Artikel "Ekonomi" Terkini
 
                            KMI-PNBC Jalin MoU Bina Hospital Baru Di Sri Petaling, KL
                        
                        
                            Pengerusi KMI, Wan Abdul Hakim dan Timbalan Presiden Kumpulan PNB, Dato' Mohd Nizam menandatangani MouU bagi pembinaan hospital baru di Sri Petaling, Kuala Lumpur sambil disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif dan Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Anak syarikat TDM Berhad, Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI) yang berkecimpung dalam industri kesihatan menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat milik Permodalan Nasional Berhad (PNB), PNB Commercial Sdn Bhd (PNBC) bagi menambah bilangan hospital sedia ada.Memorandum Persefahaman (MoU) yang dilakukan antara kedua-dua syarikat tersebut hari ini adalah bagi merealisasikan hasrat pembinaan hospital baharu di sebidang tanah milik PNBC di Sri Petaling, Kuala Lumpur.Pengerusi KMI, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, KMI  merangka satu pelan perniagaan jangka panjang yang mantap dalam usaha untuk menjadi satu pemain atau institusi utama dalam sektor perkhidmatan kesihatan di masa hadapan negara ini."Pada masa kini, KMI telah mempunyai empat buah hospital iaitu di Kuantan Medical Centre, Kuala Terengganu Specialist Hospital, Taman Desa Medical Centre dan Kelana Jaya Medical Centre yang mempunyai kapasiti 297 katil."Antara matlamat KMI ialah menambah jumlah hospital dan bilangan katil dari 297 kepada 1,000 katil dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Menandatangani MoU Antara KMI Dan PNB Commercial Sdn Bhd di Kuala Lumpur, hari ini.Majlis itu turut disaksikan  Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.MoU tersebut ditandatangani oleh Pengerusi KMI, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar  dan Timbalan Presiden Kumpulan PNB, Dato' Mohd Nizam Zainordin.Turut hadir, Pengerusi TDM Berhad, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Ketua Pegawai Operasi PNB Commercial Sdn Bhd, Raja Nazirin Shah Raja Mohamad.Tambah Wan Abdul Hakim, bentuk kerjasama itu amat baik dan berstrategik."Sri Petaling akan menjadi projek pertama bagi kerjasama ini. Sekiranya berjaya, model ini akan diperkembangkan di tempat-tempat lain seluruh negara di masa-masa yang akan datang."KMI mempunyai pengalaman yang luas dalam mengurus dan menjalankan perniagaan hospital swasta, tetapi mempunyai had dalam mendapatkan tapak-tapak yang sesuai untuk mengembangkan rangkaian hospitalnya," katanya.Bagi kerjasama pertama tersebut, KMI dan PNBC bakal membangunkan sebuah hospital swasta yang berkapasiti 100 buah katil di atas sebidang tanah milik PNBC bersebelahan dengan Hotel Sri Petaling di Sri Petaling, Kuala Lumpur.PNBC akan membina hospital tersebut mengikut reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh KMI dengan modal pelaburan hospital itu dianggarkan sekitar RM100 juta dan dijangkakan akan beroperasi sepenuhnya pada 2020.Sementara itu, Tan Sri Abdul Wahid dalam ucapannya melahirkan rasa gembira apabila KMI telah memilih tanah milik PNBC bersebelahan Hotel Sri Petaling sebagai lokasi baharu hospitalnya.Katanya, dengan adanya hospital tersebut, kadar penginapan Hotel Sri Petaling, yang juga dimiliki oleh PNBC, dijangka meningkat sejajar dengan peningkatan permintaan bilik penginapan daripada keluarga pesakit yang menerima rawatan di hospital tersebut."Apabila siap kelak, KMI bakal menjadi hospital pertama di Sri Petaling yang merupakan satu kejiranan matang dengan penduduk sekitarnya berjumlah lebih 600,000."Dengan kemudahan akses melalui beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Jalan Jaringan Tengah 2 (MRR2), saya yakin pusat rawatan KMI ini bakal menjadi hospital tumpuan bagi penduduk di sekitar Sri Petaling," katanya.
                        
                        
                                28 Oct 17
            
                    
                                261
            
             
                            Geran TUBE Untuk Terengganu RM3 Juta Tahun Depan
                        
                        
                            Geran Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) untuk Terengganu akan ditambah kepada RM3 juta pada tahun hadapan, berbanding RM750,000 tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, kira-kira 100 peserta TUBE di seluruh Terengganu pada tahun ini akan meningkat kepada 200 peserta tahun hadapan yang bergelar usahawan muda.Nawi berkata, kerajaan negeri menyambut baik keputusan ini dan mengharapkan lebih ramai belia Terengganu merebut peluang itu bagi merealisasikan minat mereka dalam bidang perniagaan dan membentuk daya tahan dalam pengendalian perniagaan."Kita juga akan bantu usahawan muda yang mengusahakan pelbagai produk ini untuk menyertai karnival dalam dan luar negeri bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka."Kita tidak mahu hanya sekadar menjadi pengguna produk tetapi perlu menjadi pengeluar lebih banyak produk untuk kegunaan orang-ramai ," katanya di Majlis Penutup Program TUBE Mega 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Kem PLKN Merang Setiu, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Bahagian Kewangan dan Akaun SME Corporation Malaysia, Farid Awang dan Pengarah SME Corporation Terengganu, Muhammad Ibrahim.Nawi berkata, program TUBE yang dianjurkan kali keempat itu mendapat reaksi positif daripada semua pihak termasuk anak muda Terengganu.Beliau berkata, TUBE membantu belia yang mempunyai kemahiran tertentu untuk menjalankan perniagaan berasaskan pembuatan dan perkhidmatan"Perkara ini dilihat penting kerana peluang pekerjaan di sektor awam atau swasta secara umumnya semakin berkurangan berbanding jumlah graduan," katanya.Program TUBE yang memasuki kali keempat pelaksanaan dan peruntukan RM20 juta untuk menjayakan TUBE 4.0 di seluruh negara menerusi SME Corp.
                        
                        
                                24 Oct 17
            
                    
                                504
            
             
                            TATiUC Bakal Jadi Pusat Latihan Pekerja ECRL
                        
                        
                            YB Ghazali TaibKolej Universiti TATI (TATiUC) bakal menjadi pusat latihan pekerja bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Ghazali Taib berkata, ECRL dijangka mampu menyediakan sebanyak antara 2,000 hingga 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat termasuk di Terengganu."Pihak pengendali projek ECRL, Technology Depository Agency (TDA) di bawah Kementerian Kewangan sebelum ini menyatakan cadangan untuk memilih TATiUC sebagai institusi penyedia latihan kepada projek mega laluan keretapi laju itu,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen TATiUC Ke-11 yang diadakan di Dewan Canselor TATiUC, di Teluk Kalong, Kemaman, semalam.Menurut Ghazali, proses rundingan bersama pihak TDA dengan pengurusan TATiUC  akan dilaksanakan dalam masa terdekat."Latihan yang disediakan meliputi enam sub-sektor iaitu 'rolling stock', 'track work',  signalling and communications', 'automated fares' collection', electrification' dan 'tunneling and e-locomotive'."Sebagai sebuah institusi teknologi tinggi, TATiUC memiliki fasiliti yang lengkap dan punyai kepakaran yang membolehkan kita menjalankan tanggungjawab sebagai pusat latihan kepada pekerja-pekerja projek ECRL."Bukan itu saja, pihak pengendali projek juga berhasrat mengambil graduan-graduan TATiUC sebagai tenaga kerja dalam lokomotif,"katanya.Ghazali berkata, untuk jangkamasa panjang TATiUC juga mungkin menawarkan kursus baharu seperti penyelenggaraan dan sebagainya seiring dengan perkembangan teknologi keretapi yang semakin maju dari semasa ke semasa.Tambahnya, pembinaan projek ECRL dengan kos berjumlah RM55 bilion yang  menghubungkan laluan Kuala Lumpur ke Pantai Timur juga bakal mengubah landskap sosioekonomi rakyat terutama di Pahang, Terengganu dan Kelantan.Dalam pada itu, Ghazali berkata graduan yang dilahirkan TATiUC juga memiliki kebolehpasaran yang sangat tinggi kerana hampir 90 peratus berjaya menempatkan diri dalam pelbagai sektor perindustrian seluruh Malaysia.
                        
                        
                                12 Oct 17
            
                    
                                193
            
             
                            Dari Berniaga Di Bonet Kereta, Kini Miliki Gerai Nasi Bajet
                        
                        
                            Bermula dengan hanya menjual tat telur dan roti sarang lebah melalui bonet kereta sejak 2013,  Zulkifli Yusof kini mampu membuka kedai makan sendiri yang dikenali sebagai `Nasi Bajet Hot Kak Zie,' di Jalan Air Putih, Batu 2 1/2, Kemaman.Zulkifli yang dipanggil Pak Li, 46, dibantu adiknya Azizah, 32, beralih angin dan mencuba nasib dengan menceburi perniagaan nasi bajet berikutan permintaan yang tinggi di kalangan penduduk sekitar.Azizah berkata, sebelum ini mereka pernah menjual kuih-muih melalui bonet kereta dengan meniaga di tapak pasar malam sekitar Kemaman sahaja."Mendengar kejayaan demi kejayaan para usahawan tempatan yang menceburi perniagaan berasaskan makanan seperti nasi bajet, turut membakar semangat kami untuk mencuba nasib dalam perniagaan ini."Pada awalnya memang tidak mudah berikutan persaingan di bidang ini begitu tinggi, namun saya dan adik cuba mengekalkan kualiti dan meniaga dalam kadar harga yang mampu dimiliki ramai membolehkan bisnes kami tetap bertahan dan menjadi pilihan ramai."Alhamdulillah saya bersyukur kerana hasil jualan saya semakin bertambah maju serta mendapat sambutan yang tinggi daripada pelanggan kami," katanya.Menurut Zulkifli, walaupun bermula dengan modal yang terhad, dia mampu meraih pendapatan bersih sekitar RM3,000 sebulan selain menggaji pembantu kedai serta membayar sewa tapak kedainya itu.Tambahnya, waktu berniaga bermula pada jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali pada Jumaat."Di gerai kami terdapat berbagai menu pada waktu pagi, tengahari dan petang, antara menu pagi adalah nasi minyak, nasi lemak, nasi goreng ikan kukus, mee talam, laksam dan kuih-muih."Manakala menu tengahari pula adalah nasi bajet dengan pilihan tiga jenis lauk seperti ayam masak merah, kuah kari dan ayam goreng kunyit serta percuma sebotol air mineral. Nasi bajet tersebut hanya RM4 sahaja, manakala pada setiap Isnin kami ada menu istimewa iaitu nasi dagang," katanya.Pada setiap petang pula, pelanggan disediakan makanan ringan sebagai kudapan petang seperti keropok goreng, pisang goreng ikan, sotong celup tepung dan lempeng kelapa.Sementara itu, Azizah berkata, sambutan yang baik itu menyebabkan dia dan abangnya merancang untuk mengembangkan perniagaan dengan membesarkan kedai makan bagi menampung jumlah pelanggan yang kian bertambah."Selain pelanggan yang datang menikmati juadah di kedai, kami juga terima tempahan menerusi panggilan, SMS dan WhatsApp."Kebiasaannya juga ramai yang menempah melalui facebook akaun kami iaitu, Zie Azizah dan Zulkifli Yusof," katanya
                        
                        
                                12 Oct 17
            
                    
                                1739
            
             
                            Avocado Shake Asyraf Murah, Menyegarkan
                        
                        
                            Mengetahui buah Avocado atau alpukat mempunyai khasiat tersendiri, seorang pemuda, Mohamad Asyraf Azizan, 23, mengambil inisiatif meniaga minuman berasaskan buah itu secara sampingan di hadapan Pusat Giat Mara Batu Buruk, Kuala Terengganu.Perniagaan yang jarang diceburi orang lain dan agak unik, memberi pulangan yang agak baik walaupun hanya berniaga pada tempoh tiga hingga lima jam sehari.Asyraf berkata, harga segelas dijual dengan harga RM5. Malah, untuk menambahkan lagi keenakan minuman itu, dia cuba menambah lelehan coklat di dalamnya.Menurutnya, waktu perniagaannya bermula dari jam 2 petang dan berakhir pada jam 7 petang. Manakala pada bulan Ramadan lalu, dia menjalankan perniagaan sekitar tiga jam sahaja bermula jam 4 petang.“Gerai beroperasi setiap hari dan akan bercuti sekiranya kehabisan stok buah avocado kerana buah ini agak sukar diperolehi.“Jika kehabisan stok, saya terpaksa menutup perniagaan dalam beberapa hari untuk menunggu buah yang ditempah sampai. Kadangkala, walaupun sudah memperoleh stok, kami perlu peram dahulu dan menunggu kira-kira tiga hari untuk memastikan ia benar-benar masak,"katanya.Menurutnya, walaupun berniaga di sebuah gerai yang kecil dan baru berjinak-jinak di lapangan itu sejak lima bulan lalu, minuman avocado itu makin mendapat sambutan ramai dan mampu mencecah sehingga RM1,000 sebulan.“Walaupun masih baru beroperasi, tetapi saya mampu untuk menjana pendapatan tambahan, kerana bagi saya di mana ada usaha, di situ ada jalannya. Saya berharap agar golongan belia juga sentiasa mencari idea baru serta inisiatif bagi menambah pendapatan seharian, tanpa berharap pada bantuan orang semata-mata,” katanya.
                        
                        
                                12 Oct 17
            
                    
                                411
            
             
                            Jertih Square Bakal Beroperasi April 2018
                        
                        
                            Bandar Jertih akan berwajah baru apabila siapnya Jertih Square yang dapat menempatkan peniaga di lokasi lebih selesa dan tersusun bermula April tahun depan. Seramai 300 peniaga kecil yang kebanyakannya Bumiputera dan berdepan masalah tempat niaga yang terhad bakal dipindahkan ke Jertih Square.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi  Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, projek berharga RM30 juta dilengkapi 130 ruang niaga itu sedang giat dibangunkan.Katanya, apabila siap kelak, ruang perniagaan itu akan diagihkan kepada peniaga sedia ada yang berniaga di merata tempat di sekitar Bandar Jertih."Ketika ini peniaga kecil menghadapi masalah menjalankan perniagaan masing-masing kerana berada di lokasi yang tidak strategik menyebabkan peniagaan terjejas berikutan kekurangan pelanggan. "Malah, apabila berlaku banjir gerai perniagaan yang terletak di tepi sungai turut ditenggelami air menyebabkan peniaga rugi apabila ditenggelami air,” katanya ketika melawat tapak projek Jertih Square, Jertih, Besut hari ini.Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata, satu lagi projek pasar berharga RM6 juta untuk peniaga barang basah seperti sayur, daging, ikan dan hasil pertanian lain juga dibina di kawasan Jertih Square ini.Katanya, apabila siap kelak, premis perniagaan itu akan memberi keselesaan bukan sahaja kepada peniaga malah kepada pelanggan.Selain itu, beliau berkata, menerusi pelan penyusunan semula bandar itu kerajaan akan membina terminal bas berbumbung dan kawasan letak kereta bawah tanah untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung ke Jertih.
                        
                        
                                08 Oct 17
            
                    
                                101
            
             
                            1.8 Juta Benih Ikan Dilepaskan Di Sungai Utama
                        
                        
                            Jabatan Perikanan Terengganu melepaskan sejumlah 1.8 juta benih ikan dan udang serta induk ikan di beberapa sungai utama negeri ini  bagi memulihara sumber perikanan darat sejak 2008.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato Muhammad Pehimi Yusof berkata, program pelepasan ikan dan udang berkenaan juga bertujuan memberi sumber pendapatan kepada nelayan terbabit.Katanya, pendaratan ikan darat pada tahun lalu turut menyumbang kepada ekonomi negeri ini dengan hasil tangkapan 169.69 metrik tan dengan nilai RM1.9 juta.Beliau berkata, pada ketika ini ikan darat semakin digemari dan mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat menyebabkan pengeluarannya perlu ditingkatkan.“Pada hari ini 422,660 benih ikan dilepaskan serentak di seluruh negara sempena Program Gelombang Nelayan nasional (GNN)”, Katanya ketika melakukan pelepasan benih ikan di Sungai Jertih, Besut, kelmarin.Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata, sempena program itu, 35,000 benih ikan lampam sungai dan 100 kelah merah dilepaskan di sungai terbabit.Beliau berkata, sepanjang tahun ini,  Jabatan Perikanan Terengganu sudah melepaskan 226,350 benih ikan dan udang di empat sungai utama seluruh negeri.Tambahnya, ikan kelah kini mencecah RM250 sekilo dan ia menjadi permintaan paling tinggi walaupun harganya agak mahal berbanding spesies ikan darat lain.Beliau berharap, pemancing tidak menyalahgunakan aktiviti memancing dengan menggunakan renjatan elektrik dan bahan letupan lain untuk menangkap ikan kerana bimbang ia akan mengancam sumber ikan darat.
                        
                        
                                08 Oct 17
            
                    
                                67
            
             
                            PMINT Perkenal Dream Home Di KP Perdana, Seberang Paka
                        
                        
                            PMINT memperkenalkan satu pakej pembangunan istimewa `Dream Home',   yang menawarkan lot banglo di kawasan perdana KP Perdana, Kuala  Terengganu dan Seberang Paka, Dungun di ekspo PMINT Property Fest 2017.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Samiun Salleh berkata, ekspo   enam hari bermula 30 September lalu, di PB Square, Kuala Terengganu  menawarkan kediaman impian yang berkonsepkan ‘buy & build’ kepada  pembeli pada harga yang kompetitif.“PMINT Dream Home adalah  kediaman ideal yang berinspirasikan kepada gaya hidup urban yang  memaparkan trend semasa rekaan moden, praktikal dan damai dengan  persekitaran yang lengkap serta kemudahan infra dan prasarana,”katanya  ketika perasmian ekspo berkenaan di PB Square, Kuala Terengganu,  semalam.Mohd Usli AbdullahSamiun berkata, banyak kelebihan memiliki rumah  berkenaan kerana lokasinya yang strategik, memberi peluang kepada  pelanggan untuk memilih reka bentuk rumah, yuran guaman perjanjian jual  beli dan pindah milik secara percuma, kelulusan pelan akan diuruskan  serta memberi jaminan siap dalam tempoh yang ditetapkan.“Tawaran  ini hanya terbuka semasa ekspo dijalankan sahaja, jadi rebutlah peluang  untuk memiliki kediaman yang menawarkan kehidupan selesa dan kondusif  untuk kesempurnaan dalam kehidupan. Malah, untuk 15 orang terawal akan  diberikan rebat kos pembinaan bernilai RM10,000 dan RM1,000 untuk  barangan elektrik,”katanya.Seorang pembeli Dream Home berkenaan,  Mohd Usli Abdullah, 55, berkata dia pernah membeli rumah yang  ditawarkan oleh PMINT sebelumnya dan berpuas hati dengan konsep kediaman  berkenaan.“Ini adalah kali kedua saya membeli rumah yang  ditawarkan oleh PMINT, bagi saya, rumah yang ditawarkan ini mempunyai  struktur yang tersusun. Malah, harga yang ditawarkan adalah lebih murah  berbanding harga pasaran,”katanya.
                        
                        
                                01 Oct 17
            
                    
                                279
            
             
                            TDM Berhad Catat Hasil Pendapatan RM428 Juta
                        
                        
                            Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan peningkatan hasil pendapatan sebanyak 13 peratus iaitu dari RM380.8 juta ke RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata peningkatan dalam prestasi kewangan didorong terutamanya dari bahagian perladangan dan penjagaan kesihatan.Katanya, dengan nilai peningkatan hasil pendapatan tersebut, TDM Berhad melakukan bayaran dividen dan perkongsian keuntungan kepada agensi-agensi kerajaan negeri berjumlah RM7.01 juta."Jumlah pembayaran dividen bagi agensi-agensi kerajaan negeri adalah berjumlah RM4.72 juta iaitu kepada Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd."TDM Berhad juga membayar keuntungan sebanyak RM2 juta kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan RM249,277 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai bayaran keuntungan hasil perkongsian usahama," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Replika Cek Oleh TDM Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Ahmad Razif berkata, bahagian perladangan mencatatkan pendapatan lebih tinggi berjumlah RM245.9 juta berbanding jumlah tahun sebelumnya RM215.6 juta.Katanya, bagi bahagian penjagaan kesihatan pula mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM182.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 2016.Tambahnya, seiring dengan prestasi kewangan bagi tahun kewangan berakhir 2016, pemegang saham telah meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 0.5 sen sesaham."Dasar dividen TDM Berhad adalah membayar kepada pemegang saham sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keuntungan bersih tahunan yang disatukan selepas cukai serta seteah mengambil kira kepentingan pihak minoriti," katanya.
                        
                        
                                27 Sep 17
            
                    
                                227
            
             
                            Peroleh RM50 Ribu Sebulan Hasil Kuih Bulan Halal
                        
                        
                            Seorang usahawan muda mampu memperolehi pendapatan kasar kira-kira RM 50,000 sebulan hasil menjual kuih bulan dan kuih bakul yang diusahakan di rumahnya setiap hari di Bukit Kuang, Chukai.Haziqah NurulHuda Harun, 21 tahun dari kampung Bukit Kuang berkata, beliau mengusahakan perniagaan itu sejak 27 Februari 2015 lagi."Dulu saya menjual kuih bakul ini secara kecil-kecilan di rumah dengan menjual kepada kawan-kawan dan kini saya mengembangkan perniagaan saya 100 peratus memasarkan melalui laman sosial di facebook 'VictoryYaya Mooncake N Kuih Bakul'."Setelah saya menjual dalam laman sosial, perniagaan saya bertambah maju dan banyak tempahan dari seluruh Malaysia dan luar negara dengan permintaan yang tinggi," katanya.Beliau merupakan Orang Kelainan Upaya ( OKU ) yang lumpuh kakinya akibat demam panas tetapi beliau tetap gigih dan berusaha untuk mencari pendapatannya sendiri dengan menjual kuih dirumah dan dalam laman sosial."Saya bersyukur atas kudrat illahi, kerana buat masa sekarang hasil pendapatan saya sudah mencecah RM 50,000 sebulan manakala keuntungan juga bersih selepas dikira dengan modal dan mampu bayar gaji pekerjanya seramai lapan orang," ujarnya."Selain daripada itu, tidak lupa dengan kata-kata pelanggan saya yang selalu memberi dorongan dan sokong agar perniagaan bertambah maju serta pendapatan semakin meninggkat," katanya.Menurut Haziqah, beliau belajar resepi kuih bakul dan kuih bulan daripada sahabatnya yang belajar di Beijing."Saya memasarkan kuih bulan dan juga kuih bakul halal dengan menggunakan bahan-bahan yang dijamin halal dan bersih," katanya.Haziqah berkata, hasil pendapatannya itu akan dibahagikan untuk beliau menyimpan dijadikan modal lagi bagi memperluaskan perniagaannya pada masa akan datang."Saya ingin memperluaskan lagi pernigaan saya menjual kuih ini dengan menghantar ke pasaraya dan menerima tempahan majlis serta orang ramai," katanya.
                        
                        
                                26 Sep 17
            
                    
                                1222
            
            