Artikel "Komuniti" Terkini
                            Kehadiran MB Meriahkan Tradisi Kelab WDI Masak Bubur Lambuk
                        
                        
                            Program memasak bubur lambuk anjuran Kelab Wisma Darul Iman (WDI) bertambah meriah dengan kehadiran pemimpin nombor satu negeri yang turun padang menyertai aktiviti menyediakan 17 kawah hidangan itu, pagi ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa kira-kira  30 minit bersama lebih 200 pegawai dan kakitangan bergotong-royong memasak dan menyiapkan masakan sempena sambutan Ramadan di perkarangan WDI, bermula jam 9 pagi.Turut serta, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.Sementara itu, penyelaras program, Mohd Sophian Abu Bakar berkata, kakitangan mula membuat persiapan memasak pada jam 8 pagi dan selesai kira-kira empat jam kemudian sebelum diagihkan secara percuma kepada kira-kira 1,200 kakitangan WDI."Sebanyak 17 kawah bubur lambuk dimasak termasuk satu kawah sumbangan Adabi (Consumer Industries Sdn Bhd). Pertama kali syarikat korporat menyertai program seumpama ini di samping mempromosikan produk keluaran mereka kepada kakitangan."Sebanyak 2,400 bubur dipaketkan untuk diagihkan kepada sesama kakitangan, manakala 600 paket lagi diedarkan secara percuma kepada pengguna jalan raya di depan Wisma Darul Iman bermula jam 2 petang," katanya kepada Teganukita, hari ini.Beliau yang juga Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) berkata, sambutan baik dan komitmen yang diberikan pertugas sejak program ini diperkenalkan tahun lalu menyebabkan kelab itu memutuskan untuk meneruskan program yang sama buat kali kedua dan akan dijadikan sebagai acara tahunan pada masa akan datang.
                        
                        
                                30 May 18
            
                    
                                309
            
            
                            Media, Hotel Permai Kolaborasi Agih 150 Pek Juadah Sahur
                        
                        
                            Rozainah (dua dari kanan) bersama Noralizan (kiri) menyerahkan juadah sahur kepada petugas di HSNZ. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimPersatuan Karyawan Kreatif Terengganu dengan kerjasama Hotel Permai meneruskan tradisi tahunan dalam menyantuni golongan yang kurang berkemampuan termasuk petugas di jabatan kerajaan yang bersengkang mata berkhidmat pada waktu malam hingga pagi.Presiden Karyawan, Rozainah Zakaria, berkata program itu sebagai tanda kecaknaan dan memberi keceriaan kepada  golongan yang memerlukan perhatian dan keprihatinan masyarakat sekeliling termasuk dari badan bukan kerajaan."Tahun ini kita memilih golongan gelandangan di sekitar bandar raya ini dan petugas Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri yang bertugas demi menjaga keamanan serta kesejahteraan awam."Hotel Permai menyediakan sebanyak 150 pek juadah sahur berupa nasi dan ayam goreng, sambal bilis dan kurma serta air mineral untuk diagihkan dan ini merupakan kerjasama buat kali pertama pihak kami dalam melaksanakan kerja amal, "katanya selepas menyampaikan juadah sahur kepada anggota JBPM, di Kuala Terengganu, semalam.Program yang bermula 10 malam hingga 2 pagi, turut disertai Pemangku Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abd Rahman serta lebih 30 orang petugas hotel dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Karyawan.Rozainah berkata, selain program itu, pihaknya dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) juga akan menganjurkan acara bersahur beramai-ramai di puncak Bukit Besar dalam masa terdekat yang dimulakan dengan pendakian pada waktu malam.Sementara itu, Noralizan berkata, kolaborasi pada kali ini dapat mengeratkan silaturahim selain pada  pada masa yang sama mampu membantu mempromosikan Hotel Permai."Pihak kami bersedia berkolaborasi dengan mana-mana pihak yang ingin melakukan kerja amal kerana bagi saya.. dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain dan tidak salah untuk berkongsi," ujarnya.
                        
                        
                                27 May 18
            
                    
                                99
            
            
                            Program Jelajah Ramadan Ceriakan 40 Anak Yatim
                        
                        
                            Omar menyampaikan sumbangan kepada anak yatim yang terpilih dalam program Jelajah Ramadan. Foto oleh Harish fadzillah Abu Kassim.Seramai 40 anak yatim ceria apabila menerima barangan keperluan harian dan wang tunai menerusi Program Jelajah Ramadan anjuran  Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).Menurut Pengurus Ketengah, Omar Ismail, sebelum itu anak-anak yatim dari tiga buah sekolah di wilayah Ketengah di Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Bukit Besi, Dungun dibawa ke Kuala Terengganu untuk membeli-belah pakaian hari raya."Mereka juga diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama pengurusan Ketengah, pengurusan RTM Terengganu dan pengamal media."Program kolaborasi ini dibiayai oleh Tabung CSR Ketengah Holding Sdn Bhd iaitu anak syarikat Ketengah dan Jelajah Ramadan ini merupakan sebahagian program tahunan Ketengah bagi membantu golongan yang memerlukannya," katanya kepada pemberita di Program Jelajah Ramadan 1439H/2018M, semalam.Turut hadir, Pengarah RTM Terengganu, Lokman Muda serta pengamal media.Program yang berlangsung dua hari bermula dengan majlis berbuka puasa yang dihadiri hampir 500 penduduk kampung serta penyampaian bantuan kepada golongan asnaf fakir dan miskin di Kampung Basong, Hulu Terengganu.Tambah Omar lagi, program yang dijalankan secara kolaborasi dengan RTM lebih menjurus ke arah menyantuni golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan juga penduduk yang uzur serta memerlukan bantuan."Semoga sumbangan dan bantuan ini dapat membantu meringankan beban serta menceriakan penduduk yang berada dalam wilayah Ketengah yang sememangnya sentiasa diberi perhatian oleh pihak kami," ujarnya.
                        
                        
                                27 May 18
            
                    
                                215
            
            
                            Kelek JB Prihatin Sedia Juadah Sahur Petugas Malam
                        
                        
                            Adun Ajil, Maliaman Kassim menyampaikan sumbangan juadah untuk bersahur kepada kakitangan Hospital Hulu Terengganu sempena Program Singgah Sahur anjuran Kelek JB semalamDi saat orang lain lena dibuai mimpi, ada insan-insan yang sedang gigih melaksanakan tanggungjawab demi menjaga kesejahteraan masyarakat pada waktu malam 'petugas malam'.Bagi mengenang jasa dan pengorbanan itu sekumpulan anak muda daripada Kelab Eksplorasi Jerangau Barat (Kelek JB) yang aktif dalam aktiviti luar  menyediakan juadah untuk bersahur.Presidennya, Mohamad Hanif Mat Rasat berkata, program ini dilaksanakan bagi menyantuni warga hospital yang terdiri dari para doktor, warga perubatan, jururawat dan pegawai keselamatan yang bertugas sepanjang malam di wad."Mungkin pada masa kita tidur nyenyak dan lena dibuai mimpi, wira-wira inilah yang bertugas dan memastikan kesemuanya berjalan lancar demi menjaga kesihatan masyarakat."Kebanyakan warga staf yang bekerja syif malam pada bulan Ramadan akan bersahur secara ala kadar kerana mereka perlu menjaga pesakit sepanjang masa bertugas."Sumbangan sekecil ini sedikit sebanyak diharap dapat memberi keceriaan dan membuatkan mereka berasa dihargai serta sentiasa diingati kerana merekalah sebenarnya wira yang menjaga kita tanpa mengira masa," katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Sahur Muhibah Ramadan Anjuran Kelek JB, di Hospital Hulu Terengganu, malam tadi.Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim.Salina Zainal AbidinBagi Jururawat U29, Salina Zainal Abidin, 30, yang bekerja syif malam pada  Ramadan akan bersahur secara ala kadar kerana mereka perlu menjaga pesakit sepanjang masa bertugas."Memang seronok tengok ada yang masih mengambil berat, prihatin dan sedar tentang kami yang tidak pulang ke rumah dan bersahur bersama keluarga," katanya.
                        
                        
                                25 May 18
            
                    
                                70
            
            
                            Hotel Grand Continental Rai Anak Yatim
                        
                        
                            Amzad bersama anak yatim sewaktu Majlis Berbuka Puasa di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu, petang semalam.Bersempena kedatangan bulan Ramadan, Hotel Grand Continental Kuala Terengganu (HGCKT) menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan 40 anak-anak dari Maahad Tahfiz Alquran Al Tahiri Kampung Gelugur dan Asrama Puteri Pratahfiz Kubang Parit, semalam.Pengurus Kanan Bahagian Jualan dan Pemasaran HGCKT, Norlindawati Hasan, berkata, majlis yang diadakan pada setiap kali Ramadan merupakan program tanggungjawab sosial korporatnya untuk membantu golongan kurang kemampuan khususnya anak yatim."Ini merupakan usaha bagi HGCKT untuk menyemarakkan harapan dan keceriaan dalam kalangan kanak-kanak yang tidak bernasib baik membawa mereka menikmati majlis berbuka puasa yang penuh kemeriahan ini."Saya berbesar hati kerana tahun ini adalah tahun ke 21 HGCKT mengadakan majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak yang kurang bernasib baik...melalui usaha ini sekurang-kurangnya keceriaan dapat dikongsi bersama sekali gus peluang untuk mereka menikmati Ramadan dengan penuh bermakna,"katanya kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa di Jala Mas Coffee House,Hotel Grand Continental Kuala Terengganu.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim dan isteri serta wakil-wakil jabatan.Sementara itu, HGCKT turut melancarkan tabung derma untuk anak-anak yatim negeri Terengganu yang dirasmikan oleh Amzad."Hasil kutipan tabung ini akan diagihkan kepada pusat anak-anak yatim yang ada di negeri ini sebelum Aidilfitri nanti.“Kami mempunyai peranan yang besar untuk membantu masyarakat dan berharap inisiatif ini dapat memberikan keceriaan dan menyemarakkan semangat mereka berhari raya,” kata Norlindawati.Bagi Ana Danisa Mokhtar, 11,dia amat berbesar hati apabila berpeluang berbuka puasa bersama rakan-rakan di hotel dengan aneka juadah yang tidak pernah terlintas dihati.“Seronok sangat dapat makan sedap-sedap dan dapat pula duit raya. Sumbangan ini sangat bermakna bagi kami,” kata Ana yang tinggal di rumah anak yatim sejak lima bulan lepas selepas kehilangan ayah ketika berusia sembilan tahun.
                        
                        
                                21 May 18
            
                    
                                418
            
            
                            Cari Pahala Di Bazar Ramadan
                        
                        
                            Hampir seminggu umat Islam di negara ini mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia.Bermakna, kira-kira seminggu juga para peniaga di bazar-bazar Ramadan di seluruh daerah mencari rezeki menjual juadah berbuka puasa.Di sinilah segala macam makanan dan juadah berbuka puasa dijual malah makanan atau kuih-muih yang pelik-pelik dan jarang-jarang ditemui pada hari biasa, boleh muncul pada bulan ini.Kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu pasti menggembirakan para peniaga di bazar Ramadan yang menganggap tempoh sebulan ini adalah masa untuk menambah pendapatan. Berbeza dengan peniaga, Latifah Mat Sidek, 58, meskipun mungkin terdapat peniaga lain menjadikan bazar Ramadan sebagai lubuk emas dengan mengambil kesempatan menjual juadah dengan harga tinggi bagi mengaut keuntungan lebih, tetapi dirinya masih menjual nasi bajet RM3 sebungkus.“Mak Cik jual harga sama sahaja, nasi putih bersama ayam goreng berempah, kuah kari, sambal belacan dan sedikit ulam hanya RM3 sebungkus.  Selain lauk itu, ada juga lauk lain seperti ikan goreng, ayam masak berlada, gulai daging dan pelbagai lagi.“Menu setiap hari adalah berbeza. Jadi, mereka boleh pilih lauk lain juga, dengan harga bermula RM2 hingga RM5,” katanya yang berniaga nasi bajet di Bazar Ramadan Batu Burok.Pada hari biasa, dia menjual nasi tersebut berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri  Budiman 1, Kuala Terengganu.Katanya, dia tidak gentar bersaing dengan peniaga yang meletakkan harga makanan yang jauh berbeza dengan dirinya kerana mengangap itu adalah rezeki masing-masing.“Setiap hari, mak cik sedia dalam kuantiti yang sedikit sahaja, dengan pelbagai menu.  InsyaAllah, ada yang membeli. Selain dapat untung, boleh tambah pahala di bulan Ramadan,” katanya.                            
                        
                        
                                21 May 18
            
                    
                                78
            
            
                            Orang Ramai Dijemput Meriahkan Program Nostalgia Ramadan
                        
                        
                            Orang ramai dijemput memeriahkan Program Nostalgia Ramadan  anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang diadakan sepanjang bulan Ramadan ini bertempat di Pasarnita Tanjung, Kuala Terengganu.Datuk Bandar MBKT, Samiun Salleh berkata, beberapa aktiviti jualan akan berlangsung di lokasi tersebut termasuk jualan juadah berbuka puasa, pakaian dan kuih raya serta ‘food truck’.“Disamping sesi ceramah agama, penyediaan tempat untuk berbuka puasa dan ‘photo booth’, MBKT turut menyediakan kemudahan lain seperti pentas untuk aktiviti keagamaan dan persembahan, tayangan sembahyang terawih serta penyediaan kanopi untuk para peniaga,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Katanya, aktiviti jualan bermula pukul 3 petang sehingga waktu sahur.
                        
                        
                                16 May 18
            
                    
                                176
            
            
                            PRU14 : Derita Bapa Tunggal Dapat Perhatian
                        
                        
                            Oleh : Ezzuan AhmadSeorang bapa tunggal yang menghidap penyakit kencing manis di tahap kritikal kini mampu tersenyum selepas kediamannya di Kampung Pinang Merah, Paka, yang rosak  sudah dibaiki semula.Abdul Rahman Mohammad, 62, kini tinggal bersama seorang anak lelakinya di rumah itu yang juga rumah pusaka peninggalan keluarganya sejak 30 tahun dahulu selepas kematian isteri tercinta, Kamisah Zakaria, 45, akibat penyakit barah otak.Lebih memeritkan lagi, penyakit kencing manis yang dihidapinya telah menyebabkan penglihatannya menjadi kabur dan tidak mampu untuk bekerja untuk mencari rezeki.Keadaan tersebut menyebabkan dia tidak mampu untuk membaiki kerosakan struktur rumahnya akibat dimakan oleh serangga perosak.Menurutnya, keadaan rumah kayu yang reput di beberapa bahagian menyebabkan kehidupannya menjadi semakin tidak menentu kerana risau rumah tersebut runtuh."Saya tidak boleh membuat kerja berat kerana penyakit saya ini dan hanya mengambil upah membuat kerja-kerja kampung sahaja,"katanya.Dengan pendapatan sebanyak RM500 sebagai tukang cuci di sebuah masjid, menurutnya adalah mustahil untuk membeli kayu dan papan yang baru bagi membaiki rumahnya itu."Duit yang ada hanya cukup untuk membeli barang keperluan harian dan makanan saya dan anak. Setiap hari saya runsing memikirkan keadaan rumah saya ini," katanya.Tambahnya, wakil rakyat yang telah dilantik (Pas) tidak pernah mengambil berat tentang keadaan diri dan kediamannya."Walaupun pejabatnya (wakil rakyat) dekat dengan rumah saya namun sehingga sekarang satu bantuan untuk baiki rumah saya tidak pernah diberikan," katanya.Simpati dengan keadaan tersebut, calon BN DUN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman melalui Pejabat Penyelaras UMNO DUN Paka turun membantu membaik pulih kediaman Abdul Rahman.Menurut Tengku Hamzah, bantuan yang diberikan merupakan bantuan papan dinding dan kayu lantai bagi menggantikan bahagian yang rosak."Kita (BN) turun membantu meringankan beban beliau meskipun berada di dalam kubu kuat mereka (Pas) dan ini merupakan satu petanda bahawa rakyat mahukan BN untuk mengubah nasib hidup mereka."Kita juga akan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memikirkan bantuan yang sepatutnya seperti bantuan elaun bulanan dan bantuan lain yang dirasakan perlu," katanya.
                        
                        
                                30 Apr 18
            
                    
                                71
            
            
                            Kerajaan BN Tidak Jemu Bantu Tabika Kemas
                        
                        
                            Halina memerhati dua kanak-kanak Tabika Kemas menyertai Pertandingan Mari Bersolek. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas dengan menyalurkan peruntukan yang besar setiap tahun bagi memperkasakan lagi institusi pendidikan seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu.Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, setiap nilai ringgit yang diagihkan itu menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan Tabika Kemas dengan menyediakan kemudahan yang selesa dan kualiti pendidikan terbaik kepada masyarakat.Katanya, melihat perkara itu, masyarakat hari ini perlu menghargai jasa-jasa kerajaan yang telah membantu rakyat daripada pelbagai aspek bukan saja  berkaitan pendidikan malah tidak jemu menumpukan perihal kebajikan, perubatan, perumahan, peluang pekerjaan dan sebagainya.“Tidak ketinggalan Kerajaan Barisan Nasional Terengganu juga setia menghulurkan pelbagai bantuan, termasuk bantuan persekolahan, dana perayaan, sumbangan untuk ibu tunggal serta dana pendidikan ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.“Apa yang dilaksanakan  kerajaan melalui jabatan dan agensi yang dilantik  itu pastinya bertujuan membantu menaiktaraf kehidupan rakyat daripada miskin kepada hidup sederhana,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kanival Sukaneka Kanak-kanak Tabika Kemas  DUN Seberang Takir, Padang Bola Taman Perumahan Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Seramai 400 kanak Tabika Kemas di DUN itu menyertai pelbagai pertandingan antaranya tiup belon, bawa bola ping pong dalam sudu, kanggaru pintar, isi air dalam botol, gelek gelung rotan, lari kepit bola, rebut coklat dan sang tupai gigi epal.
                        
                        
                                29 Apr 18
            
                    
                                248
            
            
                            PRU14 : Calon Parlimen Dungun Temui Mangsa Kebakaran
                        
                        
                             Din Adam ketika bertemu mangsa kebakaran dalam lawatannya hari iniOleh : Ezzuan AhmadCalon Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Dato' Din Adam hari ini menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sura Jeti, Kuala Dungun selepas kediamannya musnah dalam kejadian semalam.Beliau turun melihat sendiri kesan kemusnahan dan berkongsi kedukaan mangsa kebakaran, Sahuri Johari, 36, yang tinggal sehelai sepinggang akibat kejadian itu.Katanya, bantuan yang diberikan berupa sumbangan makanan, keperluan asas dan pakaian kepada keluarga terbabit bagi mengurangkan kesusahan yang sedang mangsa hadapi."Kita bersimpati di atas musibah yang melanda keluarga terbabit dan ini menjadi tanggungjawab kita (BN) untuk membantu rakyat yang memerlukan. "Kita juga akan memikirkan bantuan lain yang dirasakan perlu untuk meringankan beban mereka " katanya kepada Teganukita.Menurut Din, bantuan itu merupakan tanggungjawab BN dalam memastikan tiada rakyat yang hidup dalam kesusahan meskipun berada di kawasan pembangkang."Ini merupakan tanggungjawab kami (BN) dalam memastikan tiada rakyat yang terlepas diberikan bantuan sekiranya memerlukan," katanya. Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, keluarga terbabit tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman yang didiami mereka musnah keseluruhan akibat kejadian tersebut. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan keluarga terbabit kini menumpang sementara di kediaman saudara maranya.
                        
                        
                                29 Apr 18
            
                    
                                52