Artikel "Sukan" Terkini
Azizulhasni Raih Pingat Emas Kelima Negara
Foto: Bernama.JAKARTA - Pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang meraih pingat emas kelima buat kontijen Malaysia setelah memenangi acara pecut individu lelaki dalam saingan Sukan Asia 2018, kelmarin (29 Ogos).'The Pocket Rocketman' menepati ramalan apabila menewaskan pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia.Pingat emas itu merupakan yang pertama dimenangi beliau di Sukan Asia dalam acara tersebut.Pingat gangsa pula dimenangi pelumba Korea Selatan, Im Chea-bin yang menewaskan seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom dalam penentuan tempat ketiga.
31 Aug 18
50
Bekas Jaguh Lumba Motosikal Negara Dedah Hampir Kehilangan Dua Kaki
Wazi Abd Hamid berkongsi pengalaman beliau dalam arena sukan permotoran. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Hampir kehilangan dua kaki sewaktu perlawanan tidak menyebabkan bekas jaguh lumba motor negara, Wazi Abd Hamid berputus asa dari kariernya suatu ketika dahulu.Bagi pelumba yang pernah merangkul gelaran Juara Asia kategori 125cc pada tahun 1995, 1996 dan 2000, ianya suatu rekod yang dianugerahkan oleh Allah.Ditanya mengenai permasalahan berkaitan motosikal dan anak muda pada hari ini, beliau menyatakan bahawa anak muda sememangnya tidak dapat dipisahkan dari sifat sukakan cabaran."Apa yang terpenting adalah bagaimana cara kita menggunakan kemudahan dan minat yang ada."Kita terikat dengan undang-undang yang jelas-jelas untuk manfaat bersama tidak kira pengguna jalan raya yang lain bahkan kita sendiri."Maka, ikutlah apa yang baik buat diri kita dan orang lain," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Sambutan Ambang Hari Kemerdekaan di Taman Shahbandar, kelmarin (29 Ogos).Sementara itu, tambah beliau, anak muda perlu mewarnai dunia permotoran khususnya anak Negeri Terengganu."Kita cukup berbangga dengan kejayaan pelumba motosikal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah di usia yang muda."Anak muda harus memberi sumbangan kepada negara dengan menceburi bidang sukan seumpama ini."Jangan berentap di jalan raya yang mengundang bahaya pada orang lain," jelasnya.
31 Aug 18
295
‘Bapa Angkat SUKMA’ Jadi Ikutan
Cikgu Alias Harun (tengah) bersama 'anak angkatnya' pasukan Muay Thai Negeri Terengganu.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Pelantikan 'Bapa Angkat' untuk setiap acara sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang dipelopori Terengganu, kini menjadi ikutan negeri-negeri lain.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Cikgu Alias Harun berkata, program khusus itu adalah sebahagian daripada mekanisme pemantauan persiapan atlet.Katanya, ia memberi sokongan kepemimpinan dan penyelarasan program di dalam membantu mewujudkan komuniti berpasukan.“Pendekatan yang diperkenalkan ini ialah ‘Bapa Angkat’ turun ke medan , berjumpa dengan atlet-atlet kita, ketika mereka mula latihan lagi dan akan turut serta dalam pertandingan di SUKMA bagi memberi semangat kepada atlet kita”, jelas beliau yang dilantik sebagai ‘Bapa Angkat’ acara sukan Muay Thai di SUKMA Ke-19 nanti.Tambahnya lagi, ianya juga memberi suntikan nilai-nilai positif dan motivasi dalam pembangunan sukan serta meningkatkan semangat juang para atlet dan membantu tingkatkan persediaan mental atlet.“Bagi negeri Terengganu, ketua kontijennya adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Haji Samiun Salleh, dan timbalannya ialah Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Faroq Husin Tengku Abdul Jalil," jelas beliau.Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang menambah, temasya sukan dwi-tahunan itu akan diadakan di Perak bermula pada 12 September sehingga 21 September 2018.Manakala katanya, pertandingan bagi sukan Muay Thai bermula pada 15 hingga 21 September, 2018 dan gelanggangnya bertempat di Grik, Perak.“Pengurus yang terlibat sepenuh masa ialah Hashim Ramli, dan jurulatih salah seorang daripadanya ialah Hafiz Rozaidi Ramli bersama dengan tiga lagi jurulatih”, tambahnya lagi.Cikgu Alias berkata, Negeri Terengganu menghantar seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada sembilan orang atlet lelaki dan enam orang wanita.“Daripada persiapan dan juga laporan-laporan, kita jangkakan dua pingat emas menerusi atlet yang bernama Mohamad Azizi , dengan beratnya ialah 48-51 kilogram bagi lelaki dan menerusi atlet perempuan, Siti Nur Fadhilah, berat 57-60 kilogram bagi wanita," katanya.Beliau yang ditemui di pejabatnya di Batu 48, pada 30 September juga memaklumkanbahawa terdapat tiga orang daripada mereka sedang berada di Hong Kong menyertai pertandingan antarabangsa.Beliau turut meletakkkan harapan yang tinggi kepada pasukan ‘anak angkatnya’ akan membawa balik pingat emas untuk acara Muay Thai ini bagi Negeri Terengganu.
31 Aug 18
215
SUKMA 2018: Pasukan Perahu Layar Bakal Sumbang Pingat
Ustaz Ahmad Shah Muhamed (dua dari kanan) melawat pasukan perahu layar negeri untuk memberi semangat.Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU - Kerajaan optimis bahawa atlet pasukan perahu layar bakal menyumbang pingat kepada pasukan Negeri Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, seramai 25 orang atlet keseluruhannya telah membuat persiapan bagi menghadapi temasya SUKMA yang akan berlangsung tidak lama lagi.Menurutnya, berdasarkan persiapan yang telah diaturkan oleh ketua jurulatih, beliau yakin pasukan perahu layar sudah bersedia untuk menempuh pertandingan yang akan berlangsung pada pertengahan September ini.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu lawatan di pusat latihan pasukan tersebut di Duyong Marina, Pulau Duyong, semalam (30 Ogos).Ustaz Ahmad Shah Muhamed yang juga merupakan bapa angkat Pasukan Perahu Layar Terengganu berkata, latihan telah dibuat di tempat pertandingan iaitu di Lumut, Perak selama dua minggu.Menurut beliau, berdasarkan persiapan yang telah diaturkan oleh Ketua Jurulatih, beliau yakin pasukan Perahu Layar sudah bersedia untuk menempuh pertandingan yang akan berlangsung pada pertengahan September ini."Berbekalkan pengalaman yang lepas, saya yakin pasukan kita mampu meningkatkan lagi pencapaian pada kali ini."Pada SUKMA yang lepas, pasukan perahu layar memberi persembahan yang baik dengan pungutan 4 pingat emas dan 2 pingat perak."Saya tidak nampak satu halangan yang besar untuk kita perolehi pingat emas yang banyak, ditambah lagi dengan persiapan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh jurulatih dan para atlet."Bagi saya, halangan yang sebenar ialah diri kita sendiri, sekiranya kita boleh perasaan lemah dan kekurangan, ianya sudah cukup untuk kita memacu diri kita kepada kejayaan."Yang penting, semua atlet mesti ada sikap ingin mencapai kejayaan dan kesungguhan mestilah diterjemahkan dengan usaha yang gigih dan mematuhi jurulatih pasukan.""Saya optimis pasukan perahu layar kali ini akan menghadiahkan bilangan pingat emas yang lebih besar kepada Negeri Terengganu dari tahun-tahun sebelum ini," ujarnya.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Ibni Amin Busu, Ketua Jurulatih Pasukan Perahu Layar Terengganu, Abdul Rani Idris dan Pengurus Pasukan Perahu Layar Terengganu, Nor Sapinah Ngah.
31 Aug 18
755
Terengganu FC lll Julang Piala Presiden 2018
Ustaz Hishamuddin (tengah) meraikan kejayaan Piala Presiden 2018 bersama barisan pemain Terengganu FC III.Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA LUMPUR - Terengganu FC lll mengharumkan nama Negeri Terengganu apabila berjaya membawa pulang Piala Presiden 2018.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menegaskan ia satu bentuk konsep pembangunan bola sepak di dalam negeri ini."Walaupun dalam ruang yang terhad, ia tetap menjadi satu perkara yang perlu diteruskan."Justeru, kami bersyukur kepada Allah yang mengurniakan kejuaraan ini dan mengakui kedua-dua pasukan saling bersaing secara seimbang pada malam kelmarin," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perlawanan menentang Kedah FA dengan gol 2-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin (29 Ogos).Menurut Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, semangat berpasukan yang dipamerkan bukan sahaja daripada pemain, malah membabitkan semangat berpasukan pihak pengurusan TFC III, PBSNT, penaja-penaja dan paling istimewa semangat yang tidak pernah luntur daripada kalangan penyokong Terengganu."Mewakili Pengerusi PBSNT, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua."Kejuaraan ini, kami hadiahkan buat seluruh rakyat Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu yang banyak membantu," tambahnya.Turut menyaksikan perlawanan tersebut, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusof Mahadi dan pengurusan tertinggi FAM.
31 Aug 18
138
1,300 Peserta Meriahkan Larian Mahabbah Merdeka 2018
Wan Sukairi melepaskan peserta larian mahabbah Merdeka 2018 di Bataran Batu Burok, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKira-kira 1,300 peserta menyertai Larian Mahabbah Merdeka 2018 anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.Pelepasan para peserta dari Dataran Batu Burok telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Turut hadir, Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Belia, Sukan dan NGO) Mohd Rahimee Mohd Ramli.Para peserta dengan diiringi pihak polis dilepaskan kira-kira pukul 8.30 pagi melalui perjalanan dengan jarak 3.5 kilometer menuju Jalan Persinggahan (Belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah) melalui Hotel Sumai sebelum menuju ke Bulatan Batu Bersurat kemudian menuju Jalan Sultan Mahmud dan ke Dataran Batu Burok semula.Selain menyemarakkan sambutan menjelang hari kebangsaan, acara larian ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, institut pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan serta NGO.Lebih menarik, program yang diadakan secara tahunan dengan kepelbagaian acara itu turut menyediakan hadiah cabutan bertuah dimana kali ini disediakan 61 cabutan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke -61.
29 Aug 18
42
110 Atlet Dari 11 Negara Tutup Tirai Boling Padang
Oleh : Atiyyah SakinahKUALA NERUS – Seramai 110 atlet dari 11 negara menutup tirai penyertaan pertandingan sukan boling padang peringkat negara Asean selama empat hari di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, di sini, yang berakhir semalam (28 Ogos).Majlis penutupan itu disempurnakan oleh bapa angkat kepada sukan Lawn Bowls Terengganu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.Turut hadir, Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim.Menurut Yahaya, kejuaraan itu bukan sahaja untuk memupuk bakat peserta tetapi juga bertujuan menyatukan semua pihak yang terlibat dengan cara yang menyenangkan walaupun kita berbeza budaya dan juga berbeza kepercayaan.“Memenangi permainan adalah penting tetapi menang dalam menyatukan persaudaraan peserta adalah lebih penting,” katanya.Katanya lagi, beliau percaya kesemua pasukan sudah membuat yang terbaik pada pertandingan tersebut dan menghargai semua pihak yang terlibat kerana bertungkus lumus menjayakan kejohanan itu.Sementara itu, Yahaya juga berharap penganjuran itu menjadi satu kejayaan besar kepada semua pemain serta mengambil peluang untuk menikmati keindahan yang ada di Terengganu serta Malaysia amnya.
29 Aug 18
454
Terengganu Pergiat Produk Pelancongan Sukan
Ustaz Sulaiman Sulong (kanan) berucap dalam sidang media kejohanan tersebut. Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Pertandingan Kejohanan Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018 yang sedang berlangsung sekarang ini adalah salah satu produk pelancongan sukan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, ia bukan pertandingan biasa kerana melibatkan peserta yang datang daripada 10 negara dan 20 pasukan yang akan bertanding."Pertandingan boling padang yang diadakan pada kali ini merupakan satu acara yang diberi perhatian oleh kerajaan negeri,“Ianya melibatkan peserta yang datang menyertai pertandingan dan dalam masa yang sama kita mengambil kesempatan untuk melancong dengan menziarahi tempat-tempat menarik.“Kita turut mengambil peluang ini untuk memperkenalkan Terengganu sesuai dengan apa yang kita lancarkan iaitu 'Beautiful Terengganu',” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Majlis Makan Malam Rasmi Kejohanan Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018 di Dewan Permata, Hotel Permai Inn pada Ahad, 26 Ogos.Katanya, melalui aktiviti sukan itu, kerajaan negeri dapat menjana pulangan dan hasil pendapatan serta membantu penggiat-pengiat pelancongan serta para peniaga.Para pemain juga ialah pelancong yang akan membeli produk keluaran tempatan.Sehubungan dengan itu, Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata, beliau berharap dengan tersedianya kelengkapan dan tempat arena Lawn Bowls yang bertaraf dunia di Gong Badak akan menarik lebih ramai lagi kontijen yang datang ke Terengganu.Menurutnya, tiada masalah untuk pasukan Malaysia merangkul beberapa medal dalam pertandingan kali ini.“Apabila menjelang SUKMA, pasukan Terengganu akan menghantar para atlet untuk membuat pendedahan luar samada berlawan dan kita pernah ke Perth untuk berlatih tetapi sekarang ini kita tidak perlu ke mana-mana,“Sebagai pulangan, ianya memberi satu pendedahan yang baik kepada pasukan SUKMA yang akan bertanding 2 minggu lagi,” tambahnya.Justeru, ianya juga adalah satu pulangan yang baik kepada Negeri Terengganu.
27 Aug 18
75
Terengganu Pertimbang Beri Insentif Atlet Raih Pingat Di Sukan Asia 2018
Kerajaan negeri sedia mempertimbang untuk memberi insentif kepada atlet-atlet negeri ini yang berjaya meraih pingat pada temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang bermula 18 Ogos hingga 2 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, walau bagaimanapun jumlah dan bentuk insentif tersebut belum diputuskan.“Pada peringkat awal ini kita akan melihat dan meneliti terlebih dahulu perkembangan yang berlaku.“Sekiranya tidak ada masalah, InsyaAllah kita boleh fikirkan sesuatu sebagai satu galakan dan penghargaan kerajaan negeri kepada semua atlet yang berjaya mengharumkan nama negara dan negeri,” ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam mengetuai rombongan Kerajaan Negeri Terengganu telah berkunjung ke Jakarta selama empat hari sebagai tanda sokongan kepada atlet negeri khususnya yang menyertai Sukan Asia 2018.Turut bersama menyertai rombongan tersebut, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Belia, Sukan dan NGO) Mohd Rahimee Mohd Ramli.Wan Sukairi berkata, kunjungan tersebut bertujuan memberikan kata-kata semangat buat semua atlet Terengganu yang mewakili negara."Mereka bukan sahaja berusaha mengharumkan nama negara, malah telah mengharumkan nama Negeri Terengganu.“Kita juga menyampaikan sedikit sumbangan kerajaan negeri kepada 35 orang atlet Terengganu yang telah mewakili negara dalam sukan Asia kali ini sebagai salah satu bentuk motivasi untuk mereka,” ujarnya.Menurut beliau, buat masa ini (petang semalam) Malaysia telah berjaya meraih dua pingat emas, lima perak dan lima gangsa dimana salah satu pingat gangsa telah disumbangkan oleh atlet Terengganu iaitu Mohd Nafiizwan Adnan menerusi acara perseorangan skuasy lelaki.
27 Aug 18
73
Kerajaan Gesa Para Atlet Berjuang Bersungguh-Sungguh
Ustaz Sulaiman Sulong berucap dalam program tersebut. Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menggesa agar para atlet Persatuan Asian Lawn Bowls Terengganu dan Malaysia berjuang bersungguh-sungguh melawan atlet dari negara lain dalam Kejohanan Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Sulaiman Sulong berkata, semua atlet yang mewakili Malaysia harus mempersembahkan mutu pertandingan dan mendapat kemenangan.Beliau juga berkata, semua kontijen harus memberi cabaran yang terbaik untuk pastikan mendapat nombor di peringkat Asia.“Kita mengharapkan para atlet menunjukkan semanagat kesukanan. Kalau kalah pun tidak mengapa. Tiada masalah."Yang penting kita tunjukkan semangat kesukanan dan dalam masa yang sama membuktikan bahawa semangat kesukanan dan tautan ukhuwah di antara seluruh atlet yang bertanding,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Rasmi kejohanan Asian Lawn Bowl Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018 di Dewan Permata, Hotel Permai Inn pada Ahad, 26 Ogos.Katanya, beliau mahu para atlet menunjukkan bahawa mereka membawa dakwah Islam sebagaimana Negeri Terengganu meletakkan tema Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Justeru, beliau mengucapkan selamat bertanding kepada seluruh atlet khususnya atlet yang mewakili Negeri Terengganu dan Malaysia.
27 Aug 18
36