lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Sanggup Hilang Kerja Demi Kembara Merdeka
Demi menzahirkan semangat cintakan tanah air, seorang pemandu di sebuah syarikat pengeksport kayu, Azmi Mohamed Nayan sanggup kehilangan kerja semata-mata mahu menyertai Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018.Azmi, 53, seorang daripada 133 peserta yang menyertai konvoi menjelajah negara bermula dari Pulau Pinang yang dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia.Azmi berkata, beliau reda dan sanggup berhenti kerja selepas permohonannya untuk bercuti selama sebulan bagi mengikuti program itu tidak diluluskan oleh syarikatnya."Pada awalnya cuti saya tak lulus dan saya nekad berhenti kerja, namun akhirnya pihak syarikat beri kelonggaran dan luluskan cuti saya selama sebulan."Saya anggap ini hikmah kerana niat saya baik untuk semarakkan rasa cinta terhadap Malaysia dalam hati seluruh rakyat dan saya akan lapor diri untuk bekerja semula pada 3 September depan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berhenti dan singgah di Masjid Geliga, Kemaman semalam.Azmi berharap agar konvoi itu menjadi dorongan kepada masyarakat terutama generasi muda untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan sekarang.Konvoi itu yang diketuai Lim Ann Teck disertai pegawai penerangan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Finas da  persatuan motosikal besar.Turut berkonvoi bersama peserta adalah Pengarah Penerangan Terengganu, Suwadi Guliling dan Pegawai Penerangan Daerah Kemaman, Affendi Ahmad.Sementara itu, Suwadi berkata, peserta kembara mengambil masa dua hari untuk melepasi Terengganu sejurus mula memasuki Besut kelmarin."Kelainannya di negeri hentiannya banyak di masjid seiring dengan nama Terengganu Darul Iman malahan lebih istimewa, ketika di Setiu mereka melihat pertunjukan memanah oleh mereka yang mempunyai latar belakang agama."Di Masjid Geliga, Kemaman pula kita sampaikan sumbangan 10 naskah al-Quran kepada pihak masjid.“Kembara itu melangkaui ideologi politik kerana melibatkan penyertaan semua termasuk wakil rakyat PAS yang juga Adun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili yang menyambut ketibaan peserta kembara di Kemasik,” katanya.Masjid Geliga merupakan hentian terakhir peserta di Terengganu sebelum mereka meneruskan kembara ke Pahang, petang semalam yang mana pelepasan berkenaan disempurnakan Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Azahari Md Azahar.
11 Aug 18
124
Empty Image
Kemasik Jadi Destinasi Singgah Kembara
Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018  menyerlahkan rasa 'kekitaan' dan kebanggaan terhadap negara.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, program yang turut singgah di DUN itu juga menyerlahkan semangat patriotik dan  kemerdekaan yang tertanam dalam diri rakyat."Ini merupakan program bersama kerana kita rakyat Malaysia dan kita bersatu hati.“Pada masa sama, menerusi kembara ini, Dun Kemasik dapat menonjolkan tempat menarik iaitu Pantai Kerteh dan Pantai Kemasik,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan peserta kembara anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Dataran Uptown Kemasik, semalam.Ketibaan peserta disambut meriah dengan kibaran Jalur Gemilang oleh Saiful Azmi serta komuniti setempat.Saiful turut menyempurnakan majlis pelepasan program menuju ke Geliga.
11 Aug 18
50
Empty Image
MPKK Diseru Santuni Penduduk
Oleh: Mohd Haniff AbasMajlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diseru untuk menziarahi dan menyantuni penduduk kampung supaya dapat mengenalpasti permasalahan individu dalam kampung yang memerlukan perhatian dan bantuan dari kerajaan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sekiranya MPKK menjalankan tugas seperti yang diamanahkan, maka akan wujud keharmonian dan keamanan dalam kampung tersebut khasnya, dan dalam Negeri Terengganu amnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penyerahan Watikah Perlantikan MPKK Dun Buluh Gading 2018/2020 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Banggol Tok Esah, semalam.Majlis yang dihadiri kira-kira 450 orang ini terdiri daripada ahli jawatankuasa MPKK 32 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading.Menurut Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, ahli MPKK perlu peka dan mengambil peluang dengan kewujudan Tabung Darul Iman yang kini perbelanjaan bulanannya mencecah RM1 juta sebulan. Antara penyalur bantuan yang lain adalah tabung MAIDAM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dana dari Pejabat Daerah.Dalam keghairahan menjalankan tugas untuk membantu penduduk, MPKK juga tidak perlu mengharapkan dana dari pihak kerajaan sahaja, tetapi perlu sama-sama menggembleng tenaga untuk membantu antara satu sama lain, ujar beliau lagi.Beliau menutup ucapan dengan harapan supaya dengan khidmat yang cemerlang dan terbaik yang diberi oleh semua peringkat kepimpinan masyarakat akan dapat melahirkan Negeri Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera.Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan merangkap ADUN Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim, Penghulu Mukim Belara, Ngah Muda dan Penghulu Mukim Manir, Mazlan Ismail.
11 Aug 18
98
Empty Image
Giant Perintis Pasarayaku Sihat
Pegawai kesihatan menunjukkan langkah sanitasi tangan yang betul.Pasar raya Giant Kijal merupakan perintis pertama yang melancarkan inisiatif Pasaraya Sihat di Kemaman.Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Mohd Anuar Abd Rahman berkata, projek yang mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Kemaman tersebut adalah bertujuan untuk memastikan pasaraya menyediakan tempat membeli belah yang sihat dari segi penjualan makanan dan risiko pendedahan kepada penyakit berjangkit.“Projek ini diadakan dengan kerjasama dan panduan yang diberi oleh Pejabat Kesihatan Kemaman dan pihak kami mengambil iniasitif ini berikutan isu HFMD yang melanda di seluruh negara. “Antara isu yang berlaku ialah troli yang tercemar kerana meletakkan kanak-kanak bersama makanan di dalam troli,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Giantku Perintis Pasarayaku Sihat yang disempurnakan oleh wakil Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Khairul Rafizah Hairon di Giant Kijal, pada 9 Ogos.Menurut Khairul Rafizah, antara inisiatif yang dibuat oleh pihak kesihatan adalah menyediakan 13 lokasi tempat sanitasi tangan iaitu di pintu masuk pasaraya, kaunter pendaftaran dan tempat pengimbas harga barang.“Kesemua troli makanan turut disinfeksikan bagi menjamin ianya selamat digunakan kepada orang ramai.“Selain itu, kami juga membuat hebahan kepada pengunjung dan ibu bapa tentang kemudahan cuci tangan dan panduan penggunaan di lokasi yang disediakan serta turut mengedar risalah 7 langkah basuh tangan dengan betul.“Sementara itu Pejabat Kesihatan Kemaman turut mengadakan program kembara pasaraya sihat di pasaraya ini,” katanya.Selain itu ia bertujuan untuk mendidik pengguna membuat pilihan makanan yang lebih bijak dalam meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap kepentingan, faedah dan peluang untuk mengamalkan pemakanan secara sihat.
11 Aug 18
426
Empty Image
Kerajaan Usaha Penuhi Hak Asasi Rakyat
Mohd Norkhuzaini berucap dalam majlis tersebut.Oleh: Siti Ainum AmijudinKerajaan berusaha semampu mungkin untuk memastikan hak-hak asasi rakyat dipenuhi sewajarnya.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kita sentiasa menyalurkan kebajikan kepada orang yang memerlukan dan mengurangkan sentimen kepartian."Siapa saja yang berhak akan menerima bantuan yang sepatutnya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Mesra YB ADUN Kota Putera Bersama Warga Institut Latihan Islam Malaysia (ILTIM) Wilayah Timur, pada 6 Ogos."Matlamat perjuangan saya khusus buat rakyat Kota Putera adalah untuk meletakkan Islam di tempat yang selayaknya."Iaitu sebagai perlembagaan dan garis panduan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah pentadbiran," ujarnya.Mohd Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berpesan kepada semua hadirin supaya cakna dan melaporkan setiap keburukan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tertentu.Beliau turut menyatakan hasrat supaya ILTIM dapat terus bekerjasama dengan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera pada masa akan datang.
10 Aug 18
54
Empty Image
Jangan Beri Mudarat Pada Orang Lain
Ustaz Wan Sukairi meninjau tempat yang perlu diambil tindakan segera.Oleh: Wan Luqman HakimMasyarakat harus cakna tentang kebersihan dan kesihatan supaya tidak memberi kesan buruk kepada diri sendiri serta orang di sekeliling.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kesihatan dan kebersihan ini ialah perkara yang saling berkait antara satu sama lain."Dengan tubuh yang sihat, ianya ialah suatu nilai tambah kepada setiap pekerjaan yang dilakukan."Justeru, kita harus cakna dan prihatin terhadap aspek ini untuk membina masyarakat yang aman dan harmoni seiring dengan pembangunan ekonomi dan modal insan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Gotong-royong Basmi Aedes di Kampung Seberang Baroh, semalam."Apabila kita bersih kita akan jadi sihat, bila kita sihat, kita boleh beramal ibadah dengan baik dan sempurna serta sudah tentu akan meningkatkan iman," ujarnya.Menurut Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, tidak munasabah orang Islam terbelakang jauh berbanding dengan orang-orang bukan Islam dalam aspek kebersihan.Justeru, semua Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) wajar mengawasi dan menjaga kebersihan kampung masing-masing.
10 Aug 18
134
Empty Image
Orang Muda Tidak Dipinggir
Dr Azman Ibrahim beramah mesra dengan pemain bola sepak dari kedua-dua kumpulan.Oleh: Hidayah AzlinOrang Muda tidak akan dipinggir malah menjadi aset terpenting untuk membangunkan Negeri Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, agenda kita tidak pernah mengetepikan orang muda dan orang muda menjadi keutamaan dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu."Manfaatkanlah kemudahan yang ada ini dengan sebaiknya dan kembangkanlah bakat yang ada untuk kesihatan yang terbaik," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tirai Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi di Padang Bola Kampung Kerandang, semalam.Menurut Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, seramai 20 pasukan menyertai kejohanan pada tahun ini dari seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi."DUN Jabi merupakan DUN pertama menganjurkan kejohanan seumpama ini di Terengganu selepas peralihan kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Sementara itu, Pengarah Kejohanan Bola Sepak Piala DUN Jabi, Nik Mohd Zin Said berkata, kalah menang ialah adat permainan."Dalam merebut juara, pemain haruslah berdisiplin tinggi untuk mencapai matlamat yang disasarkan," tambahnya.Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Kepala Gajah A FC dengan jaringan 1 gol mendahului Felda Selasih 0.
10 Aug 18
77
Empty Image
Usaha Perkim Manfaat Buat Rakyat
Ustaz Ridzuan Hashim berucap dalam program tersebut.Oleh: Mohd Haniff AbasUsaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Terengganu menganjurkan program bersama masyarakat banyak mendatangkan manfaat dan secara langsung dapat memperkenalkan badan bukan kerajaan itu kepada masyarakat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, ianya merupakan usaha yang mulia iaitu menyampaikan dakwah Islam kepada setiap pelusuk masyarakat."Program seperti ini diharap dapat dipergiat dan dipertingkatkan lagi di tempat-tempat lain dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jalinan Ukhuwwah dan Integrasi Saudara Kita Bersama Masjid yang diadakan di Masjid Tanjung Sabtu, Manir,  semalam.Seramai kira-kira 300 orang jemaah menyertai program tersebut. Ustaz Ridzuan Hashim turut menyampaikan cenderamata kepada kira-kira 30 orang mualaf yang menetap di sekitar Kawasan Kuala Nerus.Ustaz Ridzuan Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Buluh Gading berkata, walaupun mereka saudara baru, kemungkinan mereka lebih hebat kedudukannya di sisi Allah SWT kerana taqwa tidak dapat diukur oleh sesiapa.Menurutnya, begitu juga dalam merealisasikan hasrat kerajaan bertemakan Maju, Berkat Sejahtera, semua pihak harus berganding bahu melakukan usaha mengikut acuan Islam yang sebenar.Turut hadir, Pengerusi Perkim Terengganu, Prof Dr Ramlee Abdullah dan timbalannya, Dato' Ismail Ali, panelis jemputan pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hun dan Ustaz Abdul Ghafar Mamat.
10 Aug 18
159
Empty Image
Jangan 'Cantas-Mencantas'
Alias Harun menyampaikan sumbangan kepada penerima.Oleh: Nooreini Abu Bakar‘Focus Group’ yang bertanggungjawab meneliti dan meluluskan permohonan E-Kasih harus bersikap telus dengan membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik.Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Sosial, Cikgu Alias Harun berkata, hal ini perlu diberi perhatian serius agar tidak berlaku seperti sebelum ini, ‘cantas-mencantas’.“Hanya penyokong parti tertentu sahaja diterima permohonan mereka dahulu, saya tegaskan kejadian ini tidak boleh berulang”, ujarnya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas selepas turun padang menziarahi pemilih E-Kasih di Gong Pasir dan Pinang Baru, di sini pada 7 Ogos.Kali ini mereka telah meninjau tiga orang pemilih yang tersenarai, antaranya Mohd Zazali Hussin, 42 , pengusaha santan kecil-kecilan.Keluarga Zazali yang terdiri daripada empat beranak dan empat orang adik iparnya tinggal sekali di rumah satu bilik di atas tanah rezab longkang, di Gong Pasir.Menurut Cikgu Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, kumpulan ini telah turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 Ogos untuk mengambil maklumat berkaitan bantuan yang dipohon melalui senarai E-Kasih.‘Focus Group’ terdiri daripada wakil-wakil Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Pejabat Agama Daerah Dungun, Pejabat Daerah Dungun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun.
09 Aug 18
69
Empty Image
4,692 Ibu Tunggal Di Dungun Dalam Perhatian
Delegasi KHAIRUNNISA' diketuai Hajah Siti Zaleha & YPK berkongsi maklumat dan pandangan.Oleh: Noreini Abu BakarTerdapat seramai 4,692 orang ibu tunggal di kawasan Dungun merujuk maklumat yang disampaikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Dungun.Ahli Jawatankuasa Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat (KHAIRUNNISA'), Hajah Siti Zaleha Mohamad berkata, YPK yang mewakili Kerajaan Negeri Terengganu harus bertindak sewajarnya untuk membantu golongan terbabit."Kita (KHAIRUNNISA') ingin menjadi penghubung antara YPK dengan masyarakat bagi memantapkan institusi kekeluargaan."Segala maklumat harus disampaikan dengan cepat untuk membantu masyarakat khususnya wanita bagi pembentukan modal insan dan pembangunan ekonomi mereka," ujarnya.Menurut Hajah Zaleha yang juga isteri Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, beliau berpuas hati dengan kunjungan pertama itu.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam lawatan KHAIRUNNISA' peringkat daerah ke YPK Dungun di Tingkat Satu, Pusat Perniagaan Sura Gate, semalam.Sementara itu, Timbalan Pengarah YPK Dungun, Farah Noor Fadhilah Mohd Zuki berkata, YPK mengadakan pelbagai program untuk wanita termasuk Program Ekonomi dan Kemahiran, Bimbingan Kesihatan dan Kemasyarakatan, Bimbingan Perundangan dan Bimbingan Kekeluargaan.“Di sini juga ada Akademi Jahitan yang terletak di tingkat dua bangunan ini,” ujarnya.
09 Aug 18
432