Artikel "Ekonomi" Terkini
 
                            Nasi Dagang, Keropok Lekor Terengganu Tembusi Pasaran London
                        
                        
                            Sebanyak 10,000 pek nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) bakal memasuki pasaran London bermula 30 November ini.Pengurus Besarnya, Tengku Zulkarnain Awalludin berkata, daripada jumlah tersebut, 5,000 pek nasi dagang dan 5,000 pek keropok lekor akan dihantar terus melalui penerbangan tanpa henti Maskargo.Katanya, ianya bakal melakar sejarah di mana makanan tradisi Terengganu iaitu nasi dagang dan keropok lekor bakal diedar dan dipasarkan oleh Chicken Cottage yang juga merupakan syarikat milik Kerajaan Negeri di beberapa pasaraya sejuk beku makanan Asia di sekitar Kota Raya London."Kita yakin penghantaran pertama ke pasaran di United Kingdom ini bakal menjadi titik tolak kepada penetrasi potensi pasaran-pasaran lain termasuk kotaraya Dubai, Mekah dan Madinah di Asia Barat."Kerajaan negeri telah menjalankan kaji selidik produk dan mendapati terdapat permintaan yang memberangsangkan terhadap makanan sejuk beku di pasaran United Kingdom dan Eropah serta di Asia Barat terutama nasi dagang dan keropok lekor yang menawarkan keunikan dan kelainan rasa," katanya dalam satu kenyataan kepada media.Tengku Zulkarnain berkata, penyediaan dua makanan tersebut yang amat mudah dan ringkas merupakan antara faktor tarikan kepada penggemar makanan segera di London.“Hanya masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama empat minit dan ianya sedia untuk dimakan.“Dua makanan tradisional ini secara tidak langsung mampu menonjolkan imej Terengganu sebagai salah satu daripada makanan tradisi turun temurun yang sentiasa digemari oleh sesiapa sahaja di samping ianya juga merupakan antara produk pelancongan yang mampu menggamit masyarakat di United Kingdom untuk mengenali lebih dekat produk dan destinasi pelancongan di Terengganu,” katanya.Beliau berkata, keunikan pembungkusan produk sejuk beku tersebut juga akan membantu menonjolkan imej negeri bukan sahaja sebagai destinasi negeri cantik budaya menarik yang menerujakan, malah Terengganu juga terkenal sebagai destinasi makanan tradisi yang berjaya menambat hati setiap pengunjung.
                        
                        
                                29 Nov 17
            
                    
                                953
            
             
                            Jualan Batik, Songket Terengganu RM50,000 DI MITC, Melaka
                        
                        
                            Usahawan Terengganu berjaya mengutip jualan hampir RM60,000 hasil jualan sepanjang lima hari pada Jelajah Beautiful Terengganu Sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Semalaysia (PTIWRBNM) 2017 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka yang berakhir Sabtu lalu.Daripada keseluruhan kutipan jualan berkenaan, semua usahawan di bawah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) itu berjaya menarik ramai pembeli menerusi kehalusan seni dan kualiti tekstil batik serta songket yang ditawarkan apabila produk berkenaan mengumpul jualan sehingga RM50,000.Pada hari terakhir temasya itu, jualan batik dan songket sahaja merekod kutipan sehingga RM40,000Pengusaha yang terlibat adalah Terengganu Kitchen, Fadhizan Songket, Ety Batek, Fatimah Keropok dan Syamzshida Batik And Songket Collection, selain kaunter informasi serta beberapa kaunter pelancongan seperti Kampung Cina, Setiu Wetland, Kenyir dan demonstrasi kraf anyaman.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program Jelajah Beautiful Terengganu (JBT) di Melaka merupakan penutup siri jelajah program promosi pelancongan negeri bagi tahun ini.Katanya, program jelajah tersebut akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang."Program JBT di Melaka merupakan lokasi terakhir untuk tahun ini. Pada tahun hadapan kita akan bermula program jelajah VBT seawal Januari."Untuk tahun hadapan kita akan laksanakan program jelajah ini di Johor, Kuala Lumpur dan satu lokasi lagi mungkin di Perak sempena Sukma (Sukan Malaysia) 2018 selain satu lokasi di luar negara iaitu Singapura," katanya kepada Teganukita.Dalam pada itu, pemilihan lokasi untuk program di Melaka, baru-baru ini adalah disebabkan lokasi yang strategik dan sering menerima kunjungan orang ramai selain daripada acara yang sedang berlangsung melibatkan isteri-isteri orang kenamaan serta kuasa beli yang tinggi."Kita ambil peluang di mana-mana ada tempat atau acara di lokasi yang bersesuaian untuk kita mempromosikan Terengganu."Jadi kita ambil kesempatan di MITC yang sentiasa menerima kunjungan pelancong-pelancong kerana di situ turut disediakan pelbagai acara sampingan. Pada masa yang sama ianya berjaya menarik kunjungan pelawat untuk mengikuti pelbagai segmen yang disediakan penganjur acara," katanya.
                        
                        
                                26 Nov 17
            
                    
                                598
            
             
                            Darul Iman Xpress Kini Beroperasi Di Terengganu
                        
                        
                            Perkhidmatan bas Darul Iman Xpress mula beroperasi di Terengganu Oktober lalu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPemilik syarikat pengangkutan bas Ekspres Perdana, Laili Ismail melebarkan rangkaian perniagaannya dengan membuka syarikat baharu Selesa Transit Sdn Bhd membabitkan pelaburan awal berjumlah hampir RM4 juta.Laili yang juga Pengarah Urusan bagi kedua-dua syarikat itu berkata, Selesa Transit Sdn Bhd akan bertanggungjawab sebagai pengendali perkhidmatan bas ekspres Darul Iman Xpress yang berpangkalan di Terengganu.Katanya, untuk permulaan  perkhidmatan Darul Iman Xpress beroperasi dengan dua  bas melibatkan laluan Terengganu ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Shah Alam, Klang dan Kajang dan sebaliknya.“Perkhidmatan bas ini mempunyai beberapa kelebihan dan tarikan tersendiri antaranya tahap kelajuan maksimum hanya dihadkan kepada 90 kilometer sejam."Kita sentiasa mengambil kira aspek keselamatan  penumpang, jadi had kelajuan ditetapkan hanya 90 kilometer sejam dan kelajuan bas ini akan dipantau atau dikawal oleh petugas di bilik operasi kami," ujarnya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Darul Iman Express  di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, hari ini.Hadir merasmikan majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh.Menurut Laili,  bas Darul Iman Express yang mempunyai 45 kerusi itu juga bukan sahaja dikendalikan semua pemandu muda yang berpengalaman dan terlatih malah mereka juga dipastikan bebas daripada penyalahgunaan dadah dan bersedia memberi layanan terbaik kepada penumpang."Kita sentiasa mementingkan keselamatan serta keselesaan penumpang dan atas sebab itulah, setiap bas baharu yang kita beli hanya perlu beroperasi selama lima tahun, selepas itu kenderaan ini akan dijual untuk kita beli bas baharu dan begitulah seterusnya," tambahnya.
                        
                        
                                22 Nov 17
            
                    
                                3367
            
             
                            Keropok Kampung Gaung Warisan Dari Kampung Losong
                        
                        
                            Bermula dengan hanya lima pekerja kini peniaga keropok lekor di Kampung Gaung, Kuala Berang, Wan Mohd Badrulhisyam Mohammad,30, kini tersenyum puas apabila perusahaannya itu kian maju dengan bantuan 12 pekerja di kalangan penduduk setempat.Pemuda berasal dari Kampung Serada itu  berkata, perusahaan makanan itu diwarisi  sejak turun temurun dari keluarganya di Kampung Losong dan mula mengambil alih perniagaan itu sejak 2011.Wan Mohd BadrulhisyamJelasnya lagi, idea untuk membuka kedai keropok lekor  timbul apabila melihat banyak kedai berasaskan makanan itu di Kampung Losong dengan hasil keluaran yang sama dan mahu mencuba nasib membukanya di tempat lain."Setelah melihat suasana yang terlalu sinonim diLosong, saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan membuka sebuah kedai kecil di Kampung Gaung dengan dibantu lima pekerja tempatan disitu."Nampaknya rezeki memihak kepada saya apabila ianya mendapat sambutan hangat dan pada April 2016, saya membuka kedai yang lebih besar (sekarang) dengan ruang parkir yang lebih selesa,"katanya kepada Teganukita, baru-baru ini.Setiap hari kedainya akan menghasilkan keropok dengan menggunakan 500 kilogram (kg) ikan berbanding di kedai lama, hanya 200 kg dan meningkat kepada 800 kg pada musim cuti atau perayaan.Menurut Wan Mohd Badrulhisham, jika dibandingkan dengan dahulu, perniagaannya makin mendapat sambutan ramai termasuklah daripada pelanggan luar Terengganu seperti Johor dan Kuala Lumpur."Hampir setiap malam, kami akan mengirimkan tempahan keropok melalui bas persiaran ke negeri-negeri di Semenanjung kecuali Sabah dan Sarawak."Ini termasuklah pelanggan tempatan dan pelancong-pelancong yang datang membeli dan ada yang kembali ke kedai kami kerana puas hati dengan rasa keropok yang terkenal dengan keenakan campuran ikannya yang asli,"katanya lagi.Dia tidak menafikan antara faktor yang melonjakkan perniagaannya disebabkan pembukaan Tasik Kenyir sebagai Pulau Bebas Cukai."Memang saya tak nafikan, sejak Tasik Kenyir dibuka sebagai Pulau Bebas Cukai, boleh dikatakan saya mendapat tempiasnya. Hampir setiap hari ada sahaja bas pelancong akan berhenti untuk membeli keropok dan hasil produk yang lain untuk dibawa pulang."Kini saya dalam proses dapatkan sijil halal untuk pasarkan keropok lekor menembusi pasaran di pasaraya-pasaraya utama di negeri ini,"katanya lagi.
                        
                        
                                21 Nov 17
            
                    
                                1605
            
             
                            Pisang Goreng Dapur Kayu Tambat  Selera Ramai
                        
                        
                            Mariam  mengoreng pisang menggunakan dapur kayuTidak hanya dikenali kerana keenakan dan kerangupan pisang gorengnya, kaedah memasak menggunakan dapur kayu turut menambah tarikan pelanggan.Malah, aroma pisang goreng menggunakan dapur kayu dan digoreng dalam kuali besar sejak 34 tahun lalu suatu keunikan yang sukar ditemui di mana-mana gerai sekali gus menambat selera ramai penggemar kudapan petang itu.Bagi pasangan suami isteri, Mamat Deraman,72, dan Mariam Mamat,65, cara tradisi perniagaannya itu walaupun dilihat sukar dan ketinggalan zaman, namun menjadi pelaris serta rezeki yang menarik pelanggan ke gerai mereka Jalan Kampung Kuala Pueh,Telemong,Hulu Terengganu.Mariam Mamat atau lebih dikenali sebagai Mok NgohIbu kepada tiga anak dan enam orang cucu itu mampu meraih hasil jualan sehingga RM200 sehari, hasil jualan pisang goreng di warungnya yang beroperasi bermula jam 2.30 petang hingga 7 petang setiap hari, sama ada dibungkus atau menjamu selera di gerainya."Setiap hari Mok Ngoh dapat habiskan kira-kira 40 kilogram pisang untuk penuhi permintaan pelanggan. Paling mendapat permintaan adalah pisang nangka, pisang relong dan kelat siam."Sebagai tambahan, keropok dan ubi juga di jual bagi tidak menghampakan pelanggan yang mahu pilihan lain. Ramai yang datang sejak anak-anak muda  tularkan di laman sosial..kadang-kadang sampai tak terlayan kami dibuatnya,"kata Mak Ngah kepada pemberita ketika ditemui di warungnya, semalam.Pok Mat membantu isterinya Mok Ngoh mengoreng pisangDia dan suaminya tetap mengekalkan cara tradisi menggoreng pisang menggunakan dapur kayu walaupun bahangnya cukup panas kerana inilah yang menjadi punca pisang goreng menjadi pilihan pelanggan kerana merasa lebih sedap dan rangup."Pisang yang digoreng menggunakan dapur kayu, rasanya lain daripada yang digoreng guna dapur gas sebab kurang serap minyak kerana api terhasil lebih panas berbanding penggunaan gas walaupun memakan masa untuk masak. Bahang apinya cukup panas bagi yang tak biasa tapi buat Mok Ngoh...dah kalih(biasa)."Pisang pula digoreng menggunakan resipi warisan keluarga dengan hanya menggunakan adunan telur,tepung gandum dan beras, air, kapur serta garam."Ada yang pernah minta resepi ini tapi berkata tak menjadi sebagaimana yang Mok Ngoh jual..orang kata air tangan takkan sama walaupun menggunakan resepi yang sama,"katanya.Menurut Mak Ngah lagi,suaminya yang  dikenali sebagai Pak Mat banyak membantunya dalam urusan membeli barang keperluan seperti pisang dan kayu api mentah.Setiap bulan, selain membantu di gerai Pak Mat ,perlu menyediakan 200 kilogram kayu getah yang dibeli dari kampung Tajin dengan harga borong bernilai RM70.Rohani(tudung merah jambu)sedang menikmati hidangan petang bersama rakannya.Seorang pelanggan, Rohani Hussain,46, berkata, hampir setiap minggu dia akan datang menikmati pisang goreng di situ kerana menggemari aroma dan rasanya yang enak berbeza dengan pisang yang digoreng menggunakan dapur gas."Biasanya setiap petang, saya akan datang dengan kawan-kawan menikmati hidangan petang di sini..memang sedap dan saya tak boleh nak beritahu bagaimana sedap dan rangup bila di makan...seharusnya cuba sendiri untuk tahu keenakannya,"katanya.
                        
                        
                                17 Nov 17
            
                    
                                797
            
             
                            Rezeki Musim Tengkujuh
                        
                        
                            Antara ubi yang boleh didapati di Gerai Jagung sepanjang jalan di Kampung GaungMusim tengkujuh bagaikan satu pesta yang ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan terutama peminat makanan tradisional seperti ubi yang mendapat permintaan mendadak sebaik sahaja tiba musim itu.Bagi peniaga ubi seperti ubi kayu, ubi keling, ubi torok, ubi itik dan ubi gajah, musim tengkujuh membawa rezeki berganda kepada mereka apabila ianya menjadi pilihan utama penduduk sebagai makanan sampingan apabila hujan turun berterusan.Tinjauan Teganukita mendapati di sepanjang jalan di daerah ini terutama di simpang Gaung terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai jenis ubi dengan harga yang murah, sudah tentu menggamit rasa.Kelsom SemanSeorang peniaga, Kelsom Seman,55, berkata, dia yang berniaga sejak 17 tahun lalu, menjual pelbagai hasil tanaman seperti jagung, kacang, kerepek dan aneka pilihan ubi bagi memenuhi permintaan pelanggan tempatan termasuk pelancong luar.“Kebanyakan hasil yang mak cik jual ini dibeli daripada orang-orang kampung secara tak langsung membantu sedikit sebanyak ekonomi mereka. Kalau musim boh (tengkujuh) ubi yang paling laku(laris)sebab ramai yang suka sangat makan mengikut cara mereka masak kat rumah."Mak cik jual ubi ini dengan harga RM4 hingga RM5 sekilogram mengikut jenisnya tapi tak bolehlah nak jual mahal sebab lambakan jualan ubi di musim hujan. Kalau nak orang datang beli dari kita, kenalah jual murah sikit,"katanya ketika ditemui di Kuala Berang, semalam.Zabariah AhmadBagi Zabariah Ahmad, 66, sudah berpengalaman selama 40 tahun berniaga tidak menafikan bahawa jualan ubi meningkat secara mendadak apabila tiba musim bah.“Memang jualan ubi ni meningkat sekali ganda bila tiba musim hujan terutama bagi ubi yang hanya boleh didapati setahun sekali seperti ubi badak, ubi torok, ubi itik dan ubi keling."Kalau musim biasa tak lah banyak sangat dapat jual contohnya ubi kayu adalah dalam 10 kilo sehari tetapi berbeza di musim hujan kerana ubi yang dijual lebih dari biasa kerana mendapat sambutan menggalakkan.“Ubi yang dijual di sini, ada yang diambil dari penduduk di sekitar kampung termasuk mak cik beli daripada peraih” katanya.Seorang pembeli, Aminah Salleh,45, berkata, sudah menjadi satu tradisi kepada dia dan keluarga menikmati ubi rebus setiap kali musim tengkujuh."Kebiasaan ubi torok dan ubi gajah menjadi pilihan saya kerana rasanya yang enak apabila dimakan dengan kelapa parut yang digaul bersama gula bersama kopi panas pekat di waktu petang,"katanya.
                        
                        
                                17 Nov 17
            
                    
                                793
            
             
                            Terengganu Lancar 32 Bas My Bus Bermula Tahun Depan
                        
                        
                            Terengganu bakal melancarkan 32 buah bas menerusi perkhidmatan My Bus 'Stage Bus System Transformation' (SBST) yang dikendalikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perkhidmatan yang akan berpusat di Kuala Terengganu akan dilaksanakan bermula awal tahun hadapan.Katanya, daripada keseluruhan bas tersebut, SPAD turut menawarkan lapan buah bas elektrik yang  melibatkan lapan laluan berbeza sebagai projek perintis itu."Jadi laluan-laluan nanti akan kita umumkan. Bas ini akan sampai ke Marang, Hulu Terengganu, Merang (Setiu) dan sekitar Kuala Terengganu."Apa yang amat menggembirakan adalah bas ini juga akan masuk melalui hospital. Jadi ianya memberi kemudahan kepada mana-mana pihak yang ingin melawat hospital," katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Putrajaya, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Ahmad Razif berkata, Mara Liner akan menjadi operator perkhidmatan My Bus berkenaan.Katanya, tumpuan akan diberikan ke kawasan-kawasan tumpuan pelancongan bagi memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat samada kepada pelancong mahupun masyarakat setempat."Kita akan menumpukan kepada kawasan-kawasan pelancongan dalam usaha memberi kemudahanterutamanya kawasan yang dapat memberi kemudahan kepada rakyat."Contohnya melalui Pasar Besar Kedai Payang, Taman Tamadun Islam. Kemudian melalui laluan sampai ke Bandar Marang, Bukit Payung dan seterusnya sampai ke Hulu Terengganu," katanya.
                        
                        
                                16 Nov 17
            
                    
                                99
            
             
                            Terengganu Lancar Pelan Induk Pelancongan Negeri 2018-2025
                        
                        
                            Dato' Wan Nawawi melakukan pertukaran MoU dengan Dato’ Dr Amin Khan sambil disaksikan oleh Dato' Seri Ahmad Razif dan Dato' Seri Idris Jala. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kerajaan negeri melalui Unit Transformasi Negeri Terengganu (UTEN-T) melancarkan Pelan Induk Pelancongan Negeri Terengganu 2018-2025 untuk mentransformasikan industri pelancongan di Terengganu ke arah kemakmuran ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelan tersebut akan dikaji dan disediakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).Katanya, Terengganu kaya dengan kepelbagaian produk-produk pelancongan khususnya yang berteraskan kepada kekayaan alam semulajadi, keunikan budaya, kesenian dan warisan."Terengganu mempunyai pantai yang terpanjang di Malaysia, tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara, pulau-pulau pelancongan yang antara tercantik di dunia, keunikan biodiversiti di Setiu Wetland, warisan budaya yang unik dan sebagainya."Limpahan ekonomi dari kewujudan produk-produk pelancongan ini perlu dimaksimakan untuk pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu. Produk-produk pelancongan ini perlu dipakejkan dan dikembangkan secara lebih efektif."Kita perlu bergerak ke arah re-positioning secara total sektor pelancongan Terengganu, penjenamaan destinasi dan “rebranding”, berkerja bersama dengan semua pegawai daerah dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan yang akan bertanggungjawab membangun ekonomi tempatan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pelancaran Kajian Pelan Induk Pelancongan Terengganu - Transformasi Pelancongan Untuk Kemakmuran Ekonomi di Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Dato' Seri Idris Jala dan Ketua Pegawai Eksekutif UTEN-T, Dato' W. Mohd Albakri Md. Nor.Tambahnya, kaedah penyediaan pelan induk itu adalah mengambilkira pandangan-pandangan dan input-input dari pemain-pemain pelancongan, suara komuniti dari akar umbi dan dari pihak sektor swasta serta NGO."Ini selaras dengan konsep inklusif yang diberi penekanan oleh Kerajaan Negeri dalam merancang masa depan rakyat dan pembangunan Negeri."Saya melihat pendekatan seperti ini amat perlu kerana 'bottom line' matlamat kerajaan negeri adalah untuk kesejahteraan rakyat."Oleh itu, kita perlu berkongsi perancangan negeri dengan rakyat yang akhirnya apa yang dirancang serta dibangunkan akan memenuhi aspirasi dan keperluan mereka," katanya.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata sektor pelancongan adalah salah satu tumpuan kerajaan negeri, di samping beberapa sektor lain lagi seperti bioteknologi, perkilangan, industri mineral dan ekonomi digital.Katanya lagi, kerajaan negeri mensasarkan aktiviti yang berteraskan kepada sektor pelancongan samada di dalam bidang perhotelan, pengangkutan, peruncitan, restoran, industri kreatif dan sebagainya akan menjadi aktiviti ekonomi utama di Terengganu."Ini kerana, berdasarkan kajian yang lepas, pelancongan membawa kepada kesan pengganda (multiplier effect) sebanyak tiga kali ganda kepada perkembangan ekonomi dan 2.5 kali ganda kepada mewujudkan peluang pekerjaan," katanya.
                        
                        
                                09 Nov 17
            
                    
                                760
            
             
                            Terengganu - Huawei Jalin Kerjasama Transformasi ICT
                        
                        
                            Dato' Wan Nawawi melakukan pertukaran MoU bersama Abraham Liu sambil turut disaksikan oleh Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Seri Ahmad Razif. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Satu kerjasama antara kerajaan negeri dan Huawei akan menyaksikan Terengganu menerima teknologi digital yang terkini serta penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negeri ini.Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) yang dilakukan dalam program Hari Inovasi Asia Pasifik pertama Huawei di Kuala Lumpur itu bagi merangka bersama hala tuju transformasi digital negeri.Dengan MoU tersebut juga, Huawei akan menyediakan kepakaran teknikal dan sokongan perniagaan dalam melaksanakan pelan transformasi.Pelan ini akan memanfaatkan empat pemboleh ICT utama iaitu infrastruktur jalur lebar, infrastruktur awam, inovasi dan modal insan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerjasama itu penting dalam pembangunan sosio-ekonomi Terengganu di samping memupuk bakat digital dan merangsang pembentukan minda digital."Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan Huawei dalam merealisasikan aspirasi Terengganu untuk diperkasakan dengan portfolio penyelesaian ICT 'end-to-end' yang menyeluruh, terutamanya dalam bidang e-dagang."Kami mengalu-alukan sokongan dari Huawei dalam membangunkan lagi infrastruktur IT negeri dan memudahkan orang ramai untuk menerima e-dagang sebagai alat untuk berkembang maju dalam era digital," katanya dalam satu kenyataan.Pertukaran MoU tersebut dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Abraham Liu.Turut hadir menyaksikan pertukaran tersebut Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Ong Ka Chuan dan Ketua Pegawai Eksekutif berputar Huawei Technologies Sdn Bhd, Guo Ping.Melalui inisiatif yang dilakukan itu, Terengganu bakal memanfaatkan 'Internet of Things' (IoT) serta penggunaan platform aplikasi pintar bagi melaksanakan penyelesaian digital ke semua industri menegak seperti pendidikan, pengangkutan, penjagaan kesihatan, peruncitan, keselamatan, kilang industri , rumah pintar, grid tenaga dan lain-lain.Projek ini juga merangkumi perkongsian pengetahuan ICT secara terbuka melalui program latihan ke seluruh negara dengan harapan ia dapat memacu pembangunan sosio-ekonomi.
                        
                        
                                08 Nov 17
            
                    
                                303
            
             
                            Sushi Dua Beradik Raih Pendapatan Hingga RM5,000 Sebulan
                        
                        
                            Mula memasak kimbab secara suka-suka dan untuk hidangan keluarga kini bertukar menjadi sumber pendapatan lumayan buat dua beradik di Kemaman.Pada awalnya, Wan Nurin Nadhirah Wan Mahadi, 19, bersama kakaknya Wan Siti Nabila, 23, belajar membuat kimbab daripada kawan dan tercetus idea untuk memuat naik gambar kimbab tersebut ke  laman sosial sebelum ada rakan yang memberi respon mahu mencubanya.“Alhamdulillah saya terima pujian baik daripada pelanggan terawal dan sejak itu saya rasa bersemangat untuk teruskan menjual kimbab.“Proses untuk membuat kimbab ini di rumah sahaja dan kami buat khidmat penghantaran ke rumah pelanggan di beberapa tempat sekitar Bandar Kemaman, Kertih, Kuantan, Selangor, Kajang, Negeri Sembilan dan Beranang yang kebiasaan kami terima tempahan awal,” katanya yang kini menetap di Taman Sri Jaya, Gong Pauh.NadirahKeuntungan jualan kimbab itu membolehkan anak muda itu mengembangkan perniagaannya dan menambah menu baru yang dijenamakan sebagai `Sushiying'.Perkembangan itu juga turut melonjak hasil jualan mereka apabila purata pendapatan bulanan mencecah antara RM3,000 hingga RM5,000.“Harga sushi kami pula bergantung pada tempat penghantaran dan pakej yang ditempah.“Harga bagi pakej shushi kami RM15 hingga RM60 sahaja bergantung kepada citarasa dan kehendak pelanggan.“Malah, untuk setiap set pembelian daripada pelanggan pula kami akan menyediakan shouyu, wasabi dan chopstick secara percuma,” katanya kepada Teganukita.Dalam pada itu, Sushiying juga menerima tempahan daripada pelanggan tetap bagi tujuan jamuan rumah terbuka hari raya, majlis-majlis keraian dan sebagainya.Nadhirah berkata, permintaan pelanggan terhadap produk makanannya itu amat menggalakkan terutam di kawasan Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kota Baharu dan Kuantan.“Jika ada peluang kami akan buka francais di luar Terengganu pula pada masa akan datang.“Sehingga kini kami dalam perancangan untuk menambah lagi menu kimbab yang sedia ada. Malah jika ingin mengetahui perkembangan kami boleh mengakses kami di laman sesawang Facebook Sushiying dan juga Instagram @sushiying,” katanya.Menurut  Nadhirah lagi, walaupun terdapat ramai pesaing di bidang perniagaan, mereka tidak menjadikannnya sebagai batu penghalang kerana percaya rezeki Allah SWT amat luas dan hanya ikhtiar tanpa putus asa demi meningkatkan taraf hidup.
                        
                        
                                28 Oct 17
            
                    
                                894
            
            