lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Terengganu Inc Bina Rumah Imam
Khairul Nizam menyampaikan kunci rumah imam kepada imam surau tersebut di Surau Kampung Balik Bukit, Dungun.  Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.Atas dasar Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR), anak syarikat Kerajaan Negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) membina sebuah rumah imam di Surau Kampung Balik Bukit, Seberang Pintasan, Dungun dan menambahbaik surau berkenaan melalui program 'Way of Naqiya 2.0'.Naib Presiden, Khairul Nizam Khalid Mirza yang mewakili Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata, program tersebut adalah kesinambungan daripada inisiatif yang pernah dijalankan pada tahun lalu.Katanya, untuk 'Way of Naqiya 1.0', aktiviti pembersihan dan penambahbaikan Madrasah al-Hidayah di Batu Buruk, Kuala Terengganu telah dilakukan pada tahun lalu."Rumah yang dibina di surau ini adalah bagi menempatkan imam selain memberi tempat untuk mereka bermalam semasa mengadakan ceramah-ceramah keagamaan di sini."Selaras dengan apa yang diaspirasikan oleh Terengganu Inc iaitu 'Memanfaatkan Pelaburan Untuk Rakyat' program ini diadakan untuk memberi sokongan selain membantu komuniti setempat dalam mempelajari ilmu agama," katanya kepada Teganukita.Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah dalam Program 'Way of Naqiya 2.0' di Surau Kampung Balik Bukit, Dungun, hari ini.Turut hadir,  Naib Presiden Komunikasi Strategik, Suridah Supian.Dalam pada itu Timbalan Pengerusi surau tersebut, Mazlan Tawang berkata, sumbangan yang disalurkan oleh pihak Terengganu Inc amat bermakna dalam menyiapkan rumah imam itu."Bagi pihak ahli jawatankuasa surau dan penduduk setempat amat terharu kerana telah memilih kawasan ini untuk progam CSR Terengganu Inc."Dengan adanya rumah untuk imam ini, ianya memudahkan mereka untuk bermalam di sini kerana kebanyakan imam yang hadir adalah dari kawasan luar," katanya.
01 Feb 18
234
Empty Image
KTS Tawar Perkhidmatan Terbaik
Hospital KTS menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan pengunjung. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang mula beroperasi di bangunan baru terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sejak 28 Januari lalu menawarkan perkhidmatan terbaik selain menjanjikan keselesaan kepada pesakit dan pengunjung di situ.Dengan harga bermula RM100 untuk satu malam, hospital tersebut menawarkan perkhidmatan yang dijamin akan memberi kepuasan kepada setiap pesakit.Pengurus Besar KTS, Abel Ahing berkata, hospital tersebut mula beroperasi sejak tahun 2006 dengan hanya lima katil dibuka kepada pesakit di KTS Jalan Kamarudin.Katanya, pada 2010, ianya ditambah kepada 10 katil dan sebelum berpindah dari bangunan lama, sebanyak 30 katil disediakan kepada pesakit."Di bangunan baru ini, kita menyediakan 130 katil dan semua bilik di sini adalah persendirian dan tidak mengamalkan konsep perkongsian bilik bagi memberi keselesaan kepada pelanggan kita selain menjamin keselamatan mereka daripada terkena jangkitan daripada pesakit lain."Setakat hari ini, hari ketiga (semalam) sudah penuh 42 katil. Esok (hari ini) kita akan buka 14 katil lagi. Manakala pertengahan Februari ini, kita akan buka aras enam dimana menyediakan 30 katil lagi. Selepas itu ianya akan dibuka secara berperingkat mengikut permintaan," katanya kepada Teganukita.Tambah Abel, KTS menawarkan ramai pakar bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada setiap pesakit.Katanya, selain menyediakan pakar-pakar terbaik, teknologi yang digunakan di KTS juga adalah antara tercanggih dan terkini boleh didapati di Malaysia.Abel Ahing"Di sini, kita ada menyediakan pelbagai kepakaran seperti kepakaran penjagaan kanak-kanak, pediatrik, sakit puan, telinga, hidung dan tekak (ENT), mata, tulang dan sendi, fisioterapi, pergigian, kecantikan (aesthetics) dan pelbagai lagi."Servis-servis lain seperti radiologi, 'diagnostic imaging' contohnya 'CT Scan' di sini merupakan teknologi terbaru. 'CT Scan' yang ada di sini kita panggil '64 slice' yang mana antara terkini."Manakala, 'digital mammogram' yang kita gunakan juga merupakan antara teknologi terkini ditawarkan kepada rakyat Terengganu," katanya.Dalam pada itu, Abel berkata selain daripada perkhidmatan yang ditawarkan, KTS akan dijadikan sebagai Pusat Rawatan Diabetes.Tambahnya, buat masa sekarang, pihaknya telah menjalinkan kerjasama antara Universiti Sunway dan Univeristi Malaya dalam menjalankan kajian mengenai penyakit tersebut."Perkampungan di Kuala Nerus telah dipilih untuk dibuat kajian mengenai penyakit ini bemula tahun lalu dan akan berlangsung selama lima tahun."Melalui kajian ini kita akan lebih mengenali tentang penyakit ini selain memudahkan untuk kita tangani penyakit ini dikalangan penduduk di Terengganu kerana setiap kawasan mempunyai gaya hidup berlainan," katanya.
30 Jan 18
2057
Empty Image
Hospital KTS Dijadual Beroperasi Ahad Ini
Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang baharu di Jalan Sultan Mahmud, Batu Burok,  bakal beroperasi mulai Ahad ini dengan menawarkan perkhidmatan kesihatan pakar yang menjanjikan suasana lebih selesa dan terbaik, di negeri ini.Bagaimanapun KTS yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri di bawah naungan TDM Berhad akan beroperasi secara berperingkat dengan pembukaan dari tingkat satu hinggal lima daripada keseluruhan lapan tingkat bangunan dalam persekitaran kawasan peranginan itu.Pengurus Besar KTS, Abel Ahing berkata, pada tahun ini pihaknya akan memperkenalkan perkhidmatan baharu seperti pergigian, kardiologi dan kemudahan cathlab, kecantikan (aesthetics), pusat kesihatan eksekutif, fisioterapi dan pemulihan terbaru seperti ‘deep tisse laser therapy’ dan ‘electro muscular stimulation’.“Hospital ini dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan berteknologi yang terkini untuk memberi perkhidmatan lebih berkualiti kepada pelanggan,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.Sementara itu bagi mendekatkan masyarakat dengan hospital baharu ini, pada 3 Februari depan pihaknya akan mengadakan `Festival of Firsts’ yang akan dimeriahkan kepada pelbagai kegiatan.“Ini termasuklah ‘scavenger hunt’, pameran, pertandingan fesyen kanak-kanak, pertandingan bayi comel, pertandingan nyanyian kanak-kanak bermula dari pul 9 pagi hingga 6 petang,” ujar Abel.KTS (di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd.) yang mula dibina pada tahun 2012 dengan kos awal dianggarkan RM122 juta bakal dilengkapi 130 katil, lima dewan bedah dan lima bilik bersalin) difahamkan akan beroperasi sepenuhnya pada 2019.Disasarkan awalnya dapat beroperasi selewat-lewatnya tahun lalu, namun telah dianjak kepada awal tahun ini kerana masih berdepan dengan beberapa masalah bagi mendapat kelulusan daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) Kementerian Kesihatan. - UTUSAN ONLINE
24 Jan 18
1258
Empty Image
30 Anak Terengganu Dipilih Sebagai Pembantu Sajian Di Syarikat Brahim's
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Syarikat Brahim’s SAT Food Service Sdn Bhd menyediakan peluang kepada 30 anak Terengganu berkhidmat sebagai pembantu penyajian (CA) di syarikat Brahim’s yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bermula 8 Januari lalu.Mereka terpilih daripada 216 permohonan sejak dibuka kepada rakyat Terengganu pada 30 November tahun lalu.Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata kesemua yang dipilih merupakan anak Terengganu yang terdiri daripada dua orang ibu tunggal, 18 anak ibu dan bapa tunggal serta 10 orang belia dan beliawanis yang akan mengisi  jawatan sebagai pembantu penyajian (CA). “Pihak kami akan mula menghantar kelompok pertama ini secara percuma menggunakan bas daripada Terengganu kepada syarikat Brahim’s nanti.“Ini adalah sebahagian daripada intipati kerjasama yang dirancang di mana YPKT akan membekalkan tenaga kerja yang berkelayakan kepada  syarikat Brahim’s yang merupakan pembekal makanan inflight terbesar di negara ini dan pihak mereka akan menyediakan prasarana, pengangkutan ke tempat kerja dan kemudahan makan minum secara percuma kepada pekerja tersebut,”katanya dalam satu kenyataaan kepada media hari ini.Tambah Mohd Shafaruddin lagi,usaha murni ini adalah kesinambungan daripada majlis menandatangani memorandum persefahaman(MoU) di antara YPKT dan Brahim's yang ditandatangani pada 6 Disember tahun lalu dengan memberikan peluang pekerjaan kepada warga Terengganu yang berdaftar di YPKT.Katanya, antara syarat pengambilan dan kelulusan bagi perkhidmatan itu ialah minima lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan pengalaman dalam bidang penyajian hotel serta restoran  umur lingkungan 20 - 35 tahun terdiri daripada belia beliawanis (bujang) atau ibu tunggal.Beliau berkata, Syarikat Brahim’s turut menawarkan pelbagai kemudahan dan faedah antaranya gaji pokok sebanyak RM1,200 sebulan dengan elaun kerja syif berjumlah RM85 hingga RM110, asrama dan pengangkutan disediakan termasuk pelbagai kemudahan lain yang bakal dinikmati oleh para pekerja nanti.
09 Jan 18
96
Empty Image
Bicara Bajet Terengganu 2018 : Ekonomi Negara Masih Di Landasan Kukuh
Pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara yang mencapai 5.8 sehingga 6 peratus sebagai tertinggi di Asia pada tahun ini, membuktikan ekonomi negara masih baik dan berdaya saing.Pengarah SME Corp Terengganu, Muhammad Ibrahim berkata, berdasarkan data Bank Negara Malaysia, jika pada tahun lepas PKS mencapai 5.2 peratus dan ia meningkat 0.6 hingga 0.8 peratus tahun ini.“Data Bank Negara dan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), bagi saya bukan omongan kosong sebaliknya berdasarkan fakta yang diambil (kajian) daripada struktur ekonomi.“Kadang-kadang kita hanya mengambil data tertentu dan mengatakan ekonomi kita dalam proses yang teruk. Malah, ada mengatakan negara kita dalam keadaan bangkrap. Tetapi bagi saya kita kena melihat secara keseluruhan (data-data ini),”katanya.Beliau mengulas demikian dalam sesi wawancara sempena Bicara Bajet Terengganu 2018 yang dihoskan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Muhd Aimin Mohd Tahir, di Wisma Darul Iman, hari ini.Mengulas lanjut, Muhammad berkata, eksport PKS juga meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 6.6 peratus tahun ini.Tambahnya, secara purata, kesan kelembapan ekonomi ini turut memberi kesan kepada PKS, bagaimanapun kesan itu hanya bersifat sementara.Menurut beliau, berdasarkan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat yang diperbadankan di Terengganu meningkat begitu ketara apabila pada 2015 merekodkan lebih 4,000 syarikat, 2016 sebanyak 5,900 syarikat dan pada 2017 pula mencatatkan sebanyak 25,000 syarikat sekali gus membuktikan ekonomi masih di landasan yang baik.Dalam pada itu, beliau sebelum itu berkata, takrifan yang lebih sesuai kepada kelembapan ekonomi adalah proses pemulihan dan pemulihan itu bukan terjadi kepada negara kita sahaja, tetapi turut dialami negara lain serta menjadi masalah global.Muhammad turut memberitahu, Bajet Terengganu 2018 yang dibentangkan Menteri Besar Terengganu merangumi empat pe-tunjang meliputi 60 touchpoint menyediakan kira-kira RM29.7 juta untuk pembangunan PKS negeri secara keseluruhannya.Antaranya menyediakan RM2 juta untuk Program Jaya Diri, Skim Pembangunan Usahawan Desa juga berjumlah RM2 juta untuk membantu mendapatkan dana menjalankan perniagaan.Skim ini meliputi pinjaman dalam bentuk Skim Pinjaman Tanpa Faedah (SPTF), Skim Pinjaman Usahawan Desa (SPUD), Skim Pinjaman Online Business (SPOB) dan Skim Pinjaman Kecil (SPK).Lain-lainnya adalah bantuan pinjaman Skim Pembiayaan Food Truck di bawah Skim Pinjaman Tanpa Faedah Al-Ijarah, dengan maksima pinjaman sebanyak RM75,000 dan dijangka memberi manfaat langsung kepada 135 orang usahawan.Selain itu, Hab Digital Terengganu dibangunkan di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu dan di Setiu.- www.terengganu.news
18 Dec 17
127
Empty Image
Bajet 2018 : Pendapatan Bulanan Isi Rumah Meningkat
ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini Terengganu merekodkan pencapaian paling tinggi bagi Pendapatan Bulanan Isi Rumah Penengah apabila merekodkan 24.2 peratus dalam tempoh 2014 hingga 2015.Beliau ketika membahaskan Bajet 2018 menjelaskan, kajian oleh pakar ekonomi iaitu Tan Sri Profesor Dr. Noor Azlan Ghazali menerusi Laporan Jabatan Statistik mengenai Pendapatan Bulanan Isi Rumah Penengah menunjukkan Terengganu berada di kedudukan lima terbaik, berbanding sembilan negeri yang lain.“Terengganu melebihi purata kebangsaan pada tahun 2014 dan yang paling tinggi berbanding sembilan negeri lain. Hanya di depan kita adalah Selangor, Johor, Melaka dan Pulau Pinang.“Ini adalah indikator yang lebih baik daripada pendapatan purata isi rumah. Dan ini kita dapat lihat walaupun KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) kita di ambang 3.1 hingga 3.8 peratus tetapi pendapatan rakyat sudah meningkat. Ini menunjukkan bahawa perjuangan kita (Barisan Nasional) sejak dahulu lagi, daripada Menteri Besar yang lama, yang dulu, mantan Menteri Besar , sebelah saya Adun Kijal (Dato’ Seri Ahmad Said) yang ada bersama dengan kita pada hari ini. Hasil ini hanya boleh dicapai atas perjuangan mereka sejak dahulu lagi. Syabas Kerajaan Barisan Nasional. Terima Kasih kepada semua pejuang-pejuang kita,” katanya. - http://terengganu.news
13 Dec 17
88
Empty Image
Bajet 2018 : Hab Digital Suntik PKS Berdaya Saing
Cadangan mewujudkan hab digital Kuala Terengganu dalam pembentangan Bajet Terengganu 2018 semalam, seiring dengan kedudukan Malaysia yang kini muncul antara pasaran e-perdagangan di peringkat global membabitkan janaan pendapatan mencecah RM9.53 bilion tahun lalu.Pengarah SME Corp. Malaysia Terengganu, Muhammad Ibrahim berkata, dalam perbentangan Bajet Terengganu 2018 oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman itu menggariskan empat tunjang utama melibatkan 60 `touchpoint' yang merangkumi semua sektor termasuk berkenaan ekonomi digital. Menurutnya, cadangan di bawah touchpoint ke-23 iaitu cadangan mewujudkan Hab Digital Kuala Terengganu merupakan inisiatif kerajaan yang tepat dalam memastikan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu dalam talian sentiasa mengikuti trend terkini untuk terus kekal berdaya saing. "Selain memperkemaskan pangkalan data pelanggan dan sentiasa seiring dengan perubahan teknologi maklumat semasa. Ini termasuk pembangunan ekonomi digital yang lebih berinovasi, sekali gus mewujudkan suatu konsep jaringan perdagangan rentas sempadan di peringkat global. "Perubahan yang dicetuskan oleh pendigitalan bukan saja berperanan dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi, tetapi merangkumi peningkatan permintaan pekerja berkemahiran tinggi serta membuka peluang pekerjaan baru."Hab Digital ini mampu bertindak sebagai faktor pemangkin terutama kepada golongan usahawan muda Terengganu supaya sentiasa peka dengan perubahan landskap ekonomi semasa yang kini menuju gelombang Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) yang bersandarkan kepada penggunaan teknologi terkini dan industri berasaskan pengetahuan," katanya.Menurutnya lagi, kecanggihan teknologi digital akan mengubah cara perniagaan dijalankan seperti blok rantaian, mata wang digital, urus niaga atas talian dan transaksi tanpa tunai yang menjadi perkara biasa baharu dalam ekosistem keusahawanan dan perniagaan."PKS Terengganu juga perlu meletakkan perniagaan mereka pada ekosistem yang tepat untuk bersaing pada peringkat global terutamanya melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (Digital Free Trade Zone) yang baru dilancarkan pada tahun ini. DFTZ yang merupakan hasil kerjasama dengan syarikat e-dagang terkemuka, Alibaba adalah di peringkat awal dan akan menggabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan tambahan dalam talian dan digital bagi kemudahan e-dagang antarabangsa serta memacu inovasi berasaskan internet."Walaupun PKS Terengganu masih berorientasikan pasaran domestik, tetapi trend sudah mula menunjukkan peningkatan dalam menjalankan perniagaan secara digital dan ini merupakan satu petanda yang cukup positif. Mengikut kajian oleh SME Corp. Malaysia, pada tahun 2017, terdapat peningkatan sebanyak 4.7 peratus PKS Terengganu berbanding 2.5 peratus pada tahun 2016 menunjukkan usahawan Terengganu yang menjalankan perniagaan mereka melalui atas talian," katanya.
12 Dec 17
57
Empty Image
PAU 2017 : Songket Terengganu Kekal Jadi Tumpuan
Pengarah Urusan Manang Songket, Wan Manang Wan AwangKelainan dan kehalusan songket Terengganu kekal mendapat perhatian di Persidangan Agung UMNO (PAU) 2017 di PWTC, Kuala Lumpur.Pengarah Urusan Manang Songket Sdn Bhd, Wan Manang Wan Awang berkata songket Terengganu mempunyai kelainannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan songket-songket buatan di tempat lain.Katanya, kebiasaannya harga-harga songket yang ditenun ditawarkan bergantung kepada beberapa ciri dan kualiti material."Harga yang paling rendah yang dijual di Manang Songket boleh didapati dengan harga cuma RM500 dan ianya boleh mencecah sehingga belasan ribu bergantung di atas kehendak pelanggan."Ianya bergantung kepada beberapa faktor utam iaitu bahan pembuatannya yang boleh terdiri daripada kapas, sutera ataupun polister dan campuran dari sutera dan kapas," katanya kepada Teganukita.Selain itu, Manang berkata harga sehelai songket yang ditenun secara manual tersebut juga bergantung kepada rekaan dan kehalusan seninya.Katanya yang telah menceburi bidang tenunan songket lebih dari 30 tahun tersebut, harga songket juga bergantung kepada hasil kerja oleh seseorang penunan."Kepakaran oleh seseorang penenun juga menjadikan harga sesehelai songket boleh meningkat dengan hasil kerja dan kehalusan tenunan itu," katanya.Dalam pada itu, Manang berkata sepanjang PAU 2017 berlangsung, lebih 20 helai songketnya telah dijual kepada peminat songket daripada setiap golongan termasuk orang kenamaan.
09 Dec 17
1366
Empty Image
T-Kitchen Sasar Pendapatan RM2.5 Juta
Dato' Seri Ahmad Razif bersama dengan wakil dari setiap agensi dan syarikat yang mendatangani MoU dalam majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) menyasarkan jumlah keseluruhan unjuran pendapatan pada tahun pertama 2018 adalah sebanyak RM2.5juta.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara T-Kitchen dengan Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd (Brahim’s) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia(DPIM) Terengganu dapat memperluaskan lagi pasaran dua produk utama T-Kitchen.Katanya, dianggarkan unjuran jualan sebanyak RM1.3juta melalui Brahim’s Food dan unjuran jualan sebanyak RM1.2juta melalui DPIM."Kita juga melihat pada kemampuan fasiliti yang ada buat masa sekarang namun sekiranya ada keperluan atau permintaan yang tinggi maka kita tidak teragak-agak untuk menaik taraf fasiliti sedia ada."Kita mempunyai Chicken Cottage yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri dimana sekarang terdapat 162 cawangan di seluruh dunia. Jadi kita akan pasarkan nasi dagang dan keropok lekor ini berasaskan di setiap cawangan disamping itu dengan bantuan daripada pihak Brahim's," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara Terengganu Kitchen Sdn Bhd dan Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd, Koperasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (Terengganu) serta Yayasan Pembangunan Keluarga dan Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd di Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan barisan ahli mesyuarat kerajaan negeri.Perjanjian-perjanjian tersebut ditandandatangani oleh Naib Presiden DPIMT, Dato' Dr Abdul Latiff Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, Ketua Pegawai Operasi Brahim's, Mohd Zaki Omar dan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Dalam pada itu, Ahmad Razif yang juga pengerusi Terengganu Inc berkata pihaknya sekarang sedang melakukan penyelidikan untuk mengeluarkan produk baru di bawah T-Kitchen."Produk baru ini adalah termasuk makanan dan kuih tradisional dari Terengganu yang akan dijadikan sejuk beku seperti ikan celup tepung dan juga 'rojak kateh'."Kita mempunyai bahagian penyelidik di T-Kitchen itu sendiri jadi ianya masih dalam proses penyelidikan," katanya.Sejak dipasarkan, lebih 50,000 pek nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran T-Kitchen telah dipasarkan.Produk tersebut kini boleh didapati di dua buah negara luar iaitu di Australia dan Singapura selain terdapat di Kuala Lumpur.
06 Dec 17
209
Empty Image
T-Kitchen Bakal Kerjasama Dengan Syarikat Produk Halal Tersohor, Brahim
Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) bakal memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat pemasaran produk makanan halal terkemuka, Brahim SATS Food Services Sdn Bhd pada 6 Disember ini di Kuala Lumpur.Pengurus Besar T-Kitchen, Tengku Zulkarnain Awalludin berkata, pihaknya sebelum ini pernah berbincang untuk bekerjasama dengan syarikat tersebut untuk meningkatkan pasaran nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran T-Kitchen.“Pada 6 Disember ini, satu permeteraian kolaborasi akan dilakukan dan bakal disaksikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.“Kolaborasi ini akan membolehkan produk T-Kitchen iaitu nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku dipasarkan di dalam syarikat penerbangan komersial dalam dan luar negeri serta di dalam keretapi milik Keratapi Tanah Melayu (KTM) dalam rangkain Brahim,” katanya kepada Teganukita.Nasi dagang dan kerepok lekor sejuk beku T-Kitchen tersebut mula diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2015 dan baru-baru ini mula memasuki pasaran London apabila 10,000 pek makanan itu dieksport ke sana.
03 Dec 17
782