Artikel "Komuniti" Terkini
Anggota APM Siap Sedia Berdepan PRU
Anggota APM bersiap sedia hadapi PRU Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mengerahkan anggotanya pada bila-bila masa bagi menjalankan tugas sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Ketua Pesuruhjaya APM, Mej Jeneral Dato' Azmy Yahya berkata, pihaknya dalam keadaan siap siaga bagi memastikan seluruh negara dalam keadaan aman dan sejahtera sepanjang tempoh kempen pilihan raya.Katanya, ketika ini APM mempunyai kekuatan 2.1 juta anggota seluruh negara dan sebahagiannya sukarelawan akan dikerah menjalankan tugas yang diperlukan dalam tempoh berkenaan."Semua anggota APM sudah dilatih untuk membantu orang ramai jika berlaku sebarang kes kecemaasan yang ada kaitan dengan tugas anggota pasukan berkenaan.“Semua pengarah APM seluruh negeri juga sudah diarah menyediakan pasukan anggota yang terbaik bagi mempastikan keadaan di kawasan masing-masing sentiasa dipantau,” katanya selepas majlis penghargaan kepada petugas Monsun Timur Laut (MTL), di Besut, hari ini.Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh merasmikan program berkenaan serentak dengan pelancaran Skuad Sukarelawan APM Parlimen Besut.Azmy berkata, APM menyasarkan menjelang akhir tahun ini sejumlah 3 juta anggota agensi itu ditambah dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.Idris ketika merasmikan program itu, berkata beliau turut berbangga dengan perkhidmatan yang diberikan anggota APM yang sentiasa bersedia menjalankan tugas secara sukarela."Kenaikan tambahan elaun yang diumumkan kerajaan baru-baru ini diharap lebih ramai rakyat menyertai pasukan APM kerana ia satu tugas murni untuk negara."Bencana banjir yang berlaku di negeri ini tiap tahun bukti anggota APM sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa banjir,"katanya.
19 Mar 18
191
KPM Peruntuk RM18.3 Juta Agih Tablet Untuk 21,979 Guru Terengganu
lima guru dari sekolah sekitar Kuala Nerus menunjukan tablet yang diterima. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan kira-kira RM18.3 juta bagi mengagihkan tablet secara berperingkat-peringkat kepada 21,979 guru di seluruh Terengganu Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian tablet itu turut dilengkapi kad sim dan aplikasi khusus untuk guru."Sekarang ini pengagihan tablet di seluruh daerah sedang berjalan dan kita jangka selewatnya hujung bulan ini semua guru bakal memperoleh tablet berkenaan."Kita percaya melalui pemberian tablet kepada guru-guru ini akan memastikan usaha kita untuk memperkukuhkan kelas maya akan berjalan dengan lebih lancar,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media sebaik selesai menyempurnakan Majlis Pengagihan Tablet Guru KPM Daerah Kuala Nerus, di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail.Menurut Ahmad Razif lagi, penggunaan tablet itu juga secara tidak langsung akan memudahkan guru-guru memperoleh maklumat bagi proses pembelajaran di dalam kelas nanti."Kita harap kecemerlangan pendidikan terus terserlah dan gemilang dengan adanya bantuan tablet ini,"katanya.
14 Mar 18
501
Serikandi Gesa Orang Ramai Bantu Golongan Tidak Bernasib Baik
Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) menggesa orang ramai supaya sentiasa turun padang bagi melihat sendiri situasi golongan yang tidak bernasib baik.Yang Dipertuanya, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, dengan adanya program yang kerap kali diadakan ke rumah istimewa ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban serta menggembirakan perasaan mereka.“Mereka tidak mengharapkan apa-apa daripada kita. Cuma, sekiranya kita lebih prihatin, ia akan sekaligus dapat menjadikan dunia ini lebih baik.“Serikandi akan terus mengadakan program-program sebegini supaya kita juga dapat belajar apa itu erti syukur,” katanya.Beliau ditemui wartawan selepas mengagihkan sumbangan Serikandi kepada penduduk Taman Sinar Harapan di Bukit Besar, Kuala Terengganu, baru-baru ini.Halina berkata, Serikandi turut mengalu-alukan mana-mana organisasi dan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dengan pertubuhan tersebut bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan.Dalam majlis berkenaan, Serikandi turut menyumbangkan RM1,000 sebagai sumbangan pentadbiran kepada Taman Sinar Harapan.
02 Mar 18
74
EKSPO TERENGGANU 2018 : 5,000 Dijangka Sertai Pertandingan Memancing Tawar RM195,000
Seramai 5,000 peserta dijangka bakal memeriahkan pertandingan memancing terbesar di Pantai Timur bersempena Ekspo Terengganu 2018 'Terengganu Molek Doh' bertempat di Tasik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, pada 2 Mac 2018 (Jumaat) jam 8.30 pagi.Program julung kali itu dianjurkan Kelab Kebajikan dan Rekreasi RTM Terengganu dan Nodin KTJ Fishing. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof akan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah acara itu pada jam 11.30 pagi.Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi RTM Terengganu, hadiah menarik melibatkan wang tunai lebih dari RM195,000 bakal menjadi rebutan pemancing.Katanya, juara akan membawa pulang RM50,000, naib juara (RM30,000) dan yang ketiga RM15,000, manakala masing-masing tempat keempat (RM5,000) dan kelima (RM2,000).Manakala tempat keenam hingga ke seratus bakal membawa pulang RM1,000. Turut menjadi rebutan cabutan bertuah berupa sebuah motosikal, dua unit tv led dan wang tunai. "Yuran memancing hanya RM100 dikenakan untuk satu joran dengan dua mata kail. Konsep pertandingan adalah menang sapu bersih,"katanya.
28 Feb 18
349
EKSPO TERENGGANU 2018 : Ampicoach Terus Jadi Tarikan
Hari ketiga Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus menyaksikan bas dua alam, Ampicoach terus mendapat perhatian pengunjung yang datang dari seluruh daerah.Ampicoach yang menjadi viral di media sosial sejak minggu lalu menjadi satu tarikan utama ekspo kali ini dan kebanyakan pengunjung teruja untuk melihat secara dekat bas dua alam yang dipandu uji dalam Sungai Terengganu, minggu lalu.Nurul AinurBagi Nurul Ainur Maznifa Mat Yusup, 20, dari Kampung Peroh, Hulu Terengganu berkata, dia mengetahui mengenai bas itu melalui televisyen dan tidak menyangka berpeluang melihatnya di depan mata.Nurul Ainur yang hadir bersama 40 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) daerah itu turut berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakannya yang lain kerana dapat pengalaman yang berharga dan boleh dikongsikan dengan keluarga yang lain."Saya nak naik bas ni kalau beri peluang, bas ni boleh masuk dalam air...saya tak takut pun kalau dapat naik,"katanya. Sementara itu, Nadiana Saimun, 39, dari Kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu pula sanggup datang buat kali kedua ke ekspo ini bersama suami, Mohd. Kamal Arifin Jais, 49, dan anak sulungnya semata-mata untuk melihat bas sebutan ramai itu.Nadiana "Doh (sudah) mari hari pertama tapi dok (tidak) jumpa kat mana bas ni..sebab tu mari lagi hari ketiga memandangkan suami pulang dari kerja awal hari ini."Semasa di hari pertama saya tidak sempat untuk mencari di mana bas ini dipamerkan dan memandangkan suami pulang dari kerja awal hari ini jadi saya ajak mereka ke sini...cukup puas hati bila dapat tengok depan mata berbanding tengok dalam Youtube,"katanya lagi.Untuk rekod, Amphicoach yang bersaiz 12.2 meter panjang, 2.35 meter (lebar) dan 3.26 meter (tinggi) mempunyai kelajuan maksimum sebanyak 110km/j di darat serta 8 knots (air).
27 Feb 18
568
EKSPO TERENGGANU 2018: 500 Belia Jadi Tourism Friends
Ahmad Razif bersama Tourism Friends. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSeramai 500 belia berusia lingkungan 21 hingga 40 tahun sudah menjadi sahabat pelancongan yang bertindak sebagai ejen mempromosi industri pelancongan Terengganu. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta, ahli-ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan, persatuan belia, kelab-kelab sukan dan rekreasi. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selain memberi kesedaran kepada belia tentang produk pelancongan, ia juga bertujuan memupuk semangat mencintai alam, kesenian, budaya dan warisan negeri."Tourism friends juga diharap menarik golongan belia agar lebih "think tourism" dan "act tourism" di samping memupuk semangat kelesterian kepada alam semulajadi, seni, budaya dan warisan negeri.“Penubuhan Tourism Friends pastinya mampu mempromosi Terengganu secara lebih meluas termasuk ke luar negara melalui laman sosial, menambah dan mengaplikasi ilmu pelancongan serta mempergiatkan aktiviti keusahawanan pelancongan,” katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan Buku Beautiful Terengganu dan Tourism Friends di Dataran Shahbandar, Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Terengganu Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
27 Feb 18
97
EKSPO TERENGGANU 2018: Hampir 30,000 Pengunjung Pada Hari Pertama
Hampir 30,000 pengunjung dijangka membanjiri Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, pada hari pertama sehingga jam 10 malam ini.Kebanyakan pengunjung pelbagai peringkat umur mengakui teruja ke program itu kerana tidak mahu melepaskan hadiah lumayan yang ditawarkan, selain mengetahui pelbagai info berkaitan kerajaan.Nuliesa Elisa Abd Aziz, 24 dari Kuala Terengganu berkata, kemudahan penyaluran maklumat yang disediakan di tapak ekspo ini memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri pembangunan yang dilaksanakan disamping menterjemah permasalahan mereka melalui medium yang lebih mudah.“Kebanyakan masyarakat terutama orang muda kini hanya melihat maklumat melalui media sosial dan kebanyakan maklumat kurang tepat.“Kecenderungan golongan muda untuk ke muzium atau pusat informasi yang sangat rendah juga mengakibatkan mereka tidak mendapat maklumat yang banyak mengenai pembangunan negeri ini,” katanya.
25 Feb 18
52
Bayi Lahir Tanpa Saluran Makanan Dapat Perhatian Ahli Parlimen
Jailani menyampaikan cek sumbangan Bakti kepada Azmi di rumahnya di Taman Ajil Perdana baru-baru ini.Hulu Terengganu: Umar Al Rasyidin Mohd Azmi, sembilan bulan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada tiub yang ditebuk pada perut untuk minum susu kerana saluran makanannya tidak bersambung ketika lahir (Tracheo-Esophageal Fisrula Type c).Si kecil yang kelihatan aktif juga menghadapi masalah saluran pernafasan (Chronic lung disease) sejak lahir dan terbaharu masalah bengkak buah pinggang yang berjaya dikesan oleh doktor pakar yang merawatnya.Siti Nur Fatimah Abd Ghani ,36, seorang suri rumah sepenuh masa berkata adakalanya sedih melihat keadaan anaknya itu namun tidak mempunyai pilihan lain."Sebagai ibu....siapa yang tidak sedih melihat keadaan anak yang terpaksa memakai tiub sepanjang masa di perut tapi memang keperluan Umar untuk bantu dia minum susu dan ubat-ubatannya."Susu pun pakai susu khas RM500 hingga RM600 sebulan termasuk sebuah mesin oksigen yang dibeli untuk menyedut kahak membolehkan dia bernafas dengan baik,” katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Ajil Perdana, semalam.Suaminya, Mohd Azmi Mohd Ghani 36, yang bekerja sebagai pembantu makmal Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil berkata anak bungsu dari empat beradik itu telah melakukan dua kali pembedahan sejak tahun lepas untuk menyambung saluran makanannya."Kos pembedahan yang lepas menggunakan surat jaminan (GL) jadi memang kuranglah sikit beban kami suami isteri...kalau kerajaan tak bantu tentu kami terpaksa mencari kewangan lain, gaji saya cuma RM 1,400 je, tak cukup dan memang kami berterima kasih sangat kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi bantuan."Untuk kos suntikan vaksin yang melibatkan empat kali sebanyak RM18,000 pula saya ada memohon dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membantu dan sehingga sekarang dalam proses menunggu jawapan..harap tiada masalah pasal permohonan ini," katanya lagi.Sementara itu,Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari berkata, pihaknya akan melihat apakah keperluan serta bantuan yang boleh diberikan kepada Umar bagi meringankan beban ibu bapanya."Kita lihat dan kaji, mungkin kita akan bantu dalam percepatkan surat kelulusan daripada JPA dan ini saya akan berurusan dengan pihak yang berkaitan, " ujarnya.Jailani berkata demikian ketika menyampaikan cek sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) bernilai RM2,000 kepada keluarga berkenaan sempena program ziarah kasih Ahli Parlimen.
15 Feb 18
162
Ziarah Perdana Wanita UMNO Libatkan 48 J3K Di DUN Ajil
Zurina (dua dari kanan) bertanya khabar warga emas Senik Mohamad di Kampung Tok Gebok, Ajil sempena ziarah perdana Wanita UMNO Dun Ajil hari ini.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, semangat tepat bagi usaha Penyelaras Wanita UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil melaksanakan Ziarah Perdana khususnya kepada individu yang memerlukan bantuan.Julung kali diadakan di 48 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) mencipta sejarah apabila melibatkan semua Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO peringkat akar umbi turun serentak menziarahi lima rumah yang terpilih di setiap lokasi masing-masing.Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Zurina Abdul Rahman berkata program Ziarah Perdana di buat mengikut pecahan J3K bagi menyampaikan sumbangan dibantu oleh JR Wanita UMNO kerana mereka lebih mengetahui golongan sasaran di sesebuah kawasan tersebut."Sasaran utama ialah lima buah rumah yang melibatkan orang miskin, warga emas, pesakit kronik dan golongan asnaf di setiap J3K."Melalui program ziarah ini, Wanita UMNO akan menghulurkan sumbangan sekampit beras dan sedikit wang tunai bagi meringankan beban keluarga sebagai tanda prihatin selain sokongan moral kepada mereka terbabit."Selain itu, kita juga akan dapatkan maklumat terperinci untuk tindakan lanjut samada oleh wakil rakyat atau agensi-agensi yang berkaitan,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui di Pekan Ajil hari ini.Majlis pelancaran disempurnakan oleh isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib, Bibi Nazima Mohamed Akbar.Menurut Zurina, perlaksanaan ziarah ini bukan satu program bermusim seperti diwar-warkan oleh sesetengah pihak sebaliknya dilakukan secara berterusan dan merupakan program wajib bagi Wanita UMNO."Ini merupakan 'trademark' bagi Wanita UMNO sejak dahulu untuk turun padang ke peringkat akar umbi dan ternyata telah memberi impak positif kepada semua pihak setakat ini."Keprihatinan yang ditunjukkan adalah bertepatan dengan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah samaada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya," ujar Zurina.
10 Feb 18
147
NC UCB Tulis Lebih 60 Buku Akademik
Tidak ramai mengenali nama penanya, namun Naib Canselor University College Bestari (UCB), Prof. Dr. Ab Aziz Yusof sudah menulis lebih 60 judul buku akademik sejak memulakan karier sebagai pensyarah hampir 20 tahun lalu.Ab Aziz yang berasal dari Kampung Rahmat, Felda Chalok , Setiu itu mula menulis buku ketika berkhidmat di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 1996."Minat untuk menulis timbul ketika saya bertugas sebagai pensyarah di UUM walaupun sebelum itu saya tidak pernah menulis buku akademik."Pensyarah tidak sepatutnya hanya hebat bercakap tetapi pensyarah juga perlu hebat menulis ini adalah kerana kekuatan sebagai pensyarah adalah dengan menulis buku akademik dalam bidang kepakaran masing-masing" katanya yang pernah belajar dalam bidang Sarjana Pengurusan Sumber Manusia dari University of Hull United Kingdom.Katanya, melalui penulisan para pelajar dan masyarakat juga boleh mengetahui kepakaran yang dimiliki oleh seseorang pensyarah."Buku pertama yang saya tulis ialah bertajuk "Asas-Asas Keusahawanan" yang diterbitkan oleh Prentice Hall."Buku pertama ini terdapat banyak kelemahan. Walau bagaimanapun dari sinilah saya mula menambahkan karya-karya saya untuk kegunaan pelajar universiti dan juga masyarakat" katanya.Buku-buku yang mendapat sambutan yang ditulis oleh beliau antaranya ialah 'Gelagat Organisasi-Satu Pendekatan Strategik', 'Pengurusan Perniagaan Islam', 'Teori Dan Amalan Keusahawanan' dan Penilaian Prestasi.Bapa kepada enam anak perempuan iaitu Nor Syuhada, 34, Nor Hidayah, 32, Nusaibah, 30, Nur Amalina, Nur Hakimah, 21 dan Nurain Najwa, 19 itu akan terus membudayakan penulisan ilmiah sepanjang hayat serta selagi diberi kekuatan oleh Allah SWT."InsyaAllah, selagi terdaya saya akan terus menulis buku tetapi mungkin tidak serancak dahulu kerana ia sudah menjadi sebati dengan minat dan karier saya," katanya yang pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dari tahun 1980 sehingga 1994.Beliau dilantik sebagai Naib Canselor UC B pada Oktober 2015 itu berkata, pendorong utama beliau dalam bidang penulisan buku itu ialah isteri dan arwah ibunya yang melihatnya menjadi pensyarah yang cemerlang."Isteri, Rasadah Mahmood, 58, arwah ibu, Allahyarhamah Wan Zainab Ismail, Allahyarham Prof Dato' Dr Fauzi Basri mantan Naib Canselor UUM ketika bertugas di UUM dahulu antara yang memberi dorongan kepada saya untuk menulis."Kini saya amat bersyukur kerana Pengerusi Pengelola UC Bestari YM Prof. Dato' Dr Tengku Mahmud Mansor juga seorang yang berminat serta sentiasa memberi galakan dan menjadi pendorong utama saya dalam bidang penulisan buku akademik di UC Bestari ini," katanya.Dalam pada itu, Ab Aziz mahu pihak tertentu perlu memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis buku akademik sebagaimana pengiktirafan yang diberikan kepada pengiat seni dan hiburan."Penulis buku adalah 'arkitek' kepada pembangunan masyarakat dan juga orang yang berjasa kepada negara, mereka ini perlu diberi pengiktirafan dan menerima anugerah yang sepatutnya," katanya yang juga antara penulis buku akademik yang aktif dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Sebagai penulis buku berpengalaman, Ab Aziz mengharapkan penulis supaya menjaga etika penulisan."Penulis perlu ada etika, jangan menciplak dan penulisan juga perlu mengikut kepakaran masing-masing," katanya yang pernah menuntut di UiTM di peringkat Diploma dan mendapat Doktor Falsafah di Universiti Sains Malaysia.
07 Feb 18
409