Artikel "Politik" Terkini
UMNO Terengganu Bersiap Siaga Hadapi PRU-14
Jentera Penerangan Umno Negeri Terengganu bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada bila-bila masa bagi memastikan kemenangan tetap berpihak kepada Barisan Nasional (BN).Ketua Penerangannya,Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar berkata, peringkat negeri telah mengaturkan cara melaksanakan kerja bermula di lapan bahagian termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN)di Terengganu."Kita sudah bersedia dengan jentera penerangan dari peringkat negeri sampailah ke peringkat akar umbi dengan pelbagai program yang terancang dan teratur."Di semua DUN, kita akan isikan dengan program bermula dengan cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan pengisian berbeza. Sasaran kumpulan tertentu tapi dengan satu tujuan sebagai pemudahcara untuk kemenangan BN," katanya kepada Teganukita.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Bengkel Gerak Kerja Penerangan Umno Terengganu di Hotel Primula,Kuala Terengganu,hari ini.Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Setiausaha Umno Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof.Pada masa yang sama,Pelancaran Pertandingan War Cry turut diadakan bagi mencipta slogan yang menarik untuk Umno Terengganu dengan hadiah lumayan.Pertandingan tersebut akan dibuka kepada semua ahli UMNO dan penyertaan akan ditutup pada 13 Mac manakala keputusan akan diumumkan pada 15 April nanti.Sementara itu,Muhammad Pehemi berkata biro penerangan adalah satu badan yang sangat penting untuk bantu kemenangan besar dalam PRU 14 nanti."Biro penerangan perlu kreatif dalam setiap pelaksanaan program yang akan diadakan sesuai dengan matlamat bengkel hari ini."Gunakan kreativiti mengikut bahagian masing-masing dengan peruntukan yang disediakan untuk buat gerakan hebat,"katanya.
15 Feb 17
78
Kekalkan Sikap Maufakat Untuk Capai Kemajuan
Masyarakat di negeri ini perlu mengekalkan semangat muhibbah dan pemuafakatan kerana menjadi tunjang kekuatan memacu pembangunan dan kemajuan.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,Dato' Jailani Johari, kerjasama dan sokonganyang padu diperlukan kepada kerajaan Barisan Nasional supaya keamanan ,kesejahteraan dan keharmonian yang dikecapi akan berterusan dan terpelihara."Kita perlu menolak anasir-anasir jahat yang suka menghasut,melemparkan tohmahan dan fitnah semata-mata untuk kepentingan peribadi mereka sahaja,"Oleh itu,kita perlu bertekad untuk memperbaharui diri dan melangkah ke arah kebaikan, khususnya dalam perhubungan antara satu sama lain,eratkannya sebagai lambang kejayaan kita akan terus teguh dan kukuh demi menjamin masa depan negara,"kata Jailani.Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Majlis Tahun Baru Cina Parlimen Hulu Terengganu 2017 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang, semalamTurut hadir Pengerusi MCA Hulu Terengganu ,Lee Guan Teck,Naib Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu,Yusof Awang Hitam dan kepimpinan tempatan.Seramai 250 orang masyarakat tionghua diraikan dengan pemberiaan 'angpau' dan limau manis sebagai tradisi murni sambutan Tahun Baru Cina.Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata keunikan kepelbagaian budaya dan agama adalah salah satu kekuatan negara dan kerajaan Barisan Nasional terus memupuk keunikan ini dengan pelbagai cara."Di bawah kementerian saya,budaya bangsa Cina diabadikan dalam setem pos Malaysia dalam bentuk ayam serama,rumah ibadat dan makanan tradisi mereka,"Ini adalah satu kaedah pihak kerajaan untuk menunjukkan kepada masyarakat mengenai kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia."katanya lagi.
09 Feb 17
45
45 PDM Di Marang Selesai Diadili
Sebanyak 45 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Parlimen Marang selesai diadili pada pertandingan Pusat Daerah Mengundi peringkat DUN yang bermula 1 Januari, berakhir 15 Januari lalu.PDM yang dinobatkan sebagai Johan dan Naib Johan layak mewakili DUN pada pertandingan sama peringkat Parlimen yang diadakan selama tiga hari, bermula 2 Februari lalu.Keputusan di peringkat Parlimen telah menobatkan PDM Wakaf Tapai selaku Johan dan Naib Johan disandang oleh PDM Atas Tol..Pengerusi Panel Hakim Roslan Ngah berkata semua cawangan bersatu hati dan membuat gerak kerja yang bersungguh-sungguh demi memastikan PDM masing-masing menjadi yang terbaik. Katanya, satu keputusan terbaik telah diambil apabila pertandingan dianjurkan antara DUN untuk mewakili Parlimen Marang.“Untuk DUN Alur Limbat terdapat sembilan PDM dipertandingan dan johan dimenangi oleh PDM Padang Midin manakala Naib Johan PDM Tasek,”katanya kepada Teganukita Manakala bagi pertandingan PDM Bukit Payong pula sebanyak 10 PDM menyertai pertandingan. Johan dimenangi oleh PDM Atas Tol manakala Naib Johan PDM Bukit Payong.Dun Rhu Rendang sebanyak 11 PDM bertanding . Johan (PDM Pulau Kerengga) manakala Naib Johan PDM Rhu Muda. Bagi pertandingan antara DUN Pengkalan Berangan disertai 15 PDM. Johan (PDM Padang Mengkuang), Naib Johan ( PDM Wakaf Tapai).Bagi PDM yang di Pusat Daerah Mengundi yang johan dan naib johan peringkat DUN akan bertanding di Peringkat Parlimen.
09 Feb 17
191
Kerusi DUN Bandar Untuk MCA
Ahmad Razif meluangkan masa bersama kaum Cina Kuala Nerus di Duyung Marina & Resort, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Barisan Nasional (BN) Terengganu memberi komitmen penuh bahawa kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar akan terus diberikan kepada MCA.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata walaupun pada penggal lalu MCA tidak dapat mempertahankan kerusi di DUN tersebut, MCA masih diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.“Selaku pengerusi, saya memberi komitmen bahawa kerusi di DUN Bandar adalah untuk MCA dan saya telah jelaskan kepada Presiden MCA tentang perkara ini.“Konsep ini telah diamalkan sebelum ini, sekarang dan mungkin selamanya. Dalam soal ini, kita mempunyai konsep toleransi, bertolak ansur serta memahami antara satu sama lain,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perjumpaan Bersama Masyarakat Cina Kuala Nerus Sempena Tahun Baru Cina di Duyung Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail dan Pengerusi MCA Parlimen Kuala Nerus, Eng Who Wat.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata walaupun bilangan pengundi Melayu berbanding pengundi Cina di kawasan tersebut, namun perkara itu adalah yang telah dimeterai sejak dari dulu.Tambahnya, calon MCA di DUN Bandar telah dikenalpasti dan ianya akan diumumkan sendiri oleh presiden parti tersebut.“Saya tidak mempunyai halangan dengan calon tersebut. Kita bersetuju dengan calon yang akan diketengahkan oleh MCA,” katanya.
25 Jan 17
91
BR1M Bukan Rasuah - Ahmad Razif
Ahmad RazifKenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai rasuah adalah tidak berasas.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan itu amat mengecewakan berikutan Tun M sendiri tidak dapat membezakan antara rasuah dengan pemberian bantuan.Katanya, pemberian BR1M pada ketika ini adalah seperti yang pernah dilakukan pada zaman pemerintahan beliau sendiri, ketika zaman kegawatan ekonomi pada 1999 namun melalui pendekatan berbeza.“Ketika mengalami krisis ekonomi pada tahun 1999 dahulu, apa yang dilakukan adalah dengan memberi projek kepada kontraktor-kontraktor untuk membina sekolah, projek kepada kontraktor kelas F serta menaikkan had nilai kerja daripada RM100,000 ke RM200,000.“Apa yang dibuat oleh Tun M pada masa itu adalah sama dengan Dato’ Seri Mohd Najib lakukan kerana ianya berasas kepada meningkatkan pertumbuhan ekonomi domestik. Kalau ditafsirkan apa yang dilakukan hari ini (BR1M) adalah rasuah maka yang diberi pada masa itu juga adalah rasuah, rasuah kepada kontraktor,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Insentif Kepada Juara Pesilat Olahraga Dunia di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat dan Yang Dipertua Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Negeri Terengganu, Dato’ Rosol Wahid.Tambah Ahmad Razif, pemberian BR1M adalah lebih tepat kerana ianya diberikan terus kepada golongan yang layak dan ianya wajar diteruskan.Katanya, pemberian BR1M bukan hanya membantu golongan berpendapatan rendah malahan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat.“Dengan pemberian BR1M sudah tentu penerima tidak akan berbelanja di luar negara tetapi mereka akan berbelanja di dalam negara dan dia membeli di kawasan setempat. “Maka peniaga goreng pisang, sayur, ikan dan lain-lain di kawasan tersebut turut akan dapat menambah pendapatan mereka,” katanya.
28 Dec 16
83
Gunting Rambut Percuma Di Bangunan UMNO Gong Kapas Sabtu Ini
Sempena sesi persekolahan baru yang bakal bermula tidak lama lagi, UMNO Bahagian Kuala Terengganu mengambil inisiatif memberi peluang ibu bapa yang mempunyai anak lelaki berusia antara tujuh hingga 12 tahun di sekitar Kuala Terengganu menyertai program gunting rambut beramai-ramai secara percuma, Sabtu ini.Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata, program bermula jam 9 pagi di Bangunan UMNO Kuala Terengganu, Gong Kapas itu merupakan aktiviti tahunan pihaknya sebagai persiapan akhir sebelum sesi persekolahan bermula tahun depan.“Program itu walaupun kecil bagi mereka yang berkemampuan, sebenarnya cukup bermakna kepada golongan berpendapatan rendah, apatah lagi jika mempunyai anak lelaki yang ramai dan masih bersekolah."Anak yang bakal memulakan persekolahan tidak lama lagi pastinya memerlukan perbelanjaan besar bagi menyediakan pelbagai keperluan sekolah. Jadi, program secara percuma ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan mereka,”katanya.Sabri berkata, sambutan yang diterima setakat ini amat memberangsangkan dan pihaknya mempelawa lebih ramai ibu bapa memanfaatkan aktiviti itu.
21 Dec 16
588
UMNO Kuala Terengganu Ringankan Beban Keluarga Kurang Berkemampuan
Lebih 200 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan di sekitar Kuala Terengganu diraikan sempena majlis berkhatan beramai-ramai di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Terengganu, hari ini.Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi, berkata pihaknya akan memastikan pada masa- masa akan datang, acara tahunan itu dapat diperluaskan supaya golongan sasar terutama keluarga yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah dari 109 cawangan seluruh parlimen berkenaan diberi keutamaan."Kita akan meneruskan program tradisi ini pada tahun seterusnya dengan mengenalpasti kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan supaya dapat meringankan bebanan keluarga masing-masing."Jika pada tahun lalu lebih 100 peserta terlibat. Tahun ini bilangan peserta meningkat kepada 200 orang," katanya.Beliau yang juga Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan simbolik majlis anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu dengan memandikan peserta dengan pancutan air dari jentera bomba.Turut hadir, Pegawai Pembangunan Kuala Terengganu, Rozalina Mokhtar dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Ruslee Bidi.Sabri berkata, pihaknya memperuntukkan RM20,000 bagi menjayakan program yang melibatkan peserta berusia 10 hingga 12 tahun itu yang berlangsung dua hari itu.Tambahnya, bukan sahaja program berkhatan, pihaknya juga memanfaatkan musim cuti persekolahan untuk memberi bantuan tidak formal seperti menganjurkan aktiviti menggunting rambut secara percuma.Dalam pada itu, UMNO Kuala Terengganu berterima kasih kepada semua yang terlibat termasuk Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia, Bomba, Rela dan semua kepimpinan parti di Parlimen itu.
10 Dec 16
316
PAU 2016: Perlu Calon Orang Muda Pada PRU Ke-14
Bekas Ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga dikenali sebagai ‘giant killer’ cukup bersetuju dengan cadangan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO mahu mengetengahkan calon orang muda dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14."Golongan itu sewajarnya diberi peluang menjadi pemimpin kerana pastinya banyak idea untuk membawa perubahan dalam parti, termasuk membangun negara sejajarnya perubahan zaman teknologi,"katanya.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar berkata memandangkan majoriti besar pengundi di negara ini adalah golongan belia, sewajarnya golongan itu diberi peluang."Calon generasi muda ini penting kerana rakyat mahu melihat lebih ramai muka baharu, bukan semua kerana kita masih lagi menghargai tokoh-tokoh pemimpin yang banyak pengalaman."Cuma kita mahu lihat gandingan mereka yang ada pengalaman dengan calon yang dikatakan mewakili generasi muda pada PRU nanti," katanya.
02 Dec 16
221
PAU 2016: Parti UMNO Perlu Ikon Muda
Parti UMNO perlu meramaikan ‘ikon muda’ bagi mendekatkan generasi muda dengan parti itu.Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, ikon muda yang dimaksudkan adalah pemimpin muda yang berada di barisan hadapan untuk menarik lebih ramai generasi Y dan Z mendekati dan menyokong parti.“UMNO kekurangan ikon muda, generasi ini mahu dengar daripada orang yang sama generasi dengannya, sebab mereka serasi,” katanya ketika pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, Kuala Lumpur, hari ini.Katanya, susulan jumlah pengundi muda kian bertambah, UMNO tidak boleh memandang ringan isu-isu generasi muda dan parti itu perlu mendampingi mereka bagi mengetahui permasalahan berkenaan."Sebagai orang muda harus mempunyai kriteria pemimpin yang dinamik, celik teknologi maklumat dan media sosial serta pandai mengambil hati anak muda," katanya.
02 Dec 16
50
PAU 2016: Ahli UMNO Jangan Bersikap Nasi Tambah
Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Dato’ Mohd Sabri Alwi memuji tindakan Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Abd Razak yang mengambil keputusan memecat mana-mana individu menjadi duri dalam daging kepada parti UMNO.Katanya, mereka yang diibaratkan gunting dalam lipatan itu, tidak boleh berada dalam parti kerana boleh menjadi lebih parah dan mana-mana ahli UMNO janganlah pula bersikap nasi tambah kepada isu-isu tertentu yang belum terbukti kesahihannya.“Apa yang diperkatakan ini perlu dipandang serius kerana bimbang pembangkang mengambil kesempatan dengan menabur fitnah yang akan diulang-ulang.“Fitnah yang dilemparkan kepada isteri presiden parti Datin Seri Rosmah Mansor semasa PRU ke 13 lalu berkaitan cincin bernilai RM24 juta sedangkan ia telah dimanipulasi oleh pembangkang serta diulang-ulang supaya rakyat mengiyakannya,” katanya.Menurutnya, ramai lagi kalau dilihat pemimpin pembangkang telah dijatuhkan hukuman kerana fitnah yang dilemparkan kepada mana-mana pemimpin parti UMNO.“Contohnya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli yang telah bersiri-siri menabur fitnah akhirnya telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan baru-baru ini dan juga Tony Pua yang turut dijatuhkan hukuman selama 3 bulan.“Mana-mana pemimpin yang dulunya bersama UMNO telah dibuang dari parti kerana kerakusan kuasa dan telah menubuhkan parti sendiri, ” Katanya.Katanya, apa yang diperkatakan itu termasuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bertindak menubuhkan PKR atas perjuang peribadi.“Manakala bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengambil pendekatan yang sama menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).“Saya berharap kepada ahli-ahli UMNO, perlu mengambil penganjaran berguna agar tidak mendatangkan keburukan lebih parah kepada parti,” katanya.
02 Dec 16
176