lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Kerajaan BN Bela Nasib Rakyat - Halina
Berita dan gambar oleh: Ezzuan AhmadJelalah Cakna Ibu Tunggal Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil - Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi ) akan tetap diteruskan meskipun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi mencapai sasaran bertemu mesra dan membantu ibu tunggal di seluruh daerah.Yang Dipertuanya, To' Puan Seri Halina Zakaria berkata, bantuan bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ibu tunggal dalam menguruskan kehidupan seharian mereka setelah ketiadaan suami di sisi.Katanya, kira-kira 32,000 ibu tunggal  yang berdaftar di negeri ini akan diberi bantuan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM6.4 juta . "Kerajaan negeri di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Syarikat Air Terengganu (Satu) merupakan penyumbang utama kami dalam menjayakan program murni ini."Ibu tunggal akan diberi bantuan wang tunai sebanyak RM200 dan bantuan barangan dapur sebanyak RM100 bagi setiap seorang " katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan program tersebut di Dewan Balora, Bandar Al Muktafi Bilah Shah, Dungun, pagi tadi.Pada program tersebut, seramai 800 orang ibu tunggal di sekitar Dewan Undangan Negeri Bukit Besi menerima bantuan wang tunai dan barangan keperluan pada majlis tersebut.Tambah beliau, sehingga April, program itu sudah menjelajah ke lima lokasi iaitu Telemong, Bukit Payung, Wakaf Mempelam, Pengkalan Berangan, Kuala Nerus dan Jabi."Bukit Besi merupakan kawasan yang ke enam dalam siri jelajah kami dan InsyaAllah selepas pilihan raya kami akan terus menjelajah sehingga hujung tahun ini," katanya.Beliau berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan untuk memastikan tiada yang terpinggir."Rakyat perlu bijak untuk memilih parti yang betul-betul akan membela nasib rakyat dan bukan parti yang hanya pandai menabur janji sahaja hanya untuk kepentingan politik peribadi," katanya.Sementara itu , ibu tunggal yang ditemui menyatakan rasa penghargaan mereka di atas bantuan yang diberikan dalam meringankan beban yang ditanggung setelah ketiadaan suami.Bagi Aishah Minah Embong, 70, bantuan yang diberi sedikit sebanyak meringankan bebannya yang terpaksa menjadi ketua keluarga setelah pemergian suami tercinta lima tahun lalu."Suka sangatlah boleh bantuan begini. Memang perit membesarkan anak - anak dengan sumber kewangan yang terhad tapi alhamdulillah kerajaan banyak membantu golongan seperti kami," katanya.Seorang lagi penerima, Maziah Ismail, 49, menyarankan supaya dikekalkan kerajaan yang sedia ada pada masa sekarang kerana telah terbukti dalam membela nasib golongan yang memerlukan."Banyak bantuan yang telah diberikan kepada rakyat yang memerlukan dan ini cukup membuktikan BN adalah parti yang terbaik untuk menrajui negara demi kebaikan semua," katanya.
21 Apr 18
110
Empty Image
Kompleks Kegiatan Ibu Tunggal Bernilai RM4.5 Juta Kini Siap
Kompleks Kegiatan Ibu Tunggal di Chendering, Kuala Terengganu yang bernilai RM4.5 juta kini siap sepenuhya dan hanya menunggu penyerahan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk beroperasi dalam tempoh terdekat.Bangunan itu  dilengkapi bilik mesyuarat, tiga buah bilik aktiviti (spa, memasak, menjahit), sebuah pejabat pengurusan persatuan, surau, perpustakaan, gimnasium, cafe, enam unit kedai usahawan serta lima unit kiosk.Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, bangunan itu akan beroperasi tidak lama lagi sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada 32,161 ibu tunggal yang berdaftar dengan YPKT di seluruh Terengganu.Katanya, pusat sehenti untuk golongan ibu tunggal itu akan menjadi tempat bagi menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat dan dapat menjana ekonomi mereka bagi membaiki taraf kehidupan masing-masing.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri menerusi YPKT memperuntukkan pelbagai bantuan dan dana khusus untuk golongan ini termasuk bantuan perniagaan berupa pinjaman mudah tanpa faedah sehingga RM20,000 seorang."Pada tahun ini juga kerajaan menyediakan insentif perkahwinan RM1,000 seorang kepada ibu dan bapa tunggal yang berkahwin sebagai galakan dan perhargaan buat mereka."YPKT juga menyediakan kemahiran sokongan secara percuma kepada anak-anak ibu tunggal untuk tingkatkan kemahiran. Malah untuk persekolahan dan alam pendidikan anak-anak, kerajaan juga  menyediakan tuisyen bagi membantu meringankan beban ibu tunggal,"katanya.Menurut beliau lagi, pihaknya juga menyediakan RM5,000 kepada setiap 32 Kelab Ibu Tunggal Dewan Undangan Negeri bagi memastikan mereka juga tidak terlepas dari arus pembangunan negeri.Katanya, menerusi bajet tahun ini juga, kerajaan menyediakan RM1 juta yang mampu memberi manfaat kepada 15,000 ibu bapa tunggal bagi tujuan program peningkatan ekonomi, bimbingan perundingan, program pemantapan keluarga tunggal dan sokongan sosial serta program kesedaran penjagaan kesihatan.
15 Apr 18
112
Empty Image
Sasar Tambah 100 Peladang Muda Kuala Berang Pada 2018
Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang mensasarkan pertambahan 100 orang peladang muda dalam industri pertanian, penternakan dan perladangan pada tahun ini.Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari berkata, penglibatan lebih ramai peladang muda dapat memberi impak kepada perubahan dan penambahbaikan dari aspek teknologi yang baru dan pembangunan infrastruktur yang lebih efisyen."Daripada jumlah keahlian 3,282 orang ahli hanya 311 orang atau 9.5 peratus peladang muda yang berumur bawah 40 tahun yang telah berdaftar."Maka usaha-usaha berterusan pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang perlulah konsisten dan berterusan untuk menambahkan lagi bilangan peladang muda selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian kini sebagai sektor utama di dalam menjana pendapatan ekonomi negara," katanya.Jailani yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu berkata demikian ketika merasmikan Program Muafakat Peladang di Dewan Komuniti Kuala Berang, Hulu Terengganu, hari ini.Katanya lagi, sektor pertanian kini bukan sahaja dikehendaki menyumbang kepada keperluan pengeluaran bahan makanan negara, malahan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport utama makanan atau ‘a food exporting country’ di masa hadapan."Para peladang, penternak dan nelayan harus lebih inovatif, meningkatkan kepakaran dan berusaha dengan lebih gigih merebut peluang-peluang pelaburan dalam sektor pertanian yang kian berkembang."Kita di Hulu Terengganu ini juga mempunyai produk yang berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat yang lebih global."Sebagai contoh buah duku dan jagung yang terdapat di daerah ini boleh dipasarkan di negara luar namun perlu mendapatkan kaedah pemasaran serta pemprosesan yang terbaik, " katanya lagi.Pada majlis yang sama, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) turut menyampaikan zakat perniagaan bernilai RM35,000 kepada 200 ahli yang layak, serta penyampaian tabung pendidikan kepada anak ahli yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Seramai 40 peserta e-Kasih turut menerima sumbangan atau dividen e-Kasih berjumlah RM8,000 hasil Projek Ternakan Ikan Sangkar di Sungai Como yang diketuai oleh Jabatan Perikanan.
15 Apr 18
173
Empty Image
Kurangkan Beban Kami - Ibu Tunggal
Penerima bantuan barangan dapur dan wang tunai berjumlah RM300 seorang daripada Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil- wakil Rakyat (Serikandi) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Marang gembira dan terharu dengan keprihatinan badan itu tanpa jemu membantu mereka.Bantuan yang berjumlah RM270,000 kepada 900 ibu tunggal sempena program Jelajah Cakna Ibu Tunggal di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong disempurnakan Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria, semalam.Bagi Peah Deraman,64, dari Kampung Sena Rendang, Marang, beban memimpin keluarga amat berat jika tidak mendapat bantuan mana-mana pihak khususnya agensi kerajaan."Oleh itu bantuan dari Serikandi ini sangat membantu kami untuk menampung perbelanjaan serba-sedikit. "Selain Serikandi, agensi kerajaan negeri juga banyak memberikan bantuan kepada kami sama ada melalui pemberian barang keperluan, wang tunai serta latihan keusahawanan," katanya.Ini turut diakui rakan sekampungnya, Semek Malik, 60, yang berharap bantuan sebegini akan diteruskan pihak berkenaan demi meringankan beban golongan tidak bernasib baik seperti mereka."Saya bersyukur dan berdoa kerajaan yang banyak membantu rakyat kekal memerintah dan terus menjaga kebajikan," katanya.Sementara itu, seorang lagi penerima, Khatijah Awang, dari kampung Surau Haji Mat Din, berkata bantuan itu banyak meringankan beban keluarganya sekali gus dapat menguruskan perbelanjaan lain seperti menyediakan keperluan ubat-ubatan.
12 Apr 18
133
Empty Image
AmanahRaya Dedah Masyarakat Perancangan Dan Pengurusan Harta
Pegawai AmanahRaya, Ustaz Mohd Syazwan Mohd ketika menyampaikan ceramah Perancangan dan Pengurusan Harta (Faraid, Hibbah, Wakaf, Sedekah dan Nazar) bertempat di Masjid Haji Abdul Rahman Limbong, Hulu Terengganu, semalam.AmanahRaya Negeri Terengganu menganjurkan Ceramah Perancangan dan Pengurusan Harta (Faraid, Hibbah, Wakaf, Sedekah dan Nazar) bertempat di Masjid Haji Abdul Rahman Limbong, Hulu Terengganu, semalam.Pengurus Kanan Wilayah Timur AmanahRaya, Tuan Noraizan Tuan Long berkata, program julung kali diadakan untuk menyedarkan kepentingan penyelesaian dan pengurusan harta pusaka itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat. “Kira-kira 200 orang mengikuti ceramah yang berfungsi sebagai wadah untuk masyarakat menimba ilmu berkaitan hal perancangan dan pengurusan harta pusaka,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Tuan Noraizan berkata, selain mendedahkan peserta program mengenai pengetahuan mendalam isu-isu dan cabaran yang timbul daripada harta terutama yang berkaitan dengan harta pusaka orang Islam, ceramah yang mendapat kerjasama jawatankuasa masjid terbabit juga turut memberi maklumat kepada orang ramai tentang permasalahan dan kaedah penebusan harta pusaka Islam.Katanya, masyarakat perlu didedahkan dengan cara pengagihan harta semasa hidup sebagai perancangan awal pengagihan harta bagi mengelakkan masalah yang bakal timbul kepada harta yang ditinggalkan selepas kematian mereka.“Ini memandangkan, masalah tunggakan harta pusaka boleh mendatangkan implikasi yang buruk dari perspektif ekonomi, undang-undang, agama dan sosial,” ujarnya.
07 Apr 18
49
Empty Image
Pesta Buku @ PPAT 2018 Tawar Harga Buku Serendah RM1
Pelbagai judul novel , bahan bacaan termasuk  buku latihan serendah RM1 bakal ditawarkan kepada pengunjung  Pesta Buku @ PPAT 2018 di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Jalan Hiliran, Kuala Terengganu.Pesta buku yang dijadualkan berlangsung selama lapan hari bermula 31 Mac itu menjanjikan pelbagai aktiviti menarik semata-mata mahu menarik orang ramai terutama golongan pelajar.Antaranya persembahan artis cilik Muhammad Irfan Yusmanizam  atau lebih dikenali sebagai Mat ipang, pertandingan teka muka surat buku, persembahan buskers, pertandingan mewarna, demonstrasi masakan dan food truck.Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed, berkata seramai 61 penerbit buku  terdiri penerbit novel, alat bantuan mengajar dan juga jualan alat tulis akan turut serta pada pesta buku itu.“Pelbagai bacaan bacaan, novel dan buku latihan menanti pengunjung dengan harga sangat berpatutan.“Pendekatan ini dapat memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memilih bahan bacaan yang terkini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.Program yang bermula dari 9 pagi sehingga 10 malam itu bakal dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.
24 Mar 18
153
Empty Image
10,000 Pengunjung Dijangka Hadir Minggu Sains Negara
Kira-kira 10,000 pengunjung, termasuk pelajar dan golongan belia dijangka hadir pada Minggu Sains Negara peringkat Negeri Terengganu 2018 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Chendering, Kuala Terengganu.Program selama tiga hari yang  akan berakhir pada 5 April itu menyajikan pelbagai program menarik bertujuan menyemai kesedaran dan minat  orang ramai khususnya pelajar terhadap ilmu sains.Antaranya Sea To Space Expo, pameran dan bengkel, cerapan matahari, cerapan langit siang dan malam, tayangan astronomi dan paling istimewa panampilan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Al Musrie Sheikh Mustapha.Manakala bagi Science Troopersz sempena program sama turut diadakan melibatkan semua daerah termasuk Kemaman dan Setiu.Science Troopersz diadakan di sekolah-sekolah terpilih, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun;   SMK Landas, Hulu Terengganu; SMK Lembah Bidong, Setiu dan Pasar Jertih, Besut.Program itu berlangsung selama lima hari, bermula 1 April.Ketua Pegawai Operasi PSKT,  Afnida Alwi, berkata program berkenaan pastinya mampu  memberi manfaat kerana dapat mendalami bidang sains secara lebih dekat serta secara praktikal.“Oleh itu, pihak kami berharap orang ramai mengambil peluang  hadir ke program yang dianjurkan secara percuma itu dengan membawa keluarga masing-masing,” katanya.Perasmian program dijangka disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
20 Mar 18
126
Empty Image
LTdL 2018: Penduduk Terengganu Teruja Saksi Saingan
 Peluang menyaksikan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 yang menamatkan peringkat ketiga semalam tidak dilepaskan segelintir penduduk Terengganu.Mohd Zakri Ibrahim, 37, yang berkerja sebagai penyelenggara elektrik di Kuala Nerus mengakui teruja dengan acara gemilang yang jarang disaksikan secara langsung di depan mata sendiri."Saya membawa anak- anak datang untuk memberi pengalaman menyaksikan acara peringkat antarabangsa ini. Saya harap kerajaan negeri akan terus jadi penganjur kerana Terengganu merupakan pengeluar bakat atlet basikal negara," katanya yang ditemani dua anaknya.Manakala, Zaharatul Aini Mohd Albakri,42 dari Pulau Pinang pula tidak menyangka kunjungannya ke Kuala Terengganu memberikan pengalaman berharga apabila berpeluang menyaksikan persaingan beberapa pelumba yang menamatkan perlumbaan di bandar Kuala Terengganu."Ini kali pertama saya saksikan LTdL. Ia sangat mengujakan kerana dapat melihat sendiri kelajuan dan semangat pelumba di garisan penamat," katanya.Bagi Zarif Syahmi Mohd Othman, 11, yang mengunjungi lokasi persaingan ditemani bapa dan sepupunya, Mohd Farish Mohd Rosdi,10, pula mengimpikan untuk menjadi pelumba negara suatu masa nanti."Seronok dapat lihat LTdL, saya sangat bersemangat dan mahu jadi seperti mereka suatu hari nanti," katanya.LTdL 2018 akan memulakan peringkat keempat bermula di Dungun pagi ini.
20 Mar 18
283
Empty Image
Orang Asli Dewasa Sungai Berua Berkhatan
Seramai 20 peserta masyarakat Orang Asli Sungai Berua berusia dalam lingkungan lapan hingga 20 tahun menyertai program berkhatan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).Penolong Setiausaha Dakwah Saudara Kita (Maidam), Abdul Halim Lim Abdul Rahman berkata, inisiatif itu merupakan program kali ketiga yang dilaksanakan pihaknya menerusi kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan komuniti berkenaan turut melaksanakan kewajipan sebagai orang Islam dengan berkhatan."Kita buat secara percuma termasuk pendedahan mengapa perlunya berkhatan dan syukur mereka memahaminya dan menerimanya walaupun agak lambat tentang dakwah yang cuba disampaikan."Bukan sahaja masyarakat Orang Asli Sungai Berua yang terlibat dalam program seperti ini kerana pihak kami turut laksanakan secara bersama dengan dua lagi komuniti Orang Asli iaitu di Sungai  Pergam di Kemaman dan  Sungai Sayap di Besut yang melibatkan lebih kurang 291 keluarga secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas program berkhatan di perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu, hari ini.Abdul Halim berkata, pihaknya memperuntukkan hampir RM7,000 untuk program kali ini dengan setiap peserta akan mendapat sedikit barangan, cenderahati berupa kain pelikat dan wang tunai.Jelasnya lagi, pihaknya turut merancang selepas bulan Syawal, mereka yang dewasa belum berkhatan akan dibawa ke hotel untuk dikhatankan diajar pantang larang dan penjagaan yang perlu bagi memberi keselesaan, mengurangkan rasa rendah diri dan malu jika dibuat secara terbuka di perkampungan mereka.Seorang peserta, Faizal Hassan, 16, mengakui belum sempat berkhatankerana perasaan takut sentiasa menyelubunginya apabila mendengar perkataan khatan."Saya tahu khatan adalah satu kewajipan bagi orang lelaki Islam, saya cuba kumpulkan keberanian dan sebab itu saya melakukannya kerana keinginan berkhatan datang daripada hati saya tanpa ada paksaan.“Ada juga dengar orang cakap yang bukan-bukan tentang berkhatan, tetapi hati saya kuat pada kali ini...dah lama saya tangguh dan hari ini saya sudah pun melaluinya... Alhamdulillah tidak rasa sakit ," kata  Faizal.Alias menunjukkan akar rempah gunung yang digunakan sebagai ramuan ubat bagi menyembuhkan luka berkhatanSementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Sungai Berua, Alias Pelong berkata,  program itu perlu diteruskan setiap tahun perlu bagi memastikan kanak-kanak orang asli berkhatan seawal usia mereka.Tambahnya lagi, menjadi satu tradisi apabila selepas berkhatan, anak-anak tidak bergantung sepenuhnya kepada ubat moden dibekalkan sebaliknya mengamalkan minum air rebusan akar tumbuhan hutan dinamakan rempah gunung bagi cepatkan proses pemulihan.“Cuma ia tidak akan diminum pada hari sama ubat moden dimakan, sebaliknya diselang-seli setiap hari. Sebelum program, kami sudah ke hutan cari akar rempah gunung ini untuk direbus sebelum diberi minum kepada peserta berkhatan,”ujar Alias.
19 Mar 18
1447
Empty Image
Lulus Peruntukan RM500 juta Untuk Jalan Di Besut
 Nawi beramah mesra dengan ahli mesyuaratKerajaan Pusat meluluskan peruntukan  RM500 juta untuk menaik taraf jalan dan pembinaan jambatan kedua merentangi Sungai Besut bagi mengatasi masalah kesesakan yang sering berlaku di bandar ini terutama pada musim cuti umum.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Nawi Mohamad berkata, pembinaan jambatan kedua berhampiran jambatan sedia ada di bandar Jertih diharap dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang sering menjadi rungutan penduduk daerah itu.Katanya, serentak dengan pembinaan jambatan baharu itu kerajaan akan melebarkan jalan daripada dua lorong kepada empat lorong bermula dari Kampung Gong Nering hingga ke Seberang Jertih."Selain itu menerusi peruntukan sama  kerja menaik taraf jalan daripada dua lorong kepada empat lorong dari Hospital Besut ke Pasir Akar, Hulu Besut akan dilaksanakan.“Usaha menaik taraf jalan kepada empat lorong berkenaan juga bertujuan menyelesaikan masalah terputusnya hubungan penduduk Hulu Besut dengan bandar ini apabila berlaku banjir,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-5 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Daerah Besut, hari ini.Nawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut berkata, usaha memberi kemudahan seperti jalan dan jambatan yang dicadangkan itu akan terbantut jika penduduk Besut tidak memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Plihan Raya Umum Ke-14.Oleh itu,katanya, beliau yakin ahli persatuan pesara kerajaan daerah ini akan terus menyokong BN kerana ingin melihat Besut iterus maju dan membangun dalam pelbagai bidang sebagaimana yang dirancang kerajaan.
19 Mar 18
63