Artikel "Politik" Terkini
UMNO Kuala Nerus Catat Keahlian Baru Tertinggi
UMNO Kuala Nerus merupakan bahagian yang mencatat keahlian baru tertinggi iaitu dengan bilangan 2,876 ahli.Terdahulu, Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar presiden memuji UMNO Terengganu yang telah memperoleh keanggotaan baru tertinggi dengan 9,787 anggota setakat Oktober lalu.Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, berkata pengiktirafan yang disampaikan perdana menteri itu memberi motivasi dan semangat kepada anggota UMNO Terengganu untuk terus bekerja lebih kuat.“’Ucapan dasar presiden juga mampu memberi ingatan dan menyedarkan pemimpin parti bahawa formula utama UMNO kekal selama 70 tahun ialah kesetiaan kepada parti dan jika diteruskan, UMNO mampu menempuh gelombang cabaran akan datang, “ katanya. Ahmad Razif yang juga Menteri Besar berkata pengalaman menghadapi pelbagai krisis, menjadi pendorong kepada Terengganu untuk berusaha keras mendapatkan lebih ramai keanggotaan UMNO.Katanya, rahmat di sebalik musibah akhirnya memberi kekuatan kepada semua jentera parti supaya lebih bersedia menghadapi pilihan raya.“Ia hasil kerja kuat daripada semua, segala krisis dan permasalahan di Terengganu telah selesai. Jentera Terengganu berada di landasan betul dan ditahap terbaik.“Kita tidak akan berpaling ke belakang lagi dan kita akan bergerak kerana akan menghadapi pilihan raya umum,” katanya pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
01 Dec 16
77
Prinsip Wala Mampu Perkukuh Jentera Parti
Ahmad Razif bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman menegaskan prinsip `wala’ yang ditekankan Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Abd Razak perlu diterjemahkan dalam perbuatan setiap anggota parti.Katanya, prinsip wala’ akan menguatkan ukhwah dalam kalangan anggota parti yang seterusnya membantu mencipta jentera yang lebih kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -14.“Kata-kata setia sahaja tak boleh, ia mesti disusuli dengan perbuatan. Sebab itu kita perlu terus bekerja dalam satu pasukan untuk mencapai kemenangan pada PRU akan datang,” katanya ketika mengulas ucapan dasar presiden selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.Terdahulu Najib dalam ucapan dasar presiden berkata UMNO mampu bertahan sehingga hari ini kerana amalan prinsip wala’ dan kesetiaan dalam tradisi UMNO.Prinsip wala’ UMNO katanya membawa maksud nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai’ah yang wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan di dalam konteks UMNO iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah Perdana Menteri.Ahmad Razif berkata kesetiaan itu merupakan tulang belakang kepada kerajaan dalam membantu meneruskan agenda memperkasakan rakyat.“Saya berdoa nilai kesetiaan ini tidak akan terhakis dan berharap generasi muda akan datang berpegang teguhlah kepada nilai ini kerana kalau kita jadi ahli parti politik, kesetiaan inilah yang menentukan segala-galanya,” katanya.
01 Dec 16
35
Penyokong Pas Akur Tolak Himpunan Bersih 5
Penyokong dan ahli Pas akur dengan keputusan kepimpinan parti itu apabila tidak menyertai perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.Presidennya, Dato Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti itu sebelum ini membuat keputusan untuk tidak terlibat dengan aktiviti berkenaan yang jelas menyalahi perundangan serta mengganggu ketenteraman awam."Kita melihat di sana (perimpunan Bersih 5 ) tiada suatu kawalan yang baik untuk mematuhi ketenteraman awam."Di mana keamanan ini hak kepada semua. Kita perlu melalui proses demokrasi menerusi pilihan raya...bukan tidak boleh demonstrasi tetapi perlu menerapkan adab yang baik. Kita tidak mahu berlaku pertembungan yang merugikan rakyat dan orang awam dan bukannya matlamat protes yang kita tujukan itu..ini sangat penting dan perlu diawasi,"katanya.Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai prinsip parti itu terhadap perhimpunan Bersih 5 yang lalu.Abdul Hadi ditemui ketika sesi rehat sebelum pembentangan Bajet 2017 oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman di Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.Tambah beliau, semua rakyat negara ini tanpa mengira penyokong mana-mana parti perlu melalui sistem pilihan raya untuk menyatakan hak mereka dan bukan melakukan demonstrasi di jalanan yang menjejaskan ketenteraman awam.Pada prinsipya Pas menyokong matlamat asal tuntutan Bersih, namun Bersih 5 kini bermotifkan matlamat lain yang Pas merasakan ianya tidak lagi selari dengan pendekatan Pas kini.Bersih 5 dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), bermula dengan konvoi himpunan itu sejak 1 Oktober lalu.
20 Nov 16
96
Jangan Benarkan Bersih 5 Berlaku - Khairy
Pergerakan Pemuda UMNO menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dijadual berlangsung di Dataran Mereka, Kuala Lumpur pada 19 November ini.Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tersebut boleh mengakibatkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar disiplin parti.Bagaimanapun, jika mahu menyertai perhimpunan Baju Merah, katanya, Pemuda UMNO tidak menghalang, malah mengingatkan mereka supaya penglibatan itu haruslah mengikut perundangan dan tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan huru-hara.“Nasihat saya jangan kita timbulkan keadaan yang boleh mencetuskan huru-hara di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang pernah berlaku sewaktu Bersih 3 yang lalu, di mana ada anggota polis diserang…kereta polis diterbalikkan.. kedai-kedai dipecah. Adanya tindakan yang keterlaluan yang dilakukan pada waktu dan ketika itu.“Jadi saranan saya supaya PDRM (Polis Diraja Malaysia) tidak membenarkan perhimpunan Bersih itu berlaku. Perhimpunan Merah itu diadakan sebagai tindak balas dan saya yakin jika tiada perhimpunan Bersih, yang Merah ini pastinya juga tidak akan adakan demonstrasi mereka. Jadi bebannya terletak pada Bersih. Merah ini hanya hendak tunjuk bahawa mereka menentang Bersih…tetapi kalau Bersih tidak buat apa-apa…Merah juga tak buat apa-apa,” katanya di sidang media selepas Majlis Perasmian Program Retreat Pergerakan Pemuda Umno di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, kelmarin.Turut hadir, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Khairy sebelum itu merasmikan Program Memasak Bubur As-Syura Perdana Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Dataran Kuala Ping.Khairy berkata, cara terbaik bagi mengelak sebarang risiko itu ialah PDRM tidak membenarkan perhimpunan Bersih diadakan serta perlu melakukan sekatan jalan di sepanjang laluan perarakan yang dikenalpasti sehingga ke Dataran Merdeka.Selain itu, beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Pemuda UMNO turut mempergiatkan usaha untuk mendaftarkan lebih 100,000 ahlinya sebagai pengundi baharu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.Katanya, bilangan yang belum berdaftar itu akan terus menurun dan keahlian baharu akan terus meningkat dari semasa ke semasa kerana inisiatif mendaftarkan ahli baharu itu sudahpun bermula.
30 Oct 16
80
UMNO Marang Rai Anak Yatim Madrasah Dari Kemboja
UMNO Bahagian Marang meraikan kunjungan 15 pelajar Madrasah Maaz Nurul Islam dari Kemboja yang terdiri daripada anak yatim ke negeri ini.Kunjungan balas pelajar berkenaan sepanjang lima hari yang berakhir hari ini, bertitik tolak daripada lawatan Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang ke Kemboja, dua tahun lalu.A. Latiff yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, berkata pelbagai program dianjurkan bagi meraikan kedatangan pelajar berkenaan di seluruh Dewan Undangan Negeri di Marang oleh pemimpin setempat supaya mereka dapat merasai pengalaman manis dan dihargai sepanjang di daerah itu khasnya dan Terengganu amnya.Antara program yang diatur seperti ramah mesra dan minum pagi bersama pimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong di Pejabat DUN Bukit Payong, dijemput ke Program Tilawah al-Quran di Masjid Tok Dir, kunjungan ke Asrama Anak Yatim Perkaya.Selain itu, mereka juga berkesempatan Solat Maghrib dan Isyak berjamaah, beramah mesra bersama masyarakat Kampung Kelulut serta bersama kepimpinan UMNO DUN Alor Limbat, selain diraikan di majlis makan malam di Restoran Sri Wangsa serta di kediaman Ketua UMNO Bahagian Marang.Katanya, pihaknya memberi layanan yang cukup istimewa kepada anak yatim dari Kemboja ini bagi membalas layanan baik ketika menerima kunjungan beliau suatu masa dahulu, selain mahu merapatkan hubungan silaturahim antara sesama Islam dari dua negara Islam yang berbeza adat budaya mahupun sosio ekonomi.Tambahnya, segala kekurangan dan kesempitan hidup yang dilalui oleh pelajar di Kemboja memberi banyak keinsafan kepada semua hadirin di setiap majlis yang dianjurkan kepada mereka, menerusi perkongsian pengalaman dari mereka yang menyertai rombongan itu.
28 Oct 16
164
UMNO Gagal Jika Tiada Nilai Moral Seperti Dituntut Al-Quran - MB
Ahmad Razif menyampaikan hadiah kepada pemenang johan Tilawah al-Quran, Faridah Omar dari Besut. Foto oleh Zulkipli CW Putra.UMNO akan menjadi sebuah parti politik yang berdepan kegagalan jika ahli-ahlinya tidak menerapkan disiplin diri serta nilai-nilai moral tinggi sebagaimana dituntut dalam al-Quran.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, antara aspek terpenting yang terkandung di dalam al-Quran adalah perpaduan yang menjadi tunjang kepada kekuatan ummah.Beliau yang juga Menteri Besar, berkata, jika tiada semangat perpaduan tinggi kalangan ahli-ahli UMNO, parti itu sudah pasti akan kehilangan kekuatan yang akhirnya membawa kepada kekalahan dalam perjuangan."Al-Quran banyak tekankan soal perpaduan kerana ia merupakan tunjang kekuatan ummah. Jika perpaduan kalangan kita (ahli UMNO) lemah, sudah pasti kita akan kehilangan kekuatan dan akhirnya kita akan kalah," katanya.Ahmad Razif menyatakan demikian selepas merasmikan majlis Tilawatul Quran dan Marhaban Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Majlis Daerah Marang anjuran Pergerakan Wanita UMNO, di Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang.Turut hadir, isteri beliau, Halina Zakaria; Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Fatimah Hamat; Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang serta Ketua Wanita UMNO Bahagian itu, Toh Puan Zaitun Mat Amin.Menteri Besar juga meminta ahli-ahli UMNO khususnya di Terengganu supaya sentiasa berpegang kepada petunjuk al-Quran dalam perjuangan."Itulah benteng paling teguh, selagi kita berpegang kepadanya (al-Quran), kita tidak akan sesat. "Sebaliknya kita akan sentiasa kukuh dan harmoni. Perjuangan dalam politik amatlah berat dan penuh dengan dugaan serta cabaran. Oleh itu kita perlu jaga imej dan pertahankan nilai-nilai moral dalam parti," ujarnya lagi.Ahmad Razif turut berharap agar menerusi program-program keagamaan seperti pertandingan marhaban dan tilawah itu, UMNO terus teguh dalam mencapai matlamat melahirkan umat yang makmur dan sejahtera.Dalam majlis itu, kumpulan marhaban dari Marang yang dikenali sebagai kumpulan Al-Wadiah muncul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 manakala naib johan disandang Kumpulan Nur Hidayah (Setiu) (RM1,500) dan Nur Hidayah, Hulu Terengganu pula tempat ketiga (RM1,000). Johan tilawah pula disandang oleh Faridah Omar dari Besut dengan menerima wang tunai RM1,000, diikuti Fatimah Embong dari Kuala Nerus (naib johan) dan Tuan Aminah Wan Endut dari Hulu Terengganu (ketiga). Fatimah dan Tuan Aminah masing-masing menerima hadiah RM800 dan RM500.
17 Oct 16
323
Pendekatan Inklusif Kekalkan Kemenangan
Pendekatan inklusif daripada semua peringkat di Terengganu merupakan kaedah terbaik untuk memastikan kemenangan kekal berpihak kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kata Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussien.Menurut beliau, kerjasama yang proaktif daripada peringkat parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), cawangan, bahagian merupakan kaedah yang terbaik untuk memastikan bahawa apa yang berada di atas kertas dapat diterjemahkan."Kalau kita dapat gemblengkan semua tenaga di semua peringkat, saya percaya UMNO dan BN masih lagi berada di landasan yang kukuh."Dan termasuk satu-satunya perkara yang paling penting ialah kesatuan sesama ahli UMNO dan BN di Terengganu ini", ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus 2016 di Duyong Marina & Resort, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, wadah perjuangan yang dibawa UMNO dan BN masih lagi terbaik dan diiktiraf."Kita kena terus pastikan kelebihan yang ada pada kita iaitu kesatuan dengan meletakkan perjuangan sebagai keutamaan dan membela nasib rakyat."Itu semua merupakan sesuatu yang telah kita warisi daripada pejuang parti terdahulu," ujarnya.
15 Oct 16
44
MB Nafi Cadangan Senarai Calon PRU Ke-14
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Ahmad Razif Abd Rahman menafikan senarai cadangan calon tidak rasmi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang tersebar sejak beberapa hari lalu.Beliau yang juga Menteri Besar berkata, UMNO negeri tidak pernah mengeluarkan senarai calon kerana belum diminta oleh Majlis Tertingggi UMNO dan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Razak untuk berbuat demikian. "Kita bersiap sedia menghadapi PRU tetapi ada gangguan yang sedang dilaksanakan termasuk mengedarkan senarai nama calon bagi PRU ke-14 dengan tujuan untuk menimbulkan konflik antara sesama ahli UMNO."Saya tidak tahu apa tujuan senarai itu dikeluarkan sedangkan ia bukan daripada sumber sahih dan sepatutnya pihak yang berkenaan perlu mendapatkan maklumat daripada sumber tepat sebelum ia diedarkan,"katanya.Menurutnya, UMNO negeri belum menghantar senarai calon berkenaan dan bagaimana pula hendak ditafsirkannya sebagai bocor."InsyaAllah, perkara ini tidak akan menjadi satu halangan sebaliknya kita perlu memperkukuhkan jentera bagi menghadapi PRU ke-14," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Himpunan Jentera Penerangan UMNO Terengganu PRU 14: BN Lebih Perkasa di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, semalamTurut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Datuk Annuar Musa; Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Dato' Rosni Zahari dan Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Haryaty Hamdzah.
07 Oct 16
50
UMNO Terengganu Hantar Bantahan Cadangan Persempadanan Semula DUN
Wan Nawawi ketika menerima agihan keuntungan daripada TDM Berhad pada Majlis Penyampaian Replika Cek Kepada Agensi Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli PutraBadan Perhubungan UMNO Terengganu menghantar bantahan terhadap cadangan persempadanan semula membabitkan beberapa kawasan sebagai Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu di negeri ini.Pengerusinya yang juga Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata UMNO negeri menolak cadangan penamaan semula kawasan pilihan raya seperti Telemong kepada Sekayu dan Teluk Pasu kepada Buluh Gading.Katanya, bantahan itu sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak terutama pembangkang bahawa cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diterimapakai adalah sama sekali tidak benar."Di Terengganu banyak juga kawasan yang terbabit dengan cadangan persempadanan semula dan kita akan buat bantahan antaranya termasuk penukaran nama dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Telemong dan Teluk Pasu. "Faktornya ialah ada beberapa persempadanan semula yang membabitkan DUN kita yang kuat. Di DUN Telemong sebagai contoh, kita kehilangan beberapa ribu pengundi disebabkan persempadanan semula dan penukaran nama DUN ini. "Ini sekali gus membuktikan dan menafikan tohmahan pembangkang bahawa persempadanan semula ini memihak kepada kawasan pilihan raya yang dipegang Barisan Nasional (BN)," katanyaBeliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Replika Cek Kepada Agensi Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh.Ahmad Razif turut memberitahu, apabila wujud bantahan daripada kerajaan BN sendiri, ia membuktikan bahawa kerajaan dan BN tidak terbabit dalam keputusan menentukan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
28 Sep 16
65
ANALISA: BN Terengganu Sasar Sekurang-Kurangnya 22/24 Kerusi DUN dan Enam Parlimen PRU14
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin bahawa pertambahan kerusi sekurang-kurangnya lima hingga tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) lagi, di samping terus mempertahankan 17 kerusi yang sedia dimiliki.Ini akan menjadikan sekurang-kurangnya 22 kerusi atau 24 kerusi DUN lagi bakal dimiliki oleh BN Terengganu.Manakala bagi kerusi parlimen sekurang-kurangnya, dua lagi dapat ditambah menjdi enam.Sekarang ini 4 kerusi dimiliki BN (Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman) manakala pembangkang juga sebanyak empat.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman dalam perbualan ringkas dengan Teganukita/The Iman Tribune memperakui bahawa usaha-usaha sedang dijalankan bagi mengembalikan beberapa kerusi yang tewas dalam pilihanraya yang lalu.“Keyakinan kita berdasarkan bahawa semangat jitu yang ditunjukkan oleh jentera pilihan raya di setiap Parlimen dan DUN serta harapan rakyat yang tinggi supaya keamanan, kestabilan, keselamatan dan kesejahteraan terus menerus mereka nikmati di bawah BN selama ini," katanya.Apa yang penting menurutnya, para pemimpin semua peringkat perlu faham dan mengambil perjalanan bahawa layanan dan khidmat kepada rakyat perlu diutamakan bagi meraih sokongan rakyat atau pengundi.Penulis berpendapat di Terengganu, selain parti yang kukuh, faktor calon juga memainkan peranan yang penting untuk kejayaan.Insya-Allah BN akan membariskan calon-calon yang terbaik dari segi pendidikan, akhlak dan mesra rakyat.Walau bagaimanapun selain calon cadangan di peringkat negeri, pihak pusat khususnya Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak tentulah mempunyai maklumat yang tersendiri dalam pemilihan calon.Penulis mendapat tahu, sekurang-kurangnya tujuh calon disenaraikan bagi setiap kawasan pilihan raya seluruh negara bagi membolehkan calon yang terbaik dipilih atau disaring.Dengan berakhirnya beberapa polemik politik UMNO Terengganu dan sokongan penuh diperolehi Ahmad Razif sebagai Menteri Besar, ia adalah suatu kelebihan kepada BN untuk terus diberikan mandat dengan kerusi yang lebih kukuh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Walaupun ada usaha sesetengah pihak untuk menimbulkan suasana yang goyah lagi terhadap situasi sokongan kepada Ahmad Razif, keadaan masih tetap stabil dan mantap.Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dengan nilai-nilai yang Islamik dan murni itu, semakin menjiwai masyarakat Terengganu.Setiap ahli dan pendokong UMNO dan BN Terengganu perlu ingat (serik doh weh) bahawa penderitaan mereka dan rakyat Terengganu di bawah pembangkang suatu masa yang lalu.Jadikanlah itu sebagai peringatan dan iktibar- kalau terlepas lagi jangan harap untuk dapat bangkit kembali.Selamat berjuang dan membuat persiapan cepat dan berkualiti untuk PRU14.
25 Sep 16
132