lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Kematian Penyu Dipercayai Terkena Kipas Bot
Zawawi AliKematian seekor penyu agar atau nama saintifiknya (Chelonia Mydas), yang ditemui oleh pengunjung pantai di Kuala Kerteh, Kemaman, pada hari Isnin lalu dipercayai akibat terkena kipas bot yang melalui perairan tersebut.Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Zawawi Ali berkata, penyu yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun itu berkemungkinan berada di perairan tersebut untuk bertelur."Hasil pemeriksaan lanjut terhadap bangkai penyu tersebut mendapati ada beberapa kesan seperti terkena kipas bot ditemui pada cengkerangnya."Berdasarkan kepada keadaan bangkai tersebut, kita percaya penyu terbabit sudah mati kira-kira dua minggu lalu sebelum bangkainya dihanyutkan ombak ke persisir pantai," katanya.Zawawi berkata demikian selepas dihubungi oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini, bagi mengulas berkenaan penemuan bangkai tersebut.Keadaan bangkai penyu yang ditemui baru-baru ini.Menurutnya, bermula dari bulan Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 46 kes kematian penyu telah dicatatkan di Perairan Terengganu melibatkan peratusan sebanyak 0.0167 peratus."Banyak perkara yang menjadi punca kematian termasuk penggunaan pukat yang tidak dibenarkan, terkena kipas bot nelayan, termakan sampah yang berada di laut dan beberapa penyebab lain."Pihak kami telah merampas sebanyak 23 bidang pukat pari yang menjadi salah satu  penyebab kematian penyu."Kebanyakan nelayan akan memotong pukat tersebut sekiranya penyu tersangkut lalu dibiarkan hanyut di tengah laut dan tidak boleh mencari makanan sehingga ianya mati," katanya.Katanya, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu sentiasa mengadakan kempen kesedaran kepada nelayan dan orang ramai berkenaan kepentingan menjaga kebersihan pantai dan perairan laut."Kita banyak mengadakan ceramah dan kempen berkenaan perkara ini dan beberapa inovasi telah dibangunkan seperti Peranti Penyisih Penyu (TED) dan beberapa inovasi lain untuk mencegah kematian penyu," katanya.Zawawi berharap agar orang ramai dapat mengambil berat tentang kebersihan pantai dan melaporkan kepada pihak berkaitan sekiranya terlihat sebarang aktiviti yang merosakkan hidupan terancam tersebut.
08 Aug 18
756
Empty Image
Tindakan Segera Selesai Masalah Banjir Kilat Di Kawasan Sekolah
Dr Azman mendengar laporan daripada pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Besut.Oleh: Hidayah AzlinBanjir kilat yang sering melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Bukit Jeruk sehingga menyebabkan kerosakan kepada bangunan serta peralatan sekolah akan diambil tindakan secepatnya.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, masalah laluan air yang tersumbat di bahagian belakang sekolah dikenal pasti sebagai punca utama air naik di kawasan terbabit.“Saya menerima aduan berkaitan hal ini dari Jabatan Pendidikan Daerah semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah kelmarin.“Justeru, pagi ini bersama Jabatan terlibat, kita mengambil tindakan segera untuk turun padang bagi membincangkan masalah ini di lokasi,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Lawatan Kerja Ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jeruk, Jabi pada Isnin, 6 Julai.Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, beliau memohon kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk segera menyiapkan kertas pelan tindakan bagi penyelesaian segera.“Kita minta penyelesaian dalam masa seminggu memandangkan musim tengkujuh akan bertandang tak lama lagi.“Kelewatan akan menyebabkan kerosakkan dan kerugian berulang semula,” tambahnya.
07 Aug 18
123
Empty Image
Dana RM1,000 Kepada Ibu Dan Bapa Tunggal Berkahwin Kali Kedua
Oleh : Adli MohamadYayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di bawah kerajaan Negeri Terengganu akan memberikan dana sebanyak RM1,000 kepada golongan ibu dan bapa tunggal yang ingin berkahwin buat kali yang kedua.Pegawai YPK, Wan Zawawi berkata, inisiatif tersebut diberikan agar golongan tersebut tidak berputus asa untuk berkahwin buat kali kedua.“Perspektif yang buruk daripada masyarakat terhadap ibu tunggal harus disingkirkan kerana mereka berhak mengecap nikmat kebahagiaan.“Mereka harus disuntik motivasi agar tidak takut untuk mendirikan perkahwinan sebagaimana yang digalakkan di dalam Islam sebagai suatu sunnah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam lawatan YPK ke Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiSTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada Isnin, 6 Ogos.Menurutnya, terdapat 700 orang ibu tunggal di DUN Bukit Besi sebagaimana data yang dikeluarkan oleh YPK Daerah Dungun."Kita menyambut baik segala perancangan yang telah disusun oleh peringkat negeri bagi membantu mendirikan perkahwinan kali kedua,” jelasnya.Katanya, kepimpinan PAS harus memperbanyakkan kegiatan kemasyarakatan yang melibatkan YPK supaya agenda dan pelbagai perancangan yang disusun atur oleh Kerajaan Negeri Terengganu akan sampai kepada masyarakat.
07 Aug 18
120
Empty Image
Gajah Liar Terperangkap Angkara Pujukan Abot Dan Rambai
Gajah liar yang berjaya dipindahkan sebelum dibawa ke Taman Negara di Tasik KenyirSeekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Pelong, Setiu berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu dan akan dipindahkan ke habitat baharu, hari ini.Pengarah Jabatan Perhilitan negeri, Rahmah Ilias berkata, operasi pemindahan gajah jantan seberat tiga tan yang berusia 10 tahun itu, bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari."Seramai 20 anggota termasuk dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang terbabit dalam operasi pemindahan berkenaan.“Operasi turut dibantu dua gajah denak betina iaitu Abot dan Rambai bagi menjinakkan gajah liar terbabit untuk dipindahkan ke Taman Negara di Tasik Kenyir," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kampung Pelong, Hulu Terengganu, semalam.Menurut Rahmah, pihaknya menerima aduan daripada penduduk di kawasan berkenaan berhubung gajah liar yang merosakkan tanaman seperti pisang dan nangka."Kami menerima laporan daripada penduduk Kampung Pelong bahawa terdapat kira-kira lapan ekor gajah liar telah berkeliaran dalam kawasan pertanian dusun nukleus yang berkeluasan kira-kira 300 ekar."Saya harap dengan tertangkapnya gajah-gajah tersebut, kebimbangan penduduk mengenai kehadiran haiwan yang memusnahkan tanaman sejak kebelakangan ini dapat diredakan," ujarnya.Difahamkan, gajah denak, Abot dan Rambai yang digunakan Perhilitan, mempunyai daya pemujuk bagi menjinakkan gajah liar. Mereka telah berkhidmat lebih 50 kali sejak dilatih pada tahun 2011 di seluruh Semenanjung Malaysia.Sementara itu, seorang penduduk yang terjejas, Sudin Mahmud, 64, berkata, dia mengalami kerugian melebihi RM5,000 angkara kumpulan gajah itu."Tanaman kelapa saya dimusnahkan oleh gajah-gajah yang biasanya akan masuk ke kawasan ini sekitar waktu Maghrib dan Subuh. Biasanya kami takut berada dalam kawasan sebab bimbang keselamatan kami terancam."Hari ini rasa lega sebab Perhilitan dah kurangkan buat sementara ancaman gajah dengan memindahkan seekor gajah liar dari sini," katanya.
07 Aug 18
76
Empty Image
Pengunjung Gempar Penemuan Bangkai Penyu
Keadaan bangkai penyu yang reput ketika ditemui oleh pengunjung pantaiPengunjung di Pantai Kuala Kerteh, Kemaman gempar apabila menemui bangkai penyu dipercayai jenis karah yang terdampar dalam keadaan sudah busuk dan reput, petang semalam.Bangkai penyu dewasa yang dianggarkan seberat 50 kilogram lebih itu ditemui oleh seorang bapa, Zurimi Wahab, 48, pada jam 6.00 petang sewaktu sedang bersiar-siar di pantai.Zurimi berkata, dia bergegas menghampiri dan memeriksa penyu itu namun terkejut apabila mendapati ia sudah pun menjadi bangkai."Rupa-rupanya ia bangkai penyu dan keadaan bangkainya cukup menyedihkan sebab sudah reput dan pada bahagian cengkerangnya seperti terkena pukulan objek tumpul."Saya rasa  ianya  mungkin sudah tersadai di tepi pantai selama dua hari dan mungkin sebelum itu ia hanyut antara dua ke tiga hari berdasarkan kepada keadaan bangkainya," katanya.Zurimi berkata,  penemuan bangkai penyu itu merupakan kes kedua di pantai itu dalam tempoh dua bulan."Ini yang merisaukan kita kerana  penyu yang menjadi tarikan Terengganu akan terus pupus seiring dengan peredaran masa sekiranya tiada langkah yang dibuat untuk mengekangnya," katanya.Dia berharap supaya kes kematian penyu ini dapat diatasi demi memastikan penyu yang menjadi kebanggaan Negeri Terengganu dapat terus dipelihara dan dipulihara untuk tatapan generasi akan datang.
07 Aug 18
146
Empty Image
Muslimat Gagah, Wanita Perkasa
Alias Harun menyampaikan ucapan penghargaan kepada jawatankuasa PPWK.Oleh: Nooreini Abu BakarMuslimat PAS Terengganu diseru agar tidak menyerahkan tugas memperkasa dan memartabatkan wanita Terengganu kepada pegawai-pegawai kerajaan yang ada semata-mata.Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Sosial negeri, Alias Harun berkata, kita harus membawa mereka mencapai hala tuju kehidupan yang berdaya saing dan benar di sisi agama.“Kita sedang merangka jabatan-jabatan berkaitan wanita supaya dapat dimanfaatkan untuk mencapai hasrat kerajaan negeri selaras dengan konsep maju, berkat dan sejahtera”, ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Lawatan Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Sosial Negeri Terengganu ke Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK), Chempaka, baru-baru ini (5 Ogos).Delegasi tersebut diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Sosial negeri, Hanafiah Mat. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Helmi Harun dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), Zarani Othman.Alias Harun yang juga ADUN Rantau Abang berkata, wanita adalah aset terpenting dalam membina keluarga sekaligus masyarakat yang bersatu-padu dan sejahtera."Justeru, kerajaan serius dalam memastikan pembangunan wanita dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan, modal insan, ekonomi dan sebagainya diambil tindakan yang sewajarnya," katanya.Sementara itu, Ketua DMPNT, Zarani Othman amat tertarik dengan jawatankuasa khusus untuk pemerkasaan wanita di bawah Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan, Mumtaz Mat Nawi."Dengan aktiviti-aktiviti termasuk bengkel jahitan berasaskan sulaman, kraftangan, kelas masakan dan kulinari, taska, kursus-kursus keusahawanan dan lain-lain lagi yang disediakan oleh PPWK, ianya amat berguna untuk dijadikan panduan kepada kerajaan negeri.“Begitu juga dengan PPWK yang ditubuhkan di setiap DUN,” tambahnya.
07 Aug 18
388
Empty Image
Wujudkan Kerja Berpasukan Sejahtera
Ghazali Sulaiman bersama ahli jawatankuasa i- MiTS.Oleh : Adli MohamadAhli Jawatankuasa Institut Modal Insan Sejahtera Terengganu (i- MiTS) diingatkan supaya mewujudkan kerja berpasukan yang sejahtera agar berada dalam suasana yang tenteram dan kondusif serta selesa.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ianya dapat mewujudkan ‘natijah’ yang akan melahirkan hasil kerja yang efektif dan mantap.“Gerak kerja pasukan yang sejahtera perlu diwujudkan kerana i-MiTS ialah ejen untuk membawa kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu ke arah mencapai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera.“Bagi mencapai kesejahteraan itu, yang paling utama adalah perbetulkan niat di dalam melakukan gerak kerja mengikut peranan masing-masing,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media baru-baru ini (5 Ogos).Menurutnya, i- MITS merupakan sayap penting di dalam kerajaan malah akan turut mengatur gerak kerja MPKK.Sementara itu, katanya, tugasan tersebut agak berat dan menuntut pengorbanan yang tinggi kerana bertindak sebagaimana Majlis Tindakan DUN (MTD) berperanan ketika belum menjadi kerajaan negeri.“Jentera i- MiTS juga diingatkan agar mengurangkan pergeseran di antara ahli sebaliknya jalinkanlah perhubungan yang erat seumpama sebuah keluarga."Hadirkanlah juga rasa minat dalam melakukan kerja serta jadikanlah kerja sebagai suatu ibadah. “Jika jentera i-MiTS gagal melaksanakan tugas yang diberi, sudah tentu ianya akan menggagalkan hasrat kerajaan negeri dalam mencapai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera,” ujarnya.
07 Aug 18
47
Empty Image
Tiada Diskriminasi Sebagai MPKK
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menyampaikan amanat kepada hadirin.Oleh: Siti Ainum AmijudinMajlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu bertindak sewajarnya selaku wakil kerajaan yang berkhidmat untuk semua rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, MPKK mestilah bersikap telus dalam menjalankan amanah yang diberikan untuk memudahkan urusan masyarakat.“Tiada diskriminasi kepada rakyat dalam berkhidmat. Amanah mestilah dilaksanakan tanpa mengira latar belakang parti.“Sekiranya ada rakyat yang datang untuk meminta bantuan dan MPKK berkira tentang parti, maka MPKK itu tidak layak untuk memegang jawatan ini.” tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sesi 2018/2020 di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, hari ini.Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim. Turut hadir, Penyelaras Dun Jertih, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Pegawai Penyelaras Dun Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad.Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera mengingatkan supaya jangan menzalimi rakyat yang memerlukan bantuan biarpun berbeza ideologi parti.
07 Aug 18
45
Empty Image
Salur Bantuan E-Kasih Secara Cekap Dan Berkesan
Oleh: Mohd Asraf Ikhwan AzaharKepimpinan PAS harus memastikan pengurusan pemilihan dan penyaluran bantuan E-Kasih kepada rakyat  dilakukan dengan cekap dan berkesan bagi membela nasib golongan yang memerlukan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, bantuan perlu diagihkan secara sama rata tanpa mengira warna kulit, kaum, agama dan parti. “Apabila kita fokus kepada kawasan tertentu sahaja, kadangkala ada tempat atau golongan lain yang mungkin terlepas pandang,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Program Pengagihan Bantuan E-Kasih pada Isnin, 6 Ogos.Katanya, walaupun kita berada dalam zaman kegawatan ekonomi, tidak sepatutnya ada pihak atau golongan tercicir daripada menerima bantuan. “Kalau semua berpakat pergi tempat A, janganlah ke situ semuanya. Kita kena pergi ke tempat B dan C juga.“Maka bantuan akan diagihkan secara sama rata dan saksama,” katanya.Turut hadir, Pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Setempat (MPKK) setempat, wakil Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), dan beberapa agensi dari kerajaan seperti Pejabat Agama Daerah Dungun, Pejabat Daerah Dungun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun.
06 Aug 18
82
Empty Image
'Mobile Team' Paka Inisiatif Bantu Rakyat
Oleh: Muhd LukmanPusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Paka terus komited dan prihatin dalam membantu masyarakat. Dengan adanya 'Mobile Team' yang bergerak secara aktif, ianya diharap dapat berjalan dengan baik dan mendekatkan rakyat dan pemimpin.Muhd Wirdan Shahidan yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, khidmat kumpulan ini berkonsepkan lawatan rumah ke rumah."Kita akan mengenal pasti bentuk bantuan yang bersesuaian terhadap peserta terpilih dan akan berusaha menghulur bantuan secepatnya melalui agensi kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu lawatan ke rumah salah seorang pemohon Program 'Mobile Team' di Kampung Nyior hari ini.Ahmad Al-Hafiz Abdul Rahman, 32, mempunyai tanggungan isteri dan 3 orang anak. Beliau menghidap penyakit buah pinggang, darah tinggi dan gout.Al-Hafiz hanya bekerja sendiri manakala isterinya sebagai tukang sapu di sekolah rendah. Sumbangan berbentuk makanan diagihkan kepada beliau daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Program ini dihadiri oleh wakil JKM, Khairul Mubin Abdullah, wakil E-Kasih, Syuriati Abdullah, wakil Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu, Asrulkhamal Mohd Suhaimi dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Ustaz Busra Muda.Pihak yang terlibat berjanji akan menyelesaikan permohonan ini dalam masa terdekat melalui mesyuarat yang akan datang. Muhd Wirdan Shahidan mengharapkan permohonan ini diluluskan supaya dapat mengurangkan beban keluarga pemohon yang terlibat.
06 Aug 18
152