Artikel "Politik" Terkini
DUN Telemong Mahu Ulangi Sejarah Manis PRU12
Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong akan mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan mengulangi sejarah pada PRU12 sebagai DUN yang memenangi majoriti dengan undian terbanyak di Terengganu.ADUN Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata, pihaknya akan menjayakan hasrat dan visi mengekalkan atau menambah undi dengan mensasarkan 7,864 (PRU14), walaupun sasaran itu bukannya satu kerja yang mudah."Namun jika semua pihak kurangkan masalah, tingkatkan perpaduan antara satu sama lain ianya tidak mustahil dilaksanakan dan mencapai matlamat."Kenalah fokus, tidak kira siapa calon, semua pihak di cawangan perlu menggarapkan usaha bersama dan saya yakin serta percaya DUN Telemong tidak berganjak kepada parti lain selain BN tidak kira apa jua yang melanda," kata Rozi.Kemenangan BN di DUN itu pada PRU14 katanya, bukan semata-mata diyakini, tetapi diharapkan mampu mengulangi sejarah PRU12 sebagai majoriti tertinggi di seluruh negara. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam & Penyampaian Hadiah Pertandingan PDM N21 Telemong di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh, semalam.Rozi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu berkata, pihaknya optimis mampu mengekalkan sejarah yang tercipta itu dan tidak mustahil untuk mengekalkan kejayaan itu."Hanya cara ini dapat membalas jasa UMNO sekali gus memacu DUN Telemong ke arah yang lebih baik,"katanya.Sementara itu, di majlis yang sama 16 buah Pusat Daerah Mengundi (PDM) diraikan sempena Pertandingan PDM N21 Telemong baru-baru ini.Tempat pertama dimenangi oleh PDM Nibong yang membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM3,000, sijil penghargaan serta seekor lembu sumbangan peribadi ADUN.Manakala tempat kedua PDM Kuala Dura menerima wang tunai sebanyak RM2,000 dan sijil penghargaan, sementara tempat ketiga PDM Bukit Gemuruh pula mendapat wang tunai RM1,500 beserta sijil penghargaan.Tempat keempat iaitu PDM Kuala Ping membawa pulang hadiah saguhati RM750 serta sijil penghargaan.
26 Mar 17
540
Jangan Jadi 'Gunting Dalam Lipatan' -Razif
Ghazali berpelukan dengan bekas Adun Ajil, Dato Rosol Wahid pada pertemuan sempena kunjungan Ahmad Razif ke DUN itu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Semua ahli UMNO di negeri ini diminta tidak menjadi 'gunting dalam lipatan' sehingga menggadaikan maruah parti yang melambangkan ketuanan Melayu ini.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sikap buruk segelintir pihak yang suka mengeruhkan keadaan, mengadu-domba dan menghasut pemikiran orang ramai boleh memusnahkan masa depan anak muda serta merosakkan parti UMNO itu sendiri."Perjuangan UMNO penuh dengan cabaran dan tohmahan yang tidak akan dan tidak pernah melunturkan semangat perjuangan ahli-ahli UMNO dulu, kini dan selamanya."Bagaimanapun, jangan pula ada di kalangan kita menjadi gunting dalam lipatan, mengadu-domba atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan parti UMNO dan masa depan anak muda dengan pelbagai hasutan yang tidak benar,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bersama Kepimpinan UMNO Cawangan DUN Ajil sempena Program MB Turun Padang di DUN Ajil di Dewan Sivik, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Ahmad Razif sebaliknya mahu supaya semua ahli UMNO supaya bersama-sama dengan jentera parti bersiap- sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14)tidak lama lagi, sekali gus memastikan DUN Ajil dan Terengganu khasnya, kekal milik Barisan Nasional.Mengulas tindakan beberapa ahli UMNO di negeri ini yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ahmad Razif berkata, tujuan mereka bertindak demikian kerana mahu menjatuhkan kepimpinan UMNO Terengganu pada PRU14 akan datang."Sebab itu kepada sesiapa ahli UMNO yang terlibat dengan PPBM di DUN Ajil dan juga di seluruh Terengganu ini, mereka akan diambil tindakan termasuk dipecat dari keahlian dan saya tidak akan teragak-agak untuk melakukannya demi parti UMNO,"katanya lagi.
20 Mar 17
140
UMNO Terengganu Diiktiraf, Perintis Adakan Pertandingan PDM
Zahid meletakkan tangan sebagai gimik pelancaran sempena Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimUMNO Pusat mengiktiraf usaha Terengganu sebagai satu-satunya negeri yang mengadakan Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) sebagai persiapan menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan mahu ianya dicontohi negeri lain.“Saya ucapkan tahniah kepada rakan-rakan kepimpinan parti dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif (Abd Rahman) dan tiada di negeri lain melaksanakannya, hanya Terengganu sahaja.“Ini satu contoh yang baik dan InsyaAllah saya akan beritahu rakan negeri yang lain supaya ikut Terengganu, melakukan pertandingan sepertimana yang dilakukan oleh Terengganu,”katanya. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari in di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.Beliau kemudiannya bersetuju supaya menggandakan hadiah kemenangan sebagai mengiktiraf komitmen dan penglibatan semua penggerak jentera parti di setiap PDM yang berjaya dalam pertandingan itu.Selaras dengan perasmian peringkat negeri itu, Ahmad Zahid yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO mahu supaya semua ahli parti peringkat akar umbi yang akan kembali ke cawangan masing-masing supaya memulakan mesyuarat cawangan, seterusnya menggerakkan jentera di peringkat PDM masing-masing ke arah mencapai kejayaan dalam PRU14.Dalam pertandingan itu, PDM Pulau Bahagia Hulu Terengganu muncul johan dengan membawa pulang RM14,000 berserta plak penghargaan, diikuti tempat kedua PDM Pelong, Setiu yang memperolehi RM10,000 berserta plak penghargaan.Tempat ketiga pula dimenangi oleh PDM Seberang Takir Pantai (Kuala Nerus) dengan hadiah wang tunai (RM6,000), manakala tempat keempat serta kelima pula masing-masing, PDM Wakaf Tapai, Marang (RM4,000) dan Beris Meraga, Kemaman (RM3,000).
17 Mar 17
131
Terengganu Perkasa Prinsip 3P
Ahmad Razif ketika berucap pada Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu. Foto oleh Harish Fazillah Kassim Seluruh kepimpinan UMNO Terengganu akan berganding bahu dalam usaha memperkasakan tiga prinsip bagi memastikan rakyat negeri ini terus memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -14.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, keutamaan di Terengganu ialah mencipta lebih banyak cerita kejayaan menangani isu 3P iaitu Pekerjaan, Perumahan dan meningkatkan Pendapatan.“Semua ini kami tidak boleh berjaya sekiranya kami tiada satu lagi p iaitu perpaduan. “Marilah bersama-sama saya dan kepimpinan UMNO mencipta cerita kejayaan dengan prinsip 3P ini bagi mengulangi sejarah kemenangan UMNO dahulu, sekali gus memastikan kesemua DUN dan Parlimen Terengganu kembali ke tangan BN,” katanya,Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
17 Mar 17
104
Jangan Ulangi Kesilapan - Razif
Ahmad Razif bersama Zahid bersembang sesuatu pada selepas Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah KassimRakyat Terengganu terutama generasi muda diingatkan agar tidak mengulangi kesilapan lalu yang pastinya membawa kepada zaman kesukaran, sebaliknya perlu bersatu di bawah kepimpinan parti Barisan Nasional (BN).Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata ramai yang sudah melalui pengalaman perit lima tahun di bawah `kegelapan bulan yang penuh gerhana'.Katanya, janganlah zaman gerhana bulan itu diulit kembali sehingga bumi jadi gersang. serta jangan memberi ruang untuk `bunga yang tiada baunya, ditanam orang'.“Oleh itu, marilah sama-sama kita membangun, mempertahan dan memelihara solidariti di setiap peringkat parti UMNO. Kerja membina solidariti ini bukan satu kerja bermusim.“Sebaliknya perlu dijayakan oleh ahli parti dan kepimpinan kita pada setiap masa yang perlu berpaksikan kepada perlembagaan parti,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ahmad Razif berkata, rakyat Terengganu harus bergerak menentang parti lawan dengan sepenuh kekuatan dan kehebatan pada setiap masa, harus bersaing dengan penuh berani dan berhujah dengan penuh hikmah.tambahnya, semua 366 PDM telah bersiap- sedia dengan gerak kerja dan strategi yang tersusun untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Beliau juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pendokong parti yang sentiasa komited bagi emmastika kemenangan UMNO dan juga BN.“Tahniah kepada PDM yang menang dan juga tahniah kepada UMNO Bahagian yang berjaya mengadakan pertandingan ini.“Semoga ianya mengukuhkan solidariti kita semua ke arah mencapai kemenangan besar dalam PRU akan datang,”katanya..
17 Mar 17
54
UMNO, BN Akan Dapat `Kawan Baru' - Zahid
Ahmad zahid ketika berucap berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Faddzillah Abu KassimOrang Melayu masih memerlukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), daripada 5.2 juta pengundi Melayu 4.1 juta daripadanya mengundi BN.Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkembangan positif itu membuktikan terdapat kira-kira 78.7 peratus orang Melayu masih sayangkan UMNO dan BN.“Inilah sasaran kita dan inilah simpanan tetap politik kita, tetapi ada yang cuba memecahkan kekuatan orang Melayu yang berasal daripada organisasi kita, tetapi `ketam-ketam batu’ ini kita ketepikan.“InsyaAllah, dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu, biar kita kehilangan kawan segelintir, InsyaAllah kita akan mendapat kawan baru yang akan bersama-sama dengan kita yang kumpulannya lebih besar daripada yang telah keluar itu,”katanya ketika berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.Ahmad Zahid yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO menjelaskan, kawan baru yang dimaksudkan beliau itu mungkin pada masa dahulu adalah di kalangan musuh politik, tetapi mereka telah `tabayyun’, memahami dan mampu menyelesaikan permasalahan untuk ditangani bersama. Beliau juga meminta supaya tanpa mengetepikan agama lain, semua ahli UMNO dan BN bersama-sama dengan PAS menegakkan perundangan (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 yang bertujuan menjaga kepentingan orang Islam supaya orang Islam terus menjadi kumpulan yang tahu menghormati dirinya dengan perundangan. “Biarpun dibawa oleh mereka, dan InsyaAllah biar kerajaan yang membentangkan undang-undang itu untuk menjaga orang Islam dan Melayu tanpa mengenepikan agama dan bangsa lain.“InsyaAllah Rang Undang-Undang 355 akan dibentangkan di dalam sidang parlimen pada kali ini yang dibawa sendri oleh kerajaan,”katanya lagi.Menurutnya, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sangat komited untuk bersama-sama menterjemahkan hasrat (RUU 355) ini tanpa mengganggu-gugat agama lain dan komponen lain dalam BN.“Kita harap dengan kekuatan baru ini dengan ada rakan-rakan baru yang ada bersama kita ini, kita bukan berhasrat untuk mengadakan `tahallul siasi’ secara secara semborono, `political calibration’ secara mendadak, tetapi pendekatan kita secara berhikmah dan penuh persefahaman di kalangan kita.“Saya akan perincikan dengan rakan-rakan saya di atas pentas nanti, kalau tidak hari ini mungkin hari lain mereka (Ahli Parlimen dari Terengganu) akan turun bertemu tuan-tuan dan puan-puan untuk melakukan penjelasan (RUU 355),”katanya.
17 Mar 17
91
Lawatan Kerja Sehari TPM Ke Terengganu Jumaat Ini
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi dijadual akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu Jumaat ini (17 Mac).Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO, dijangka akan hadir ke Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka akan membanjiri program yang bermula jam 4.30 petang.Kemudiannya, kira-kira jam 8.00 malam, Zahid dijadual akan menghadiri Majlis Perkahwinan anakanda bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang Dato’ Tengku Zainuddin Tengku Zahid di Regency Resort, Kuala Ibai.Beliau dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira jam 7.30 pagi, keesokannya.
12 Mar 17
45
DUN Telemong Sasar Peroleh 7,864 Pengundi Pada PRU 14
Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong menyasarkan 7,864 majoriti pengundi pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) dengan gerak kerja dan komitmen jentera parti bagi mengekalkan kemenangan besar di kawasan tersebut.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata jika ingin mencapai sasaran 7,864,semua pihak perlu fokus dengan apa yang di inginkan untuk mencapai kemenangan.Katanya lagi,terdapat 1,600 lebih pengundi yang baru didaftarkan sebagai pengundi kali pertama di DUN Telemong buat masa kini yang perlu di jaga bagi memastikan undi mereka adalah untuk Barisan Nasional(BN)."Walau kita ada ramai jentera sekalipun tetapi jika di dalam satu organisasi tidak ada sikap kerjasama belum tentu dapat mencapai sasaran yang di inginkan."Namun saya yakin dengan kecekapan dan komitmen jentera parti terutama dari kalangan wanita yang merupakan antara sayap yang penting dalam menarik sokongan pengundi terhadap UMNO."Dengan kelembutan,kebijaksanaan wanita UMNO mampu menjaga kebajikan semua penduduk kampung di Dun Telemong dengan gerakan Jalinan Rakyat(JR) yang sentiasa bergerak aktif dan turun padang mendekati rakyat di peringkat akar umbi,"kata Rozi.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Kesiapsiagaan Jalinan Rakyat (JR) DUN Telemong Kompleks Desa Taqwa, Kuala Telemong, Hulu Terengganu semalam.Hampir 150 orang JR wanita hadir untuk berbengkel selama dua hari bagi memantapkan lagi peranan mereka dalam menghadapi PRU 14 yang semakin hampir.Sementara itu,Pengerusi Penyelaras Wanita UMNO DUN Telemong,Normala Wahab berkata pihaknya sentiasa meningkatkan pemantapan jentera JR selari dengan pengiktirafan wanita sebagai tulang belakang parti Umno untuk bergerak aktif dengan turun ke peringkat akar umbi bagi mengembalikan kenyakinan rakyat terhadap parti."Pergerakan wanita akan bekerja lebih kuat dan terus menyelami, mendekati serta menyelesaikan masalah pengundi hingga ke akar umbi dan salurkan pada badan-badan berkaitan kerana hanya BN sahaja dapat membantu rakyat."Petugas JR akan di bekalkan pelbagai maklumat serta kemahiran tinggi yang sesuai termasuk kemahiran media sosial mengikut perkembangan semasa untuk berhadapan dengan karenah pembangkang bagi memastikan JR dapat berhadapan dengan pelbagai situasi dengan bijak,"kata Normala.
10 Mar 17
90
PRU-14: Agensi Bawah KKMM Perlu Proaktif Main Peranan
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(KKMM) menyeru agensi dibawah kementerian itu agar memainkan peranan lebih proaktif sebagai "Frontliners" atau barisan hadapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 14.Timbalan Menterinya,Dato' Jailani Johari berkata agensi-agensi seperti Radio Televisyen Malaysia(RTM),Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) perlu pantas dalam menjawab isu-isu dan tohmahan yang tidak berasas daripada pihak lawan pembangkang.Katanya, peranan agensi-agensi itu menjadi kunci kestabilan politik dan keharmonian negara melalui program-program yang dilaksanakan."Sudah tiba masanya untuk kita persiapkan hala tuju ke arah PRU 14,lupakan segala sengketa dan perkukuhkan perpaduan antara kita semua."Malah saya juga ingin menyeru agar kita semua tidak terlalu memikirkan siapa yang akan menjadi calon PRU 14 tapi sekarang adalah masa untuk kita semua bekerja sebagai satu pasukan dengan bantuan semua pihak termasuk agensi di bawah KKMM,"kata Jailani.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi(PDM) Peringkat Parlimen di Hotel Regency Waterfront,Kuala Terengganu semalam.PDM Pulau Bahagia menjadi johan bagi pertandingan peringkat Parlimen membawa pulang sijil dan wang tunai RM4,000.Naib johan di menangi oleh PDM Tok Randok dengan wang tunai RM3,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh PDM Nibong yang membawa pulang RM2,000.Menurut Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu,pertandingan PDM yang diadakan bertujuan menghidup dan menggerakan aktiviti ke arah menghadapi PRU 14 dengan mengumpul data dan maklumat terkini pilihanraya di peringkat PDM."Melalui pertandingan ini,kita dapat bentuk,latih serta nilai keberkesanan,kecekapan serta semangat jentera pilihanraya di peringkat PDM."Saya tau bukan mudah untuk urus sebuah PDM kerana kita perlu bersedia dan siapsiaga dengan segala kemungkinan tentang bila PRU 14 akan diadakan tetapi semboyan pilihanraya perlu ditiupkan ke pelusuk negeri dan ke dalam diri setiap jentera,"katanya lagi.Beliau juga menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk fikirkan apakah kaedah dan jalan terbaik bagi parti untuk memenangi hati dan undi rakyat."Saya yakin dan amat percaya sekiranya kita mampu beristiqamah,UMNO akan terus kekal releven dan percayalah UMNO pasti mendapat kemenangan besar dalam PRU 14 nanti."Kita perlu ikut peredaran zaman jika tidak, kita akan ketinggalan.Kita perlu ubah cara kerja kita agar bersesuaian dan sentiasa 'up to date' dalam menyerang balas serangan pembangkang dalam memainkan isu-isu tertentu,"kata Jailani lagi.
03 Mar 17
66
Penghakiman PDM Guntong Luar, Pelong Di Parlimen Setiu
Dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) yang mewakili Parlimen Setiu ke Pertandingan PDM Peringkat Negeri dihakimi oleh sembilan hakim dengan diketuai Pengerusi pertandingan, Dato' Haji Muda Mamat, hari ini.PDM Guntong Luar dan PDM Pelong dipilih sebagai pemenang pertandingan PDM Peringkat Parlimen Setiu yang diadakan baru-baru ini.Penghakiman untuk PDM Guntong Luar yang selesai petang tadi, manakala penghakiman untuk PDM Pelong diadakan pada malam ini.Dalam pertandingan PDM peringkat parlimen baru-baru ini, PDM Pelong mendapat tempat pertama manakala PDM Guntong Luar di tempat kedua.Pengerusi PDM Pelong, Mohammad Saad, manakala PDM Guntong Luar pula Mohamad Mat Zin.Hadir sama, di PDM Guntong Luar, Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee.
24 Feb 17
83