Artikel "Komuniti" Terkini
                            15 Kanak-Kanak Tadika Berjaya Daki Bukit Kapal
                        
                        
                            Walaupun terpaksa mendaki bukit yang agak curam namun 15 kanak-kanak Tadika Perpaduan Permaisuri dan Pak Kancil, Setiu mampu bersaing dengan orang dewasa untuk sampai ke puncak Bukit Kapal, Gerdong, Hulu Terengganu.Pendakian yang bermula jam 10.30 pagi itu disertai kira-kira 200 ahli Kelab Rukun Tetangga (KRT) Setiu termasuk beberapa kakitangan jabatan kerajaan di Setiu.Aktiviti yang memakan masa kira-kira 40 minit bermula dari Kampung Pelong itu adalah antara acara sempena Program Gegar 10,000 Langkah dan Kayuhan Merdeka Kementerian Kesihatan yang diadakan serentak di seluruh negara, semalam.Pegawai Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Setiu, Ikhwan Hafis Akmal Hizri berkata, Program Kabat Bukit Kapal Bulan Kebangsaan sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Setiu yang dianjurkan pihaknya mendapat sambutan baik dari peserta."Alhamdulillah, semuanya sampai ke destinasi pagi ini termasuklah seramai 15 kanak-kanak dari Tadika Perpaduan Permaisuri dan Pak Kancil."Kanak-kanak tadika ini diawasi oleh guru-guru mereka dan ternyata mereka ini kental kerana untuk sampai ke tempat Batu Kapal itu perjalananya lebih 2 kilometer dan agak mencabar," katanya.Turut hadir menyertai ekspedisi itu ialah Pegawai Kesihatan Daerah Setiu, Dr Suhaila Abdul Syukur dan Pegawai Risda Daerah Setiu, Nazihah Othman.Ikhwan Hafis berkata, selain dapat melihat sendiri sebuah batu besar yang dikatakan berasal dari sebuah kapal terdampar di atas bukit itu pada zaman dahulu, ianya juga dapat menguji ketahanan mental dan fizikal peserta."Kami berada hampir satu jam di tempat batu kapal itu untuk melihat bentuk batu kapal itu yang sememangnya seperti sebuah kapal besar yang terdampar selain bergambar kenangan dan menikmati keindahan tempat itu yang juga terdapat kawasan air terjun," katanya.Program itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Setiu Dan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (J3K) Pelong.
                        
                        
                                06 Sep 16
            
                    
                                715
            
            
                                            
                            Sepahtu Sinar Belajar Dialek Terengganu Dengan Mat Dan
                        
                        
                            Sepahtu Sinar belajar cakap dialek / loghat Terengganu dengan bergurukan Mat Dan atau nama sebenarnya  Muhammad Kareef Daniel (setelah memeluk Islam) yang fasih berbahasa Terengganu. 
 
 
Mat Dan sebelom ini menjadi viral di laman sosial kerana fasih bercakap loghat Terengganu walaupun berbangsa Inggeris yang berasal dari Bristol, England.
 
Beliau mula menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun 2009 ketika berusia 19 tahun. Pada asalnya dia mengembara ke Thailand dan Laos sebelum seorang rakan mencadangkan untuk bercuti ke Pulau Perhentian.
 
Seterusnya dia singgah pula ke Pulau Kapas dan jatuh cinta dengan keindahan di situ. Jadi dah lebih kurang 7 tahun dia tinggal di Malaysia sejak tiba pada 2009.
 
Menurut Mat Dan, bukan senang sebenarnya nak belajar bercakap Bahasa Melayu ini. Lebih kurang tiga empat tahun juga lah. Bila ditanya macam mana cara dia belajar , jawapannya mudah, ‘langgar’ je. 
Lama kelamaan dia makin fasih dan menguasai bahasa tempatan. Nak bergaul dengan orang kampung kena lah belajar kan.
Disebabkan dah fasih sangat Bahasa Melayu, dia pernah ditegur kawan-kawannya di England kerana bahasa inggeris dia dah lain.
Mat Dan kini menjadi perhatian masyarakat Malaysia sejak viral di laman sosial dan turut menerima undangan ke beberapa stesen radio bagi berkongsikan kisahnya yang unik itu.
                        
                        
                                06 Sep 16
            
                    
                                273
            
            
                            Program Gegar 10,000 Langkah Jadi Amalan Gaya Hidup Sihat
                        
                        
                            Program Gegar 10,000 Langkah yang dianjurkan setiap tahun mampu menerapkan amalan hidup cergas sekali gus menjadi platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu,Doktor Noriah Mahmud berkata aktiviti sukan sebegini juga akan menjadikan tubuh badan menjadi sihat bagi membantu pembangunan negara."Saya berharap aktiviti sukan ini akan menjadi amalan hidup kita kerana adalah penting apabila kita berkhidmat untuk kerajaan, kita juga perlu masa untuk rekreasi dan bersukan."Dengan kesihatan yang baik, maka mudahlah kita melakukan pelbagai tugasan besar dan mencabar serta meningkatkan produktiviti kerja bagi memajukan institusi serta negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Gegar 10,000 langkahl, hari ini.Perasmian program disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang merangkap Ahli Dewan Undangan Kuala Berang.Sementara itu,Tengku Putera berkata, pada masa akan datang, laluan berjalan kaki di taman-taman dan kampung-kampung dapat dibina untuk kegunaan penduduk Kuala Berang melakukan aktiviti sihat ini."Saya harap selepas ini banyak lagi jabatan membuat program ini untuk melahirkan rakyat yang sihat kerana menjaga kesihatan adalah amat penting untuk kita mencari rezeki dan membuat amal ibadah,"katanya.Pada program yang bermula awal pagi itu, 500 peserta mengambil bahagian menjayakan aktiviti senamrobik, berjalan 10,000 langkah dan menjalani pemeriksaan kesihatan.
                        
                        
                                06 Sep 16
            
                    
                                312