lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Anak Muda Terengganu Diseru Ceburi Bidang Pertanian 
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU - Anak muda di Terengganu diseru agar menceburi bidang pertanian yang merupakan antara suatu cabang perniagaan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bidang pertanian mempunyai potensi yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan dan membaiki taraf kehidupan.Katanya, Terengganu masih ada seluas sekitar 12,000 hektar tanah terbiar dan berpotensi untuk dimajukan untuk manfaat masyarakat setempat. "Kita ada ramai anak muda yang tiada pekerjaan. Sihat dan bertenaga adalah keistimewaan yang dimiliki oleh majoriti anak muda.“Ada pelbagai skim bantuan yang disediakan oleh pelbagai agensi dan jabatan," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1 Oktober.Dr Azman berkata, kebanyakan rakyat Terengganu menikmati hasil tanaman dan produk asas tani yang dibawa masuk dari negeri lain dan situasi itu memberi gambaran jelas bahawa pasaran dan permintaan hasil pertanian sangat luas dan tinggi.Oleh itu kata beliau, kemajuan setiap kawasan mestilah difahami secara nyata dengan kelebihan bentuk muka bumi dan geografi setempat yang bukannya diukur dengan sesetengah industri dan konteks perniagaan sahaja."Pihak kerajaan berhasrat agar anak muda melihat bidang pertanian adalah untuk semua golongan. Inilah ruang untuk anak muda membina ekonomi dengan menceburi bidang pertanian. Minda anak muda perlu berubah," ujarnya.Justeru, beliau berharap tidak lagi mendengar 'cakap-cakap orang' bahawa  pertanian adalah bidang yang gagal.Katanya, anak muda perlu mendapat maklumat yang tepat dan mampu membuka jalan (peluang) untuk menjana pendapatan."Biar mereka rasa mesra dengan pertanian yang membuka peluang membantu rakyat," tegasnya.
02 Oct 18
480
Empty Image
Kerajaan Sedia Bantu Usahawan Pertanian
Ustaz Ridzuan Hashim (tiga dari kanan) melawat booth pameran di Program 'Go Green Go Health'.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu bersedia untuk membantu para usahawan termasuklah dalam bidang pertanian dan penternakan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, sebanyak 10 juta ringgit setahun telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri melalui manifesto yang diumumkan untuk para usahawan, khususnya dalam bidang industri kecil dan sederhana.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program ‘Go Green Go Health’ yang dianjurkan dengan kerjasama oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Dewan Komuniti Kampung Banggol Tok Esah (29 September).Menurutnya, program yang bertemakan kesihatan dan pertanian ini diisi dengan pemeriksaan kesihatan, derma darah, ceramah kesihatan, pameran dan juga khidmat nasihat menjana pendapatan melalui aktiviti pertanian.“Anak muda sekarang sangat cenderung untuk bekerja makan gaji, sedangkan sangat banyak hasil bumi yang Allah SWT kurniakan kepada kita untuk diusahakan.“Usaha-usaha dalam bidang pertanian dan penternakan sebenarnya sangat banyak menjana pendapatan yang lebih besar, namun masalah modal menjadi penghalang utama”, ujar beliau lagi.Katanya, mencari rezeki menggunakan tangan sendiri adalah suatu kerja yang sangat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.Turut hadir, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif dan Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Dan Kaunseling Pelajar, Universiti Malaysia Terenganu (UMT), Dr Izan Dato’ Hj Jaafar.
30 Sep 18
264
Empty Image
MB Melawat Booth Karnival Kerajaan Terengganu
MB (dua dari kanan) melihat produk yang dipamerkan di Karnival Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera di Perkarangan Stadium Gong Badak.KUALA NERUS - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa untuk melawat 'booth' pameran di Karnival Terengganu Maju, Berkat dan  Sejahtera bersama Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, 15 September.Karnival itu dianjurkan sempena Muktamar Tahunan PAS Ke 64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.Karnival yang diadakan di perkarangan stadium tersebut, dianjurkan oleh Menteri Besar Terengganu (Incorporated), sebuah anak syarikat kerajaan Terengganu, bermula 14 hingga 16 September dikunjungi tidak kurang dari 6 ribu pengunjung dari seluruh negara.Menteri Besar dalam buku cenderamata karnival itu menyatakan bahawa karnival berkenaan berkonsepkan 'Hari Bersama Pelanggan' antara jabatan dan agensi negeri dengan masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat tentang dasar, polisi, produk dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dengan lebih berkesan dan efektif."Ia juga menjadi medium untuk membina jaringan hubungan," jelasnya. Sebanyak 28 buah anak syarikat kerajaan negeri mempamerkan produk masing-masing di karnival itu termasuk Terengganu Inc, TDM Berhad, Epic Berhad, Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, Golden Pharos Berhad, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Terengganu Safety Training Centre Sdn. Bhd. (TSTC), GPQ Sdn. Bhd.Chicken Cottege, Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd., Hartanah Terengganu Sdn. Bhd., PTB Unit Trust Berhad (ASDI), Husa Network Sdn. Bhd. (yang mengendalikan Siaran radio Manis FM), Primula Beach Hotel, Duyong Marina & Resort Terengganu, Permai Hotel Kuala Terengganu, Paya Bunga Hotel Terengganu, F-Kichen.Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Pertima Terengganu Sdn Bhd, Syarikat Permint Granite Sdn Bhd (PGSB), Terengganu Agrotech Development Sdn Bhd (TADC), TTI Management Sdn Bhd, P-Excell Management Sdn Bhd, Cas Ligas Sdn Bhd dan  PMINT Urus Sdn Bhd.Pada hari pertama (14 September), aturcara majlis bermula dengan Pameran, Busking, Sepetang Bersama Ustaz  Azhar Idrus (UAI) dan Ustaz Kamaruzzaman Abdullah (UKA).Hari kedua (15 September) bermula dengan Pameran, Perasmian Karnival TMBS, Pertandingan Mewarna, Persembahan Qasidah, Santai Selebriti dan Pentas Otai.Hari terakhir (16 September) acara bermula dengan Pameran dan Acara Ameerah. 
17 Sep 18
262
Empty Image
Keropok Ikan Omaf Turun Harga
Nor Hasnaa Kamilah bersama produk keropok ikan berjenama OMAF keluaran syarikat miliknya Sempurna A-Nad Marketing,Produk keropok ikan berjenama Omaf yang memulakan operasi pada 2015 mengambil langkah berani dengan menurunkan harga barang bagi kesemua pelbagai perisa produk keluaran syarikatnya bermula 1 September ini.Pemilik syarikat Sempurna A-Nad Marketing, Nor Hasnaa Kamilah Mohd Dalim, 28, berkata keputusan menurunkan harga kesemua jenis produk sesuai dengan keadaan ekonomi semasa dan mengambil saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin rakyat supaya berjimat cermat.Katanya, antara produk keluarannya yang mendapat sambutan ramai kini ditawarkan dengan harga baharu hanya RM1.50 sebungkus, berbanding harga runcit yang lama RM2.00."Pendekatan ‘win win situation’ ini juga bertujuan untuk menghargai pelanggan tetap yang menggemari produk keropok ikan kami. Saya harap dengan semangat dan pendekatan ini, pelanggan atau pengguna domestik terutamanya lebih mengutamakan dengan membeli produk tempatan yang terjamin kualiti dan kebersihannya."Kilang Anad Marketing juga telah mendapat pengiktirafan Sijil MeSTI (makanan selamat tanggungjawab industri) dan dalam proses pengiktirafan halal daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia),"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Nor Hasnaa berkata, kualiti keropok ikan pelbagai perisa yang dikeluarkan oleh syarikatnya adalah daripada isi ikan yang segar dan bahan-bahan yang berkualiti tinggi bagi memastikan produk berkenaan tidak mudah rosak dan tahan lama.Katanya lagi, pada masa kini, beberapa barangan mentah yang diterima dari pembekal sudah semakin murah, sekali gus memberi kelegaan kepada sektor pembuatan seperti syarikatnya untuk meminimakan kos operasi syarikat."Tapi kena tunggu dan lihat beberapa hari lagi untuk lihat jumlah sebenar barangan yang turun harga selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula hari ini (1 September),"katanya.
01 Sep 18
794
Empty Image
Projek EPICOG-ExxonMobil Hasil 600 Peluang Pekerjaan
Dr Ahmad Samsuri (berdiri tiga dari kiri) menyaksikan tandatangan Projek Penyelenggaraan dan Pembinaan antara ExxonMobil dan EPIC OG di Putrajaya baru-baru ini. Foto - Abu UbaidahPUTRAJAYA - Rakyat Terengganu dijangka memperolehi antara 500 hingga 600 peluang pekerjaan selepas anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) iaitu EPIC OG Sdn Bhd (EPIC OG) mendapat kontrak penyelenggaraan,  pembinaan dan modifiksi dari Exxon Mobil Exploration and Production Malaysia Inc. (ExxonMobil) 16 Ogos lalu.Perjanjian projek berkenaan, bermula tahun ini hingga 2023 itu dibuat secara tertutup di sebuah hotel di sini disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar."Alhamdulillah, anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) iaitu EPIC OG Sdn Bhd, telah memperolehi kontrak bagi kerja-kerja Penyelenggaraan, Pembinaan dan Modifikasi (MCM) untuk tahun 2018 sehingga 2023 daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc."Saya turut bersama menyaksikan majlis menandatangani Kontrak Perniagaan yang telah diadakan secara tertutup pada Khamis, 16 Ogos 2018 lepas."Kontrak ini menjangkakan  antara 500 hingga 600 peluang kerja kepada penduduk tempatan, " kata Dr Ahmad Samsuri.Beliau berkata demikian ketika memuat naik maklumat dan beberapa gambar berkait perjanjian tersebut distatus Facebooknya baru-baru ini dan mendapat pelbagai komen dari netizen.Antaranya bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri  zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN) Dato' Tengku Mahmud Mansor mengucapkan tahniah kepada EPIC OG,  atas kejayaan tersebut.Beliau mengharapkan anak syarikat kerajaan negeri itu dapat membantu menyempurnakan kebajikan seramai 450 orang anak yatim Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim (PERKAYA)."Tahniah EPIC atas kejayaan dapat tender yg amat bermakna itu. Semoga Allah memudahkan urusan EPIC supaya dapat keuntungan yang berlipat ganda dan dapat membantu lagi anak yatim PERKAYA seramai 450 orang di lima buah asrama seluruh Terengganu." ujarnya.Encik Muhamad Bakri pula berkata, sama ada usaha itu bermula dari kerajaan terdahulu atau sekarang,  yang penting ia bermanfaat untuk memberi peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan.
25 Aug 18
880
Empty Image
Mohd Bekal 150 Ekor Lembu Untuk Aidiladha
Mohd Mat Zin ditemui dikandang lembu beliau.MARANG - Menjelang Aidiladha disambut hari ini, lebih 150 ekor lembu berjaya dijual pengusaha ternakan lembu, Mohd Mat Zin.Mohd yang lebih dikenali sebagai Pok Li berkata, permintaan untuk program korban datang dari Daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu."Tahun ini jualan untuk korban sedikit berkurang kerana ramai pengusaha- pengusaha ternakan baharu. Tetapi, permintaan untuk sembelihan rancak seperti biasa," katanya ketika ditemui di Kampung Undang, di sini.Lembu Charolais antara jenis lembu yang dipelihara.Bapa kepada enam anak lelaki dan empat anak perempuan itu memiliki 90 ekor lembu dan 40 ekor kerbau hasil usahanya sejak 20 tahun lalu."Bagi memenuhi keperluan korban setiap tahun, saya mendapatkan bekalan sekitar 100 ekor lembu daripada Thailand dan negeri lain," katanya.Mohd dipilih sebagai pengusaha pilihan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah dalam Program Berbasikal ke DUN itu, baru-baru ini.Pemilihan tersebut menjadikan beliau contoh kepada masyarakat dalam usaha kerajaan negeri menggalakkan anak-anak muda menceburi bidang pertanian dan penternakan.Mohd bersama plak penghargaan yang diterimanya.
22 Aug 18
871
Empty Image
FAMA Sasar Duku Di Pasaran Seluruh Negara
Mohd Anis merasmikan program bersama Jelani.KUALA TERENGGANU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menyediakan perancangan rapi untuk memastikan hasil duku Terengganu dipasarkan di seluruh negara.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Mohd Anis Mohd Yasin berkata, pihaknya menyediakan pelbagai pelan dan medium pemasaran menjelang musim Duku Terengganu yang bakal tiba tidak lama lagi."Pihak FAMA telah sediakan ruang pasaran untuk peniaga-peniaga memasarkan hasil tanaman mereka di pasar tani seluruh Malaysia, bukan hanya di Terengganu," katanya.Mohd Anis mengagihkan pek buah-buahan kepada pelajar.Beliau memaklumkan lebih 45 peratus pasaran buah duku berpusat di Lembah Klang dengan  penduduknya lebih ramai berbanding kawasan lain."Selain itu, FAMA juga membeli buah duku ini dan memasarkannya di 40 pusat operasi FAMA seluruh negara. "Tahun lalu, pembelian kita berjumlah hampir RM1 juta dan dijangkakan tahun ini jumlah pembeliannya lebih kurang sama," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu merasmikan Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, di sini, baru-baru ini.Kempen tersebut merupakan usaha FAMA menggalakkan generasi muda mengenali dan mengamalkan buah-buahan sebagai pemakanan sihat.Program bantu pelajar mengenali buah-buahan tempatan.Turut hadir, Pengarah FAMA negeri, Fauzi Mohamed dan Pegawai Pendidikan Daerah, Jelani Sulong.
15 Aug 18
644
Empty Image
Program Sembang Santai Platform Terbaik Bantu Usahawan
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri Terengganu, Saharuddin Bin Mohd Kia menerangkan sesuatu kepada para peserta pada Program Sembang Santai Usahawan Bersama Exco peringkat Daerah Kuala Nerus di Stadium tertutup Gong Badak, hari ini. Foto Oleh: Syaiful MustafaPara usahawan dan bakal usahawan di Terengganu dipelawa hadir ke siri jelajah program keusahawanan yang akan diadakan di setiap daerah di seluruh negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Program Sembang Santai Usahawan Bersama Exco yang dianjurkan Majlis Sektretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) itu telah bermula di Besut.“Kuala Nerus adalah lokasi kedua selepas Besut dan pada 20 Ogos depan siri jelajah ini akan diadakan di Setiu dan daerah-daerah lain selepas itu. “Misinya adalah untuk menjadi platform untuk kita bertemu dengan usahawan dan bakal usahawan,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Sembang Santai Usahawan Bersama Exco peringkat Daerah Kuala Nerus di Stadium tertutup Gong Badak, hari ini.Katanya, program tersebut juga adalah untuk memberi penerangan berkenaan peluang-peluang perniagaan dan sumber pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada usahawan dan bakal usahawan.Mohd Nurkhuzaini berkata, beliau turut mengharapkan akan mendapat maklum balas yang holistik daripada para usahawan pada akhir sesi penjelajahan itu.“Selepas habis sesi jelajah ini kita harapkan akan mendapat satu gambaran apa sebenarnya usahawan Terengganu mahukan.“Mungkin di Besut lain, Setiu lain kehendak mereka, secara keseluruhan apabila kita buat siri jelajah ini para usahawan dan bakal usahawan akan mendapat maklumat yang lebih jelas,” ujarnya.
08 Aug 18
98
Empty Image
Tengku Hassan Dilantik Pengerusi Golden Pharos Berhad
Golden Pharos Berhad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar yang baru dilantik sebagai Pengerusi Golden Pharos Berhad mulai 1 Ogos lalu.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Nadza Abdul berkata, lantikan yang diumumkan dalam kenyataan Bursa Malaysia kelmarin adalah bagi menggantikan Dato’ Muhammad Pehimi Yusof yang memegang jawatan berkenaan sejak 1 Julai 2016.“Seramai enam orang ahli lembaga pengarah baharu telah dilantik berkuatkuasa pada 1 Ogos 2018 bagi menggantikan enam ahli lembaga pengarah yang meletakkan jawatan pada tarikh yang sama.“Syarikat mengalu-alukan lantikan baharu ini dan mengharapkan agar mereka dapat membawa syarikat ke arah halatuju yang lebih baik dan berdaya saing, sesuai dengan kedudukan syarikat yang tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Kenyataan dalam Bursa Malaysia semalam turut mengumumkan bahawa hanya seorang sahaja ahli lembaga pengarah lama yang dikekalkan iaitu Dato’ A. Rahman Yahya yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.Nadza Abdul berkata lagi ahli lembaga pengarah yang baharu terdiri daripada golongan professional dan mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan urusan balak dan kayu-kayan dalam negeri serta negara.“Saya turut mengharapkan agar halatuju syarikat dapat dibimbing oleh pengalaman Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar yang luas dalam syarikat GLC serta perkhidmatan awam,” katanya.Tambah beliau, rombakan ahli lembaga pengarah syarikat Golden Pharos Berhad ini juga merupakan salah satu daripada penstrukturan semula kerajaan negeri, selari dengan polisi kerajaan negeri yang baharu.Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Muhammad Pehimi Yusof serta ahli lembaga pengarah yang lain di atas jasa dan sumbangan mereka dalam memajukan syarikat.
03 Aug 18
2142
Empty Image
Haji Cilik Little Caliph 12 Julai Ini
Little Caliphs International Sdn. Bhd. (LCSISB) dengan kerjasama pengusaha The Little Caliph seluruh Malaysia menganjurkan Program Simulasi Haji bagi murid Tadika Little Caliph berusia enam tahun buat kali keempat sepanjang 2018, pada 12 Julai ini.Program dijalankan serentak seluruh negara dan dibahagikan mengikut lapan zon/negeri iaitu Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya), Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), Zon Selatan (Melaka, Negeri Sembilan), Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.Di Terengganu, program dilaksanakan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.Ketua Pegawai Eksekutif LCSISB, Roslan Nordin berkata,  peserta didedahkan dengan keadaan sebenar sebelum dan semasa mengerjakan ibadah haji bagi memastikan mereka memahami konsep sebenar Rukun Islam ke lima  itu. Jelasnya, seramai 150 orang pengusaha daripada 350 buah tadika termasuk Sabah dan Sarawak bersedia bertungkus-lumus menyantuni anak-anak cilik untuk ‘Naik Haji’.“Semua peserta memakai ihram dan urusetia turut menyediakan replika Kaabah, kaunter imigresen, tempat wukuf, mengutip batu dan melontar jamrah, Bukit Safa dan Marwah serta kawasan bertahallul.“Jika sebelum ini kebanyakan kanak-kanak menghantar ahli keluarga mereka seperti datuk dan nenek ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, namun hakikatnya tidak ramai yang mengetahui konsep, motif dan cara sebenar mengerjakan haji," katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.Menurut Roslan, objektif utama penganjuran Program Simulasi Little Hajj 2018 adalah bermotifkan gambaran praktikal yang jelas kepada murid-murid berumur enam tahun seiring dengan kaedah pembelajaran secara simulasi seiring dengan pendekatan Metodologi Project Based Learning secara hands-on The Little Caliphs Program.Sementara itu, penyertaan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya melibatkan 5,642 peserta,  manakala 587 orang guru-guru Tadika Little Caliph bertindak sebagai tenaga Mutawwif dan juga sukarela yang membantu melaksanakan program ini. Manakala jumlah peserta seluruh negara tahun ini mencatatkan jumlah 10,264 orang anak-anak cilik berusia enam tahun. Roslan turut menambah, program itu juga antara latihan praktikal yang amat berguna kepada kanak-kanak kerana mereka pastinya akan mengingati setiap latihan yang diajar dan pernah dilakukan. "Little Caliph sentiasa menyediakan ruang dan peluang yang luas untuk kanak-kanak yang aktif dan sering mahu meneroka dunia yang penuh warna-warni ini. Moga-moga tersemat dalam hati mereka dan menyimpan impian besar untuk ke Tanah Suci Mekah kelak,"ujarnya lagi.Untuk rekod, Little Caliph 2017 dilaksanakan secara serentak seluruh negara berjaya mencatatkan sejarah gemilang dengan merangkul gelaran Malaysia Book of Records sebagai penyertaan serentak terbesar oleh kanak-kanak untuk simulasi ibadah haji yang melibatkan 6,456 pelajar Tadika Little Caliph berumur enam tahun, 150 orang pengusaha dari 212 buah tadika.
03 Jul 18
1972