lightning-solid
Berita :

Artikel "Sidang DUN" Terkini

Adun Puji Bajet Terengganu Tidak Hanya Fokus Bantuan Tunai
Adun Puji Bajet Terengganu Tidak Hanya Fokus Bantuan Tunai
KUALA TERENGGANU, 16 November - Zuraida Mohd Nor memuji Belanjawan 2022 yang dibentangkan Menteri Besar semalam kerana tidak hanya menumpukan pemberian bantuan tunai. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita itu berbesar hati dengan keprihatinan pihak kerajaan atas usaha merealisasikan penubuhan Pusat Autisme Sejahtera Terengganu, Majlis Sosial Negeri, Kompleks Wanita Sejahtera, Dasar Wanita Terengganu dan Baitul Ummi.  Beliau juga gembira atas perhatian terhadap masalah kesihatan mental di kalangan rakyat Terengganu khususnya wanita.  “Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dato’ Dr Kasemani Embong, seramai 2,144 individu telah mendaftar dan mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI)1.  “Kenyataan ini jelas menunjukkan keperluan dalam kalangan rakyat bagi mendapatkan rawatan kesihatan mental selari dengan usaha kerajaan yang akan menawarkan khidmat rawatan secara percuma di hospital dan pusat kaunseling terpilih di negeri Terengganu,” ujarnya ketika membahaskan Belanjawan 2022 terengganu hari ini. Mengulas lanjut, Zuraida berkata, pada sidang belanjawan yang lepas kerajaan Terengganu telah memberikan insentif lanjutan bagi tahun ke-3 Bantuan Caruman Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri (SBKPS) di bawah PERKESO.  Jelasnya, caruman itu telah melibatkan pemandu kereta sewa dan bas persendirian serta caruman baharu kepada penarik beca negeri ini.  “Kemudahan caruman percuma ini melalui dana khas kepada seramai 515 orang pencarum. Langkah ini jelas menggambarkan keseriusan kerajaan dalam memelihara segenap aspek kebajikan rakyat. “Usaha yang dilakukan telah meletakkan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai penanda aras kepada negeri lain di Malaysia. Terengganu menjadi negeri pertama yang amat prihatin kepada rakyat bukan sahaja dengan memberi insentif berbentuk wang ringgit, malah menjaga keselamatan sosial rakyatnya. “Penyediaan ‘safety-net’ (dengan izin) seumpama ini amat membantu terutama apabila pencarum terlibat dalam musibah dan kemalangan. Sekaligus memelihara kebajikan ahli keluarga yang lain. Situasi seperti kekurangan sumber kewangan dapat dikurangkan dan membantu meningkatkan daya tahan isi rumah pasca kemalangan,” katanya.
16 Nov 21
409
Jangan 'Panaskan' Dewan - ADUN Ajil
Jangan 'Panaskan' Dewan - ADUN Ajil
KUALA TERENGGANU, 16 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diingatkan agar tidak mengundang perselisihan yang boleh ‘memanaskan’ dewan sepanjang Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri. Kenyataan tersebut disuarakan ADUN Ajil, Maliaman Kassim yang menyarankan agar wakil rakyat bersidang mengelakkan kebangkitan isu lapuk dan memfokuskan perbincangan perbahasan bajet. “Diharapkan kita dapat berbincang dengan keadaan tenang dan munasabah sebagai wakil rakyat. “Perkara begini memberi kesan kepada generasi muda di mana mereka dapat bergaul mesra antara satu sama lain tanpa kira fahaman politik. “Apatah lagi kita yang matang tidak boleh mengeluarkan pandangan politik bersikap sebegini, ia mesti dilihat sebagai satu politik perhubungan lebih matang,” katanya. Terdahulu, Wakil Hulu Besut, Nawi Mohammad membangkitkan isu politik dihadapi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka iaitu Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO yang tidak lagi selari boleh menyebabkan perpecahan Melayu Islam seperti peristiwa sembahyang dua imam pada 1980-an dahulu.   Kenyataan ini dibidas oleh ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim yang menjelaskan wakil Hulu Besut perlu merujuk Piagam MN dan perhalusi semua isinya bagi melihat sejauh mana dakwaan dibuatnya. “Muafakat adalah kerjasama atas naratif Melayu dan Islam, jangan kelirukan dewan,” jelasnya. Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Haji Yahaya Ali turut mengingatkan Ahli Yang Berhormat (AYB) agar mengikuti ‘standing orders’ . “Mana-mana pihak tidak boleh menggunakan peluang untuk bercakap perkara yang tidak perlu,” tambahnya.
16 Nov 21
574
SIDANG DUN : Perkenal GMTS Lahir Belia Berkepimpinan
SIDANG DUN : Perkenal GMTS Lahir Belia Berkepimpinan
KUALA TERENGGANU, 16 November - Kerajaan negeri melalui Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) memperkenalkan program Generasi Muda Terengganu Sejahtera (GMTS) bagi melahirkan anak muda berkepimpinan dan berketerampilan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata pada masa yang sama pihaknya turut memperkenalkan Program ADUN Belia, Rukun Negara@Belia dan Etos Anak Muda. Katanya, apa yang dianjurkan itu semata-mata sebagai persediaan kerajaan untuk berdepan dengan pengundi muda 18 tahun ke atas. “Matlamatnya supaya mereka lebih berminat untuk peka dengan perkembangan politik, ekonomi dan sosial negara. “Tidak berhenti di situ  sahaja, turut menganjurkan Program Pendidikan Pengundi (Voter Education - VE) di mana telah dilaksanakan di 14 buah Institusi Pengajian Tinggi dan enam buah sekolah melibatkan 7,000 orang pelajar di negeri ini,”katanya. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14, di Wisma Darul Iman (WDI), pada hari ini.  
16 Nov 21
162
SIDANG DUN : Kerajaan Negeri Disaran 'Matangkan' Orang Muda
SIDANG DUN : Kerajaan Negeri Disaran 'Matangkan' Orang Muda
KUALA TERENGGANU, 16 November – Kerajaan negeri disaran agar memberi perhatian khusus kepada isu pembangunan generasi muda dan belia terutamanya golongan berumur 18 tahun ke atas yang berdepan cabaran undi 18, ekonomi dan sosial. Perkara tersebut disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang menyifatkan pembangunan generasi muda bukan sekadar dalam kesukanan sahaja. “Kita perlu didik mereka dalam acuan Islam, contohnya pada zaman Turki Uthmaniyah di mana mereka bina hostel berdekatan dengan masjid. “Walaupun di Terengganu tidak boleh mengikutinya 100 peratus, namun program kearah tersebut boleh diadakan contohnya penyediaan pusat-pusat sukan berhampiran masjid. “Ini memudahkan usaha tarbiah, kerana apabila kita bina tempat permainan berdekatan yang memudahkan kerja dakwah secara langsung,” katanya. Beliau berkata demikian semasa perbahasan Bajet 2022 di Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Sementara itu, ADUN Ajil, Maliaman Kassim turut menyuarakan sentimen sama berkenaan kurang kesedaran hal ehwal persekitaran seperti politik, ekonomi dan sosial dalam kalangan anak muda. “Kita harapkan kerajaan memberi tumpuan serius terhadap remaja supaya mereka mendapat hala tuju dan perkembangan semasa. “Antara perkara dicadangkan adalah kita perlu mengetengahkan produk politik yang dapat menarik perhatian mereka terutamanya politik bersifat matang,” jelasnya.
16 Nov 21
280
RM7.34 Juta Mencukupi Untuk Meneruskan Kesinambungan Sektor Pertanian
RM7.34 Juta Mencukupi Untuk Meneruskan Kesinambungan Sektor Pertanian
KUALA TERENGGANU, 16 November - Peruntukkan RM7. 34 juta untuk tahun 2022 bagi sektor pertanian adalah mencukupi untuk meneruskan kesinambungan kepada usaha kerajaan negeri yang telah dilakukan selama ini menerusi program Tahun Pertanian Terengganu 2021. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi  dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun peruntukan sedikit berbeza berbanding tahun 2021 pihaknya tetap fokus dengan menumpukan kepada impak, kesan serta manfaat melalui program yang telah dilaksanakan pada tahun ini. "Jadi kesinambungan itu tidak lagi memerlukan untuk kita membuat projek baru tetapi meneruskan apa yang telah dilakukan untuk kita lihat keberhasilan daripada apa yang telah kita laksanakan selama ini. "Fokus diberikan kepada perkara-perkara yang memerlukan kelangsungan terutamanya penyelenggaraan sektor penanaman padi, penyelenggaran sektor pertanian, pembangunan tanah terbiar. "Serta meneruskan program memperkayakan sumber perikanan dan marin yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat," ujarnya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita pada sidang media sempena Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet), di Wisma Darul Iman (WDI), semalam. Katanya dalam pada itu, 2.5 juta dari keseluruhan bajet pertanian tersebut akan dibelanjakan untuk pelaksanaan projek pembangunan Padi bagi memperhebat sektor berkenaan. "Dimana ia menjadi diantara fokus utama selaras dengan objektif besar kita untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri pengeluaran makanan. "Kita juga turut memfokuskan untuk pembangunan tanah terbiar dengan jumlah kira-kira 8,000 hektar di seluruh negeri ini yang akan kita bangunkan secara berperingkat, khususnya dengan tanaman buah-buahan terpilih," ujarnya.      
16 Nov 21
220
Penyelenggaraan Sistem Saliran Penyelesaian Masalah Banjir Di Besut
Penyelenggaraan Sistem Saliran Penyelesaian Masalah Banjir Di Besut
KUALA TERENGGANU, 16 November - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah melaksanakan program penyelenggaraan infrastruktur sistem saliran yang dilakukan secara berkala untuk penyelesaian jangka pendek bagi mencegah banjir berlaku di Daerah Besut. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata,bagi tujuan perancangan jangka panjang beberapa kajian dalam pelaksanaan. "Antara yang telah siap adalalah Kajian Pengurusan Lembangan Sungan Bersepadu (IRBM) Sungai (sg)Besut dimana telah siap pada tahun 2021, manakala dua kajian dalam pelaksanaan ialah Kajian Plean Induk Tebatan Banjir Sg Buaya Ikat di Kg Pelagat. "Serta Kajian Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP) Negeri Terengganu," ujarnya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab secara bertulis soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-24, di Wisma Darul Iman. Katanya, dalam usaha mengatasi berlakunya masalah banjir di daerah berkenaan, kerajaan juga telah melaksanakan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kuala Besut dengan pelaksanaan RTB Sg Besut Fasa dua yang telah diangkat permohonannya dengan angggaran kos RM 60 juta.  
16 Nov 21
390
SIDANG DUN : Operasi Penguatkuasaan Jenayah Syariah Dipergiat
SIDANG DUN : Operasi Penguatkuasaan Jenayah Syariah Dipergiat
KUALA TERENGGANU, 15 November - Kerajaan negeri melalui Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan jenayah syariah bagi membasmi gejala terbabit di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, berkata sebelum ini operasi telah diadakan seluruh negeri seperti di hotel dan rumah penginapan, pantai, pulau peranginan, pusat hiburan, pawagam dan juga di tempat yang dikenal pasti sebagai kawasan panas. "Antaranya ialah operasi hotel sempena cuti umum, operasi minuman memabukkan, operasi judi, operasi dan pemantauan golongan 'Mak Nyah', operasi dan pemantauan aktiviti pergaulan bebas dan perbuatan tidak sopan, operasi dan pemantauan aktiviti tidak solat Jumaat serta operasi dan pemantauan pawagam. "Selain itu kita turut mengedarkan 'flyers' dan pamplet di seluruh masjid negeri Terengganu dalam usaha menyedarkan rakyat agar tidak meninggalkan solat fardu," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik, di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14, di Wisma Darul Iman (WDI), pada hari ini. Satiful turut berkata, dalam mempergiatkan usaha untuk memastikan pelaksanaan syariah di negeri ini dapat dilaksanakan, beberapa program juga akan dilaksanakan. "Antaranya, penerangan kepada masyarakat mengenai kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Takzir kepada semua golongan pelajar Institut Pengajian Tingga Awam/Swasta (IPTA/IPTS), kakitangan kerajaan/swasta, remaja dan lain-lain golongan. "Juga bekerjasama dengan IPTA untuk mendapatkan kepakaran bagi melaksanakan program kaunseling dan pencegahan, pakar-pakar dalam bidang kaunseling, akidah dan syariah akan digunakan untuk menangani isu-isu berkatan akidah. "Juga program 'street dakwah' bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dilaksanakan di kawasan 'hot spot' untuk mengedarkan risalah-risalah pencegahan jenayah syariah serta kempen kesedaran menutup aurat, Solat Jumaat, pencegahan khalwat, bonceng motorsikal, larangan judi, minum arak dan lain-lain akan dipergiat," ujarnya lagi.    
15 Nov 21
325
SIDANG DUN : Graduan TESDEC Macam 'Pisang Goreng Panas'
SIDANG DUN : Graduan TESDEC Macam 'Pisang Goreng Panas'
KUALA TERENGGANU, 15 November - Graduan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) mendapat perhatian majikan paling tinggi berbanding pusat pengajian milik kerajaan negeri yang lain. Pusat pengajian itu mencatatkan kadar kebolehpasaran kerja sehingga 85 peratus, manakala Kolej Universiti TATI (TATIUC) pula 65 peratus. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, kadar itu dipantau sebaik enam bulan menamatkan pengajian masing-masing. Katanya, pendekatan pihak TESDEC menerapkan 70 peratus kemahiran dan 30 peratus teori nyata memberi kesan maksima. “Pada masa sama, pusat pegajian lain iaitu Kolej Universiti al-Quran dan Terengganu Timber Industri Training Centre (TTITC) turut mendapat perhatian majikan di mana sering menerapkan kerjasama erat antara industri,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Seberang Takir di Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Menurutnya lagi, penubuhkan Urus Setia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT) dan Majlis Pekerjaan Negeri Terengganu (MPNT) pada Julai tahun ini akan memudahkan graduan dan rakyat negeri ini mencari kerja. "PERKESO dan Badan Bukan Kerajaan Negeri juga bekerja rapat dengan kerajaan negeri menganjurkan karnival kerjaya semata-mata mahu membantu rakyat,” katanya.  
15 Nov 21
765
Kompaun Serta Merta Pengunjung Buang Sampah Merata
Kompaun Serta Merta Pengunjung Buang Sampah Merata
KUALA TERENGGANU, 15 November - Dalam usaha memastikan negeri ini bersih, kerajaan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di lokasi-lokasi tumpuan melalui kaedah penyamaran dan tindakan kompaun dikenakan serta merta kepada pengunjung yang membuang sampah merata-rata. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata usaha terbabit adalah untuk mengekalkan keceriaan dan kebersihan seluruh negeri ini terutama di kawasan yang menjadi tumpuan ramai termasuk pantai dan pulau peranginan. "Antara usaha yang dijalankan ialah mengadakan  aktiviti plogging bersama PBT, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat di kawasan menjadi tumpuan, menjalankan kerjasama dengan pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam mencari penyelesaian masalah kebersihan dan pengurusan pepejal termasuk di pulau-pulau. "Menjalankan kempen kesedaran menjaga kebersihan melalui aktiviti gotong royong yang melibatkan persatuan dan NGO kebersihan, serta melibatkan kanak-kanak sebagai kempen kesedaran dalam memupuk sikap menjaga kebersihan bermula dari peringkat kanak-kanak. "Menyediakan tong sampah daripada bersi bergalvani yang lebih tahan lasak dan kalis api berbanding tong plastik bagi mengurangkan masalah vandalisme di tapak pengumpulan sampah," ujarnya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab secara bertulis soalan bertulis dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim, pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14 (BAJET), di Wisma Darul Iman (WDI), pada hari ini. Dalam memupuk kesedaran di kalangan rakyat dan pengunjunng katanya, tong sampah kitar semula juga telah diwujudkan di kawasan pantai bagi mengalakkan aktiviti kebersihan dan pengasingan sampah dikalangan pengunjung. "Juga melancarkan kempen 'no plastic' dan menghentikan penggunaan plastik sekali guna di kalangan penjaja dan peniaga di kawasan pantai bagi mengurangkan masalah sampah yang melibatkan plastik sekali guna," katanya.
15 Nov 21
254
Bantuan Tunai Langkah Kerajaan Perkukuh Kebajikan Rakyat
Bantuan Tunai Langkah Kerajaan Perkukuh Kebajikan Rakyat
KUALA TERENGGANU, 15 November – Langkah kerajaan negeri mengumumkan bantuan tunai untuk warga emas, ibu tunggal, belia, mahasiswa dan OKU adalah untuk mengukuhkan kebajikan rakyat dan tanda kecaknaan terhadap keluhan orang ramai yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, peruntukkan buat bantuan kebajikan buat golongan sasar adalah antara yang terbanyak di dalam pengumuman bajet 2022. “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar kerana meluluskan peruntukkan ini, sebagai contoh i-Fitri yang akan membawa manfaat buat kira-kira 115,000 penerima. “Kebajikan adalah fokus utama kami,” katanya ketika ditemu bual Urus Setia Penerangan Darul Iman, di Wisma Darul Iman, hari ini. Sementara itu, beliau turut menceritakan bantuan kewangan lain seperti bantuan ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada 70 pelajar yang kehilangan ibu atau bapa akibat COVID-19. “Selain itu, kita juga umumkan bantuan tunai 'one-off' sebanyak RM150 akan diagihkan kepada 6,000 isteri ketua isi rumah e-Kasih dan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,500. "Selain itu, seramai 8,900 orang kelainan upaya (OKU) daripada isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah juga akan menerima bantuan tunai one-off bernilai RM150. “Tambah lagi dengan penganjuran semula program Majlis Walimatulurus Perdana tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM1.2 juta,” katanya lagi.
15 Nov 21
101