lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
Kemas Berperanan Elak Insiden 1999 Berulang - Ahmad Razif
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berperanan sebagai jentera yang akan sentiasa membantu dan memperkuatkan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berharap supaya Kemas Negeri yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Faridah Mat dapat memperkukuhkan fungsinya bagi mengelak berulang tsunami politik pada 1999 (PRU10) apabila BN Terengganu tumbang berikutan ramai yang berpaling tadah dan termakan hasutan pembangkang.“Alhamdullilah dengan kekuatan yang kita bina akhirnya BN dapat menguasai semula  pada 2004. Kita juga nampak perkara ini sudah mula menampakkan hasilnya dan perkembangan terbaharu apabila Presiden Pas Dato’Seri Abdul Hadi Awang ketika Majlis Syura Ulama Pas, baru-baru ini  membuat keputusan  supaya ikatan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR)  dengan Pas terlerai (berpecah), pada Jumaat lalu.“Jadi ini menunjukkan bahawa Pas kini sudah sedar tentang apa sebenarnya matlamat-matlamat parti yang pernah bersekongkol dengannya sebelum ini terutamanya DAP. Majlis Syura Ulama PAS pada 11 mei lalu sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR secara serta-merta,” katanya ketika berucap pada program Karnival Semarak Desa Daerah Kuala Nerus di Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus, semalam.Ahmad Razif yang juga Menteri Besar berkata, langkah Pas itu seharusnya menjadi iktibar kepada bekas pemimpin UMNO yang berpaling tadah supaya meneliti semula keputusan mereka untuk  tidak sama sekali bersekongkol dengan pihak pembangkang bagi menjatuhkan BN dan UMNO.Beliau juga memuji tindakan pemimpin Pas yang kini dilihat semakin berminat untuk menjalin kerjasama dengan UMNO terutama dalam agenda membangunkan Islam dan Melayu.“Mana pernah kita lihat sebelum ini seorang permimpin utama, Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama dengan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Exco Negeri, A Latiff Awang dan Dato’Muhammad Pehemi Yusoff hadir (pada majlis) meletakkan tukun di perairan Marang, baru-baru ini. "Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga berulang kali mempelawa pihak yang bersama dengan Islam termasuk Pas untuk bersama-sama dengan UMNO melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam di bumi Allah ini...kita nampak ia semakin membuahkan hasil," katanya.
14 May 17
313
Empty Image
Hampir Pasti Pertembungan Tiga Penjuru Pada PRU14 - Zahid
Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini membayangkan pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  hampir pasti.Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, senario terbaharu politik kini berubah apabila Majlis Syura Ulama Pas menerima usul dibawa dalam muktamar parti itu baru-baru ini memutuskan tahaluf siyasi Pas dengan PKR terbatal sekali gus Pas berdiri sendiri sebagai parti tunggal."Ekosistem dan senario politik telah berubah.. dulu seolah-olah kita berada dalam dua sistem kepartian. BN lawan pembangkang. Kini ekosistem politik berubah.. BN lawan Pakatan Harapan dan ditengah- tengahnya kawan kita daripada Pas."Hampir pasti di semua kerusi kita akan melawan tiga penjuru..kerana keputusan Majlis Syura, Pas berpecah daripada PKR.. berpecah daripada DAP sudah begitu lama. Pas akan berdiri sendiri dan berdiri dengan tegak sebagai parti tunggal serta menawarkan diri pada PRU14. Ertinya ada BN dari pelbagai parti, ada Pas akan menjadi parti tunggal, ada Pakatan Harapan daripada pelbagai parti..Hakikat dulu mungkin kita hadapi dua penjuru. Tetapi senario kini kita hadapi tiga penjuru,"  katanya di Majlis Himpunan Mesra Rakyat dan Pelancaran Jalinan Rakyat PLUS (JR Plus) di Padang Bola Kampung Gelugor, DUN Alor Limbat, Marang.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang.Hadir sama,  pemimpin setempat serta kira-kira 15,000 hadirin dari pelbagai lapisan masyarakat.Zahid juga mengingatkan semua jentera dan penyokong BN supaya tidak terlalu selesa dan terleka dengan pertandingan tiga penjuru ini dengan menganggapnya lebih mudah berbanding dua penjuru."Musuh-musuh politik pastinya akan berusaha untuk melihat BN tersungkur pada PRU nanti dengan pelbagai cara,"katanya lagi.Beliau juga berharap JR Plus yang melibatkan semua sayap parti akan memainkan peranan penting sebagai jentera utama pada PRU14 untuk memastikan kemenangan BN menerusi pertandingan tiga penjuru berkenaan.Tambahnya lagi,  semua pemimpin dan ahli akar umbi perlu menggandakan usaha dan bertawakal kepada Allah SAW supaya BN mampu menawan lebih banyak kerusi selain mengekalkan kemenangan DUN dan Parlimen pada PRU nanti.
13 May 17
115
Empty Image
6,000 Ahli UMNO Terengganu Ke Bukit Jalil
Hampir 6,000 ahli UMNO  termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Terengganu hadir pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 yang  berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula hari ini.Jumlah itu antara 150,000 pengunjung  yang melibatkan ahli-ahli UMNO dan pengunjung biasa dari seluruh negara  hadir pada  sambutan besar-besaran sempena  ulang tahun parti itu yang berlangsung  selama dua hari, berakhir esok.Setiap Parlimen menghantar sekurang-kurangnya 500 peserta, terdiri daripada Wanita, Pengerakan Pemuda dan Puteri UMNO dan kedatangan mereka menggunakan 144 buah bas.Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehimi Yusof, berkata memandangkan  pada malam ini adalah malam Nifsu Syaaban, penganjur memulakan sambutan  dengan ceramah agama, bacaan yassin dan sembahyang jemaah sebelum memulakan program secara rasmi pada waktu selepas isyak.Katanya, acara lain termasuk Larian Bendera UMNO bermula seawal Mei dengan dimulai dari Perlis menuju ke Kelantan kemudiannya  Terengganu, Pahang,  Selangor dan  berakhir di tapak sambutan iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.“Sambutan itu  bertujuan mempamer dan menghargai jasa-jasa UMNO kepada negara sejak parti  itu ditubuhkan selain untuk menggambarkan keyakinan ramai terhadap pucuk kepimpinan Presiden UMNO,  Dato’  Seri Mohd  Najib Tun Abdul Razak.,”katanya.
11 May 17
175
Empty Image
Lebih 12,000 Ahli UMNO Sertai Larian Bendera
Kira-kira 12,000 peserta yang terdiri daripada ahli UMNO di lima bahagian di negeri ini  menyertai larian bendera sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71 peringkat negeri bermula di Besut dan berakhir di Kemaman petang esok.Larian yang membabitkan ahli Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO itu dimulakan dengan menerima bendera daripada UMNO Kelantan di  sempadan Kampung Pachakan , Kuala Besut pada 4 Mei lalu.Bendera diserahkan oleh UMNO Kelantan yang diwakili Setiausahanya, Datuk Hanafi Mamat kepada  Setiausaha Umno Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof.Sejurus menerima bendera UMNO, Pehimi dan barisan UMNO bahagian Besut  meneruskan  konvoi bermotosikal dan juga 4×4 yang dihiasi bendera parti menuju ke Dataran Ketara untuk diserahkan kepada UMNO bahagian Setiu yang diwakili Ketua Pemudanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Iskandar Jaafar.Pada 5 Mei (Jumaat) Naib Ketua UMNO bahagian Setiu, Bazlan Abdul Rahman menyerahkan bendera kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri merangkap Ketua Pemuda UMNO Hulu Terengganu, Johari Abu Bakar di hadapan Pejabat UMNO bahagian Hulu Terengganu.Larian bendera diteruskan ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil dan disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib.Peserta yang menaiki lebih 150 kenderaan pacuan empat roda ke DUN Manir kemudian disambut oleh Pengerusi Penyelaras DUN Manir, Yusof Awang Hitam.Acara larian bendera diteruskan ke Kuala Nerus dan konvoi disambut oleh Timbalan Ketua UMNO bahagian Kuala Nerus, Dato’  Basir Ismail di Dataran Austin, Kuala Nerus.Acara konvoi bendera ditukar kepada larian apabila Basir yang juga Pegawai Pembangunan Kuala Nerus yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengetuai larian sejauh kira-kira 25 kilometer untuk menyerahkan bendera kepada Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu, Dato’  Mohd Sabri Alwi petang semalam.Larian bendera diketuai Basir dan disertai lebih 2,000 peserta disambut oleh Mohd Sabri yang juga Pegawai Pembangunan DUN Ladang.Larian diteruskan pada pagi ini untuk menyerahkan bendera kepada UMNO Bahagian Marangk kemudian di Dungun sebelum berakhir di Kemaman, petang esok.
05 May 17
387
Empty Image
Pemimpin Pas Sokong Program Kerajaan Buktikan Politik Matang - A Latiff
Kerjasama antara UMNO dan Pas dalam program yang boleh memberi manfaat dan kepentingan kepada rakyat menggambarkan dimensi baru dalam politik tanah air, kata Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.Selepas bekerjasama untuk membela rakyat Rohingya pada 4 Disember lalu, kerjasama antara dua parti itu diteruskan lagi di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Serdang, Selangor.Terbaru, Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan hadir untuk bersama-sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek sempena Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef (R2R) dan Menandatangani MoU Antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Petronas di Marang, esok.A.Latiff berkata, secara peribadi beliau sangat mengalu-alukan dan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Marang itu kerana kesediaannya untuk turut serta dalam program tersebut. “Ianya satu perkembangan yang bagus dan memberi impak yang besar kepada penduduk Marang khususnya apabila pemimpin tertinggi pembangkang sendiri bersedia untuk bersama-sama kerajaan membantu rakyat.“Ini menggambarkan satu politik matang yang ditunjukan presiden PAS yang boleh menjadi contoh kepada ahlinya dimana presiden parti sendiri boleh bekerjasama dengan kerajaan untuk kepentingan rakyat,” ujarnya. Beliau berkata demikian bagi mengulas kesediaan Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang untuk turut serta dalam Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef (R2R) dan Menandatangani MoU Antara DOF dan Petronas pada sidang media program terbabit di Wisma Darul Iman, hari ini.A.Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, kesediaan Abdul Hadi hadir pada program itu menggambarkan pengiktirafan tinggi kepada kerajaan.“Selaras dengan pendekatan UMNO yang sedia menerima sesiapa sahaja yang sanggup bekerjasama kerajaan termasuk memberi sokongan moral dalam program-program yang boleh memberi manfaat kepada rakyat, ianya menggambarkan dimesi baru dalam politik hari ini, apabila pembangkang boleh duduk semeja dan berbincangkan hal-hal untuk kepentingan rakyat,” ujarnya.Dalam pada itu katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Shabery kerana memilih lokasi persisiran pantai dan laut Marang untuk melabuhkan tukun R2R.“Apabila tukun-tukun ini dilabuhkan, ianya menjadikan kawasan itu habitat laut khususnya untuk spesis kerang, ikan, udang dan sebagainya.“Di situ juga akan berlaku pembiakan dan akhirnya sumber hasil laut akan bertambah di pesisir laut Marang dan memberi pulangan cukup baik kepada kira-kira 2,000 nelayan daerah ini,” ujarnya.
03 May 17
115
Empty Image
Langkah Tepat Pas Tamatkan Tahaluf Siyasi Dengan PKR
Tajuddin Abdul RahmanTindakan Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)telahpun dijangka dan dilihat sebagai satu langkah tepat bagi mengukuhkan parti itu selari kehendak ramai bagi memperjuangkan agenda Islam.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata,  keputusan berkenaan  sudah dijangkakan berikutan selama ini serangan yang dilakukan oleh PKR terhadap Pas banyak membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk menyerang parti berkenaan."Hubungan ini perlu diputuskan dan Pas sudah sedar perbezaan agenda perjuangan dan hala tuju PKR adalah berbeza serta mereka selama ini hanya diperalatkan oleh sekutu mereka dalam perjuangan menentang Barisan Nasional."Ahli parti PKR terdiri hanya 20 peratus Melayu dan 80 peratus bukan Melayu,malah perjuangan serta hala tuju mereka pun hampir sama dengan DAP, jadi macam mana mereka hendak kawal dan tentukan hala tuju untuk orang Melayu."Malah PKR kurang memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam hala tuju mereka.Tapi untuk mendapatkan sokongan politik daripada kaum Melayu dan Islam, mereka gunakan Pas bagi meraih penyokong dan undi,"kata Tajuddin.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media di Majlis Ceramah Serentak 32 Dun (N24 Ajil) di Kampung Pela,Ajil,semalam.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN )Ajil,Ghazali Taib.Usul bagi memutuskan hubungan tahaluf siyasi Pas dengan PKR diluluskan sebulat suara oleh perwakilan yang bersidang pada Muktamar Dewan Pemuda ke-58 di Kompleks Pas Kedah.
28 Apr 17
81
Empty Image
Kelab Sahabat N87 Terengganu Sasar 16,000 Ahli Menjelang Hujung 2017
Ahmad Razif (tiga dari kiri) bersama tetamu kehormat berdiri menyanyikan lagu `Negaraku' sempena pelancaran Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKelab Sahabat Najib 87  (N87) Negeri Terengganu mensasarkan keahlian sehingga 16,000 orang di seluruh negeri menjelang hujung tahun ini, dalam usaha melahirkan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Menteri Besar,  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kelab yang sudah membentuk ahli jawatankuasa masing-masing di peringkat parlimen, kini memiliki kira-kira 2,000 ahli seluruh Terengganu, mensasarkan 500 orang di setiap Dewan Undangan Negeri atau 2,000 orang setiap parlimen sehingga akhir 2017.“Semua lapan parlimen sudah membentuk AJK masing-masing, selepas ini akan terus menjalankan pelbagai perancangan. Paling utama N87 ini dapat membantu BN dan UMNO untuk memperkasa serta memperkuatkan lagi dari segi solidariti dan juga permuafakatan kerana ini sahajalah formula terbaik bagi menghargai orang lama agar tidak terpinggir supaya orang muda tidak melupakan pejuang parti yang lama dan mereka sebenarnya perlu dihargai. “Saya bersetuju benar dengan pelancaran kelab ini dan yang paling penting dapat menjadi benteng yang kuat kepada BN Terengganu supaya dapat memenangi PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14)  dengan majoriti yang selesa dan memperolehi kerusi lebih dua pertiga,”katanya.Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri  berkata demikian di sidang media selepas melancarkan Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi. Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’  Wan Nawawi Wan Ismail.Hadir sama, Ketua Penerangan Kelab Sahabat N87 Pusat,  Dato’  Nasaruddin Alang Saidin; Pengerusi N87 Negeri Terengganu, Dato’ Sri Abdul Rahman Bakar dan Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Terengganu, Dato’ Ahmad Sidi Ismail.Selain itu, majlis turut dihadiri kira-kira 1,500orang termasuk Exco Kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, veteran UMNO dan pemimpin masyarakat.Menteri Besar turut berharap supaya kelab itu dapat mengenal pasti di kalangan `DNA’ keluarga dan sahabat UMNO yang boleh menambah keahlian dan memperkasakan kelab yang akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang majoriti  yang besar pada PRU14 nanti.“Pada PRU14 nanti adalah berasaskan angka, jika angka sokongan kita besar, insya-Allah kita mampu memberi kemenangan yang selesa pada pilihan raya nanti,”katanya.Terengganu adalah negeri keenam yang melancarkan kelab berkenaan selepas Kelantan, Selangor,  Johor, Melaka dan Wilayah Persekutuan. Kelab Sahabat N87 diwujudkan sebagai platform melahirkan sokongan padu dan kesetian kepada Perdana Menteri, Dato’  Seri Mohd Najib Tun Abdul  Razak, bermula ketika jawatan Ketua Pemuda UMNO, sejak 1987 lagi.
22 Apr 17
621
Empty Image
Sambutan Luar Biasa Rakyat, Bukti UMNO dan BN Kekal Relevan
Ahmad Razif  turut melancarkan tagline `wi gok sekali’ bersama Pemuda/Puteri UMNO di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. sempena lawatan sehari beliau ke DUN Ladang, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSambutan luar biasa rakyat ketika kunjungan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu pada 15 dan 16 April lalu membuktikan momentum sokongan terhadap UMNO kekal relevan dan teguh, sekali gus memberi petanda positif untuk Barisan Nasional mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kebanjiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat yang luar  biasa itu memperlihatkan satu transformasi politik sedang berlaku di parlimen dilawati pemimpin utama negara itu, dan seluruh Terengganu, amnya.“Apabila datang ke DUN (Dewan Undangan Negeri) Ladang ini pula, saya nampak satu semangat berbeza. Walaupun mereka terpaksa menunggu saya selama dua jam tetapi nampak air muka mereka penuh kegembiraan. Saya yakin DUN Ladang akan menjadi milik kita. “Parlimen Kuala Terengganu juga kita akan ambil balik, kerana rakyat sudah sedar permainan pembangkang yang hanya pandai bercakap tetapi mereka gagal melaksanakan, sedangkan kawasan ini sendiri kawasan pembangkang, jadi tidak guna mereka hanya berceramah tetapi gagal membantu rakyat. Jadi saya yakin rakyat akan menyokong UMNO dan Barisan Nasional,”katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena lawatan kerja sehari YAB Menteri Besar Terengganu ke DUN Ladang, di Dewan Sivik Pasir Panjang, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pegawai Penyelaras DUN, Dato’ Mohd  Sabri Alwi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Parlimen Kuala Terengganu, Rozalina Mokhtar yang juga Ketua Wanita UMNO Kuala Terengganu. Menteri Besar turut melancarkan tagline `wi gok sekali’ bersama Pemuda/Puteri UMNO di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. Ahmad Razif sebelum itu juga berkata, lawatan beliau antara lain untuk memfokuskan tiga perkara utama di kalangan rakyat khususnya menangani kos sara hidup, menyediakan peluang pekerjaan serta membina perumahan untuk rakyat yang kurang berkemampuan.Dalam sesi lawatan sebelah pagi, beliau sempat meninjau Pasar Bukit Besar dan melihat isu-isu yang dihadapi peniaga terutama bahagian barang basah serta akan memastikan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengambil tindakan sewajarnya terhadap aduan yang diterima mereka.“Saya berkesempatan melawat  Pasar Bukit Besar dan melihat isu melibatkan peniaga terutama peniaga ikan, daging dan ayam, seterusnya saya akan minta  MBKT melihat semula (laporan) bagi merancakkan perniagaan mereka dalam usaha menangani kos sara hidup.“Saya juga berpeluang berjumpa orang muda dan warga pendidik termasuk pengetua di DUN Ladang bagi mengetahui permasalahan yang mereka hadapi. Selain itu, kita juga berjumpa penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya dapat menambah baik kaedah bagi melancarkan bantuan kepada golongan sasar,”katanya.Seramai 440 penerima bantuan JKM dari DUN Ladang melibatkan peruntukan kira-kira RM200,000 menerima bantuan masing-masing di Dewan Sivik Pasir Panjang dan di Bukit Kecil.
17 Apr 17
100
Empty Image
UMNO Terengganu Tiada Masalah Pertahankan Kemenangan PRU14
Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bersedia berdepan kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa sahaja.Setiausaha UMNO negeri, Dato’ Muhamad Pehimi Yusof berkata, parti Barisan Nasional (BN) melakukan persiapan awal serta tiada masalah untuk meneruskan penguasaan dan mengekalkan kemenangan pada PRU tidak lama lagi.“Terengganu di bawah pemerintahan kerajaan BN merupakan antara negeri terdahulu yang membuat persediaan awal untuk menghadapi PRU-14. “Antaranya, termasuk mengadakan bengkel portfolio dan juga aktiviti seperti pertandingan Pusat Daerah Mengundi dan sebagainya untuk menggerakkan jentera parti,” ujarnya.Beliau mewakili Menteri Besar berkata demikian ketika berucap di Majlis Temu Mesra Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Bersama Mantan Yang Berhormat, Mantan Calon BN Terengganu dan Mantan Senator Siri Ke-2 di Hotel Permai, semalam.Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato’ Muda Mamat, Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Terengganu, Dato’ Ahmad Sidi Ismail serta Pengerusi Veteran UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Wan Zakaria Abd Rahman.Menurut Muhamad Pehimi, selain mengeratkan silaturahim, majlis temu mesra diadakan bertujuan mendapatkan maklum balas dan idea serta pengalaman bekas kepimpinan UMNO terdahulu untuk manfaat parti.“Maklum balas hasil pertemuan lalu juga telah banyak yang diambil tindakan termasuk cadangan untuk memantapkan lagi barisan jentera parti,” ujarnya.Katanya, bagi memantapkan lagi gerak kerja jentera parti, UMNO Terengganu akan melaksanakan simulasi pilihan raya pada 29 April ini sebagai persiapan dalam menghadapi PRU-14.Sementara itu, Ahmad Sidi berkata, bagi memastikan PRU14 berpihak kepada parti BN dan UMNO, semua ahli perlulah bersama-sama berganding bahu menjaga parti.Wan Zakaria pula berpendapat, jentera parti perlu komited melaksanakan setiap program yang dirancang serta menyusun barisan dan sentiasa bersama dengan kepimpinan masa kini.
01 Apr 17
362
Empty Image
Sidang DUN: Kerjasama UMNO, Pas Penting Demi Pertahankan Kedaulatan Islam
Ahmad Razif berbual bersama pemimpin Pas sejurus selesai sesi soalan lisan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraKerjasama antara parti UMNO dengan Pas dilihat penting bagi mempertahankan kedaulatan Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, kerjasama antara dua parti yang mendominasi politik Terengganu itu amat diharapkan bagi mengukuhkan perpaduan dan mewujudkan kerjasama di kalangan pemimpin di negeri ini.Beliau turut mempelawa Pas menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO memandangkan kedua-duanya selari dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan agama Islam."Seburuk-buruk UMNO pun sebagaimana dakwaan pembangkang, parti inilah yang bantu rakyat dan parti ini jugalah yang kadang-kadang bantu juga pengikut Pas, jadi apa salahnya dalam mewujudkan kerjasama dan perpaduan, turutlah kita, jangan bersendirian."Kalau di Pulau Pinang, Pas telah mengusulkan untuk memutuskan hubungan politik dengan parti komponennya sebelum ini (PKR), kita harap di Terengganu lapan bahagian Pas pun akan melakukan perkara sama, marilah bersama-sama dengan kita. Insya-Allah,"katanya.Mohd Iskandar berkata demikian ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima, Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari kedua, hari ini.Menurut beliau, Pas disifatkan menjadi rebutan berdasarkan perjuangan parti itu yang tidak pernah luntur walaupun wujudnya banyak parti baharu yang ditubuhkan atas beberapa sebab dan kepentingan."Analoginya mudah sahaja, Pas diibaratkan kalau sebagai seorang wanita, sangat laku. Belum habis idah dah datang orang melamar."Tahun 1990 hingga 1995 kahwin dengan Semangat 46, tahun 1999, masa tu tiga orang minta tapi jodoh tak panjang, tahun 2004 ada juga berpakat dengan orang lain, menjelang PRU ni duduk seorang pula," ujarnya.Katanya, Pas dan UMNO adalah dua parti yang telah berupaya memenangi hati rakyat di negeri ini."Kalau sebut di Terengganu, datanglah parti mana pun rakyat akan ingat dua parti sahaja iaitu Pas dan UMNO."Dua tiga parti lagi datang secara bermusim dan bukan berkepentingan untuk beri perkhidmatan kepada rakyat, tetapi dua parti ini tetap kekal di dalam hati rakyat Terengganu khususnya Melayu Islam," katanya.Terdahulu, 12 daripada 13 kawasan Pas Pulau Pinang telah mengusulkan memutuskan hubungan politik bersama PKR dan usul itu akan dikemukakan pada Muktamar Pas akan datang.
28 Mar 17
57