak Kuala Terengganu disaksikan oleh Dato' Haji Wan Nawawi (kiri).Dato' Wan Nawawi berkata, antara tujuan kejohanan itu diadakan ialah untuk memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan menarik asia kepada para peserta.Mereka akan dibawa berkunjung ke Tasik Kenyir Hulu Terengganu yang berupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara.Antara peserta beraksi dalam kejohanan tersebut."Jika ada kesempatan mereka akan dapat berkunjung ke Santuari Kelah di Tasik Kenyir untuk merasai kejinakan ikan sungai termasuk ikan kelah di tempat tersebut," ujarnya.Beliau juga memperkenalkan tempat-tempat menarik yang patut atlet sukan berkenaan melawat termasuk Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah.Di sekitar pulau berkenaan, terdapat hidupan laut termasuk terumbu karang antara kehidupan laut tercantik di dunia.
25 Aug 18
747
Empty Image
700 Sertai Kayuhan Komuniti Sayangi Malaysiaku
Haji Amzad Hashim ceria dan bersemangat meneruskan kayuhan bersama para peserta. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailOleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU - Program Kayuhan Komuniti Sayangi Malaysiaku anjuran Kerajaan Negeri Terengganu berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 700 orang peserta dari seluruh pelusuk negeri.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, kerajaan dan rakyat harus sama-sama berganding bahu dan membulatkan tekad untuk membina negeri yang baik untuk kesejahteraan bersama."Ianya bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera kepada semua."Saya mengharapkan program seperti ini dapat terus merapatkan silaturrahim dalam kalangan rakyat Terengganu daripada pelbagai bangsa dengan menzahirkan rasa kecintaan dan kebersamaan kita di dalam menyambut kemerdekaan ini," ujarnya.Sehubungan dengan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan penganjur di atas kerja keras dan penglibatan program yang bermakna seperti ini dalam menghayati kemerdekaan negara kita.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Kayuhan Komuniti Sayangi Malaysiaku di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini (25 Ogos).Sementara itu, menurut Haji Amzad yang juga Timbalan Yang Dipertua Parti Islam Se-malaysia (PAS) Kuala Terengganu, beliau pada asalnya bercadang untuk turut sama menyertai kayuhan dalam jarak satu kilometer sahaja sebenarnya."Tetapi oleh kerana semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak merdeka kita yang berbasikal, saya teruja untuk turut sama mengayuh sehingga sepuluh kilometer jaraknya," katanya.Turut hadir, Ketua Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil, Pengerusi Terengganu Revolution Cycling Team, Wan D’zlyshah Wan Shahreman, Pegawai Khas Menteri Besar, Mohd Sabri Zakaria dan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Abdul Fattah Ghani.
25 Aug 18
434
Empty Image
Enam Pasukan Meriahkan Bola Sepak 9 Sebelah Kampung Bukit
Oleh : Ariss AliasSetiuKejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Kampung Bukit, di sini,  menarik penyertaan enam pasukan yang diwakili warga belia dan veteran.Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, kejohanan anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bukit yang bermula semalam berakhir hari ini berjaya merapatkan silaturahim dan memupuk semangat kesukanan di kalangan peserta."Saya amat gembira melihat sambutan oleh penduduk kampung terhadap kejohanan ini dan insyaAllah kita akan mengadakan kejohanan bola sepak yang lebih besar di peringkat DUN selepas ini,"katanya di majlis penutup dan penyampaian hadiah, hari ini.Turut hadir, Penolong Penyelia Kemasyarakatan dan Kebajikan Pusat Khidmat DUN Langkap, Ahmad Mohd Nor, Pengerusi MPKK Kampung Bukit, Zulkifli Mahmood Chen dan Pengerusi MPKK Tayor Tengah, Encik Mazlan Musa.Kejohanan ini menarik kehadiran ramai penduduk kampung yang menyokong pasukan masing-masing.Program turut dimeriahkan dengan pasukan bola sepak remaja Sekolah Sukan Bukit Nenas yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kampung Bukit.
24 Aug 18
300
Empty Image
SUKMA 2018 : Yakin Capai Misi Menang Kembali
Ustaz Wan Sukairi Wan AbdullahOleh: Athiyah SakinahKUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu yakin akan mencapai sasaran menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) untuk kali yang kelima dengan moto ‘Win Back Mission’.Pengerusi Jawantankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan kontinjen Terengganu yang akan mmenyertai SUKMA yang akan diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan bermula 12 hingga 22, September ini.“SUKMA ini merupakan sukan yang terbesar di peringkat kebangsaan dan diadakan dua tahun sekali dan negeri Terengganu pernah  menjuarai sebanyak empat  kali berturut-turut,“iaitu  pada tahun 2008, 2010, 2011 dan 2012 (serta) kali ini juga Negeri Terengganu mensasarkan untuk kemenangan kali yang kelima,” tegasnya.Wan Sukairi yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata, beliau telah pun mengikuti perkembangan latihan-latihan yang diadakan dan saya lihat atlet-atlet kita begitu bersemangat dan bertungkus lumus untuk siapkan diri dengan persiapan yg terakhir.“Mereka juga turut berazam untuk  merampas kembali kejuaraan sukma di peringkat kebangsaan untuk kali ini,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya, Wisma Darul Iman, pada Ahad 19 Ogos.Menurut beliau lagi , Terengganu akan menghantar seramai 555 orang atlet dengan 314 atlet lelaki manakala seramai 214 atlet wanita.Katanya, sebanyak 29 acara yang akan dipertandingkan,  dan daripada keseluruhan acara-acara tersebut sepuluh yang akan menjadi sasaran.“Sasaran untuk mendapat emas diantaranya ialah acara berbasikal yang menjadi acara "favourite" atau pun acara kegemaran Terengganu yang keduanya acara  judo, takraw, acara silat, olahraga, menembak, memanah, boling padang, bola sepak dan juga angkat berat,“Sepuluh acara ini adalah acara yang kita meletakkan target yang besar untuk memperolehi pingat emas,” ujarnya.Setakat ini, katanya, sebanyak 53 emas, 28 perak dan juga 42 gangsa yang telah menjadi sasaran Terengganu .Justeru itu, untuk lebih menyemarakkan lagi semangat para atlet, beliau berkata, pihak Majlis Sukan Negeri telah melantik bapa-bapa angkat sukan yang akan disertai, terdiri daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan jabatan yang tertentu.“Kita telah melangsungkan acara penyerahan…..pelantikan bapa angkat bersama dengan semua atlet yang diadakan di Wisma Darul Iman baru-baru ini,” tambah beliau
20 Aug 18
344
Empty Image
TFC III Ke Pentas Final
Oleh:Mohd Zukifli MatKUALA TERENGGANU - Sekali lagi pasukan bola sepak Terengganu, TFC III berjaya  menjejaki langkah Terengganu FC IV ke pentas final Piala Presiden 2018 selepas menundukkan JDT III 1-0 pada masa tambahan, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,di sini, malam tadi.Tempoh 90 minit perlawanan gagal menghasilkan sebarang jaringan sehingga mengheret ke masa tambahan. Gol berjaya diledakkan pada minit terakhir perlawanan melalui tendangan sudut yang disudahkan melalui jaringan Amirul Syazwan.Perlawanan bersejarah itu turut disaksikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim.Dalam pada itu, Hishamuddin yang akan berada di Jakarta dan Palembang menghadiri  Asean Games pada 24 Ogos ini, memberitahu akan berusaha pulang lebih awal bagi memberikan sokongan kepada perlawanan akhir Piala Presiden yang dijadualkan pada 29 Ogos di Cheras, Selangor. TFC III akan bertemu pasukan Kedah dalam perlawanan akhir Piala Presiden 2018."Harapan tinggi penyokong bola sepak Terengganu, pasukan yang bertarung dalam Piala Belia dan  Piala Presiden ini akan menjulang kejuaraan pada 26 dan 29 Ogos ini."Usah memandang rendah pihak lawan, sentiasa fokus dan mengekalkan semangat berpasukan untuk kejuaraan. Pasukan pemain tidak bersendirian, mereka memiliki penyokong yang setia dan pengurusan yang sentiasa bersama," ujar beliau.
20 Aug 18
52
Empty Image
Tahniah! Terengganu FC IV Layak Ke Final
Ustaz Hishamuddin (tengah dari belakang) bersama pemain-pemain pasukan Terengganu FC IV. Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA NERUS - Perlawanan separuh akhir kedua Piala Belia 2018 menyaksikan pasukan Terengganu FC IV menumpaskan pasukan Melaka United U19 dengan agregat 4-3 selepas berhempas pulas di laman sendiri.Mereka berentap di padang dengan 10 pemain selepas seorang pemain dikenakan kad merah pada minit yang ke-46.Terengganu FC IV akhirnya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, perlawanan ini cukup mendebarkan terutamanya apabila pasukan Terengganu dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua."Perlawanan yang cukup mendebarkan. Saya bangga dengan kesungguhan pemain-pemain pasukan Terengganu FC IV," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas oleh pemberita selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala Belia 2018 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, semalam (19 Ogos)."Walau bagaimanapun, Terengganu bangkit mempamerkan aksi luar biasa apabila menjaringkan gol kemenangan di minit-minit akhir perlawanan."Saya optimis dan berharap agar Terengganu dapat membawa pulang piala tersebut dan terus mempamerkan aksi yang luar biasa di pusingan akhir nanti," ujarnya.Ustaz Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh turut serta menyaksikan perlawanan tersebut.
20 Aug 18
383